Langkau ke kandungan utama

Isteri abang Tam

Percaya atau tidak, dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Tidak kurang dari 3 sekatan jalanraya oleh pihak polis hari ini. Aku, Zool Hilmi, Hakim dan Faizal dalam perjalanan ke Tanjung Malim, menziarahi seorang sahabat yang baru kehilangan ayahnya Jumaat lalu. Disebabkan peristiwa itu, sahabat ini tidak dapat menghadirkan dirinya ke dewan peperiksaan pada hari Sabtu lalu.

Kami ke sana dengan menggunakan kenderaan UIAM yang dibawa oleh abang Tam. Sepanjang perjalanannya, beliau tidak kering dengan kisah-kisah hidupnya. Sememangnya dia mempunyai pengalaman yang luas dalam hidup. Kisah hidupnya dari awal belasan tahun bekerja sebagai pembantu kantin di UiTM, menjadi kerani akaun di Bank Pembangunan, penjaga stor kemudiannya bergerak menjadi pegawai pemasaran Besta dan berakhir sebagai pemandu universiti, kisah-kisah ini sememangnya menjadi keperluan penting bagi kami yang masih muda belia ini.

Dalam diam-diam beliau mempunyai dua buah perniagaan melibatkan pelancongan dan jururunding yang dikendalikan oleh isterinya. Ada dua tiga perkara yang menarik inginku kongsikan bersama pengunjung.

Beliau tidak begitu dikenali oleh para kakitangan di konsultan miliknya kerana ia dikendalikan oleh isterinya. Katanya yang sangat terkesan dalam hatiku ialah,

"Abang Tam percayakan isteri abang kerana beliau menghargai abang..."

Bercerita tentang penglibatan awalnya dalam dunia bisnes, abang Tam bercerita, "Awal penglibatan abang dalam perniagaan bersama seorang rakan. Akhir sekali, rakan kongsi abang tinggalkan abang dengan perniagaan yang belum kukuh dan bermasalah kewangannya. Isteri abang orang pertama yang menangis untuk abang..." kisah isterinya lagi dikongsikan.

"Dalam keluarga abang ada yang berniagakah?" tanyaku.

"Tidak ada kecuali ibu abang. Di kampung, ibu abang Tam mengusahakan restoran. Niat ibu menghantar abang belajar ke Uitm dalam bidang katering ialah untuk mengusahakan restorannya," jawabnya.

Abang Tam tidak dapat menghabiskan pengajiannya. Dia melepaskan peluang belajar separuh jalan untuk membantu adik beradik yang lain untuk belajar.

"Ibu abang agak terkilan walaupun tidak beritahu abang Tam. Sebabkan keadaan itu, abang ke Kuala Lumpur mohon dua-tiga kerja dan berniaga. Dengan duit yang abang ada, abang suruh salah seorang adik abang yang berada di Kuala Lumpur pulang dan usahakan restoran ibu. Tetapi, kami tukarkan kepada perniagaan runcit," katanya sambil ketawa.

Tidak putus-putus nasihat diberikan kepada kami berempat. Kesemuanya berkaitan dengan sumbangan anak kepada keluarga, lebih-lebih lagi selepas belajar dan baru mula bekerja.

Nasihatnya, "Kalau kamu bekerja, bagilah ibu-bapa merasa hasil dari kamu dahulu. Tunggulah setahun dua baru berfikir hendak mendirikan rumahtangga. Kalau hendak bercinta pun, bercintalah selepas berkahwin."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .