Langkau ke kandungan utama

Tahun 2008 tahun menggembirakan.

Jika dikira produktiviti selaku penulis bebas, tahun 2007 adalah tahun yang paling rendah produktuvitinya. Hanya sebuah buku sahaja yang diterbitkan PTS Millennia. Selama dua belas bulan, sebuah sahaja di pasaran.

Satu sahaja.

Ahad, 30 Disember 2007, rakan wartawan di Sinar Harian menghubungi saya bagi temuramah buku-buku terbaru. Dalam senyum kelat saya memberitahu beliau projek buku tahun ini adalah bagi projek tahun hadapan.

“Satu sahaja buku tahun ini?” tanyanya tidak percaya.

Jatuh bahu, jalan longlai.

Sebenarnya, empat lagi manuskrip saya dipulangkan semula oleh PTS Millennia bagi tujuan ubah suai kandungan. Misi mereka ke Jakarta membawa berita baru kepada saya. Buku perhubungan dan cinta kini memerlukan input-input agama yang digandingkan dengan fakta. Itulah pemerhatian pengurus dan seorang ustaz di beberapa toko buku sekitar Jakarta.

Tujuan pemulangan semula kesemua manuskrip yang dihantar pada Oktober 2006 pada mulanya membuat saya berat hati. Saya tidak tahu apa pandangan orang lain jika mereka di tempat saya. Mungkin mereka merasa penat amat sangat. Penat emosi. Pulang dengan keadaan bahu ke bawah. Oh, saya tahu bagaimana rasanya perasaan itu, seperti seorang loser.

Dunia penulis dunia kepercayaan.

Saya rasional kembali. Saya lebih berat hati jika pembaca buku menerima sesuatu yang mentah daripada buku-buku saya.

Mereka membeli buku-buku Zamri Mohamad bukan dengan wang semata-mata, tetapi dengan faktor kepercayaan kepada saya dan buku-buku itu. Kepercayaan mereka adalah perkara yang perlu dijunjung jika label diri kita adalah penulis.

Fikirkan orang lain.

Keadaan ini membuat saya berorientasi memikirkan orang lain berbanding diri sendiri. Bukankah pembaca sebahagian daripada formula merancang kejayaan buku. Mengapa meminggirkan mereka kerana isu-isu peribadi ini. Adakah dengan tidak berpuas hati dengan satu perkara, kita mengalah dan pergi. Meruntuhkan semua yang kita usahakan dahulu. Sudahlah, bangun dan bekerja semula.

Pertemuan yang menguntungkan.

Dalam pertemuan ‘jatuh bahu’ di pejabat itu, PTS Millennia dengan bermurah hati memberikan saya senarai tajuk buku-buku Indonesia bagi siri buku perhubungan dan cinta Islami sebagai bahan rujukan.

Inilah salah satu perkara yang membuat saya gembira bekerja dengan mereka. Bahan-bahan itu menjadi pemudah cara bagi penulis membuat kajian dasar melalui buku-buku tersebut.

Malah saya berterima kasih kepada PTS Millennia dengan tindakan mereka memulangkan manuskrip-manuskrip yang dihantar tahun lalu.

Disiplin menulis dengan persembahan yang dikehendaki penerbit adalah sesuatu yang penting. Pelaburan mereka bukan pelaburan kecil. Jadi mengapa perlu bising-bising.

Dalam susah ada senangnya.

Bukankah al Quran berkata, selepas kesusahan ada kesenangan. Ia diulang-ulang dua kali dalam surah yang sama. Saya kira tahun 2007 yang dilihat rekod produktiviti kurang baik bagi diri saya sebagai penulis bebas membawa cerita gembiranya sendiri.

Tahun ini menunjukkan beberapa buah buku diterima bagi tujuan penerbitan dan dimasukkan dalam rancangan penerbitan sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Dengan izin Allah dan usaha penerbit PTS, berikut adalah buku-buku yang bakal dicetak bagi pembaca.

Sudah dihantar.

Tahun terbitan 2008: Tip Karier untuk Wanita Moden. Ditulis bersama Abdullah Hassan.
Tahun terbitan 2008: Rahsia Bisnes Mamak. Ditulis bersama Muhammad Faisal Sharbudin.
Tahun terbitan 2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart. Ditulis bersama Mohd Firdaus Hamsin.
Tahun terbitan 2008: Menjadi Isteri Pujaan Suami Sepanjang Hayat. Ditulis bersama Imran Yusof.
Tahun terbitan 2008: Menjadi Isteri Pujaan Suami Sepanjang Hayat. Ditulis bersama Imran Yusof.

Dalam proses penulisan.

Tahun terbitan 2008: Tip Urus Masa untuk Wanita Moden. Ditulis bersama Nadzirah Ahmad Basri.
Tahun terbitan 2008: Cashflow untuk pengantin baru ditulis bersama Shamsuddin Kadir.
Tahun terbitan 2008: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Buku.

Jika ingin menjadi individu pertama mengetahui perkembangan buku-buku ini. Segeralah daftarkan e-mel di bawah


email:

Powered by NotifyList.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .