Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2006

Ribut PWTC

Dipetik dari PTS.com.my PBAKL06 terus mencatat rekod. Seperti tahun-tahun sebelumnya, gerai PTS tidak pernah gagal dari serbuan pengunjung Pesta Buku Antara Bangsa KL 2006. Pesta Buku Antarabangsa KL kembali lagi. Kali ini bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC. Di bangunan baru yang dipisahkan dari bangunan induk PWTC oleh sungai Klang. Hanya sebuah jambatan sempit yang menghubungkan dua bangunan ini. Walaupun ditempat baru dan sedikit terpecil dari bangunan utama, PBAKL06 tetap dibanjiri pengunjung. Dengan dewan yang luas dan jumlah gerai yang bertambah dari tahun lepas, jumlah pengunjung tidak pernah surut. Maklumat dari penganjur mengatakan pada hujung minggu sahaja jumlah pengunjung tidak kurang dari 300,000 orang. Dengan suasana baru dan jumlah pengunjung yang bertambah, pastinya yang tidak lekang senyum di bibir adalah para peserta pameran, samada dari dalam mahupun luar negara. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS tidak pernah terkecuali dari memeriahkan pesta buku ini. S

seronok atau tidak, manfaat tetap ada

Antara kegemaranku ialah mengumpul ceramah-ceramah audio di internet. Kebanyakkan laman web baik yang dibuat oleh individu dan organisasi, klip-klip video dan audio adalah antara penarik untuk pengunjung mengikutinya. Ketika aku melayari laman web beralamat http://ceramahislam.com/audio-lectures.html aku tertarik dengan panduan yang disediakan oleh pemilik laman ini. Beberapa Perkara Dan Adab-Adab Yang Harus Kita Ketahui Sebelum Mendengar Ceramah-Ceramah Di Bawah Ini 1) Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga penceramah-penceramah di bawah ini. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan. 2) Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya. 3) Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang ber

Irbid

Baru-baru ini Dato Dr Masitah Ibrahim mengadakan kunjungan ke Jordan untuk melihat perkembangan para pelajar Malaysia di sana. Dalam temuramah dalam rancangan Wanita Hari Ini, beliau ditanya perkembangan para pelajar di sana. Inilah antara jawapannya: 1. Para pelajar Malaysia tidak mampu berbahasa Arab dengan baik. 2. Kebanyakan mereka celik IT tetapi buta perkembangan dunia. Itu kata-katanya. Kenyataan yang aku pernah dengar dan baca dalam akhbar tahun lalu, ketika heboh diperkatakan kemampuan para pelajar jurusan Islam gagal untuk menjadi lebih kompetitif dalam negara sendiri. Aku tidak boleh memberi komen banyak. Semalam aku bersembang dengan sahabat yang mengambil peluang belajar di Jordan selama satu semester dalam bidang perakaunan. Sahabat bernama Hakim ini berada di sana atas program pertukaran pelajar. Apa jawapannya? 1. Kemampuan seorang pelajar untuk mengeuasai bahasa Arab di Jordan adalah cerah jika mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukannya. Jelasnya, cara mudah

Benih saham sekolah

Tiba-tiba aku teringat sekolah. Selama 6 tahun aku menjadi pelajar di Sekolah Tinggi Melaka. Ketika berbual dengan seorang sahabat yang mengambil bidang perakaunan, aku teringat satu aktiviti menarik di sekolah. Ketika itu aku di tingkatan enam. Majoritinya pelajar berbangsa Cina, semestinya kelab keusahawanan diuruskan oleh mereka. Salah satu aktiviti yang mereka anjurkan ialah pertandingan saham papan kedua. Permainannya cukup mudah, dengan yuran penyertaan sebanyak RM2.00, para peserta diberi modal sekitar RM30,000 (atas kertas sahaja) yang diuruskan oleh seorang pelajar yang menjadi pengurus kewangan peserta. Setiap hari kami akan ketagihan membeli akhbar The Star untuk memilih dan melaburkan saham kepada syarikat yang tersenarai dalam papan kedua. Masing-masing seronok bermain nombor. Jika tidak silapku, hampir 70 pelajar menyertai pertandingan saham olok-olok ini. Secara tidak langsung, aku dan rakan-rakan Melayu yang lain pada awalnya tidak tahu menahu tentang saham, tiba-tiba s

Kad Hijau

Seorang gadis Barat datang dengan senyuman, "Hi this is for you." Dia menghulurkan kad kecil berwarna hijau. Bukan sahaja kepadaku, setiap penumpang monorail dari Chow Kit ke Bukit Bintang menerima kad yang sama. Baru lima minit tadi dia dengan anak-anaknya yang masih kecil menunggu monorail bersama-sama penumpang lain di stesyen Chow Kit. Sangkaanku dia adalah pelancong. Rupa-rupanya cara kerjanya begitu. Agak lama aku tidak ke pejabat Ansar, banyak yang berubah. Dalam sehari aku menerima dua keping kad yang berbeza, tetapi jenis perniagaan yang sama.

Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Memahami Bahasa Cinta Lelaki Zamri Mohamad, PTS Millennia Sdn Bhd Harga: RM 18.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak) ISBN: 9833603335 Barcode: 9789833603336 Jumlah Halaman: 206 halaman Tarikh Terbit: 24 March 2006 Skor : [ dari 5 ] Sinopsis Apabila lelaki jatuh cinta, dia bersuara dalam bahasa paling jelas, tetapi tidak kedengaran. Indah, berbunga-bunga tetapi dalam kod rahsia. Semuanya adalah rahsia sehinggalah hari ini. Kerana saudari sudah berjumpa dengan buku ini. Bagaimana ya,kalau lelaki jatuh cinta? Adakah seperti pungguk rindukan bulan? Bila saja malam menjelang, setia menanti hingga terbit matahari. Atau seperti Majnun? Jadi gila demi sebuah janji. Kita perlu mengenali cinta supaya ia terus dipimpin pada landasan yang betul. Landasan ilmu dan sedar akan kewujudannya penting supaya kita tahu ia bukan permainan. Salah mentafsir, maka salahlah membimbingnya. Akibatnya, ia disangka sebagai derita, sengsara tidak berkesudahan. Isi Kandungan Bahagian 1 Bab 1:Sejarah Cinta Kimia Cinta

77 Tip Melembutkan Hati Lelaki

Zamri Mohamad , PTS Millennia Sdn Bhd Harga: RM 21.50 / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)ISBN: 9833603319Barcode: 9789833603312Jumlah Halaman: 256 halaman Tarikh Terbit: 24 March 2006 Skor : [ dari 5 ] Hati lelaki seperti besi.Betul kuncinya, terbukalah hati dan nampaklah segala isi.Kuncinya ada di sini.Di dalam buku ini. Melembutkan hati lelaki adalah seperti melembutkan warna-warna garang kepada warna-warna harmoni yang mendamaikan hidup kepada pasangan. Apakah tip-tip melembutkan hati lelaki? Kebanyakan pasangan yang ditemui, mempunyai pendekatan-pendekatan praktikal bagi melembutkan hati pasangan mereka yang tersendiri. Siapa menyangka segelas air suam mampu mempertahankan perkahwinan melebihi 30 tahun. Ini perkara hebat bagi wanita mengetahui rahsia di sebalik segelas air yang mampu melembutkan hati lelaki yang dikasihi. Isi Kandungan Bahagian 1 Dari Dalam ke Luar Tip 1 Sesuaikan Rasa Cinta Kita dengan Dirinya Tip 2 Timbulkan Dorongan Kebersamaan Tip 3 Wujudkan Keakraban Tip 4 Bina

Benda baik benda buruk

Kisah yang pelik tetapi berlaku dalam masyarakat. Diceritakan oleh abangku ketika kami sedang membincangkan tentang fanomena gay yang membimbangkan, tambahan lagi beberapa bulan lagi aku hendak mencari rumah sewa. "Abang ada seorang rakan yang bekerja sebagai pegawai pemasaran bagi sebuah francais makanan segera. Sebelum beliau bekerja di sana, beliau juga mencuba-cuba nasib menjadi penjual buku dengan sebelum kumpulan yang dipanggil I... (dalam bahasa Arab). Setiap kumpulan dibahagikan sebanyak 12 orang. Tetapi, sahabat abang ini adalah yang ke 13 disebabkan dia baru lagi dan tidak ada kumpulan penjual buku yang hendak dibentuk." Tidak ada sesiapa yang menyampuk. Sambungnya lagi "Kumpulan I... ini ditugaskan untuk menjual buku-buku di kawasan terbuka atau kawasan perumahan. Ketika itu mereka berada di sebuah negeri pantai timur. Mereka menyewa di sebuah rumah. Perkara paling mengejutkan sahabat abang ini ialah aktiviti malam mereka. Tujuan mereka dikumpulkan dalam jumla

Semangat Arwah

Senja semakin menghampiri. Abang Tam mencadangkan kami tiba ke kampus sebelum jam 6. Sahabat yang baru kehilangan ayahnya mengiringi kami sehingga ke kenderaan. Kami bersalaman sambil ucapan terima kasih tidak berhenti dari mulutnya. Bahunya disentuh, tangan kanan bersalaman, "Jadikan pemergian ayah kamu sebagai semangat untuk kamu terus hidup," ketika itu wajah arwah ayah timbul di mindaku, wajahnya yang bersungguh-sungguh menghantarku ke universiti lima tahun lalu.

Cinta pejalan kaki

Kenderaan yang kami naiki melencong ke satu selekoh mengelak daripada sekatan jalanraya ke tiga. Tetapi di lorong kampung, beberapa anggota polis berpakaian uniform warna putih memandang kami. Tidak ada apa-apa kesalahan cuma mengikut jalan pintas. Tidak jauh dari pemeriksaan. Kelihatan pasangan muda sedang berjalan kaki di lorong sunyi yang tidak rata. Wajah si gadis masam mencuka, si lelaki pula serba salah. Hanya topi keledar di tangan mereka sedangkan motorsikalnya di sisi pegawai-pegawai polis tadi. Kemanisan bercinta pasangan berjalan kaki bermula...hingga ke mana ya?

Isteri abang Tam

Percaya atau tidak, dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Tidak kurang dari 3 sekatan jalanraya oleh pihak polis hari ini. Aku, Zool Hilmi, Hakim dan Faizal dalam perjalanan ke Tanjung Malim, menziarahi seorang sahabat yang baru kehilangan ayahnya Jumaat lalu. Disebabkan peristiwa itu, sahabat ini tidak dapat menghadirkan dirinya ke dewan peperiksaan pada hari Sabtu lalu. Kami ke sana dengan menggunakan kenderaan UIAM yang dibawa oleh abang Tam. Sepanjang perjalanannya, beliau tidak kering dengan kisah-kisah hidupnya. Sememangnya dia mempunyai pengalaman yang luas dalam hidup. Kisah hidupnya dari awal belasan tahun bekerja sebagai pembantu kantin di UiTM, menjadi kerani akaun di Bank Pembangunan, penjaga stor kemudiannya bergerak menjadi pegawai pemasaran Besta dan berakhir sebagai pemandu universiti, kisah-kisah ini sememangnya menjadi keperluan penting bagi kami yang masih muda belia ini. Dalam diam-diam beliau mempunyai dua buah perniagaan melibatkan pelancongan dan jururunding

Motivasi Minda kembali lagi!

Laman web rasmi penulis bebas, Motivasi Minda www.motivasiminda.cjb.net kini dihidupkan semula dengan beberapa perubahan dan pertambahan bahan-bahan baru. Selamat berkunjung.

Kuasa buku kecil.

Sebagaimana dirancang, hari ini aku mesti keluar dari kampus. Tujuannya, sekadar hendak membeli majalah i keluaran April. Sebagaimana dimaklumkan oleh saudara Radziq, artikel berkenaan demonstrasi aman di UIAM telah keluar. Sememangnya, KL Sentral menjadi sasaran utamaku untuk mendapatkan majalah-majalah sehinggakan salah seorang pekerjanya, lelaki tua berumur 50 tahun dari Madras bernama Hanifah sudah mula mengecam wajahku. Masakan tidak, longgokan buku-buku lama potongan 50% menjadi tempat persinggahanku selama ini. Kali ini ditemani oleh saudara Haiqal, kebetulan beliau juga bercadang hendak ke kedai buku Konikuniya untuk membeli buku-buku berkenaan arkitek dan senibina. Untuk hari ini sahaja, empat kedai buku kami masuki, KL Sentral sahaja sudah tiga buah kedai, manakala sebuah lagi di KLCC. Di Konikuniya, aku tertarik dengan gelagat seorang wanita berbangsa cina yang aku percaya seorang bukan Islam dan beragama Kristian. Dia khusyuk membaca buku nipis berbahasa Inggeris bertajuk &

Masa

"Bagaimana Pak Samad membahagikan masa berkarya dan hidup seharian?" tanyaku "Bagi orang tua seperti saya, setiap detik masa penting bagi saya," jawabnya Aku tunduk memandang lantai. Minda dikejutkan dengan kata-kata itu.

Helikopter sekolah.

Bercerita tentang tragedi yang menimpa seorang hartawan yang terkorban setelah terkena bilah helikopter di kepalanya. Cerita ini membawa kepada satu kisah yang berkait rapat dengan pengangkutan udara ini. Cerita ini timbul ketika aku dan rakan-rakan lain dalam perjalanan pulang ke Melaka pada malam Jumaat lalu. "Aku teringat kisah yang diceritakan oleh ibuku,' kata Ayie yang membawa kenderaan. Ibunya bertugas di sebuah sekolah. Tengah hari itu merupakan sesi kedua persekolahan yang baru hendak bermula. Guru-guru bersama pengetua masih sibuk bermesyuarat sehinggalah kedengaran hingar bingar suara para pelajar yang melihat sebuah helikopter sedang mendarat di tengah padang sekolah. Rosakkah? Ada sesiapa yang cedera yang hendak dibawakah? Ada hal kecemasankah? Kemudian datang seorang pelajar perempuan berlari-lari ke arah helikopter. Juruterbang menghulurkan tanganya ke luar memberi sesuatu yang terlupa dibawa oleh pelajar tersebut Bekal makanan rehatnya. Juruterbang heliko

Sembang Ilmu dengan Pak Samad

Aku selalu melihat dia dari jauh. Pertama kali menemuinya ketika berada di Dewan Bahasa dan Pustaka bersama sahabatku, Fadhli Yusof ketika pesta buku di sana. Ketika itu melihat beliau sedang menikmati secawan teh di gerai berhampiran. Tempat paling biasa aku temui ialah di beberapa buah toko buku di KLCC. Dato A Samad Said atau lebih popular di panggil Pak Samad, dengan beg galasnya tenang menyelak lembaran buku satu persatu. Kali ini aku menemuinya sekali lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Gerai PTS, ketika itu abang Zafran sedang duduk di sebelahnya sehinggalah beliau menegurku. "Penulis harus ada satu jiwa," nasihat awalnya buat penulis mentah sepertiku. Sambungnya lagi, " Satu jiwa maksudnya, pimpin pemikiran dan hati kita kepada satu gaya penulisan yang sebati. Cari apa sahaja yang berkaitan dengan gaya penulisan kita hari ini. Jangan jadi rojak." Nasihatnya tidak terhenti di situ. Datang seorang pengunjung gerai berbangsa Cina, dengan hormat dia