Langkau ke kandungan utama

Menjadi isteri pujaan suami.

Seperti saya katakan dahulu, saya bertapa memberi fokus kepada beberapa perkara dalam hidup sebelum menjelang tahun 2008. Saya gelarkan tahun hadapan sebagai tahun stabiliti. Maka beberapa urusan perlu dibereskan sebelum bermula tahun baru.

Apa yang berlaku sepanjang tiga puluh hari lalu. Perkara rutin sudah semestinya menulis. Saya menerima panggilan daripada editor perolehan berkenaan dua buku cadangan yang saya ingin tulis bersama-sama penulis lain. Berita yang menggembirakan. Kedua-dua cadangan buku diterima dan saya diminta menghantar dalam tempoh tiga puluh hari.

Saya memilih fokus kepada sebuah buku ditulis bersama penulis Tip-Tip Poligami : Di Bawah Naungan Aisyah iaitu Tuan Imran Yusof.

Tip-Tip Poligami : Di Bawah Naungan Aisyah adalah salah satu buku yang pernah mendapat kedudukan bestseller PTS Islamika.

Buku kami tulis bersama mempertembungkan dua perspektif, perspektif penulis 40-an dan 20-an dalam satu topik yang sama. Buku bagaimana menjadi isteri pujaan suami sepanjang hayat.

Dari zaman bujang sehinggalah menginjak kaki ke alam perkahwinan. Buku ini ditulis dari sudut pandang pengalaman dan komunikasi. Tidak ada satu buku dalam pengetahuan kami membawa sudut pandang dua generasi mengenai dunia pasangan. Ia disusun dengan mengambil kira kepentingan pembaca berstatus si dara mahupun yang sudah bergelar isteri.

Jika saudara dan saudari pembaca blog ini berminat melihat kulit buku dan isi kandungan buku ini, isikan e-mel di kotak yang terletak di bawah. Sehingga hari ini, kami akan kekal menyimpan ia sebagai rahsia. Daftar di bawah:

email:

Powered by NotifyList.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...