Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Cara dan pemasaran penulisan : Hakcipta terpelihara

Bagi Tuan dan Puan yang mengikuti entri sebelum ini (klik) berkaitan isu pelanggaran hakcipta oleh seorang penjual produk online. Isu ini juga diketengahkan oleh Universiti Terbuka PTS melalui entri ini (klik) . Kurang 24 jam daripada e-mel yang dihantar, pihak penjual memberhentikan jualan produk e-bukunya. Laman web tersebut mengeluarkan notis tersebut. "Harap maaf, penyebaran artikel ini diberhentikan buat sementara bagi menyelesaikan isu undang-undang hakcipta 1987. Harap maklum." Saya tidak mendedahkan laman web berkenaan kepada umum kerana percaya pelanggaran hakcipta ini dibuat atas sikap tidak tahu terhadap tindakan tersebut. Moga-moga diri saya dan para pembaca blog berusaha menjaga hakcipta karya kita dan karya orang lain. Saranan saya bagi mereka yang mahu mendapatkan informasi ringkas akta hakcipta layari laman web saya dan muat turun e-buku Pelihara Karya Anda yang terletak di laman hadapan. Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus

Pemasaran Penulisan: Percuma tetapi dilindungi

Hari ini, jam 12.00 tengah malam, saya melayari beberapa laman web mini yang memasarkan produk internet. Kemudian saya mendapati satu laman web yang mengumpulkan artikel-artikel percuma dalam laman web dalam satu e-buku. Artikel-artikel tersebut dikumpul daripada pelbagai sumber termasuk daripada individu-individu saya kenal seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Irfan Khairi, Tuan Sabri Saifulsham dan Tuan Shamsuddin Kadir. Kumpulan artikel itu tidak dijual tetapi usaha individu berkenaan mengumpulnya dikenakan bayaran. Alasan penjual, harga yang dibayar adalah atas usaha dan masa mengumpulnya. Laman web ini menjadi kes studi yang menarik dan saya tekankan juga betapa penting kita tahu apakah itu undang-undang hakcipta. Tujuan kita tahu adalah bagi melindungi diri kita dan diri orang lain. Melindungi diri kita daripada mengambil harta intelek orang lain. Melindungi orang lain daripada mengambil harta intelek kita. Akta Hakcipta 1987 adalah pelindung untuk kedua-dua situasi ini. Pandangan saya,

Nota Penulis Bebas : Penulis, Cara Penulisan dan Kemahiran

Penulis bebas menjual kemahiran dan bakatnya. Kemampuan akal adalah sumber aset untuk menggandakan sumber kewangannya. Seorang penulis bebas melakukan perkara-perkara berikut. Mereka menjual kemahiran, pengalamanan, pengetahuan, bakat dan latar belakang mereka yang diterjemah dalam bentuk penulisan. Mereka tidak menjual barangan untuk syarikat lain dari pintu ke pintu untuk memperolehi sumber kewangan. Mereka tidak menghasilkan produk-produk besar yang memerlukan ruang fizikal yang luas dan teknologi serta peralatan berkuasa tinggi yang mahal untuk menghasilkannya. Mereka tidak memerlukan sebuah tempat khusus sebagai pejabat untuk bekerja sebagai penulis bebas. Di mana sahaja mereka berada, di situlah mereka akan bekerja. Mereka tidak memerlukan sebarang staf tambahan untuk membantu tugas-tugas seorang penulis bebas kerana cenderung untuk bertindak sendirian. Pengurusan hidup sebagai penulis bebas di bawah kawalan satu individu sahaja yakni diri anda. Mereka berkerja dengan alat-alat k

Terima Kasih Kelab Media & Kewartawanan UMP

Saya mahu mengucapkan kepada Kelab Media dan Kewartawanan UMP kerana menguarkan Kursus Penulisan untuk Penulis Bebas 2009. Universiti Malaysia Pahang adalah salah satu klien yang pernah menjalani bengkel penulisan ini. Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan ulasan akhbar KOSMO

Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Tuan Muhamad Adham Shadan atas bantuan diberikan dalam mengulas buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki pada 18 November 2008 dalam ruangan Ulasan Buku. Pertolongan dan peluang diberi oleh tuan saya hargai dan diingati. Terima kasih atas bantuan tuan dalam mempromosi budaya ilmu di Malaysia. Tanpa bantuan tuan, buku tersebut tidak dapat diuar-uarkan dalam media. Terima kasih sekali lagi Mahu memiliki Memahami Bahasa Cinta Lelaki? Klik di sini Nota : Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat! Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Tentang Cinta, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, panduan bercinta

Selepas laman web Dr Cinta yang mengandungi lebih 1200 ahli 'hilang', saya memfokuskan penulisan berkenaan perhubungan dan cinta di laman web dan forum Tentang Cinta. Di sini ada juga ahli yang datangnya dari Dr Cinta kendalian PTS Millennia sepanjang dua tahun lalu. Pengendali Tentang Cinta kini konsisten mencipta artikel demi artikel dalam laman blog. Jika ditaip perkataan cinta dalam Google, forum dan blog ini menduduki tempat pertama dalam carian. Results 1 - 10 of about 49,200,000 for cinta . ( 0.10 seconds) Jika mahu tahu caranya, sertai bengkel kami. Ia akan didedahkan untuk usahawan bisnes kecil yang mahu memasarkan produk mereka di luar ke dalam internet sebelum gawat. Klik di sini. Kembali kepada cerita Tentang Cinta. Saya bertemu di alam siber seorang pembaca dan ahli forum yang aktif dalam Tentang Cinta. Dikenali dengan nama Lamantua. Beliau adalah pembaca buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Antara buku yang diulang cetak sehingga hari ini. Klik di sini .

Ekonomi baru berteraskan kebajikan ganti yang jelas haram

Ekonomi berteraskan kebajikan (Klik untuk besarkan imej) Dahulu saya melihat pekerja-pekerja istimewa atau orang kurang upaya menjadi pekerja di rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken. Ketika itu dan sehingga hari ini desakan memboikot produk KFC dan produk-produk lain dalam kumpulan yang sama sedang rancak berlaku. Kempen, kenyataan rasmi NGO, desakan demi desakan diteruskan. Cuma ia tidak serancak hari ini. Mungkin tunggu media memainkan isu ini semula agar bising-bising ini timbul semula. Tidak mengapa, ada usaha memberi kesedaran dari tahun ke tahun. Saya melihat pekerja OKU ini. Beliau bekerja di KFC dengan bayaran yang sama dengan pekerja normal yang lain. Beliau mendapat skim simpanan pekerja, insuran dan elauan seperti yang lain. Kakinya tidak berjalan dengan sempurna, capik sedikit cara jalannya. Nampak jelas payah benar mahu bertukar langkah. Wajahnya jelas tidak menampakkan wajah yang normal. Tetapi dia senyum, membawa kain membersihkan meja pelanggan yang

Selamat Pengantin Baru sahabat sekampus

Dari Kuala Lumpur ke Pahang Sekampus 2001- 2006 saudara Wahyu Hidayat (tiga dari kanan) Selamat Pengantin Baru kepada sahabat di kampus, saudara Wahyu Hidayat Shuaib. Mendirikan rumahtangga dengan rakan sekolahnya dahulu. Jumpa, tidak berjumpa, berjumpa semula di sekolah di mana beliau mengajar kini. Katanya, "Itulah jodoh. Pusing-pusing kemudian berjumpa juga," senyum lebar saudara Wahyu. Kami sama-sama memasuki Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) pada tahun 2001. Seingat saya, kami berjumpa pertama kali ketika mendaftar di Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC). Beliau mengambil jurusan Sejarah. Jika duduk pada waktu petang di biliknya, beliau akan bercerita mengenai sejarah. Lebih-lebih lagi sejarah kaum Red Indian dan teori berkaitan dengan hubungan kaum Red Indian dengan penduduk pribumi di Malaysia. Hari ini beliau mengajar kelas pendidikan khas di sekolah yang mempunyai sekitar 150 pelajar. Selamat Pengantin Baru Cikgu Wahyu Nota : Apakah persediaan bisnes kecil seb

Motivasi Organisasi dan Motivasi Kerja cara Streetsmart

Siri kedua buku siri Street-smart, Mengurus Konflik Gaya Streetsmart kini berada dalam proses untuk diedarkan ke kedai-kedai buku seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Buku motivasi kerjaya dan motivasi organisas i ini mendedahkan tip yang dikongsi oleh para responden terdiri daripada majikan dan pekerja di seluruh negara, ditambah lagi kajian-kajian pengurusan organisasi dan perspektif baru dalam meningkatkan prestasi kerja. Kedua-duanya dapat dibeli secara online dan di keda-kedai buku terdekat. Buku dalam kategori siri street-smart pada tahun 2008 memperkenalkan dua judul iaitu. Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart (Baca di sini) Mengurus Konflik Gaya Streetsmart (Baca di sini ) Sinopsis buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah adunan cerita-cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian-kajian kes, pemerhatian dan rujukan pakar bagi memantapkan persembahan buku ini. Berbeza daripada buku-buku lain, Mempengaruhi Bos Gay

Hadiah buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Cik Puan Fari membeli tiga buah buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Petikan blog dan gambar dari Keluargaku Sayang ,"Rupanya Fari beli 3 buah buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki sebab nak hadiahkan diorang.." Klik di sini untuk membaca . Gambar dipetik daripada entri blog Keluargaku Sayang Sinopsis buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki Bagaimana ya,kalau lelaki jatuh cinta? Adakah seperti pungguk rindukan bulan? Bila saja malam menjelang, setia menanti hingga terbit matahari. Atau seperti Majnun? Jadi gila demi sebuah janji. Kita perlu mengenali cinta supaya ia terus dipimpin pada landasan yang betul. Landasan ilmu dan sedar akan kewujudannya penting supaya kita tahu ia bukan permainan. Salah mentafsir, maka salahlah membimbingnya. Akibatnya, ia disangka sebagai derita, sengsara tidak berkesudahan. Beli di sini Isi kandungan buku Bahagian 1 Bab 1:Sejarah Cinta Kimia Cinta Sudah Sebati dalam Diri Cinta dalam Dunia Falsafah Cinta dalam Dunia Arab Cinta dalam Dunia Barat Bagaimana Men

Ucapan Selamat Hari Jadi, terima kasih atas doa Tuan dan Puan

Terima kasih kepada semua. Ya, itulah ucapan yang terzahir dari hati untuk sahabat, jemaah penulis, guru, para pembaca, pendorong dan rakan-rakan maya yang memperuntukkan sedikit masa yang sudah tentu mahal nilainya untuk menghantar sms dan meninggalkan pesanan di ruang Facebook. Tidak dilupakan kepada teman-teman di WangCyber khususnya Copernicus atas pesanan peribadi yang disampaikan. Ya, saya sudah setahun lagi menjangkau 27. Kenapa ada yang ucapkan selamat hari jadi ke-21? Saya musykil. Doa Tuan dan Puan saya iringi dengan ucapan terima kasih. Disini saya sertakan screenshot di atas paparan ucapan Tuan dan Puan dalam dunia siber. Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat! Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kenda

Icon; Steve Jobs, dunia komputer, pemasaran dalam perniagaan

Kedai buku BORDERS di Berjaya Times Square sudah dikecilkan saiz premisnya. Dua tingkat menjadi satu tingkat. Sempat saya ke sana melihat perubahan yang berlaku kesan daripada pengecilan kos operasi akibat daripada keuntungan yang menguncup. Dalam satu keadaan, ia mungkin perkara yang baik. Borders baru mempunyai pintu masuk sebuah lagi di bahagian belakang. Kini ia dapat diakses dari kedua-dua arah. Keadaan Borders tidak sesunyi dahulu. Rak buku dalam bahasa Melayu berada di laluan antara pintu belakang ke pintu hadapan. Ia mudah dikesan berbanding dahulu. Cuma jumlah bukunya juga tidak begitu mengujakan. Buku-buku terbitan PTS di situ tidak semeriah dan sebanyak di kedai buku lain. Namun begitu, ada seorang dua pembaca yang bersila di lantai sambil membaca buku-buku dalam bahasa Melayu di situ. Langsung tidak peduli siapa berdiri di hadapan mereka. Khusyuk dengan dunia mereka. Ini pertama kali saya melihat pembaca buku Melayu bersila di situ. Saya berada di sana sekitar sejam. Akhirn

Pemasaran dan Memulakan Perniagaan. Cerita Asus di Taiwan

Pengedaran komputer netbook seperti Asus Eee PC datang bersama-sama pembudayaan. Pengeluar netbook ini turut bekerjasama dengan menjalankan program celik netbook yang terbuka kepada para wanita khsusunya suri rumah. Saya mengikuti laporan ini dalam rancangan Business Leaders, siaran BBC sebelum solat Jumaat sebentar tadi. Saya percaya, pengajar bengkel yang memuatkan sejumlah 20 orang suri rumah ini adalah orang yang sangat penyabar orangnya. Para suri rumah diperkenalkan kepada perkara paling asas. Sehinggakan dalam satu sesi mereka diminta mengangkat ke atas tetikus atau mouse dengan tangan kanan mereka sambil berkata, "Ini adalah mouse." Setiap minggu mereka diajar satu persatu bagaimana menggunakan netbook Asus Eee PC dan bagaimana menggunakan internet seperti menghantar emel dan menggunakan carian Google. Menurut salah seorang surirumah yang ditemubual wartawan BBC, "Pada awalnya suami kami tidak membenarkan kami mempelajarinya. Mereka bimbang jika kami mencari tem

Kursus penulisan untuk penulis bebas dalam carian Google

Alhamdulillah, Kursus Penulisan Rencana untuk Majalah dan Akhbar menduduki top-20 carian di Google bagi carian perkataan kursus penulisan dan bengkel penulisan. ( Klik di sini ) Hari ini sudah tiga orang sudah mendaftar. Tempat masih terbuka. Bengkel Penulisan ini terbuka kepada mereka yang mahu menjadi penulis bebas secara sambilan dan sepenuh masa. Klik di sini Kursus Penulisan Sehari

Wajahmu dan suaramu kini jelas di dalam emelku

Berita baik kepada pengguna Gmail! Kini Gmail sudah mempunyai Gmail Voice and Video Chat. Saya gembira! Saya gembira kerana saya pernah lontarkan idea ini kepada seorang bekas pelajar ICT di UIAM yang bertugas di Jabatan Perhubungan Awam (PR) untuk mencipta sistem ini. Tapi tidak berkesempatan kerana pelajar perempuan ini menyambung pengajian ke Sabah. Sebelum ini E-mel yang mempunyai kemudahan voice dan video chat adalah berbayar. Saya gatal tangan menulis emel kepada Google mencadangkan perkara yang sama. Saya kira beribu-ribu orang lain menulis e-mel yang sama. Apa pun, ia sudah direalisasikan! Klik di sini Terima Kasih Google. Moga-moga idea e-mel inbox dapat dimuat turun ke dalam komputer dapat direalisasikan. Nota: Bengkel Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil sudah mula menerima peserta. Klik untuk mendaftar. Sesuai untuk sebarang perniagaan kecil. Nota: Bengkel Penulisan untuk Penulis Bebas hampir memenuhi kuota. Daftar hari ini dan pelajari cara menulis dalam akhbar dan maja

Usahawan 20+ dan trend budaya bisnes internet

Dalam laman web The 2nd National Youth Entrepreneur Convention . Lebih daripada sembilan usahawan generasi 20+ diketengahkan. Kesemuanya membawa satu persamaan, generasi usahawan yang menjadikan internet sebagai medium pengenalan dan pemasaran kepada bisnes mereka. Apakah corak atau pattern bisnes yang bakal menjadi kebiasaan dan budaya niaga pada masa akan datang? Ketika saya sedang berkira-kira membeli ruang iklan. Saya tertarik dengan data demografi yang ditunjukkan oleh laman web Lelong. Berikut adalah carta pai pengguna berdasarkan umur yang menggunakan perkhidmatan Lelong. Laman web ini mencapai 100,000 pengunjung unik sehari dan terdapat 350,000 ahli berdaftar. Data menunjukkan 54 peratus pengguna terdiri daripada beliau berumur 20-29 tahun. Sekali lagi, Apakah corak atau pattern bisnes yang bakal menjadi kebiasaan dan budaya niaga pada masa akan datang? Teringat kata Tuan Arief Hakim dari PTS Publication & Distributor, "Berapa kali saudara membeli akhbar? Selalunya ak