Langkau ke kandungan utama

Icon; Steve Jobs, dunia komputer, pemasaran dalam perniagaan

Kedai buku BORDERS di Berjaya Times Square sudah dikecilkan saiz premisnya. Dua tingkat menjadi satu tingkat. Sempat saya ke sana melihat perubahan yang berlaku kesan daripada pengecilan kos operasi akibat daripada keuntungan yang menguncup.

Dalam satu keadaan, ia mungkin perkara yang baik. Borders baru mempunyai pintu masuk sebuah lagi di bahagian belakang. Kini ia dapat diakses dari kedua-dua arah.

Keadaan Borders tidak sesunyi dahulu. Rak buku dalam bahasa Melayu berada di laluan antara pintu belakang ke pintu hadapan. Ia mudah dikesan berbanding dahulu. Cuma jumlah bukunya juga tidak begitu mengujakan. Buku-buku terbitan PTS di situ tidak semeriah dan sebanyak di kedai buku lain.

Namun begitu, ada seorang dua pembaca yang bersila di lantai sambil membaca buku-buku dalam bahasa Melayu di situ. Langsung tidak peduli siapa berdiri di hadapan mereka. Khusyuk dengan dunia mereka. Ini pertama kali saya melihat pembaca buku Melayu bersila di situ.

Saya berada di sana sekitar sejam. Akhirnya dia berjaya menggoda saya. Buku lama yang akhirnya berjaya mengumpan saya membawanya pulang. Cukup lama dia bersabar dengan karenah saya. Dahulu pandang-pandang sahaja, maka berlakulah komunikasi yang pertama.

Saya akhirnya membawa pulang sebuah buku biografi, iCon: Steve Jobs, The Greatest Second Act in the History of Business. Ia adalah buku biografi yang ditulis oleh Jeffrey S. Young and William L. Simon. Biografi ini tidak mendapat sokongan Steve Jobs sendiri sehinggakan ia diharamkan daripada dijual di mana-mana rangkaian kedai Apple Store.

Icon mendedahkan sisi ketidak sempurnaan orang terkaya di dunia dalam dunia teknologi komputer. Ciri-ciri tidak sempurna ini menjadi Steve memenuhi peringkat-peringkat mencipta karisma sehingga mengangkat Apple sebagai produk kegilaan dunia. Steve menggabungkan seni dan teknologi menjadi satu produk yang dapat dijual dan mencipta pasaran tersendiri.

Kita dapat mempelajari bagaimana pattern atau corak kejayaan Steve yang juga dimiliki oleh mereka yang menjejaki tapak yang sama. Saya masih belum menghabiskan buku setebal 359 halaman ini. Tetapi beberapa perkara yang berlaku dalam dunia Steve mempunyai persamaan dalam pembinaan karakter individu.

Apa jua corak kejayaan ia memerlukan tiga elemen.

Pertama, Sahabat yang mendorong dan melengkapi.
Kedua, Murabbi atau mentor yang membimbing.
Ketiga, bi'ah atau keadaan sekeliling yang menggalakkan.

Steve Job beruntung mempunyai rakan bernama Steve Wozniak yang membantu mencipta siri terawal komputer Apple. Steve Jobs tidak tahu menahu mengenai teknologi komputer yang dicipta Wozniak tetapi dia tahu dia mampu memasarkan produk itu. Seorang membina dan seorang memasarkan.

Entri ini akan disambung.

Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.



Ulasan

Mohd Faizal berkata…
Kebetulan pula saya baru selesai membaca biografi Steve Wozniak..Saya kira biografi Wozniak lebih menarik berbanding Steve Jobs..saya memiliki kedua-dua buku pengasas Apple Inc. ini dan lebih teruja untuk mengetahui kisah Woz berbanding Jobs...
:-)
HAFIZAL AHLAN berkata…
Yeke..nanti aku carik buku tuu.. nak gak tau.. heheh
Zamri Mohamad berkata…
Tuan Faizal, ya saya juga sempat membaca buku biografi Steve Wozniak. Lebih 'bersih' dan 'lancar' ceritanya. Berbanding Steve Jobs, turun naik baik apa dalam kepalanya, begitu juga bisnesnya.

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .