Langkau ke kandungan utama

Menulis menggunakan nursery rhyme cara Dr Chuah




Ceramah umum Rahsia Bisnes Mamak pada 23 Ogos 2008 di MPH, Mid Valley kali ini berbeza tanpa Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin. Ini berikutan urusan lain yang beliau perlu penuhi pada hari tersebut. Keperluan memenuhi permintaan pengurusan MPH diteruskan seperti biasa.

"Tuan ada bawa buku?" tanya salah seorang kakitangan MPH yang bertugas pada hari itu.

"Tidak," jawab saya ringkas. Dalam hati saya tertanya-tanya mengapa.

Dua kakitangan MPH berbangsa Cina saling bercakap satu sama lain. Salah seorang daripada memaklumkan kepada saya tidak ada stok buku Rahsia Bisnes Mamak di MPH.

Kata seorang lagi, "Kami juga ada buat pesanan daripada penerbit Tuan, mereka pun tidak ada stok. Jadi bagaimana?"

"Bagaimana? Ada atau tiada buku, saya akan lakukan seperti biasa," jawab saya ringkas.

Saya tiba awal bagi mengikuti sesi bersama Dr Chuah Guat Eng, seorang pensyarah penulisan kreatif di UPM. Beliau juga pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum ini.

Desakan rakannya di UIAM agar beliau menulis mendorong beliau menulis dan menerbitkan bukunya sendiri pada tahun 1994. Empat belas tahun selepas itu, buku keduanya berjudul The Old House dihasilkan.

"Sukar untuk saya mempercayai penerbit. Kerana itu saya terbitkan sendiri," jelas Dr Chuah selepas program.

Dalam sesi bersama para pengunjung beliau berkata, "Keinginan membuat sesuatu akan mengejar kita kembali selagi kita tidak melakukannya. Seperti keinginan menulis, selagi mana saudara tidak lakukan, selagi itulah ia akan menghantui saudara. Maka saudara perlu keluar dari sistem yang mengikat saudara dari tidak melalukan apa-apa."

Beliau menyambung lagi, "Selepas saudara melakukannya, saudara akan melihat satu dimensi baru dalam hidup."

Dr Chuah berkata penulisan fiksyen bagi keperluan cerita pendek dan novel adalah dua perkara berbeza. Menulis cerita pendek menyentuh kepada satu babak atau episod manakala novel menyentuh kepada isu.

Bercakap selama sejam di hadapan para pelajarnya yang hadir memberi sokongan kepada aktiviti sesi bersama penulis, Dr Chuah yang berasal dari Negeri Sembilan mengakui penggunaan nursery rhyme sebagai rangka bagi berkarya. Alasannya, dalam sebuah nursery rhyme mengandungi watak, aksi dan latar. Kesemua ini membantu penulis berkarya.

Beliau juga mengakui tidak mampu menulis dengan kaedah wartawan seperti di majalah dan akhbar. Kemampuan Dr Chuah menulis fiksyen mendorong beliau mengetengahkan isu masyarakat dalam bentuk cerita. Dr Chuah berkongsi pengalaman menulis cerita pendek berjudul Seven Uncle yang menyentuh isu sumbang mahram di Malaysia.

Cerita pendek itu adalah teguran dan respon kepada sikap ahli politik yang cenderung mengkategorikan orang Melayu sebagai golongan paling ramai terlibat dalam sumbang mahram.
Katanya adalah tidak adil kepada orang Melayu apabila dipersalahkan tanpa memberi statistik yang jelas. Bagi Dr Chuah, isu sumbang mahram di kalangan orang Melayu yang sering dipaparkan dalam media seolah-olah menjadikan orang Melayu sebagai kaum majoriti dalam kes ini.

Dalam sesi selama sejam ini saya mempelajari beberapa perkara mengenai sesi penulis bersama Dr Chuah Guat Eng.

Pertama, dalam program bicara buku, peranan kumpulan penonton sedia ada membantu bagi memenuhi aktiviti penulis. Dalam kes Dr Chuah, para penonton terdiri daripada para pelajar beliau dan beberapa pengunjung MPH. Penulis dengan kumpulan penonton sedia ada sekurang-kurang mencipta persepsi yang baik kepada sesi itu sendiri.

Kedua, salah seorang pengunjung datang ke program tersebut atas cadangan rakan. Sesi bicara buku bukanlah sesi menjual buku melalui mulut penulis. Bagi pengunjung seperti ini, mereka mahukan tip-tip ringkas bagi memenuhi keinginan berkarya sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

Ketiga, para penulis yang mewakili penerbit yang berbeza digalakkan datang awal bagi membina hubungan dengan penulis sesi sebelumnya dan para audienya. Ini adalah satu cara membina rangkaian sesama penulis dan bakal pembaca.



Irfan Khairi menemuramah 8 ikon jutawan. Klik di sini
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .