Langkau ke kandungan utama

Mansuhkan PPSMI: Gas pemedih mata dan water canon

Nota: Demonstrasi dan perarakan aman bantahan adalah langkah terakhir selepas rayuan demi rayuan, apabila Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn mengelak daripada bertemu dengan pejuang-pejuang bahasa meskipun dimohon beberapa kali, apabila markah kelulusan subjek sains dan matematik semenjak 6 tahun yang lalu tidak didedahkan meskipun didesak.

Selain itu sikap beliau mengelak daripada dialog dan debat terbuka bagi merungkai isu ini. Apabila semuanya tidak didengari dan tidak dipedulikan, maka demonstrasi aman menjadi langkah terakhir.

Memetik kata Pak Samad, "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,"

Tetapi usaha ini belum berakhir.

Senarai laporan penting. Klik kanan mouse dan save as pada senarai laporan di bawah.


Kenyataan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi agar Kementerian Pelajaran menyelesaikan segera isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum masalah itu menjadi lebih besar adalah ujian kepada kepimpinan dalam kerajaan sendiri.

"Kerajaan akan mengambil perhatian isu itu dan mahu Kementerian Pelajaran selesaikan segera," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Dragonfire Hammer di sini, hari ini.


Dalam kelantangan membicarakan konsep menjunjung dan mendukung kepimpinan negara, apakah permintaan atau arahan Perdana Menteri ini akan didukung dan dijunjung oleh timnya?

Perkara ini akan menjadi kayu ukur kepada kerajaan sama ada apa yang disuarakan sebelum ini dengan semangat bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan akan diterjemah atau dinafikan.

Respon Kementerian Pelajaran terhadap arahan Perdana Menteri menjadi kayu ukur rakyat sama ada tim pilihan hari ini benar-benar mengikut kata ketuanya?

Hasilnya menentukan Pilihanraya umum ke 13 kelak.


Puluhan gambar dikumpulkan oleh Ummianni klik di sini



Kepulan asap gas pemedih mata selepas beberapa das dilepaskan.

Masih tidak berganjak melihat dari jauh sepanjang jalanraya.

Rakaman webmasterklpos

Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis - bermula di Masjid Negara kira-kira pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana. Bagaimanapun mereka ditahan di laluan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana. Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.





Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .