Langkau ke kandungan utama

Hebahan segera: Jawatan Kosong di PTS

Nota: Sekiranya Tuan dan Puan mempunyai rakan, ahli keluarga dan sesiapa yang berminat mohon dimaklumkan hebahan ini kepada mereka melalui e-mel, mesej SMS atau seumpamanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dimaklumkan bahawa PTS Millennia Sdn Bhd sekarang mempunyai dua kekosongan jawatan di PTS Millennia Sdn. Bhd. (PTS M) sebagaimana di bawah:

1. Editor Perolehan (eksekutif)
Bidang Tugasan Editor Perolehan:

Merancang dan membangun judul buku baru bagi diterbitkan oleh syarikat

Mencadangkan konsep buku untuk setiap manuskrip yang diterima

Membangunkan dan mengurus manuskrip yang dihantar/dicadangkan kepada syarikat

Mengurus perjanjian penerbitan

Menguruskan perlesenan manuskrip dari penerbit luar

Menyediakan anggaran awal untung rugi penerbitan buku

Mengurus promosi buku dan penulis

Kelayakan:

Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan Malaysia

Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan sahaja

Suka membaca buku dalam pelbagai bahasa (BM, BI, BA dsb)

Berbakat menulis

Minat dalam bidang penerbitan buku

Mahir menggunakan komputer dan internet

Suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan

Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum

Memiliki kenderaan sendiri sama ada motosikal ataupun kereta

Berumur bawah 30 tahun

Peramah dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi serta mudah berkomunikasi dengan orang ramai

Calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus diutamakan


Sehubungan dengan itu, PTS Millennia sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar borang permohonan, cover letter dan resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS (shazarina@pts.com.my) ataupun saya sendiri (ikram@pts.com.my )

Bersama ini dilampirkan borang permohonan untuk diisi dan dikembalikan kepada emel seperti yang tertera di atas.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mac 2009.

Terima kasih.

-- 
Mohd Ikram Wazir
Editor Kanan
PTS MILLENNIA SDN BHD No. Syarikat 678177-A
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

To : ikram@pts.com.my (E-mail Rasmi)
CC : ikrampts@gmail.com / ikrampts@yahoo.com (E-mail Alternatif)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...