Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Laporan majalah Pelancar terbitan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Laporan majalah Pelancar terbitan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Majlis Bicara Ilmu - Rahsia Bisnes Mamak oleh : Wan Adlina Wan Ab. Aziz Restoran Mamak begitu sinonim di kalangan masyarakat umum khususnya di Malaysia dalam perkembangan perniagaan semasa. Malah, dewasa kini, perniagaan tersebut semakin diterima ramai kerana diakui memiliki banyak keistimewaan tertentu sehingga memiliki rahsia kejayaan tersendiri. Antara pelopor kejayaan per-niagaan berasaskan makanan pada masa kini termasuklah Bisnes Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera dan Kumpulan Barkath di samping perniagaan barangan kemas iaitu Habib Jewel yang terdiri daripada pengasas golongan Mamak. Bertitik tolak daripada perkembangan perniagaan yang diusahakan golongan Mamak ini, Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Muhammad mengambil keputusan untuk membukukan rahsia kejayaan bisnes Mamak di dalam sebuah buku yang yang diberi tajuk “Rahsia Bisnes Mamak”. Melihat kepada keistimewaan dan inti pati yang terkandung di d

Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah jadi hadiah ayah sempena ulangtahun perkahwinan

Komen Puan Noraini Ammran dalam blognya di sini . Teks dipetik semula daripada dua entri dengan sedikit perubahan. Menggunakan pangkat sebagai tangkal kebahagiaan adalah toksik kebahagiaan itu sendiri. "Saya sudah kata, buku ni memang menarik. Saya tidak tahu mahu gambarkan kerugiannya jika anda semua tidak memilikinya. Ada sebuah buku yang saya anggap sebagai hadiah sempena ulangtahun perkahwinan yang pertama. Sangat berguna dan sesuai untuk kami suami isteri. Saya menyarankan kepada sesiapa saja harus memiliki buku ini. Pelbagai tips berguna untuk memiliki kasih sayang dan cinta dari suami. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Apabila saya selesai membacanya, saya tiba-tiba sedar dan insaf. Betapa saya ini tidak sempurna untuk menjadi Khadijah di hati suami saya.. Saya tiba-tiba rasa mahu mencium tangan suami saya dan meminta ampun darinya di atas segala kekurangan saya sebagai isterinya. Syahdu." Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , peru

Komen pembaca dan bakal pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Cik Mawar adalah salah seorang blogger yang sedang menunggu ruang dan peluang membaca karya berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Entri dipetik dari blog Cik Mawar. Disiar semula entri bertajuk Ku Mahu bertarikh 15 Mac 2009 (dengan sedikit perubahan). "Minggu lepas aku mencari maklumat di internet mengenai wasiat imam Syafie. Selepas itu terjumpa satu laman web pembelian buku secara online. Aku tertarik pada sebuah buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Tak tahulah hendak berkata apa, Tetapi dalam kebanyakan buku di laman web itu. Buku ini yang begitu menarik minatku. Boleh dibeli secara online ." ....Banyak ilmu dalam buku itu yang aku sangat pasti." Respon komen pengunjung pada entri (dengan sedikit perubahan) versi asal pada entri ini. "Mawarku.. memang buku ini menarik. Puteri sudah dapatkan di Puduraya, di kedai buku agama di sana Menarik! Percayalah. Banyak ilmu berguna untuk kita." Terima kasih kepada Cik Mawar dan Puteri Nota: Dapatkan

Mudah, ringkas dan lebih selesa dilayari, wajah baru laman web penulis

Sekali lagi wajah laman web rasmi Zamri Mohamad akan bertukar wajah. Ini bagi memenuhi keperluan semasa dan selari dengan warna tema yang saya gunakan selama ini. hitam dan putih. Ini juga bagi memenuhi kehendak sesetengah klien yang mahukan perubahan dan kemudahan. Laman web www.zamrimohamad.com akan dikemaskini dengan paparan baru selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Terima kasih kepada rangkaian kedai buku mempromosikan buku Zamri Mohamad

Sebuah sahaja buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmat yang berada di rak di Popular, One Utama, Kuala Lumpur Tip Menjadi Penulis Bestseller di gerai jualan terbuka anjuran Nurfair Public Display, satu-satunya buku dalam Bahasa Melayu dipamerkan bersebelahan pintu masuk, MPH di Jaya Jusco Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Buku dipamerkan Tip Menjadi Penulis Bestseller. Public Display, satu-satunya buku dalam Bahasa Melayu dipamerkan di bahagian tengah MPH di Jaya Jusco Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Buku dipamerkan Tip Menjadi Penulis Bestseller. Terima kasih kepada rangkaian kedai-kedai buku di Malaysia yang membantu dalam mempromosikan karya-karya tulisan Zamri Mohamad sepanjang tahun ini. Insya Allah, karya lebih baik akan dihasilkan bagi memenuhi keperluan pembaca dan mencambah minat pembaca baru menjadikan rangkaian kedai buku sebagai pilihan pertama mereka. Terima kasih kepada semua. Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulat

Tip Menjadi Penulis Bestseller di MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju,

Di kedai buku MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju menjual buku Tip Menjadi Penulis Bestseller pada harga diskaun potongan 20%. Bagi mereka yang berminat mendapatkan potongan harga istimewa, beramai-ramai ke MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju. Diskaun ini pada tempoh terhad. Bagi mereka yang mahu mengetahui kaedah dan cara menulis buku secara mudah dan praktikal. Sama ada mahu menulis secara sambilan dan sepenuh masa. Tip Menjadi Penulis Bestseller menghimpunkan petua dan kaedah yang digunapakai oleh penulis buku di Malaysia dan luar negara. Nota: Terima kasih kepada MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju kerana mempamerkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller di dua bahagian display terbuka Gotta Have It berdekatan pintu utama dan bahagian perkhidmatan pelanggan. Sesiapa dapat ambil gambar buku tersebut di display, saya beri satu buku judul lain secara percuma! Satu gambar terbaik akan diberi hadiah! Dengan syarat sudah membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terlebih dahulu. Nota : Ini adalah premis pe

Terkini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 | PBAKL | KLIBF 2009

Novel remaja pertama hasil tiga penulis, saudara Syarafuddin Sulaiman, Izwan Wahab dan Zamri Mohamad. Dapatkan yang terkini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 | PBAKL | KLIBF 2009. Klik gambar untuk paparan lebih jelas. Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Kursus Penulisan Zamri Mohamad di Sinar Harian

Untuk di Melaka pada 11 April 2009 klik di sini Untuk di Kuala Lumpur dan sekitar klik di sini Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Bengkel blog untuk penulis, peniaga dan sesiapa sahaja!

Kepada Rakan Niaga dan Blogger, Tarikh: 28 March 2008 (Sabtu) Masa: 8.00 am - 5.00 pm Lokasi: JTC, Bandar Tasik Selatan,KL ( Maklumat Lokasi ) Yuran: RM290 Beserta Makan Minum, Laptop Disediakan Kajian terkini menunjukkan hampir satu per tiga masyarakat Malaysia telahpun memiliki laman web peribadi atau perniagaan mereka sendiri. Ini berikutan dengan terciptanya gelombang "blogger" dan "perniagaan internet" yang membawa minda rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran mereka dari segi pandangan peribadi, isu semasa dan juga perniagaan bersama rakan maya yang lain. Pernahkah anda mendengar tentang "WordPress"? Suatu ketika dulu WordPress selalu di bandingkan dengan penyedia blog percuma blogspot. Namun sejak setahun yang lepas WordPress telah meninggalkan blogspot jauh ke hadapan. Kini, WordPress mampu bersaing dengan penyedia sistem laman web (Content Management System) seperti Joomla, Mambo, Drupal dan pelbagai lagi jenis CMS. Meskipun ramai yang masih mem

Bengkel Penulisan untuk orang Melaka pada April 2009

Bengkel Penulisan Bebas 2009 Oleh Zamri Mohamad Penulis bebas sepenuh masa Anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Multimedia,Melaka Dengan kerjasama, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Universiti Multimedia ,Melaka “Menjana Wang Melalui Penulisan” Latihan Modul 3P, Penulis, Penulisan, Pemasaran Nota dan Material kursus disediakan Tarikh : 11 April 2009 Tempat : CLC B1, Universiti Multimedia, Melaka Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang Jumlah Yuran : Pelajar MMU : RM 25 Pelajar IPTS/IPTA : RM 30 Peserta Luar : RM 35 Sebarang pertanyaan,sila hubungi : Siti Suraya Binti Abd Razak E-mel alsuraya87@yahoo.com Telefon 0167311730 Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Pemahaman makna, konsep dan falsafah di sebalik Sains dan Matematik lebih penting

Petikan Berita Harian Pemahaman makna, konsep dan falsafah di sebalik Sains dan Matematik lebih penting KEPENTINGAN memahami makna, konsep dan falsafah Sains serta Matematik, perlu dititikberatkan terlebih dulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran terbabit beroleh kejayaan ditekankan pada Syarahan Memartabatkan Sains dan Matematik Melalui Acuan Bahasa. Syarahan anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut mengingatkan pendidik dan pengajar kedua-dua subjek berkenaan agar berusaha memahami konsep, prinsip dan falsafahnya serta hubungannya dengan bahasa sebagai pengantara sebelum mengajar Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata sains ialah bidang yang memerlukan kebolehan untuk menganalisis fenomena alam tanpa mengira bahasa apa pun yang digunakan, tetapi kebolehan berkenaan akan menjadi lebih mudah sekiranya menggunakan bahasa ibunda . “Apa yang kita mahu pelajar memahami fe

PPSMI : Kenapa sekarang baru mahu berdemonstrasi?

Kesan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003. Kajian ini merupakan kajian tinjauan soal selidik dan ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan sampel murid Tahun 5 di sekolah rendah dalam tiga kohort, iaitu tinjauan Februari 2007 (N=1564) dari 27 buah sekolah rendah, Julai 2007 (N= 636) dari 13 buah sekolah, dan Januari 2008 (N= 1703) dari 28 buah sekolah. Klik kanan tetikus dan save as laporan akademik ini Zamri Mohamad adalah penulis 10

PPSMI : Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang

Dan Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang. Dia tidak setuju dengan dasar kerajaan dan tentunya dia tidak diberi ruang dalam pentas kerajaan dalam menyatakan protesnya - bukankah ramai bloggers lahir atas sebab ini juga? Baca juga "Suara Dari Dinding Dewan". Pak Samad sudah memprotes dari 2003 lagi. Jadi janganlah fitnah kata baru kini Pak Samad protes. Klik dan Baca di sini catatan Tuan Helmy Samad Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dari Semenanjung, Sarawak dan Brunei sertai Kursus Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah

Alhamdulillah Bengkel Penulis Bebas : Penulisan Rencana dan Majalah selesai dikendalikan pada bulan ketiga, Mac 2009. Kalangan peserta yang menghadiri bengkel penulisan kali ini mempunyai latar belakang yang menarik dan membawa cerita-cerita yang mempamerkan keunikan masing-masing. Bengkel kali ini disertai oleh peserta dari Sarawak dan Brunei. Ini adalah kali pertama bengkel penulis bebas menerima peserta luar semenanjung sejak ia dikendalikan pada Januari 2009. Antara yang turut serta pada bengkel penulisan Mac 2009 ialah, Tuan Mohd Nor bin Hashim dari Pekan, Pahang, Hardi Bin Sapiei dari Bintulu yang merupakan bekas wartawan Utusan Sarawak , Puan Mastura Ismail, dari Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam , Puan Noralyati Yahya yang kini menyediakan kertas PhD mengenai moral intelijen di UKM, Tuan Abdul Ghani Mustapah dari Cheras, Kuala Lumpur. Tidak dilupakan Tuan Mohd Khairil Hisham dan Tuan Hasrin Abu Hassan, kedua-duanya dari Negeri Sembilan. Menariknya, masing-m

Mansuhkan PPSMI: Gas pemedih mata dan water canon

Nota: Demonstrasi dan perarakan aman bantahan adalah langkah terakhir selepas rayuan demi rayuan, apabila Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn mengelak daripada bertemu dengan pejuang-pejuang bahasa meskipun dimohon beberapa kali, apabila markah kelulusan subjek sains dan matematik semenjak 6 tahun yang lalu tidak didedahkan meskipun didesak. Selain itu sikap beliau mengelak daripada dialog dan debat terbuka bagi merungkai isu ini. Apabila semuanya tidak didengari dan tidak dipedulikan, maka demonstrasi aman menjadi langkah terakhir . Memetik kata Pak Samad , "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," Tetapi usaha ini belum berakhir. Senarai laporan penting. Klik kanan mouse dan save as pada senarai laporan di bawah. Berita Harian Online Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik.pdf Berita Harian Online Gapena, Semangat Keranda 152, GMP dan bahasa Melayu.pdf Berita Harian Online KENAPA Gapena menentang pelaksanaan PPSMI.pdf Berita Harian Onl

Siri Video Gerakan Mansuhkan PPSMI

Muat turun e-book Mengapa Kami Bantah! Klik di sini Klik pilhan senarai video Gerakan Mansuhkan PPSMI Program di UIAM Malaysia patut contohi Jepun, guna bahasa sendiri kembangkan ilmu Lain-lain Demo PPSMI Dapat Lampu Hijau Perarakan ke istana negara: rundingan akhir GMP Cikgu Azmi TERAS Mansuhkan PPSMI GMP bidas media perkecil kempen mansuh PPSMI PPSMI: Gapena buat laporan polis [PPSMI]:Hilangnya Ilmiah dalam Bahasa Melayu akibat PPSMI Perhimpunan Mansuhkan PPSMI Vox Pop: Bantahan perlaksanaan PPSMI Exco pemuda Umno enggan terima surat cabaran debat PPSMI Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Hebahan segera: Jawatan Kosong di PTS

Nota: Sekiranya Tuan dan Puan mempunyai rakan, ahli keluarga dan sesiapa yang berminat mohon dimaklumkan hebahan ini kepada mereka melalui e-mel, mesej SMS atau seumpamanya. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan, Dimaklumkan bahawa PTS Millennia Sdn Bhd sekarang mempunyai dua kekosongan jawatan di PTS Millennia Sdn. Bhd. (PTS M) sebagaimana di bawah: 1. Editor Perolehan (eksekutif) Bidang Tugasan Editor Perolehan: Merancang dan membangun judul buku baru bagi diterbitkan oleh syarikat Mencadangkan konsep buku untuk setiap manuskrip yang diterima Membangunkan dan mengurus manuskrip yang dihantar/dicadangkan kepada syarikat Mengurus perjanjian penerbitan Menguruskan perlesenan manuskrip dari penerbit luar Menyediakan anggaran awal untung rugi penerbitan buku Mengurus promosi buku dan penulis Kelayakan: Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan Malaysia Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan sahaja Suka membaca buku dalam pelbagai ba

Bengkel | Kursus Penulisan Rencana akhbar dan majalah 8 Mac 2009

Assalam alaikum wbt Dimaklumkan Bengkel | Kursus Penulisan Rencana akhbar dan majalah akan diadakan pada 8 Mac 2009. Bagi mereka yang berminat dan mahu menjadi penulis bebas, sertai bengkel yang telah dianjurkan buat kali ketiga atas permintaan ramai. Klik di sini Apa kata peserta? Klik di sini Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .