Langkau ke kandungan utama

Berdikarilah berus dan kanvas selama mungkin


Cara orang dewasa melihat dunia tersekat dengan ukuran yang terhad.

Sambungan kisah guru kreativiti saya, Dr Bahanurdin dari Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau menekankan kepada para pesakit cara berdikari bagi menguruskan hidup dalam lingkungan yang mampu dilakukan dan tidak bergantung kepada orang lain semata-mata. Itulah rehabilitasi.



Ketika di Paris, saya melihat seorang ibu yang merupakan seorang pelukis jalanan. Beliau melukis di tepi jalan dan menggantungkan lukisan demi lukisan yang cantik di tepi pagar. Lukisan pemandangan itu menyerupai kawasan sekitar.

Seorang kanak-kanak berada di sebelahnya. Turut memegang berus dan warna, mempunyai kanvasnya sendiri. Itu adalah anaknya.

Kedua-duanya melukis di atas kanvas dan melihat pemandangan yang sama.

Lama saya memerhatikan gelagat orang yang melihat lukisan ibu dan anak. Saya memerhatikan satu demi satu lukisan anak lebih banyak dibeli orang berbanding ibunya.

"This is art!" pelanggan menilai dan membayar.

Ibu melihat anaknya yang duduk di kerusi. Ibu tersenyum kerana hasil karya anaknya dibeli.

Lukisan si ibu adalah pemandangan yang halus sentuhan berus di atas kanvas.

Lukisan si anak hanyalah contengan sedaya upaya menyerupai apa yang dilihat. Lebih abstrak sifatnya.

Si anak berdikari dengan warna dan kanvas ketika membesar sebagai seorang yang Down Syndrom.

Katanya, "Ibu bapa mesti melayan anak mereka sebagai manusia, bukan benda yang tidak terdaya."

--

Mahukah saudara berdikari menyentuh pen di atas kertas dalam dunia penulisan?

20 Oktober 2012 Coaching dari blog menjadi buku
21 Oktober 2012 Coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak. Pra pendaftaran kedua-dua bengkel di http://bit.ly/penulisbebas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...