Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2007

Jawatan Kosong.

Sudah lama tidak pulang ke kampung. Kali ini pulang bukan dengan tangan kosong, tetapi berkotak-kotak barang dan buku. Kelak saya akan berada di Melaka. Selepas kontrak sebagai pembantu kepada penasihat media rektor di Universiti Islam Antarabangsa tamat secara rasmi, saya akan fokus kepada kerjaya lain. Mahu mencari angin baru. Encik Abdul Halim, penyelia berkata jika masih tidak mendapat apa-apa kerja, sambunglah kontrak seperti biasa. Oh, saya sudah menyambung kontrak sebanyak tiga kali sebelum ini. Dua tahun di sini. Sambung kontrak buat kali keempat, insya Allah tetapi tidak ada janji di situ. Encik Abdul Halim meminta saya mencarikan pembantu yang boleh menguruskan kerja seperti biasa. Mengikut kriteria yang diminta oleh Encik Abdul Halim, pembantu penasihat media mempunyai ciri-ciri berikut. Lelaki. Bekas pelajar kewartawanan dan media. Jika tidak, mesti pernah mengambil subjek berkaitan. Pelajar UIAM tahun akhir digalakan memohon. Tahu menulis berita dan menghasilkan rencana. T

Lensa Kota Sejarah.

Cheng Ho. Lokasi: Stadhuys. Cheng Ho. Lokasi: Stadhuys. Bukit St John. Bandar Merah. Bukit St John. Hantaran dulu-dulu. Lokasi: Stadhuys Tempat hasilkan roti. Lokasi: Stadhuys Lokasi: Stadhuys Lokasi: Stadhuys Lokasi: Stadhuys Teh tarik restoran Mak Besah Dataran Pahlawan, Melaka. Dataran Pahlawan, Melaka. Runtuhan Kota Santiago, Melaka. Dataran Pahlawan, Melaka.

Lensa

Tenang. KLCC. KLCC. KLCC. KLCC. Kubah sedang dibaiki. Masjid Jamek. Masjid Jamek. Masjid Jamek. Masjid Jamek. LRT Wangsa Maju LRT Wangsa Maju LRT Masjid Jamek LRT Masjid Jamek Puduraya, terminal 12. Balik kampung.

Alhamdulillah kamera sudah pulih.

Kamera KODAK EZ saya sudah pulih. Gara-gara gatal tangan memasukan pengecaj yang tidak sepatutnya ke kamera tersebut. Akibatnya papan litar elektroniknya terbakar dan perlu diganti. Kakitangan berbangsa Cina yang bertugas di bahagian baik pulih kamera digital KODAK di Compugates (gambar kiri) itu pun hairan apabila saya menghantar kamera itu untuk dibaik pulih. Pada awalnya beliau menjangkakan baik pulih mengambil masa sebulan. Papan litar yang terbakar perlu diambil dari Singapura. Sebaliknya dua hari selepas itu beliau menelefon dan memberitahu ia sudah dibaiki. “Tidak ada pelanggan hantar kamera ini ke sini,” katanya. Mukanya jelas menunjukkan kehairanan. Katanya lagi, “Ini model terhad. Tidak ada dijual mana-mana lagi. Pelanggan beli kamera ini kerana lensanya. Seperkara lagi, kamera ini tidak pernah dihantar kerana rosak.” Saya malu sendiri dan mengaku memang salah saya sehingga kamera ini rosak. Kali ini kakitangan itu marahkan saya kerana tindakan bodoh itu. Nasihatnya, “Lain ka

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un

Menjadi isteri pujaan suami.

Seperti saya katakan dahulu, saya bertapa memberi fokus kepada beberapa perkara dalam hidup sebelum menjelang tahun 2008. Saya gelarkan tahun hadapan sebagai tahun stabiliti. Maka beberapa urusan perlu dibereskan sebelum bermula tahun baru. Apa yang berlaku sepanjang tiga puluh hari lalu. Perkara rutin sudah semestinya menulis. Saya menerima panggilan daripada editor perolehan berkenaan dua buku cadangan yang saya ingin tulis bersama-sama penulis lain. Berita yang menggembirakan. Kedua-dua cadangan buku diterima dan saya diminta menghantar dalam tempoh tiga puluh hari. Saya memilih fokus kepada sebuah buku ditulis bersama penulis Tip-Tip Poligami : Di Bawah Naungan Aisyah iaitu Tuan Imran Yusof. Tip-Tip Poligami : Di Bawah Naungan Aisyah adalah salah satu buku yang pernah mendapat kedudukan bestseller PTS Islamika. Buku kami tulis bersama mempertembungkan dua perspektif, perspektif penulis 40-an dan 20-an dalam satu topik yang sama. Buku bagaimana menjadi isteri pujaan suami sepanjang

Tahun 2008 tahun menggembirakan.

Jika dikira produktiviti selaku penulis bebas, tahun 2007 adalah tahun yang paling rendah produktuvitinya. Hanya sebuah buku sahaja yang diterbitkan PTS Millennia. Selama dua belas bulan, sebuah sahaja di pasaran. Satu sahaja. Ahad, 30 Disember 2007, rakan wartawan di Sinar Harian menghubungi saya bagi temuramah buku-buku terbaru. Dalam senyum kelat saya memberitahu beliau projek buku tahun ini adalah bagi projek tahun hadapan. “Satu sahaja buku tahun ini?” tanyanya tidak percaya. Jatuh bahu, jalan longlai. Sebenarnya, empat lagi manuskrip saya dipulangkan semula oleh PTS Millennia bagi tujuan ubah suai kandungan. Misi mereka ke Jakarta membawa berita baru kepada saya. Buku perhubungan dan cinta kini memerlukan input-input agama yang digandingkan dengan fakta. Itulah pemerhatian pengurus dan seorang ustaz di beberapa toko buku sekitar Jakarta. Tujuan pemulangan semula kesemua manuskrip yang dihantar pada Oktober 2006 pada mulanya membuat saya berat hati. Saya tidak tahu apa pandangan o