Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Borders Live Classes

Bengkel mini yang diadakan dalam rangkaian kedai buku merupakan salah satu aktiviti yang pernah dianjurkan oleh Borders. Pihak rangkaian kedai buku elit ini bekerjasama dengan Skorman Productions. Ia menjadi pilot program atau projek percubaan yang cuba diusahakan oleh rangkaian kedai buku elit ini. Dipanggil sebagai Borders Live Classes, para penulis turun padang mengendalikan bengkel selama sejam bagi berkongsi pengalaman masing-masing. Tiga rangkaian kedai buku Borders di Faor Oaks, Natomas dan Roseville menjadi tempat percubaan bagi Borders Live Classes. bengkel mini melibatkan 18 kategori berbeza membuka peluang kepada penulis pelbagai latar dan kemahiran. Selain daripada ceramah buku, penulis dengan kerjasama Borders dan Skorman Production. Skorman merupakan penggerak program pendidikan pelanggan bagi bisnes berasaskan rangkaian seperti Borders. Bagi Skorman, langkah ini akan menarik lebih ramai pelanggan dan memperkukuhkan hubungan antara pelanggan dan rangkaian kedai. Skorman

Mini Parlimen pada sambutan kemerdekaan 1980-an

Apabila tibanya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, ia akan membuat saya tersenyum. Adakalanya ketawa sendiri dan geleng kepala. Tarikh 31 Ogos membawa saya kembali kepada peristiwa yang saya lalui pada zaman kanak-kanak ketika berumur lima tahun. Sekitar tahun 1986, kanak-kanak yang memasuki tadika Kemas sekitar Kuala Lumpur akan dipilih bagi meraikan sambutan kemerdekaan dalam dua acara. Pertama, terlibat dalam rancangan mini Parlimen. Kedua, berarak di Dataran Merdeka. Kami diberi uniform berwarna putih dan songkok. Seingat-ingat saya pakaian itu dipakai apabila menghadiri majlis rasmi melibatkan YDP Agong. Ia dikenali sebagai baju istiadat atau uniform Parlimen. Sama seperti apa yang dipakai oleh YB Zulkifli Noordin dalam gambar di atas. Pakaian yang dipinjamkan kepada kami wajib dipakai sepanjang rakaman Mini Parlimen dan pada hari perarakan. Baju istiadat ini pernah menjadi isu apabila dibangkit oleh YB Zulkifli Noordin pada tahun 2006. Katanya, harga sepasang pakaian itu bagi

Salam Ramadan al Mubarak

Salam Ramadan al Mubarak kepada Tuan, Puan dan rakan-rakan. Tidak ada harapan yang lebih besar melainkan harapan agar kita semua mendapat rahmat Allah dan keberkatan serta ganjaran syurga Allah. Moga-moga memperolehi ketenangan, kebahagiaan dunia dan akhirat serta dipertemukan di syurga Allah. Mari kita sama-sama doa-mendoakan. ZAMRI MOHAMAD

Cerita tiga penulis PTS berkampung di MPH Mid Valley

Darren membacakan dua rangkap pantun di kulit belakang buku Gambar candid kegemaran saya Adik kecil ini berada di sini selama tiga jam (tiga sesi penulis) Cik Jamie sedang merakamkan program penulis Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah. Bicara buku para penulis PTS melibatkan Tuan Serunai Fagir, Tuan Muhamad Syarafudin Sulaiman dan saya berjalan dengan lancar dengan kerjasama tim PTS dan tim MPH, Mid Valley. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Ikram Wazir yang mengendalikan program pada hari ini dan Cik Siti Nor Fadilah yang memastikan segala keperluan kami bagi program ini disediakan sebelum beliau bercuti pada Jumaat lalu. Program hari ini mengetengahkan bicara buku melibatkan empat buah judul dan kategori berbeza. Tuan Serunai Faqir menghiburkan para pengunjung dengan alunan serunainya, memainkan pelbagai jenis irama. Pada hari ini barulah saya tahu bahawa serunai dalam bahasa kita dipanggil sebagai sona dalam bahasa Cina dan nagaswaran dalam bahasa Tamil. Penglibatan penonto

Newsletter Bicara Penulis

Newsletter Bicara Penulis versi pdf. Ia boleh disediakan sebagai goodies bagi pengunjung ceramah buku. Ia juga dapat dikompilasikan dengan hasil tulisan penulis-penulisan lain dan dipautkan ke laman web penerbit dan blog penulis. Ini menjadi sebaran umum kepada semua pengunjung. Insya Allah, saya bercadang menghasilkan newsletter yang lebih informatif pada masa akan datang. Maklumbalas secara kasar saya mendapati, e-book (format pdf) undang-undang Hak Cipta yang saya sediakan dalam ruangan Forum www.zamrimohamad.com menjadi salah satu e-book yang disebar luas secara percuma. Pembaca e-book mengklik pautan dalam e-book tersebut apabila melayari laman web saya. Penghasilan newsletter lebih mudah dan ringkas. Ia mempunyai peranan yang sama bagi menggalakkan pengunjung baru ke laman web atau blog kita. Ada mana-mana penulis berminat? Muat turun, klik di sini

Booktalk Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart

Permatang Pauh dari sudut pandang turun naik pengaruh organisasi.

Keputusan yang ditentukan oleh para pengundi Permatang Pauh amat jelas. Peningkatan sokongan terhadap Keadilan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kepada kemenangan total kepada beliau apabila diumumkan secara rasmi selepas pengiraan undi selesai. Entri ini ditulis bukan bertujuan membawa analisa politik dan jangkaan-jangkaan yang bakal berlaku. Cuma ingin mengulang semula poin-poin menarik yang disampaikan oleh Tuan Suhami Sulaiman dan para panelis dalam rancangan Analisa Awani. Ia dilihat semula dari aspek komunikasi dan pembinaan pengaruh yang boleh digunakan oleh individu mahupun organisasi. Ketika Tuan Suhaimi berada di Permatang Pauh, beliau mendapat maklumat-maklumat ini daripada para penduduk Permatang Pauh. Di manakah titik punca kekalahan Barisan Nasional? Orang tempatan memberi jawapan. Pertama Mereka bercakap sesama rakan mereka (talking to their peers) bukan kepada kami. Kedua Politic is the business of hope. Jika mesej hope atau harapan tidak disampaikan dengan jelas, m

Corat coret Rahsia Bisnes Mamak di MPH Mid Valley

Ceramah buku di MPH Mid Valley mempunyai audien yang berbeza berbanding cawangan-cawangan lain. Ceramah buku di sini dihadiri oleh kumpulan pembaca kelas menengah atas. Kedudukan pentas bagi sesi bersama penulis yang sedikit tersembunyi sedikit sebanyak menggusarkan hati dua kakitangan MPH yang bertugas. Tambahan lagi, selepas sesi Dr Chuah, kerusi-kerusi di hadapan kosong. Tuan Aizat mewakili PTS Profesional datang bersama-sama pemancar LCD yang dibawa dari pejabat. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan beliau dan seluruh tim PTS. Tuan Aizat terus datang ke MPH Mid Valley selepas sesi bersama penulis bersama Tuan Sunthara Segar di MPH Subang Parade. Moga-moga Allah beri kesihatan, semangat dan keceriaan kepada Tuan Aizat. Komitmen beliau mendorong saya melaksanakan program ini bersungguh-sungguh. Keadaan di luar hujan lebat. Kami masih menyiapkan keperluan bagi sesi jam lima petang. Melalui bantuan kakitangan MPH yang lain, skrin layar putih dipasang. Tetapi ia tidak menghadap deret

Menulis menggunakan nursery rhyme cara Dr Chuah

Ceramah umum Rahsia Bisnes Mamak pada 23 Ogos 2008 di MPH, Mid Valley kali ini berbeza tanpa Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin. Ini berikutan urusan lain yang beliau perlu penuhi pada hari tersebut. Keperluan memenuhi permintaan pengurusan MPH diteruskan seperti biasa. "Tuan ada bawa buku?" tanya salah seorang kakitangan MPH yang bertugas pada hari itu. "Tidak," jawab saya ringkas. Dalam hati saya tertanya-tanya mengapa. Dua kakitangan MPH berbangsa Cina saling bercakap satu sama lain. Salah seorang daripada memaklumkan kepada saya tidak ada stok buku Rahsia Bisnes Mamak di MPH. Kata seorang lagi, "Kami juga ada buat pesanan daripada penerbit Tuan, mereka pun tidak ada stok. Jadi bagaimana?" "Bagaimana? Ada atau tiada buku, saya akan lakukan seperti biasa," jawab saya ringkas. Saya tiba awal bagi mengikuti sesi bersama Dr Chuah Guat Eng, seorang pensyarah penulisan kreatif di UPM. Beliau juga pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysi

Kata-kata pendorong kepada penulis daripada e-mel Bank Islam Malaysia Berhad

Semalam sekitar jam 9.30 malam, saya menggunakan perkhidmatan Bank Islam secara online bagi pembelian sebuah produk di Lelong.com.my. Perkhidmatan Bank Islam ini memerlukan kod laluan I Access yang dihantar ke telefon bimbit. Secara tidak sengaja saya memadam kiriman sms tersebut dan sudah tentu saya tidak dapat melakukan apa-apa urusan sehinggalah hari ini. Saya mengirim e-mel ke bahagian perkhidmatan Bank Islam. Hari ini semua urusan berjalan seperti sediakala. Saya dapat membeli produk yang diingini. Tetapi apa yang membuat saya terdorong menulis entri ini adalah mengenai kiriman balas e-mel daripada kakitangan Bank Islam terbabit. Saya petik semula (Klik gambar di atas) Waalaikum salam Tuan I Access Code ini hanya sah dalam tempoh 4 jam selepas digunakan. Sekiranya belum digunakan ia sah dalam tempoh 24jam. Selepas tempoh tersebut, Tuan perlu memohon semula sebelum melakukan transaksi. Terima kasih. -Tahniah atas pencapaian Tuan dalam bidang penulisan Regards, Aishah Abdul Rahman T

Memahami Bahasa Cinta Lelaki diulang cetak atas permintaan ramai

Memahami Bahasa Cinta Lelaki telah diulang cetak atas permintaan ramai. Miliki satu dan hadiahkan kepada yang tersayang. Jadikan cinta sebagai ibadah berpahala sebagai penenang dan penghibur hati. Klik di sini

Buku Rahsia Bisnes Mamak best-seller Julai 2008 di MPH Alamanda, Putrajaya

Terima kasih kepada semua pembaca yang saya hormati kerana menjadikan buku Rahsia Bisnes Mamak dalam kedudukan sepuluh buku terlaris terbitan PTS di MPH Alamanda, Putrajaya. Buku Rahsia Bisnes Mamak sudah memasuki proses ulang cetak yang kedua. Kepercayaan Tuan dan Puan mendorong saya menulis buku-buku bagi kemudahan Tuan dan Puan. Mohon sokongan berterusan dalam penghasilan karya yang lebih bermutu pada masa akan datang. ZAMRI MOHAMAD Julai 2008 TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya Dipetik daripada Universiti PTS 1. Rahsia Bisnes Orang Cina 2. Rahsia Melabur Dalam unit Amanah 3. Buat Duit Dari Rumah 4. Hendak Susah Ataupun Senang 5. Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah 6. Teknik Efektif Internet Marketing 7. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik 8. Buat Duit Dengan MLM 9. Rahsia Bisnes Mamak 10. Rancangan Perniagaan 11. Mengurus Konflik 12. Memotivasi Pekerja 13. Supaya Poket Tidak Kosong Lagi 14. Menjadi Jutawan MLM 15. Kerja Berpasukan 16. Rahsia Minda Jutawan

Ceramah Buku Penulis Tempatan dalam acuan kekeluargaan

Anak Tuan Imran Yusof (kanan) mendeklamasikan sajak sebagai penutup bicara. Ceramah buku oleh Tuan Imran Yusof. Ahli keluarga Tuan Imran Yusof dalam book-talk yang pertama. Ini adalah ceramah buku atau book-talk Tuan Imran Yusof yang pertama. Beliau memilih karyanya yang kedua, Merentas Samudera sebagai buku yang dipromosikan di MPH Alamanda,Putrajaya pada 17 Ogos 2008 lalu. MPH Alamanda juga menjadi tempat saya mengendalikan book-talk pada tahun 2006 untuk kali pertama. Merentas Samudera adalah novel profesional terbitan PTS Professional. Saya percaya Tuan Imran juga mengalami gemuruh seperti saya lalui di tempat yang sama. Beliau menghubungi saya beberapa hari sebelum itu bagi mendapatkan informasi bagaimana sebuah program ceramah buku dianjurkan. Sebelum ini, Tuan Imran banyak memberi motivasi dan galakan kepada saya selaku penulis muda dan mentah ketika bertemu di bengkel-bengkel penulisan. Malah kami berdua menantikan perkembangan manuskrip Tip Menjadi Isteri Pujaan di bawah ke

Foto sekitar Bengkel Penulisan Uitm Johor

"Bagaimana pengangkutan awam di sini ya?" soal saya ketika minum pagi bersama salah seorang ahli jawatankuasa Bengkel Penulisan Uitm. Kata beliau, "Jika mahu ke sini dengan pengangkutan awam, Tuan boleh gunakan khidmat bas ekspress Cepat. Bas itu berhenti betul-betul di hadapan Uitm. Jika mahu ke pekan Segamat, ada bas kuning di hadapan milik persendirian. Beliau selalunya akan bawa pelajar ke pekan seperti bas awam." Saya mengangguk tanda faham. Kedudukan Uitm Johor di Segamat jauh dari bandar sebenarnya memberi kelebihan kepada para pelajar. Pertama ialah penyertaan pelajar-pelajar dalam setiap program meskipun pada hujung minggu adalah ramai. Kedua, hubungan para pelajar lebih rapat kerana kerap bertemu dalam kampus. Saya (dengan jemputan melalui telefon oleh Tuan Ikram) dan Tuan Imran dari PTS Islamika dijemput oleh pihak Uitm melalui jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Masjid Al Syakirin bagi mengendalikan bengkel penulisan bagi para peserta yang mempunyai kemahua

Rumah untuk dijual: Riverdale Park Apartment, Bukit Antarabangsa, Ampang

Assalam alaikum Keluarga saya bercadang menjual rumah berikut. Bagi mereka berminat, dapatlah menghubungi Tuan Mazlan Mohamad di nombor 019 371 2210 . Maklumkan saudara mendapat maklumat daripada blog saudara Zamri Mohamad. Lokasi: G38, Tingkat 3,Riverdale Park Apartment, Bukit Antarabangsa, Ampang,68000, Selangor. Ciri-ciri rumah: 1016 sq. ft., 3 bilik tidur, 2 bilik air. Persekitaran yang masih hijau, sunyi & tenang, sesuai untuk yg telah berkeluarga & inginkan ‘privacy’ 10 minit memandu ke KL melalui MRR2. 20 minit memandu ke UIA. Berhampiran surau, sekolah, sekolah agama dan tadika Pengangkutan awam : Bas RapidKL Kemudahan berdekatan Pasaraya Giant, Petronas, 7-Eleven, kedai runcit, restoran mamak, klinik, restoren,cyber cafe, pusat servis kenderaan, kedai kek dan dobi. Harga Jualan : RM 150,000 ( boleh dirunding ) Mazlan Mohamad 019 371 2210

Salam si gadis buat pemuda Qur'ani

"Sampaikan salam kepada abang itu," kata seorang gadis yang bersembunyi di sebalik tangga. Saya baru sahaja tiba di stesyen LRT Setiwangsa. Singgah sebentar di gerai menjual nasi di tepi stesyen. Dialog gadis kepada seorang kanak-kanak perempuan di belakang saya menarik perhatian. Saya terus mendengar sambil mulut meminta penjaja mengisi itu dan ini. Sebungkus untuk saya sebungkus untuk sahabat di rumah. "Tolonglah kakak, sampaikan salam pada abang yang berdiri di tepi kerusi itu. Tanyalah, abang yang selalu mengajikan?" si gadis meminta pertolongan kanak-kanak perempuan itu lagi. Tetapi dia menolak. Mungkin malu dan segan. Kanak-kanak perempuan meninggalkan si kakak yang masih bersembunyi di sebalik dinding dalam keadaan tertunduk-tunduk. Saya tiba di rumah sahabat. Sempat pula saya bercerita mengenai kisah si gadis berseluar jeans dengan t-shirt biru berambut panjang diikat kemas. "Oh, lelaki itu memang selalu membaca Quran pada telefon bimbit dia. Selalu dia

Komen Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Dipetik dari buku tamu laman web www.zamrimohamad.com #1 | 2008-07-20 08:41:15 | rahisam ramli Assalamualaikum saudara Zamri. Saya ingin berkongsi mengenai tulisan saya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Miskin Mangsa Pasaran Ekonomi Kapitalis pada 18 Jun yang lalu. Jam 10 pagi pada hari yang sama wartawan Majalah Al-Islam menelefon saya dan ingin maklumat lanjut berkenaan tajuk di atas dan akan disiarkan dalam isu pebincangan untuk keluaran Ogos 2008. (satu makluman yang sangat menggembirakan saya sebagai penulis baru di akhbar) Setelah soalan dihantar melalui emel dan saya cuba menjawab persoalan tersebut akhirnya hari ini setelah Majalah Al-Islam keluaran Ogos 2008 ada di kedai terus saya belek. Subhanallah, Alhamdulillah. Kupasan itu memang benar-benar diambil untuk ruangan Isu bulan Ogos 2008. Terasa ada kelainan berbanding penulisan artikel kerana ia dikupas seolah-olah melalui temubual. Hari yang bersejarah kepada saya, apatah lagi mengingatkan betapa berkesannya buku

Mengurus Konflik Gaya Streetsmart berada pada peringkat akhir

Kenapa saya berdiam daripada tidak menulis apa-apa entri beberapa minggu lalu. Kerana saya dalam tempoh fokus menyiapkan manuskrip terbaru yang menuntut janjinya. Insya Allah ia akan diserahkan kepada penerbit. Sekuel kepada Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart iaitu Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Lebih banyak cerita di sebalik kejayaan orang biasa mengurus konflik dengan cara tersendiri. Insya Allah, diterbitkan pada 2008 ini. Gambar di atas adalah contoh kaedah KJ Metod (Card & Storyline) yang saya gunakan sepanjang proses penulisan ini. Perisian percuma yang saya gunakan dan letakkan di desktop ialah Sticky Notes. Setiap kali ada idea baru, saya catatkan terus pada nota tersebut. Ada yang digunakan dan ada yang tidak. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini. Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

23 dan 30 Ogos Zamri Mohamad di MPH Mid Valley

Klik pada jadual di atas untuk maklumat lebih jelas Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini . Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Adelaide, Australia

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah. Buku Rahsia Bisnes Mamak dijangka memasuki cetakan kedua selepas dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lalu. Entri kali ini saya berkongsi foto-foto dari Adelaide, Australia. Buku Rahsia Bisnes Mamak terbang ke negara Kanggaru ini menemui rakan-rakan bisnes kita di sana. Semoga ia menjadi ilmu yang membantu perkembangan khidmat pelanggan bisnes saudara kita di sana. Kerana stok buku Rahsia Bisnes Mamak terhad ia mudah didapati secara online di sini . Maklumat gambar di sini. Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini . Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Kem Kepimpinan dan Pengurusan 2008 (ii)

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini . Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini