Langkau ke kandungan utama

Ciplak lagi dan kali ini Mstar Online membuat pendedahan



Sekali lagi, isu penciplakan timbul. Penulis selalu menjadi mangsa pada akhir tahun lalu dan pada tahun ini. Keterbukaan Mstar Online mendedahkan sebuah e-mel yang dikirim oleh seorang penulis blog bernama Dr. Azwan sedikit sebanyak memberi kesan kepada situasi ini.

Tahniah kepada Mstar Online kerana keterbukaan akhbar maya ini meningkatkan lagi kredibiliti dan kepercayaan para penulis blog dan pembaca maya kepada akhbar ini.

Saya petik ruangan Mstar Online

Kredit untuk penulis sebenar 'Hidangan 5 Bintang - Halal Atau Haram'
29-04-2008 12:13:30 PM

UNTUK pengetahuan editor, saya adalah penulis artikel yang sebenar kepada artikel "Hidangan 5 Bintang - Halal Atau Haram". Saya merupakan seorang doktor perubatan yang menulis blog di http://www.drazwan.blogspot.com/

Saya berasa kecewa kerana ada orang lain telah menciplak dan mencedok artiekl saya kesemuanya tanpa ada kredit dan olahannya sendiri dan meletakkannya di atas nama penanya. Sila datang dan cek artikel yang saya tulis di dalam blog saya iaitu www.drazwan.blogspot.com
dan pautan khasnya http://drazwan.blogspot.com/2008/04/restoran-hotel-5-bintang-halal-atau.html

Sila periksa tarikhnya dan ini adalah artikel saya yang original. Saya berharap pihak tuan dapat memberi kredit kepada penulis dan blog di atas artikel yang telah saya tulis atau menarik semula artikel tersebut.

Intergriti matlamat kita.

Wassalam.

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
abiteha@yahoo.com


Manakala ini adalah artikel yang diciplak oleh seseorang bernama Nayan Man (beliau bukan kakitangan Mstar Online)

Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...