Langkau ke kandungan utama

Benda baik benda buruk

Kisah yang pelik tetapi berlaku dalam masyarakat. Diceritakan oleh abangku ketika kami sedang membincangkan tentang fanomena gay yang membimbangkan, tambahan lagi beberapa bulan lagi aku hendak mencari rumah sewa.

"Abang ada seorang rakan yang bekerja sebagai pegawai pemasaran bagi sebuah francais makanan segera. Sebelum beliau bekerja di sana, beliau juga mencuba-cuba nasib menjadi penjual buku dengan sebelum kumpulan yang dipanggil I... (dalam bahasa Arab). Setiap kumpulan dibahagikan sebanyak 12 orang. Tetapi, sahabat abang ini adalah yang ke 13 disebabkan dia baru lagi dan tidak ada kumpulan penjual buku yang hendak dibentuk."

Tidak ada sesiapa yang menyampuk.

Sambungnya lagi "Kumpulan I... ini ditugaskan untuk menjual buku-buku di kawasan terbuka atau kawasan perumahan. Ketika itu mereka berada di sebuah negeri pantai timur. Mereka menyewa di sebuah rumah. Perkara paling mengejutkan sahabat abang ini ialah aktiviti malam mereka. Tujuan mereka dikumpulkan dalam jumlah yang boleh berpasangan ialah untuk aktiviti luar tabi'i. Maka masing-masing mengambil peranan mereka melakukannya bergilir-gilir. Sahabat abang seorang ini, kira bernasib baik, kerana dia tidak ada pasangan untuk hari itu. Dalam keadaan terkejut dan keliru, beliau berpura-pura tidak kisah."

Tidak ada sesiapa menyampuk,

Sambungnya lagi, "Hendak dijadikan cerita, esoknya dia berpura-pura tidak sihat dan kumpulan I ini meninggalkannya di rumah untuk aktiviti menjual buku-buku agama. Kesempatan itu sahabat abang ambil untukmelarikan diri. Malangnya, bas ke Kuala Lumpur hanya tiba jam 10.30 malam ke kawasan itu. Maka menyoroklah dia di sebalik semak samun tebal yang tidak jauh dari pondok bas kawasan kampung itu."

Adakah mereka kembali?

"Ya, mereka kembali dan mendapati sahabat abang sudah melarikan diri. Mujurlah tidak ada yang memeriksa kawasan semak samun. Mereka beredar dari kawasan itu dan mencari di tempat lain. Kebetulan ketika dia berada di semak samun itu, seorang gadis menegurnya. Mahu tidak mahu dia terpaksa berbohong bahawa dia berseorangan dan dari dalam perjalan pulang ke Kuala Lumpur."

Gadis itu membawa dia pulang ke rumah dan memaklumkan kepada ayahnya. Budaya orang di sana yang melayan tetamu dengan baik sekali sekurang-kurangnya memberi kelegaan dalam hatinya. Sehingga jam 10.30 malam, ayah gadis itu sendiri membawanya ke pondok bas dan bas ekspress ke Kuala Lumpur tiba pada malam itu, membawa dia jauh dari bencana.

Kasihan, hari ini orang mempergunakan benda-benda baik untuk perbuatan-perbuatan keji mereka. Malah, ada juga yang menggunakan perkahwinan untuk melindungi aktiviti mereka. Sekali lagi abangku menceritakan pengalamanya dengan lelaki gay yang menyewa rumah sewanya dahulu. Perlukah aku menceritakannya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .