Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2006

Pendakwah: sensitif dengan keadaan, bersedia dengan perubahan.

Belajar di sebuah sekolah yang melibatkan semua kaum dan agama selama 13 tahun, kemudian bergerak memasuki sebuah universiti islam dengan suasana dan pengamalan hidup islami memberikan penulis dua corak kehidupan sosial berbeza. Kedua-dua tahap kehidupan yang berlainan dari kehidupan sebagai pelajar sekolah yang majoriti bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjadi sumber pengalaman yang menarik dan membina pengalaman hidup. Melangkah kaki ke sebuah universiti yang menghimpunkan para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia yang membawa minda tersendiri, dipertembung dengan aliran sekolah harian, ia menjadi kejutan yang lama kelaman menjadi kebiasaan. Dari artikel Muslimat dakwah… Senyumlah (September 2006) sehinggalah respon melalui surat pembaca Muslimat Dakwah yang Tersenyum (November 2006), kedua-duanya memberi perspektif bersifat pelbagai yang membuat para pembaca dapat menyemak kembali metodologi dakwah dan selaras dengan pendekatan kontemporari yang tidak lari dari Quran

Perlukah dialog terakhir Tun-Pak Lah untuk merungkai konflik?

Perlukah dialog terakhir Tun-Pak Lah untuk merungkai konflik? oleh ZAMRI MOHAMAD Perlukah dialog terbuka sekali lagi melibatkan pengetahuan rakyat untuk melegakan panas konflik antara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir? Sepanjang tempoh ini kita melihat pertentangan antara kedua-dua tokoh ini banyak melibatkan isu-isu yang melibatkan kepentingan kerajaan yang secara langsung melibatkan masa hadapan rakyat keseluruhan. Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap dasar-dasar dan pelaksanaan agenda pimpinan Pak Lah menjadi satu diskusi panjang rakyat terhadap apa yang sedang berlaku dan apa pula yang akan mengakhiri perjalanan kemelut ini. Satu perjalanan politik biasa. Pak Lah melalui program temubual eksklusif dalam sebuah rancangan televisyen terbitan TV3 telah memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir sebelum ini. Pak Lah melihat isu ini sebagai satu perkara biasa dalam perjalanan politiknya. Beliau yakin, selagi mana ia dianggap sesuai dan praktikal dengan keperluan r

Syaitan kecil dalam poket

Catatan dari laman web rasmi PTS Kisah ini benar-benar meresahkan aku. Hutang sedikit membantu, makin banyak, makin menggigit. Nabi Muhammad pernah berkata, hutang itu akan menghilangkan ketenangan hidupmu. Kata orang, berhutang untuk benda yang tidak perlu seperti menjemput syaitan kecil ke dalam poket seluar kita. - Motivasi Minda Inilah kisahnya. “Kamarul, esok result keluar.” Suara Imran kedengaran di hujung corong telefon. “Kalau ada yang sangkut, habislah aku, extend 6 bulan lagilah.” Nafas Kamarul seakan tersekat-tersekat apabila mendengar kata-kata Imran tadi. Kamarul berdebar-debar, dia sudah tidak sanggup lagi burning the midnight oil. Apabila keputusan keluar pada keesokan harinya, ia benar-benar bermakna bagi Kamarul. “Alhamdulillah, aku lulus.” Bagaikan arus sejuk singgah di kepalanya, dengan kelulusan itu Kamarul dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Sejak hari itu, berpuluh-puluh permohonan kerja resume dihantar ke syarikat-syarikat besar. Akhirnya dia menda

Air Milo hujan

Kami berbuka di sebuah restoran di Seri Gombak. Hujan renyai-renyai semakin lebat kemudian renyai-renyai kembali. "Beri saya cendawan goreng," pintaku. Cadangnya hendak merasa resipi baru "Saya pula hendak sup cendawan," sahabatku Faizal memesan makananya pula. Sepuluh minit kemudian datanglah sepinggan kecil hidangan cendawan dengan sup pekat yang dicampur sotong dan sayur-sayuran. Kemudian dihantar pula semangkuk sup cendawan yang dicampur daging lembu, ayam dan sayur-sayuran. Mana cendawan goreng? Rupa-rupanya cendawan yang dihidang dengan sup pekat bercampur sotong dan sayur itulah cendawan goreng? Lain kedai, lain intepretasi resipinya. Akhirnya masing-masing tersalah makan hidangan yang dihidang. Hujan makin lebat. "Abang, berikan saya milo panas gelas besar," pesanku. Milo panas siap. Kelihatan kakitanganya datang dengan dua cawan air. Satu untuk pelanggan di meja hadapan, satu lagi untuk aku. Dia meredah hujan, membiarkan titis-titis air hujan yang

Kepungan tersirat

Aku berada di Puduraya. Selama satu jam tiga puluh minit menantikan bas ke Melaka di platform 12. Sementara menunggu, ingin aku catatkan sesuatu di sini. Beberapa hari sebelum ini, aku sempat membeli belah keperluan hari raya. Selama beberapa hari bersahur dan berbuka di luar. Kali terakhir ialah pada hari ini di NZ Wangsa Maju. Orang ada atau tidak, jika kedai hendak ditutup jam lima maka jam lima jugalah dikemas restoran itu sebelum mereka bersahur. Sambil makan, dapatlah aku dan sahabatku melihat mereka menyusun meja, mengangkat kerusi dan meletakan ke atas meja, menyapu sampah dan datang pula salah seorang kakitangan restoran meletakan kin lap meja di atas meja kami (yang sedang makan) kemudian dia bertanya, "Makan apa?" Dahulu, kalau sesak-sesak restoran ini, salah satu cara mereka memastikan pelanggan bangun dan memberi orang lain duduk di tempat yang disediakan ialah dengan mengelilingi anda. Bayangkan empat hingga enam orang kakitangan restoran mundar mandir dan berdi

Posto-posto

You've Got Mail adalah sebuah filem yang membawa kisah percintaan dua pengusaha kedai buku dan persaingan mereka dalam membawa dunia buku kepada orang ramai. Watak utama filem ini ialah Tom Hanks dan Meg Ryan membawa kepada satu situasi yang unik apabila mereka yang bertemu melalui maya saling mengadu tentang sikap musuh perniagaan mereka. Tom Hanks yang melakonkan watak Joe Fox merupakan pemilik sebuah gedung buku moden bertaraf mega, Fox Books. Manakala Meg Ryan yang membawa watak Kathleen merupakan pemilik kedai buku kanak-kanak, The Shop Around The Corner milik mendiang ibunya. Kedai itu sudah berusia melebihi 40 tahun. Menariknya dalam filem ini memaparkan nilai-nilai di sebalik sebuah gedung buku bertaraf mega dan indie, nilai-nilai manusia dan pemikiran yang terbentuk dalam ruang kedai yang menjual buku-buku dan sentuhan nostalgia serta ikatan yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup menarik hati. Konflik antara Joe Fox dan Kathleen sering ditimbulkan dalam sembang maya m

Hantu budak, hantu perigi

Kisah hantu amat sinonim dengan pengalaman kita ketika kecil. Aku sendiri pernah tidak tidur malam kerana imaginasi melampau terhadap cerita-cerita hantu yang disampaikan. Sahabatku, saudara Faizal Azhar pernah bercerita bagaimana ketakutan terhadap benda yang tidak pernah dilihat boleh mengkucar-kacirkan satu kampung. Kisahnya begini. Faizal dan rakan-rakanya adalah rakan sekampung yang suka melakukan ekperimen mereka tersendiri. Ini termasuklah bermain mercun dengan cara lain. Biasalah, kanak-kanak cepat bosan dan ingin melakukan dengan cara berbeza. Malam Hari Raya, sedang orang kampung sibuk melayan tetamu di rumah dan meraikan bersama keluarga, Faizal dan rakan-rakan pula berjalan satu kampung pada waktu malam. Penuh mercun di poket kiri dan kanan baju melayu mereka. Tidak cukup dengan itu, diselitnya di songkok dan selebihnya diletak ke dalam bakul basikal. Faizal dan rakan-rakan melalui sebuah jalan kampung yang gelap. Hanya cahaya bulan sahaja yang menerangi laluan kecil itu. M

Tumpang tidur lokap tuan....

Prof Dato Dr Syed Arabi Idid Puan Siti Maryam dari Mingguan Malaysia (kiri) sedang mewawancara Rektor UIAM, Prof Dato Dr Syed Arabi Idid mempunyai kisah menarik ketika zaman sekolahnya di Kedah. Ketika muda, beliau menggemari aktiviti-aktiviti luar sehinggakan beliau banyak menyertai kelab-kelab yang memenuhi minatnya itu. Salagh satunya dipanggil Kelab Kembara. Salah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakannya ialah aktiviti merentasi semenanjung dari Kedah ke Singapura dalam masa 48 jam dengan hanya berbekalkan lima puluh sen. Ahli kelab Kembara perlu melakukan aktiviti seperti ini. Bagaimana hendak ke sana? Beliau bersama sahabatnya, Abdul Razak perlu menaiki kenderaan yang menuju ke arah Singapura. Ada lori, bas dan kereta yang menuju destinasi yang berlainan tetapi melalui jalan yang sama. Kenderaan-kenderaan inilah yang akan ditahan dan ditumpangi mereka berdua. Dalam perjalanan, mereka mempelajari manusia dari apa yang dibawanya. Mengenal susah payah orang dari apa yang dipand

Dakwah gadis terus ke hati

Aku hendak bercerita tentang seorang pembaca bukuku. Seorang gadis dan masih menuntut. Aku dikenalkan kepadanya kerana salah seorang dalam Malaysia yang membaca buku yang aku tulis. Terima kasih dan aku amat menghargainya. Kisahnya mudah. Biliknya ada waktunya didatangi rakan-rakan yang datang membawa masalah cinta. Tidak berpuas hati dengan perhubungan dan ada pula yang sedang mencari jawapan. Segala persoalan dan permasalahan itu dibawa ke bilik gadis ini. Aku jangkakan dia seorang pendengar dan sahabat yang baik. Kerana itu, biliknya menjadi tumpuan agaknya. Ada yang datang terdorong hendak meminjam buku yang dibelinya, Memahami Bahasa Cinta Lelaki . Kata gadis ini, "Awak belilah sendiri" Buku ini sedang berjalan dalam dunia dakwah ke hati. Biar manusia melihat cinta sebagai nikmat dan rezeki. Jika sepinggan makanan yang enak bisa dijamah penuh selera, cinta juga harus dijamah begitu dengan adab. Cinta itu rezeki dari Allah. Buat gadis yang aku catatkan dalam entri blog ka

Sudah setahun ya!

Tempat apakah ini? Inilah pejabat PTS pertama yang aku jejaki (di Bentong) ketika bergelar bakal penulis di bawah penerbitan ini. Masa itu dua buah buku. Hujung tahun ini akan ada tujuh kalau mengikut perancangan. Edisi comel. Aku sebenarnya terlajak jauh dari bangunan ini sehinggalah pemandu bas itu mengingatkan aku tempat yang ingin ditujui. Pengalaman melintasi lebuhraya besar dengan lori dan kereta yang gila-gila laju memang membuat aku kecut perut hendak melintas. Itu belum di tambah lagi memanjat penghadang konkrit separas dengan perutku yang terletak di tengah-tengah lebuhraya. Sudah tidak seperti penulis, macam latihan komando hendak naik pangkat sahaja. Dari petang hingga hampir senja. Tetapi bila dikenangkan balik tempat ini, di sinilah aku berhubungan dengan orang kuat PTS seperti Tuan Fauzul dan editor pertama yang menyunting buku aku, cik Firdaus Tahir. Maka bermulalah didikan terus dari Tuan Fauzul dalam dunia pengkaryaan selepas Puan Ainon dengan serangan sms selama seb

Promosi Online di MPH

Promosi buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki di MPH klik http://www.mph.com.my/books/malaysia.cfm

Baulah!

Tahun 2000 Kebiasaanya apabila kita berjalan di sekitar pusat membeli belah, kita akan dihulurkan dengan kertas kecil yang telah dicalitkan atau disembur dengan pewangi oleh promoter . Satu hari, aku dan dua orang lagi rakanku berjalan-jalan sekitar Mahkota Parade, Melaka. Kami dihulurkan dengan kertas kecil oleh seorang promoter yang jelita. Sahabatku Fen menghidu kertas itu, "Wangi," Sahabatku seorang lagi Yie turut melakukan perkara yang sama. Hidungnya lebih dekat dengan kertas kecil itu, "Memang wangilah. Baunya sungguh sedap" Promoter yang melihat Fen dan Yie hairan dengan sikap mereka berdua. Lalu dia berkata, "Tuan, itu kerta promosi sahaja. Ada nama pewangi di kertas itu. Tidak ada bau pun." Fen dan Yie berpandangan. "Siapa kata tiada bau, ada bau kertaslah!" kata Fen. Perlahan-lahan kami meninggalkan tempat itu, semakin lama semakin jauh. Mengapalah rasa lambat sangat keluar dari pusat membeli belah ini.

Fai, tolonglah aku.

Peperiksaan fardu ain untuk menentukan tahap pengetahuan kami tentang asas-asas agama dibuat secara mengejut. Kami semua di tempatkan di auditorium dengan kertas soalan sudah tersedia di atas setiap kerusi. Selama sejam kami hanya merenung sahaja kertas itu. Sekali sekala kami memandang kiri dan kanan. "Fai, itu apa ablution ?" tanya Din "Fai, apa itu pillars of Islam?" tanya dia lagi. Fai hairan. Kenapa dia tanya apa itu wuduk, apa itu rukun Islam? Pakaian Fai berjubah dan berketayap putih dengan janggut sejemput yang dilihat Fai sebagai simbol orang yang tahu ilmu agama mula berubah. Mungkinkah Din sekadar berpura-pura dengan pakaian sebegitu. Oh, Fai teringat. Din bertanyakan maksud ablution dan pillars. Itulah pertama kali Din mendengar perkataan tersebut. Bukan kerana dia cetek agama. Kisah ini berlaku enam tahun lalu dan diceritakan semula kepadaku.