Langkau ke kandungan utama

Perlukah dialog terakhir Tun-Pak Lah untuk merungkai konflik?

Perlukah dialog terakhir Tun-Pak Lah untuk merungkai konflik?
oleh ZAMRI MOHAMAD

Perlukah dialog terbuka sekali lagi melibatkan pengetahuan rakyat untuk melegakan panas konflik antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir?

Sepanjang tempoh ini kita melihat pertentangan antara kedua-dua tokoh ini banyak melibatkan isu-isu yang melibatkan kepentingan kerajaan yang secara langsung melibatkan masa hadapan rakyat keseluruhan.

Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap dasar-dasar dan pelaksanaan agenda pimpinan Pak Lah menjadi satu diskusi panjang rakyat terhadap apa yang sedang berlaku dan apa pula yang akan mengakhiri perjalanan kemelut ini.

Satu perjalanan politik biasa.

Pak Lah melalui program temubual eksklusif dalam sebuah rancangan televisyen terbitan TV3 telah memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Pak Lah melihat isu ini sebagai satu perkara biasa dalam perjalanan politiknya. Beliau yakin, selagi mana ia dianggap sesuai dan praktikal dengan keperluan rakyat, maka keputusan akan diambil. Ia menjadi penentu perjalanan politiknya di mata rakyat melalui prestasi kepimpinan beliau.

Dakwaan tergantung.

Dalam usaha medapatkan kerusi perwakilan, Tun Dr Mahathir mendedahkan adanya unsur rasuah dalam pemilihan perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti November. Apakah hasil siasatan dari dakwaan yang dibuat oleh TUn ini? Siapakah yang terlibat dan apa yang berlaku menjadi persoalan rakyat sehingga hari ini.

Ia tidak berhenti di situ sehinggalah pertemuan empat mata melibatkan mantan Perdana Menteri dengan Perdana Menteri kelima ini menjelang Syawal.

Perlu jawapan

Kali ini berlaku pertentangan kenyataan antara kedua-dua tokoh ini yang dibawa oleh media. Satu pihak mendakwa manakala satu pihak menafikan. Keadaan bergilir-gilir mengambil tempat. Semakin lama diikuti semakin mengelirukan rakyat. Siapa salah dan siapa yang betul dalam hal ini?

Pendedahan terhadap isu-isu dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir secara terbuka menjadikan proses membentuk persepsi rakyat berlaku. Ketika tumpuan terhadap isu-isu yang dibangkitkan ini dibawa kepada rakyat, ia memerlukan jawapan yang meyakinkan.

Pandangan demi pandangan baik dari menteri kabinet dan ahli-ahli UMNO yang pernah bekerja dibawah kepimpinan Tun meneruskan tradisi menyokong kepimpinan yang sedia ada seratus peratus. Apa sahaja kritikan yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahatir akan menerima respon yang sudah dijangka oleh rakyat iaitu penafian dan sokongan tanpa berbelah bagi terhadap Pak Lah. Ini adalah asas kerja bagi pertubuhan yang mewakili dan mempejuangkan orang Melayu yang sudah diketahui umum.

Isu negara polis

Perkara yang ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir yang menyifatkan Malaysia sudah seperti negara polis (police state) kerana sekatan-sekatan yang berlaku ke atas dirinya tidak jauh bezanya dengan keadaan yang dihadapi oleh parti pembangkang sebelum ini beberapa tahun lalu. Isu ini perlu diteliti dan dijelaskan oleh Pak Lah dalam usaha memantapkan keyakinan masyarakat terhadap kredibilit kerajaan.

Pengangguran dan isu ekonomi.

Dakwaan mengatakan ekonomi negara dan kadar pengangguran yang semakin naik juga adalah isu rakyat yang perlu ditangani dengan berhati-hati. Rakyat berhak mengetahui dari sudut apa Tun menyatakan demikian dengan sumber-sumber yang jelas dan apakah yang membuatkan keadaan tersebut berlaku.

Isu pengangguran mahasiswa sebelum ini dijawab kerajaan dengan pendedahan 30,000 jawatan kerajaan. Perkara ini menjadi topik panas siswazah yang hairan dengan jumlah kekosongan begitu besar.

Persoalan di kalangan mereka timbul kerana kekosongan 30,000 jawatan ini tidak diketahui dan tidak dimaklumkan kepada mereka sebelum ini sehinggalah isu ini ditimbulkan kembali sehinggalah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempercepatkan proses pengambilan.

Kematangan teruji

Rakyat negara ini adalah rakyat yang matang pemikiran dan tidak tanduknya. Apabila Malaysia melonjakkan kedudukannya dalam senarai akhbar yang mengamalkan kebebasan media sepanjang kepimpinan Pak Lah.

Rakyat semakin proaktif, rasional dan terbuka berbincang tentang isu-isu yang dahulu dianggap boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan melalui wajah-wajah wakil rakyatnya.

Mentaliti kelas pertama sebagaimana diuar-uarkan sedikit demi sedikit diterapkan dalam membincangkan isu-isu ini di kalangan mereka. Media dalam menjaja isu ini hendaklah bersedia memastikan isu ini diangkat secara keseluruhan. Cuit sana-sini dalam menghidangkan berita seperti ini membawa interpretasi dan maksud berbeza.

Perspektif positif

Konflik ini mungkin kelihatan buruk bagi sesetengah orang. Ia mungkin memberi impak yang besar dalam perkembangan negara. Malah konflik seperti ini bagi sesetengah penganalisis dikatakan sebagai sesuatu yang mesti untuk survival rakyat keseluruhan. Boleh jadi ia menjadi satu proses check and balance yang unik dan terbaik dalam sejarah negara kesan daripada kesan baru serta dimensi perspektif yang positif dari kaca mata rakyat. Konflik ini memungkinkan apa sahaja.

Sekali dan terakhir

Pemerhati melihat pertembungan dua pemimpin ini akan membawa kepada perpecahan dalam diam. Mahathir dilihat mempunyai daya mobilisasi yang kuat ke atas penyokong-penyokong senyap dalam parti pemerintah. Manakala Pak Lah percaya dengan pendekatan musyawarah dalam memimpin kerajaan hari ini adalah teras yang akan dipercayai sebagai efektif.

Pemikiran rakyat terus bergerak bersama-sama dasar yang dibawa oleh kerajaan. Jika pertembungan ini dianggap sebagai satu gangguan yang akan merenjatkankan keupayaan rakyat secara maksimum, maka konflik Pak Lah dan Mahathir perlu diselesaikan pada masa dan tempat yang sesuai.

Mungkinkah Pak Lah dan Tun Dr Mahathir perlu sekali lagi buat kali terakhir duduk bersama dalam sebuah rancangan televisyen secara langsung, di hadapan jutaan rakyat Malaysia untuk menonton dan mendengar penjelasan yang jauh lebih jelas, telus dan kukuh untuk kali terakhir?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .