Langkau ke kandungan utama

Kucing dan pemikiran luar kotak

Konsep rumah kurungan untuk kucing belaan
Adakalanya dipanggil cage dan juga dipanggil condo

Hari ini, catatan blog berbeza dan tidak ada kena mengena dengan buku. Sudah lama saya memerhatikan dan melihat gelagat haiwan belaan ini sejak berada di Melaka. Dahulu tidak begini, cuma akhir-akhir ini haiwan belaan ini menguji kesabaran saya. Mungkin haiwan belaan ini hendak menyuruh saya berfikir luar kotak.

Oh, sebenarnya haiwan belaan bernama kucing ini bukanlah kerana saya sendiri hendak membelanya. Kucing yang benar-benar dibela hanyalah seekor, masih hidup sepanjang 15 tahun lalu.

Kehadiran kucing-kucing liar menjadikan jumlahnya bertambah. Kemudian berkurangan semula. Hendak dibuang, kasihan pula. Mungkin ada yang menjadi mangsa simbahan air panas, dipukul dan seumpamanya.

Tetapi aktiviti harian kucing-kucing ini sudah semakin menjadi-jadi. Maka, mahu tidak mahu kucing-kucing yang diberikan status bebas perlu dikurung sementara bagi mendisiplinkan tabiat mereka.

Teringat pula kepada Puan Ainon yang banyak membela kucing, maka saya e-melkan kepada beliau mohon idea. Rupa-rupanya e-mel saya dijadikan bahan entri Universiti Terbuka PTS. Pelbagai komen termasuk komen saya sendiri.

Alaikumussalam! Terima kasih atas doa-doa yang saudara kirim buat saya. Saya pun mendoakan yang serupa buat saudara. Ditambah dengan doa moga-moga buku-buku saudara laku keras dalam pasaran.

Hehehe.... nanti saya siarkan surat ini dalam UNIKA, supaya ada yang memberi tip!


Itu jawapan Puan Ainon, dipetik perkataan demi perkataan dari e-mel pagi tadi.

Shamsuddin Kadir on 04/22 at 08:16 AM


Hebatnya Puan Ainon, bukan sahaja pakar rujuk industri buku tetapi juga tentang haiwan peliharaan.

Puan Ainon bukan sahaja sebagai pengerusi PTS tetapi juga Pengerusi Hal Ehwal Kucing Sedunia. He he.

Mungkin selepas ini Tuan Zamri dapat menulis buku “77 Tip Melembutkan Hati ...”

Zamri Mohamad on 04/22 at 03:09 PM

Masya Allah, surat ini pun keluar dalam UNIKA jugakah?

Tuan Shamsuddin, Puan Ainon pelihara begitu banyak kucing, saya sudah pening kepala hendak menjaga kucing-kucing ini. Dahulu tidaklah buat perangai sangat, tahun ini menjadi-jadi pula. Memang mencabar kesabaran juga. Ada idea lontarkan.

PTS Pro mungkin hendak terbitkan buku Memulakan Bisnes Kucing (bersiri untuk bisnes lembu, kambing dan sebagainya)

Nota: Ada hadis menyebutkan menjual kucing adalah haram.

Faris on 04/22 at 05:17 PM

Tuan Zamri dan Tuan Sham,

Alang-alang bincang tentang judul buku, saya hendak tambah lagi… 77 Tip Melembutkan Hati Kambing dan Lembu (promosi jualan Hari Raya Aidifitri), Hidup Tenang Tanpa Kucing dan sebagainya. Ada yang hendak tambah lagi...? Mungkin ada sesiapa yang hendak tulis Jibunsyi kucing?

Zamri Mohamad on 04/22 at 05:28 PM

Tuan Faris, kita bongkar misteri Rahsia Kucing milik orang Islam di Cina.

Setakat ini saya mendapat beberapa respon dan idea, antaranya membina kurungan bagi kucing-kucing ini seperti dalam gambar-gambar. Selepas jam 11 malam tadi, ibu saya memberi cadangan, "Mengapa tidak jadikan ruang bawah rumah sebagai kurungan. Tambah tembok batu blok di sekeliling dan sediakan ruang pengudaraan. Kawasan lebih besar dan tidak menzalimi haiwan."

Ibu saya berfikir luar daripada kotak. Mudah dan praktikal. Saya ketawa sendiri. Idea semudah ini pun tidak dapat saya fikir.

Nota: gambar diambil daripada http://www.thecatsden.net/apartments.html#9

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamu'alaikum Tuan Zamri,

Saya bakal menulis novel remaja mengenai kucing. Saya bercadang menyiapkannya pada tahun ini.

Imran Yusuf
http://imranyusuf.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...