Langkau ke kandungan utama

Catatan

Berdikarilah berus dan kanvas selama mungkin

Cara orang dewasa melihat dunia tersekat dengan ukuran yang terhad. Sambungan kisah guru kreativiti saya, Dr Bahanurdin dari Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau menekankan kepada para pesakit cara berdikari bagi menguruskan hidup dalam lingkungan yang mampu dilakukan dan tidak bergantung kepada orang lain semata-mata. Itulah rehabilitasi. Ketika di Paris, saya melihat seorang ibu yang merupakan seorang pelukis jalanan. Beliau melukis di tepi jalan dan menggantungkan lukisan demi lukisan yang cantik di tepi pagar. Lukisan pemandangan itu menyerupai kawasan sekitar. Seorang kanak-kanak berada di sebelahnya. Turut memegang berus dan warna, mempunyai kanvasnya sendiri. Itu adalah anaknya. Kedua-duanya melukis di atas kanvas dan melihat pemandangan yang sama. Lama saya memerhatikan gelagat orang yang melihat lukisan ibu dan anak. Saya memerhatikan satu demi satu lukisan anak lebih banyak dibeli orang berbanding ibunya. "This is art!" pelanggan menilai dan membay...

Penjual cuka epal pun terbitkan buku?

Bayangkan jika buku terbitan kita berada pada pembalut botol seperti dalam foto ini. Bragg Organic Cider Vinegar Bragg Organic, Apple Cider Vinegar melakukan ke atas produknya. Malah mereka menerbitkan buku dalam kategori yang sama. Pada botol cuka epal ini tertera kulit buku kesihatan dengan tajuk yang sama. Strategi pemasaran bersilang ini digunakan oleh Dr Patricia Bragg yang dikenali sebagai penulis, pendidik dalam bidang kesihatan dan crusader dalam bidang kesihatan. Pembeli produk ini berpeluang membeli buku setebal 136 halaman bagi mengetahui lebih mendalam kebaikan cuka epal. Harga buku dijual $9.95 atau RM30.95. Manakala cuka epal dijual pada harga $3.49 atau RM10.85. Saya membelinya di farmasi Vitacare pada harga RM14.80 Pembuat produk kesihatan dan penerbit buku kesihatan ini telah berada di pasaran bermula pada tahun 1912. Ya, ia menjangkau 100 tahun di pasaran. Pemasaran bersilang yang memanjangkan hayat buku di luar kedai buku. Farmasi-farmasi temp...

Kuliah Trainer oleh Dr Billy Kueek

Kuliah Trainer (1) Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya mengikuti woksyop Training and Presenting Like a Pro. Ia dikendalikan oleh Dr Billy Kuek, melalui konsultanya Billy Kuek International. Entri blog ini dan entri blog seterusnya adalah entri yang saya tulis khusus kepada rakan-rakan trainer dan saudara pembaca. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada Dr Billy. Soalan pertama kenalkah kita kepada Dr Billy Kuek? Saya mengikuti woksyop seharinya selepas hampir setiap hari melihat iklan di FB. Dr Billy Kueek lahir di Singapura. Beliau merupakan speaker selama 13 tahun. Beliau sudah menjelajah 40 negara bagi memberi perkhidmatan kepada klien-klien antarabangsa. Dalam bengkel Training and Presenting Like a Pro dia menceritakan kisahnya yang bersifat 'gagal' Ketika sekolah beliau mendapat kepujian bagi subjek bahasa Cina. Subjek selebihanya, F dan E. Termasuk bahasa Inggeris. Apabila dibawanya keputusan itu kepada ayahnya, beliau berka...

Penulis untung kecil, penulis untung besar

Benarkah jika saya lakukan semua sendiri saya akan untung lebih besar dalam penulisan? Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu itu berjudul  Nothing Gonna Change My Love For You  nyanyian Glenn Medeiros. Ia dirakamkan pada tahun 1987. Kisah populariti Glenn dilihat sebagai rezeki atas rezeki. Penyanyi kelahiran Hawai ini merakamkan lagu itu dan disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau setakat di situ sahaja. Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kepada Glen apabila seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti. Juruhebah dari Amerika Syarikat pulang dan kemudian memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You di Amerika. Lagu itu meletup di sana. Ia menjadi kegilaan baru para pendengar. Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini. Keuntungan kecil menjadi keuntungan besar kali kedua berlaku. Glenn mendapat tempat dalam dunia muzik di Eropah. Tetapi tidak...

Sedihnya hati mengenangkan manuskrip yang hilang (1)

Ada tiga situasi yang berlaku di kalangan penulis yang menyebabkan mereka kehilangan manuskrip yang sedang ditulis. Pertama Seorang penulis yang bergandingan dengan tokoh motivator negara kerugian sejumlah manuskrip baru dan kehilangan salinan manuksrip-manuskrip lama yang ditulis lebih lima tahun. Ia berlaku apabila komputer riba yang dicuri selepas keretanya dipecahkan di sebuah kompleks membeli belah. Kedua   Seorang penulis kehilangan manuskrip selepas komputernya diserang virus dan perlu diformat semula. Salinan pada thumbdrive juga mengalami keadaan yang sama.   Ketiga Sebuah penerbit kehilangan sejumlah manuskrip apabila komputer riba para pengurusnya dicuri ketika sesi semburan kawalan serangga dilakukan di pejabat ketika solat Jumaat. Kumpulan yang melakukan aktiviti semburan itu adalah perompak yang bertindak ketika pekerja-pekerja lelaki ke masjid. Ketiga-tiga situasi ini mendorong para penulis berfikir, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan manuskrip sen...

Bab yang membunuh pembaca

Killer chapter  adalah cara menarik perhatian pembaca bagi terus membelek buku yang ditulis. Ada penerbit menjadikan sebahagian  killer chapter  sebagai sinopsis pada belakang kulit buku. Ada yang dijadikan sebahagian daripada pengenalan buku. Killer chapter  digunakan sebagai skrip oleh penulis bagi menyampaikan ceramah di program promosi buku dan rakaman televisyen. Ketika peringkat menulis proposal buku,  killer chapter  penting bagi mencetuskan rasa teruja di peringkat editorial, pemasaran dan jualan serta kedai buku. Mereka adalah kumpulan yang menilai dan meluluskan proposal bagi tujuan penerbitan. Ia seperti lagu yang dipilih untuk diulang-ulang di radio agar pendengar membeli CD yang mengandungi 12 buah lagu lain. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya?  Klik di sini  

Seni memperkenalkan diri dalam buku

Kaedah memperkenalkan diri dalam biodata penulis pada kulit belakang buku,  flap  atau lipatan pada kulit buku serta halaman belakang selepas akhir bab memberi kesan kepada persepsi pembaca. Biodata diri dalam karya berfungsi sebagai alat pemasaran ke atas pembaca. Biodata yang padat, mempunyai maklumat yang relevan dan mudah dihadam oleh pembaca dalam masa yang singkat. Biodata penulis menunjukkan kematangan penulis. Semakin lama terlibat dalam menghasilkan karya, semakin pendek biodatanya. Ada sesetengah penulis, biodatanya hanya melibatkan tiga baris ayat sahaja. Biodata pada kulit belakang buku Biodata pada flap buku. Kredit foto  Your Fitness Book  dan  Chieuvan Ciri-ciri penulis baru atau tidak dilatih dapat dilihat daripada cara penulis memperkenalkan dirinya. Halaman pengenalan dirinya panjang sehingga ada menjangkau dua halaman.  Menyenaraikan semua penglibatan dari zaman sekolah sehinggalah aktiviti di tempat kerja...