Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Maskara 8 pada 3 Mei ini!

MASKARA 8 Tarikh: 3 Mei 2008 (Sabtu) Tempat: Rumah Pena Masa: 8.30 pm Juru acara: Mat Jan Menampilkan; Marsli N.O Nazri M.A Azwan Ismail Basri D.S Derrick Jaramilo dengan iringan kugiran The Junk Salhan K. Ahmad Taf Teh Klik peta ke rumah Pena

Ciplak lagi dan kali ini Mstar Online membuat pendedahan

Sekali lagi, isu penciplakan timbul. Penulis selalu menjadi mangsa pada akhir tahun lalu dan pada tahun ini. Keterbukaan Mstar Online mendedahkan sebuah e-mel yang dikirim oleh seorang penulis blog bernama Dr. Azwan sedikit sebanyak memberi kesan kepada situasi ini. Tahniah kepada Mstar Online kerana keterbukaan akhbar maya ini meningkatkan lagi kredibiliti dan kepercayaan para penulis blog dan pembaca maya kepada akhbar ini. Saya petik ruangan Mstar Online Kredit untuk penulis sebenar 'Hidangan 5 Bintang - Halal Atau Haram' 29-04-2008 12:13:30 PM UNTUK pengetahuan editor, saya adalah penulis artikel yang sebenar kepada artikel "Hidangan 5 Bintang - Halal Atau Haram". Saya merupakan seorang doktor perubatan yang menulis blog di http://www.drazwan.blogspot.com/ Saya berasa kecewa kerana ada orang lain telah menciplak dan mencedok artiekl saya kesemuanya tanpa ada kredit dan olahannya sendiri dan meletakkannya di atas nama penanya. Sila datang dan cek artikel yang saya

Apa salahnya saya gunakan PhD tidak diiktiraf, semua perkara saya katakan benar

"Nanti dahulu." "Apa dia?" "Apa salahnya?" "Apa yang salah?" "Jika dia gunakan PhD yang tidak diiktiraf oleh kerajaan sekalipun. Ilmu yang disampaikan tetap betul." "Aku mahu tanya kamu." "Silakan." "Apa respon isteri apabila tahu suami berkahwin lebih satu. Suami merahsiakan perkahwinan keduanya." "Si isteri marahlah." "Kenapa?" " Kepercayaan dia dikhianati. Dia tidak diberitahu hal sebenar dan rasa tertipu." "Meskipun si suami berkahwin secara sah?" "Yalah, suami berkahwin itu sah. Tetapi kepercayaan itu perkara penting suami-isteri." "Samalah ceritanya dengan klien-klien. Mereka memilih perunding motivasi berdasarkan kepercayaan . Mereka percaya latar belakang pendidikan motivator itu dapat membantu organisasi mereka. Jika ia disembunyikan status sebenar, maka adakah masih layak klien menaruh kepercayaan ?" "Yalah, kepercayaan datang da

Cakap-cakap klien kisah perunding motivator pemegang PhD tidak diiktiraf

Cakap-cakap klien Dr Palsu. "Betulkah?" "Suratkhabar KOSMO sudah keluarkan berita. Dua hari berturut-turut. Bukan organisasi kamu ada menjemput beliau?" "Ya, program tiga hari." "Habis itu bagaimana?" "Aku sangka ijazah PhD beliau diiktiraf kerajaan Malaysia. Jadi kami luluskan sahaja. Sekarang bahagian kami di Unit Latihan perlu menjawab pihak atasan." "Pembayaran sudah dibuatkah?" "Belum lagi" "Apa kesan jika menggunakan ijazah palsu?" "Yalah, mula-mula kita panggil sebagai ijazah tidak diiktiraf, apabila digunakan untuk tujuan bisnes tanpa memberitahu status ijazah sebenar kepada klien maka ia menjadi ijazah palsu." "Maksudnya?" "Macam-macam boleh jadi. Jika ada motivator menggunakan PhD palsu, klien menjadi mangsa kepada pecah amanah, melanggar etika profesionalisme, kes penipuan. Macam-macam lagi." "Oh, begitu. Jadi apa jadi kepada kamu sebagai klien?" "Orga

Isu motivator dengan PHD tidak sahih timbul lagi tahun ini

Laporan Eksklusif hari Ahad yang menghabiskan akhbar KOSMO pada hari itu. Berita rencana oleh Martin Abdul Kahar. Baca sebahagian berita klik di sini Sambungan laporan eksklusif hari Isnin yang bakal menghabiskan akhbar KOSMO segera sebelum jam 9.00 pagi. Laporan, rencana berita oleh Saiful Affendy Sapran. Baca sebahagian berita klik di sini Berita motivator PHD palsu timbul semula di KOSMO dan menarik perhatian ramai sekali lagi. Cuma kali ini maklumat berita lebih berfokus dan merujuk kepada seorang yang dikenali ramai sebagai motivator. Selepas ini saya rasa pihak media membantu meluruskan kefahaman masyarakat agar tidak menggunakan istilah pakar yang digandingkan bersama perkataan motivasi menjadi pakar motivasi. Tanggungjawab kita memperbetulkan salah faham yang mengundang orang lain yang ingin mengambil kesempatan. Perkara kedua, sesiapa yang berhajat menjadi perunding motivasi dan mahukan gelaran Dr daripada PhD, saranan saya, ambil di insitusi pengajian tinggi yang diiktiraf L

Siapa yang mati kerana membaiki enjin kereta Proton

Tidak ada sesiapa yang mati di sini, praktikal menggantikan penapis minyak. Sesi teori Enjin yang dikeluarkan bagi tujuan pembelajaran "Kamu mahu ke mana?" tanya seorang rakan. "Mahu ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, ada kursus di sana," jawab saya. "Kamu beri ceramah penulisankah?" "Tidak" "Jika tidak mengapa ke sana?" "Saya mahu ambil kursus. Kursus asas penyelenggaraan kenderaan." Rakan saya ketawa. Begitu juga sahabat seorang lagi. Saya juga turut ketawa, masing-masing yang berada di pantai Klebang pada malam itu menoleh ke arah kami. Semua ketawa. Dua orang rakan saya melarikan diri dari rumah sementara waktu. Kata mereka, mahu melarikan diri daripada Akademi Fantasia. Gerai-gerai makan di pantai Klebang pada malam itu juga menyiarkan rancangan realiti itu. Masing-masing terperangkap dalam keadaan. Esoknya, saya bersama abang pergi ke Kolej Komuniti Bukit Beruang. Saya berkemungkinan sudah teruja benar hendak menghadiri

Anakku, marilah lihat ayah diberhentikan kerja di pejabat

Senarai buku yang berjaya menggoda saya membawa mereka pulang ke rumah pada hari ini. Ada tiga kesemuanya, dua antaranya Pertama The Dumbest Moments in Business History: Useless Products, Ruinous Deals, Clueless Bosses, and Other Signs of Unintelligent Life in the Workplace (Hardcover) Buku ini ditulis oleh Adam Horowitz. Salah satu cerita organisasi yang mencuit hati saya ialah kisah organisasi bernama Structural Dynamics Research Groups di Ohio. Kisah ini berlaku pada tahun 1995. Dalam salah satu hari bekerja di organisasi ini, salah satu harinya dijadikan hari khusus untuk pekerja membawa anak bagi melihat suasana dan tempat ibu bapanya pekerja. Hari itu dinamakan sebagai Take Our Daughters to Work Day. Maka pada hari itu seorang pengurus bahagian kejuruteraan bernama Bill Means membawa anak perempuanya, Marissa yang berusia lapan tahun ke tempat kerjanya. Apa yang berlaku? Pada hari yang sama, iaitu pada hari yang dipanggil sebagai Take Our Daughters to Work Day, Means telah dipang

Aku bermimpi bersama-samamu dan kemudian kau kumiliki

Saya meninjau-ninjau buku di kedai buku Popular yang terletak dalam pasaraya hyper Tesco. Kad keahlian juga sudah lama tidak diaktifkan. Cadangnya hendak pergi lihat sahaja apa-apa buku terbaru di sini. Di negeri ini sukar mencari kedai buku melainkan beberapa di pusat membeli belah dan pasaraya hyper. Sedang membelek beberapa buah buku, telinga saya menangkap perbualan tiga gadis cina sekitar umur 20 ke 25 tahun. Mereka melalui himpunan buku yang disusun di hadapan. Salah seorang mengambil buku berkenaan dan terus membaca blurp pada belakang buku. Seorang lagi memberi komen mengenai kulit buku. Komen beliau menarik hati saya kerana apa yang dikatakan bersifat ekspresi emosi apabila melihat ilustrasi buku tersebut. "Awak lihat, situasi yang menyeramkan," kata salah seorang rakan. Sambil itu beliau memberi gambaran seolah-olah dia berada dalam gambar tersebut. Bercerita dengan penuh imaginasi. Hari ini saya mempelajari satu perkara dalam penghasilan blurp dan ilustrasi. Dapatk

Sekali lihat tidak ubah seperti

Saya ketemu dengan foto ini di blog Tuan Zulkhair, http://ideamenulis.wordpress.com/2008/04/22/jantung-usahawan-mamak/ Sekali lihat seperti keputusan pilihanraya diumumkan dengan calon-calon diumumkan kemenangan. Mujurlah diambil gambar saya tersenyum. Begitu juga Tuan Faisal Sharbuddin. Ini adalah gambar yang tidak dapat saya lupa sampai bila-bila. Cukup rencah emosinya. Saya petik entri beliau, Demikian begitu bersungguhnya para penulis tentang rahsia bisnes mamak dan Puan Ainon membuat promosi buku sewaktu PBAKL lalu. Barangkali jantung tokoh bisnes atau usahawan mamak wajar dipinjam sebentar demi melonjakkan bisnes. Terima kasih atas gambar yang disiarkan di blog beliau. Siapakah Tuan Zulkhair? Sedikit catatan yang dipetik dari blog beliau. Zulkifli Khair adalah perunding, penulis bebas, dan pengendali bengkel dalam bidang motivasi dan pembangunan insan, kreativiti dan inovasi, pembangunan kandungan dan penerbitan. Beliau merupakan Jurulatih Sambilan Penulisan Kreatif UTM dan Pensy

Bukan sekali tetapi 13 kali tersiar lagi dan lagi

Sekitar jam 8.30 malam, saya membuka peti e-mel. Salah satu e-mel yang diterima cukup menggembirakan saya. Subhanallah dan Alhamdulillah, pujian kepada Allah atas keizinan yang diberikan. Catatan e-mel yang memberi saya kegembiraan dan kekuatan untuk menulis dan menghasilkan buku-buku yang memberi manfaat kepada para pembaca. Maklum balas pembaca sebenarnya penting bagi mana-mana penulis bagi melihat prestasi karya, membuat penambahbaikan dan mengekalkan kualiti kerja yang baik. Pembaca sentiasa penting sebagai cermin kepada penulis bagi memperelokkan setiap ayat yang ditulis dan dicetak kemudian disebar luas kepada khayalak. E-mel yang saya terima adalah daripada Tuan Rahisam Ramli. Beliau merupakan pensyarah dan penyelaras Program Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka KTIAM. Pembaca seperti Tuan Rahisam dan para pembaca lain adalah kuasa-kuasa halimunan yang memperteguhkan saya dan memberi inspirasi kepada saya. Mohon doa tuan dan puan ag

Apa dapat saya sebut melainkan ucapan terima kasih

Cik Nuruf Hafizah Mokhtar (dua dari kiri) ketika program penulis di MPH Wangsa Maju WebTV pertama mengetengahkan Tuan Mohd Yahya Fadzli Jusof (kiri) dan PTS Pro. Selepas Pesta Buku Antarabangsa, dua kakitangan yang banyak membantu saya dalam menerbitkan buku-buku serta mempromosikan buku saya akan menamatkan perkhidmatan mereka pada akhir bulan ini. Saya kira ini adalah dua individu yang banyak bersabar dengan karenah saya selaku penulis yang bernaung di bawah PTS Publication and Distributor melalui PTS Millennia dan PTS Professional. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kedua-duanya yang banyak membantu sepanjang proses penghasilan buku dan secara langsung memberi input kepada diri saya selaku penulis bebas. Rasanya, selepas ini tidaklah dapat saya berpeluang mendengar suara mereka mempromosikan karya-karya penulis bagi memandaikan bangsa melalui bahasa ibunda. Dua individu yang saya maksudkan ialah Cik Nurul Hafizah Mokhtar. Beliau merupakan editor perolehan di PTS Millennia.

Kucing dan pemikiran luar kotak

Konsep rumah kurungan untuk kucing belaan Adakalanya dipanggil cage dan juga dipanggil condo Hari ini, catatan blog berbeza dan tidak ada kena mengena dengan buku. Sudah lama saya memerhatikan dan melihat gelagat haiwan belaan ini sejak berada di Melaka. Dahulu tidak begini, cuma akhir-akhir ini haiwan belaan ini menguji kesabaran saya. Mungkin haiwan belaan ini hendak menyuruh saya berfikir luar kotak. Oh, sebenarnya haiwan belaan bernama kucing ini bukanlah kerana saya sendiri hendak membelanya. Kucing yang benar-benar dibela hanyalah seekor, masih hidup sepanjang 15 tahun lalu. Kehadiran kucing-kucing liar menjadikan jumlahnya bertambah. Kemudian berkurangan semula. Hendak dibuang, kasihan pula. Mungkin ada yang menjadi mangsa simbahan air panas, dipukul dan seumpamanya. Tetapi aktiviti harian kucing-kucing ini sudah semakin menjadi-jadi. Maka, mahu tidak mahu kucing-kucing yang diberikan status bebas perlu dikurung sementara bagi mendisiplinkan tabiat mereka. Teringat pula kepada

World Book Day di Book Xcess

Klik http://www.bookxcess.com/

Pembaca Alamanda memilih Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Buku bestseller 30 MPH Alamanda dipetik daripada http://universitipts.com/index.php/site/comments/carta_top_30_buku_buku_pts_profesional_mac_2008/

Zamri Mohamad di majalah Dewan Bahasa April 2008

Bahasa dan Masyarakat 40 Membaca dengan Pendengaran – Zamri Mohamad 43 Bahasa Isyarat Meningkatkan IQ Bayi? – Yvonne M. Campbell 46 Dakwah dalam Bahasa Isyarat – Madzlina Haji Nordin 48 “Dari Atas ke Bawah” Bahasa Nasihat kepada Pemimpin – Munif Zarirruddin Fikri Nordin 51 Semiotik dalam Wacana Persembahan – Jyh Wee Sew 56 Memantau dan Menegur di Kota Tinggi – Rusdi Abd. Rahman 59 “Suara” Dayana kepada Baha – Ritah Yahaya 62 Merapatkan Jurang Komunikasi Melalui Bahasa Isyarat. Apa Kata Mereka? – Ritah Yahaya dan Roshasliza Sulaiman

Magnet Cinta di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Naik ke tingkat 3, giliran Kak Pija pula mencari buku-buku rujukan Kejuruteraan Elektrik. Kami tidak lama di situ, kerana sms bertalu-talu daripada Icesoul untuk saya ke booth PTS yang terletak di seberang sungai. Di PTS, kami memborong buku lagi. Nadia dengan Laskar Pelanginya. Saya memilih buku Jalan Jauh ke Kampus dan Opera Angkasa, manakala Kak Pija dengan Magnet Cinta. Baca lagi entri di sini http://xarafatima.blogspot.com/search?q=magnet+cinta

Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak Petikan komen Tuan Abd Razak Adam http://universitipts.com/index.php/site/comments/jualan_pts_rm298_ribu/ Alhamdulillah, hujan lebat yang melanda di luar rupa-rupanya membawa rahmat kepada PTS. Saya datang sekeluarga dari Melaka pada petang Sabtu. Terlihat Puan sedang duduk di sebelah penulis ‘Rahsia Bisnes mamak’. Pengunjung terlalu ramai sampai Puan terpaksa duduk dalam keadaan terhimpit di suatu sudut sewaktu penulis sedang berapi-api berucap. Tahniah kepada warga PTS terutama kepada Puan atas kejayaan ini, gerai buku PTS terlalu sesak dengan pengunjung. Apa yang saya nampak ialah konsep ‘memandaikan bangsa’ serta keikhlasan dalam perjuangan akhirnya akan mencapai kejayaan. Teruskan dan teguhkan konsep ini. Tahun depan pasti akan berganda lagi, insyaAllah. Petikan entri Pengerusi PTS Puan Ainon Mohd http://universitipts.com/index.php/site/comments/corat_coret_pesta_buku_mamu_faisal_dan_mamak_zamri/ Regu "Geng Mamak" pasangan

Pulang ke Melaka

Salam alaikum. Saya akan berada di Melaka selama seminggu dan akses internet dan menulis blog tidak dapat dilakukan sepanjang minggu bermula pada hari ini (Isnin). Selepas ini akan menulis semula.

Bersama para pembaca buku Zamri Mohamad di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Baca dan kemudian Magnet Cinta ditandatangani selepas dimiliki. Terima Kasih! Jam 8.30 malam, pembaca 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki bersama anak-anak beliau. Bersama ketua kempen pilihan buku (pilihanraya) bertukar-tukar buku Bersama pegawai komunikasi korporat Bernama Forum paling terbuka dan benar-benar demokrasi sifatnya. Disertai oleh Tuan Syed Munawar, Tuan Zin Mahmud, Dr Abu Hassan Hasbullah dan Puan Ainon Mohd

Hari terakhir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Tuan Dingin dan Aliff Hantu Silap Mata Kaunter wangnya satu, yang menjaganya tiga orang Langkah keselamatan ala Mydin, tiga kakitangan PTS menjaga laluan keluar. Tuan MBA memilih pemenang cabutan bertuah. MBook rancak dipromosikan

Pekomik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Konvensyen anjuran Pekomik Sebahagian daripada pameran Demonstrasi karikatur Ahli Pekomik di hadapan TR 2 Mambo di Kuala, sebuah novel grafik

Pesta Buku yang terbaik! Penulis-penulis bersekutu merampas kuasa (masa).

Papan tanda senarai penerbit di seberang sungai. Bayangan Akademi Penerbitan yang dicanang-canang kerajaan sebelum pilihanraya Kakitangan yang membantu menunjuk arah. Ke dewan Tun Razak merentasi sungai. Ada penambahbaikan dari sudut aliran keluar masuk di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kali ini kakitangan yang bertugas dan kewujudan papan maklumat memudahkan orang ramai mengetahui adanya gerai-gerai buku di seberang sungai di dewan Tun Razak 2. Hari Ahad, saya sudah berjanji kepada Tuan Shamsuddin Kadir untuk berada di sana sehinggalah pesta buku berakhir. Pada malam sebelum itu saya menghantar poster pilihan buku bagi siri Tuan Shamsuddin Kadir bagi edaran pada hari ini. Alhamdullilah, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas antara buku yang tiada di rak pameran buku PTS hari itu. Moga-moga buku-buku lain juga mendapat perhatian yang sama daripada pembaca. Pada hari Ahad ini, saya ketemu dengan beberapa pembaca baru yang pertama kali membaca karya saya iaitu Magnet Cint