Langkau ke kandungan utama

Posto-posto


You've Got Mail adalah sebuah filem yang membawa kisah percintaan dua pengusaha kedai buku dan persaingan mereka dalam membawa dunia buku kepada orang ramai. Watak utama filem ini ialah Tom Hanks dan Meg Ryan membawa kepada satu situasi yang unik apabila mereka yang bertemu melalui maya saling mengadu tentang sikap musuh perniagaan mereka.

Tom Hanks yang melakonkan watak Joe Fox merupakan pemilik sebuah gedung buku moden bertaraf mega, Fox Books. Manakala Meg Ryan yang membawa watak Kathleen merupakan pemilik kedai buku kanak-kanak, The Shop Around The Corner milik mendiang ibunya. Kedai itu sudah berusia melebihi 40 tahun.

Menariknya dalam filem ini memaparkan nilai-nilai di sebalik sebuah gedung buku bertaraf mega dan indie, nilai-nilai manusia dan pemikiran yang terbentuk dalam ruang kedai yang menjual buku-buku dan sentuhan nostalgia serta ikatan yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup menarik hati.

Konflik antara Joe Fox dan Kathleen sering ditimbulkan dalam sembang maya mereka dengan menggunakan nama samaran Shopgirl dan NY152. Sedang masing-masing sibuk bercerita dan meluahkan perasaan geram mereka terhadap pesaing perniagaan mereka, sembang maya itu telah membibitkan rasa cinta. Lucunya, Joe Fox dengan nama samaran NY152nya sering memberi idea-idea 'menyerang' dirinya sendiri apabila Shopgirl mencari-cari cara untuk berhadapan dengan Joe Fox dan Fox Booksnya.

Cerita ini juga adalah kritikan terhadap tamadun barat dengan membawa penceritaan tersebut kepada sebuah komuniti kecil di Manhattan

Cerita ini aku tonton di TV2. Selepas ini aku akan cari VCD pula. Filem tahun 1998 ini adalah adaptasi semula dari filem tahun 1940, The Shop Around The Corner .

Inilah catatan terakhirku sebelum menyambut Eid ul Fitri. Buat semua pengunjung yang sudah mencecah 10,200 mohon maaf atas salah dan silap. Kehadiran saudara dan saudari ke sini amat menceriakan ruang ini. Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .