Langkau ke kandungan utama

Motivasi Organisasi dan Motivasi Kerja cara Streetsmart



Siri kedua buku siri Street-smart, Mengurus Konflik Gaya Streetsmart kini berada dalam proses untuk diedarkan ke kedai-kedai buku seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Buku motivasi kerjaya dan motivasi organisasi ini mendedahkan tip yang dikongsi oleh para responden terdiri daripada majikan dan pekerja di seluruh negara, ditambah lagi kajian-kajian pengurusan organisasi dan perspektif baru dalam meningkatkan prestasi kerja. Kedua-duanya dapat dibeli secara online dan di keda-kedai buku terdekat.

Buku dalam kategori siri street-smart pada tahun 2008 memperkenalkan dua judul iaitu.

Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah adunan cerita-cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian-kajian kes, pemerhatian dan rujukan pakar bagi memantapkan persembahan buku ini. Berbeza daripada buku-buku lain, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart membawa kepada perspektif baru mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh digunakan pembaca dalam organisasi.

Siapa Pengaruh Siapa

Topik yang dibincangkan menarik. Kisah seorang pekerja yang baru dinaikkan pangkat. Pelbagai andaian dibuat, ada yang berkata pekerja itu ada hubungan dengan bos, ada pula mengesyaki pekerja itu ada melakukan benda-benda mistik sehingga bos menyukai dirinya.

Kata seorang pekerja, “Pengaruhi orang lain bukan perkara yang baik. Kita akan salah guna kuasa.”

Jawab seorang lagi, “Sekiranya tidak mempengaruhi orang, orang lain tidak akan pandang kerja kita.”

Respons orang ketiga, “Kenapa beria-ia benar hendak mempengaruhi orang, buat sahajalah kerja yang diberi!”

Maksud Pengaruh Melalui Kaca Mata Siapa

Perkataan pengaruh dalam bahasa Inggeris influence dikembangkan daripada bahasa Latin, influere bermaksud bergerak bersama-sama. Maksud pengaruh dihubungkaitkan dengan perkara-perkara berikut.

  • Kuasa yang memberi kesan.
  • Mengawal dan memanipulasi.
  • Kemampuan mengubah haluan melalui keputusan.
  • Mengubah tingkah laku.

Pengaruh Adalah Perbuatan Harian

Kajian mendapati pengaruh adalah proses kerja harian. Ia sebahagian daripada diri. Sebahagian orang sedar kuasa pengaruh berada dalam diri dan sebahagian orang lagi melihat pengaruh sebagai perkara biasa. Pengaruh adalah tindakan. Ia memerlukan latihan melalui rutin. Pengaruh mempunyai konteks yang luas dan diguna pakai dalam pelbagai keadaan.

“Jangan bimbang kepada penentangan. Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.” Hamilton Mabie

Mereka yang dapat mengurus konflik berupaya bertahan dan survival dalam keadaan yang dilalui, memanjangkan potensi karier dalam apa jua keadaan kritikal dihadapi organisasi dan diterima ramai kerana dilihat sebagai individu berpotensi apabila berhadapan dengan situasi ataupun krisis. Konflik ditukar menjadi satu peluang kepada diri.

“Perang itu mencederakan, peluang itu ruang, perjalanan itu pengalaman.” Anonymous

Dalam dunia yang penuh dinamik dan berdaya saing, konflik yang hadir dalam diri mahupun di tempat kerja boleh mengganggu fokus tugasan. Tiada siapa boleh menghalang konflik dari berlaku.

Hierarki jawatan atau kedudukan seseorang pekerja tidak akan sunyi dengan konflik. Bezanya, besar atau kecil asakan konflik terhadap mereka.

Persoalan utama yang perlu diambil perhatian adalah bagaimana saudara melihat konflik.

Pemimpin, pekerja dan majikan perlu memahami cara dan tindakan mereka apabila menghadapi konflik. Sekiranya jelas terhadap konflik yang wujud, barulah wujud langkah penyelesaian yang boleh memberikan kesan.

Cara atau pendekatan melihat konflik adalah penting untuk mengetahui sejauh mana seseorang individu merancang untuk menghadapi konflik. Terdapat beberapa cara yang dapat dirumuskan tentang bagaimana sesuatu konflik itu dilihat.

Kenneth Cloke dan Joan Goldsmith merumuskan terdapat tiga cara konflik dapat dilihat oleh orang ramai.
  • Konflik sebagai perang
  • Konflik sebagai peluang
  • Konflik sebagai sebuah perjalanan

Konflik Sebagai Perang

Semasa temubual eklusif bersama New York Times, Jeffrey Katzenberg yang merupakan mantan Pengarah Walt Disney Studio berkata, “Semasa saya berkhidmat disini, segala-galanya saya lihat sebagai medan peperangan. Pesaing, rakan sekerja, pemilik syarikat semuanya akan dilayan sebagai askar sekiranya wujud konflik.”

Sambung Katzenberg lagi, “Peperangan adalah jawapan pasti kepada semua perkara yang menghalang saya. Sekiranya mereka pukul saya, saya balas dengan pukulan kayu besbol. Sekiranya mereka hayun kayu besbol kepada saya, saya balas dengan tembakan bazooka. Itulah kesimpulan dunia korporat saya.”

Tetapi ada sesuatu yang mengubah pandangan Katzenberg, “Saya fikir, dengan bertindak sedemikian saya boleh berada pada tahap membanggakan pada masa kini. Mungkin ada benarnya. Namun sekiranya difikirkan buat kali kedua, saya akan lebih berjaya sekiranya saya menukar cara ataupun pendekatan menangani konflik dengan berdamai.”

Melihat konflik sebagai perang menumpukan kepada hubungan menang-kalah dalam segala cara untuk menyelesaikan konflik. Pendekatan ini menganggap sesiapa sahaja yang mewujudkan konflik dengan kita akan dianggap sebagai musuh.

Segala pelakuan musuh akan dianggap sebagai ancaman terhadap kedudukan dan kestabilan kita. Oleh itu, apa sahaja saranan dan idea penyelesaian konflik lebih tertumpu kepada menghancurkan musuh supaya lenyap dari pandangan mata.

Sekiranya dalam situasi pejabat, jelas politik pejabat sering muncul lebih beridentitikan puak-puak tertentu yang banyak bermatlamatkan menjatuhkan antara satu sama lain. Keadaan ini menjadi kebiasaan pada mana-mana pejabat bahkan dalam situasi politik negara.

Ironinya, melihat konflik sebagai perang, mendominasi pemikiran para pekerja atau individu kerana ia dilihat seolah-olah cara yang paling efektif bagi menyelesaikan konflik.

Pendekatan medan peperangan yang diamalkan ini adalah tidak sihat serta memberikan kesan yang negatif kepada kedua-dua pihak. Tiada faedah yang boleh didapati dengan berperang malah ia membuang masa dan tenaga hanya memikirkan cara mengaibkan antara satu sama lain.

Konflik sebagai peluang

Sememangnya peluang wujud dalam kesukaran menangani konflik. Pesaing yang dianggap boleh menjatuhkan kita boleh menjadi seorang rakan kongsi yang menguntungkan.

Konflik membuka mata dan peluang kita untuk berjaya. Apabila timbul konflik, otak akan senantiasa digunakan untuk mencari penyelesaian baru yang boleh menyelesaikan konflik.

Permulaan kepada melihat peluang kepada konflik adalah bermula dengan penukaran istilah negatif kepada positif. Membuka peluang untuk berfikir positif boleh membangkitkan rasa motivasi dalam melaksanakan tugas harian. Menukar premis kebencian kepada kerjasama dan rasa empati antara satu sama lain.

Budaya kerjasama dapat disemaikan sekiranya kaedah perbincangan, persefahaman dan rasa tanggungjawab mewarnai suasana pekerjaan kita. Melalui tindakan begini, budaya mencari salah orang lain dan menjatuhkan kredibiliti individu dapat dihindarkan. Tugasan atau matlamat syarikat mahupun organisasi tidak akan tercapai sekiranya kepentingan diri diletakkan mendahului kepentingan bersama.

Bertukar kepada pandangan konflik sebagai peluang meningkatkan kredibiliti seseorang dan memacu ke arah kemajuan diri dan organisasi. Muafakat adalah jawapan kepada semangat kerjasama yang boleh disemaikan dalam budaya organisasi.

Justeru, mengapa bersaing sedangkan kita mampu memilih kerjasama sebagai panduan melihat konflik sebagai peluang.

Konflik sebagai sebuah perjalanan

Melihat konflik sebagai suatu perjalanan adalah merupakan pendekatan positif untuk menyelesaikan konflik. Pendekatan ini dapat membantu kita dalam meningkatkan kapasiti pengurusan dan menajamkan kemahiran mengurus konflik.

Dalam perjalanan menuju sesuatu destinasi, ada sahaja rintangan yang boleh dihadapi. Masalah yang menimpa datang daripada pelbagai arah terutama dalam menguruskan organisasi. Mengelak daripada sebarang masalah ataupun konflik bukan langkah yang bijaksana untuk diaplikasikan.

Dengan mengambil pendekatan ini, motivasi melihat pesaing akan lebih tertumpu kepada bergerak bersama berbanding bersaing bersama. Dari sini kita mampu belajar daripada pesaing kita dan memahami keadaan pesaing berbanding mencari keaiban.

Jujur, telus dan persefahaman membantu diri kita untuk menerima konflik sebagai sebuah perjalanan akan senantiasa membimbing sifat kita kepada keterbukaan minda.

Bisik-bisik Pekerja:

Konflik dilihat dalam tiga cara iaitu konflik sebagai perang, konflik sebagai peluang dan konflik sebagai sebuah perjalanan.
Cara kita melihat konflik menentukan cara kita bertindak.


Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .