Langkau ke kandungan utama

Permatang Pauh dari sudut pandang turun naik pengaruh organisasi.

Keputusan yang ditentukan oleh para pengundi Permatang Pauh amat jelas. Peningkatan sokongan terhadap Keadilan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kepada kemenangan total kepada beliau apabila diumumkan secara rasmi selepas pengiraan undi selesai. Entri ini ditulis bukan bertujuan membawa analisa politik dan jangkaan-jangkaan yang bakal berlaku.

Cuma ingin mengulang semula poin-poin menarik yang disampaikan oleh Tuan Suhami Sulaiman dan para panelis dalam rancangan Analisa Awani. Ia dilihat semula dari aspek komunikasi dan pembinaan pengaruh yang boleh digunakan oleh individu mahupun organisasi.

Ketika Tuan Suhaimi berada di Permatang Pauh, beliau mendapat maklumat-maklumat ini daripada para penduduk Permatang Pauh. Di manakah titik punca kekalahan Barisan Nasional? Orang tempatan memberi jawapan.

Pertama
Mereka bercakap sesama rakan mereka (talking to their peers) bukan kepada kami.

Kedua
Politic is the business of hope. Jika mesej hope atau harapan tidak disampaikan dengan jelas, maka tidak menjadilah bisnes itu.

Ketiga
Adakah wakil rakyat mewakili rakyat atau wakil parti.

Keempat
Tuan Suhaimi melihat orang Permatang Pauh mempunyai budi bahasa yang baik dan menggunakan perumpamaan ini bagi menegur, "Jika mahu dimarah anak orang, jangan diburuk-burukkan keluarga orang."

Saya tidak mahu mengulas panjang setiap satu poin. Mungkin ia akan dibincangkan dalam buku, bukan di sini. Biarlah ia berkeadaan demikian. Bagaimana poin-poin kekalahan ini dapat dikaitkan dengan turunnya kuasa pengaruh individu dan terjejasnya nama baik serta kredibiliti organisasi yang di luar label politik?


Lapan ikon jutawan bersama Irfan Khairi. Klik di sini.
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .