Langkau ke kandungan utama

Kedai buku Freedom, 'bebaskan' idea menjual

Di kedai buku Freedom, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Puan Norliza Ali memaklumkan kedai buku Freedom sudah beroperasi selama enam tahun. Sebelum ini memegang francais Rhythm.

Kini mereka sedang mengisi ruang baru yang dibuka di tingkat dua. Bertindak sebagai pengedar buku di sekitar Batu Pahat. Mereka juga menjual dan mengedarkan buku ke 112 sekolah sekitar.

Perkara yang meresahkan adalah bekalan buku PTS terhadap judul-judul dipesan tidak ada. Termasuk buku saya. Saya pun bimbang juga sebagai penulis 'sepenuh masa' apabila memikirkan kesan pada tahun seterusnya. Beliau juga berkongsi, "Kedai buku indie seperti kami pun bersedia berkongsi bajet pengiklanan di media. Mahu juga logo kedai kami disiarkan."

Kembali ke kedai buku Freedom dari UTHM bagi menyampaikan salam pegawai PTS dan memberikan kad Akademi.

Terima kasih kepada penerbitan UTHM kerana sudi membantu dalam jualan buku yang dibawa tadi.

Bertemu Tuan Abd Malek, Pengarah Urusan Freedom. Beliau memberitahu, "Kami memesan lima hingga sepuluh naskah (ada dua puluh) setiap judul. Apabila sudah tinggal dua tiga naskah, pelanggan ada persepsi mengatakan itu buku 'lebihan' meskipun itu buku baru. Lebihan tidak dibeli pelanggan."

Salah satu tip yang diajar oleh kedai buku Freedom ialah seni meletakkan buku. Jika kedai buku dua tingkat, tingkat atas adalah buku teks dan akademik.

Buku umum diletakkan di bawah. Pandangan saya, hal yang sama apabila meletakkan buku umum di hadapan dan buku akademi di belakang. Rasional, buku akademik menjadikan pelanggan 'wajib' menaiki tangga ke atas berbanding buku umum.

Beberapa 'anggapan' formula lokasi survival kedai buku selepas berinteraksi dan melihat kawasan sekitar. Adanya bank di hadapan dan di hujung jalan. Kedai makan di hujung, dua pintu dari kedai buku dan di bangunan hadapan. Pusat pendidikan iaitu kampus UTHM lima minit berjalan kaki ke sana. Jika ada gerai penjaja di tepi jalan pun memberi masa mereka melihat apa di kedai buku ketika berdiri di hadapan.

Satu perkara saya terlupa bertanya. Mengapa buku-buku non fiksyen dijadikan keutamaan diletakkan di pintu hadapan dan rak berbanding novel diletakkan di bahagian dalam.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...