Selasa, Mac 29, 2011

Cacat pen kerana komputer, cacat orang kerana alatnya

"Saya tidak ada komputer sendiri, maka saya tidak boleh menulis."

Nanti dahulu, gunakan formula mulakan dengan apa di tangan.

Bukan alat yang canggih menjadikan kita penulis yang tersiar rencana di akhbar dan majalah.



  • Pada tahun 1997, saya menggunakan mesin taip sebagaimana kita dapat lihat di atas.
  • Pada tahun 2001 saya gunakan komputer di 'lab' universiti setiap petang. Sepanjang tiga tahun saya menumpang komputer rakan kerana harga mahal ketika itu.
  • Kemudian membeli komputer terpakai berharga RM200 yang selalu padam.

Sehinggalah memiliki komputer sendiri hasil daripada penulisan.

Jika kita tidak bermula kerana tidak alat, kita tidak akan bermula

----

Sejak tiga tahun diperkenalkan atas permintaan ramai, bengkel ini telah melahirkan barisan penulis bebas akhbar dan majalah. Meskipun ada sebahagian daripada mereka tidak pernah menulis untuk media sebelum ini. Bengkel ini diadakan hanya apabila ada kekosongan tarikh sahaja. Informasi mengenai kisah alumni yang mendapat inspirasi berkarya dan bengkel klik di sini.

Ahad, Mac 27, 2011

Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu."

  • Rencana khusus, lima hari sebelum berkumpulnya kumpulan penulis 'bawah tanah' di laman web ini. Mohon klik di sini
  • Dunia penulisan baik berbentuk rencana mahu pun buku, membawa kita kepada dunia yang memungkinkan suara kita didengari. Tanpa perlu mendapat undi dan berstatus wakil rakyat.




Siapa sahaja kita hari ini, bekerja di bawah mana-mana sektor awam dan swasta ataupun sedang menuntut di mana-mana kolej dan institut pengajian tinggi. Semua mempunyai peluang untuk menjadi seorang penulis secara bebas yang berjaya dari sudut kredibiliti dan kewangan.

Sekarang, kita mungkin berjaya mencapai apa yang diinginkan. Namun kita masih mencari sesuatu yang boleh memberi lebih banyak ruang kepada kebebasan diri dan keluarga.

Boleh jadi ini bukan isu wang, tetapi masa yang berbaki dalam kitaran hidup dua puluh empat jam sehari milik kita, yang mana kita hendak manfaatkan dengan sesuatu yang berfaedah serta menguntungkan. 

Mencipta legasi sesuai dengan bertambahnya umur menjadi seseorang mahu melakukan sesuatu yang dianggap berpanjangan. Ini menjadikan penulisan sebagai satu usahanya.

Sebab utama kebanyakan orang memilih penulis bebas sebagai karier sampingan kerana ia adalah modal membina reputasi diri supaya dihormati di samping sumber kewangan sampingan sebagai alasan kedua.

Banyak sebab mengapa seseorang itu memilih untuk menjadi penulis bebas. Meletakkan angan-angan berstrategi mendorong orang ramai bertindak dan memenuhi keinginan menjadi penulis bebas. Ia dapat dipecahkan kepada beberapa keadaan. 


Dengan meletakkan visual dan dialog angan-angan bersama. Boleh jadi ia akan menjadi keadaan berikut;


  • Bisnes berkembang, "Rencana itu saya letakkan di dinding pejabat dan menjadi bahan promosi perniagaan saya berkali-kali."
  • Meningkatkan kredibiliti, "Pandangan saya di tempat kerja dihargai.
  • Memberi ruang berkongsi kemahiran kepada para pembaca,
  • Isteri dan anak tersenyum melihat nama suami terpampang pada akhbar dan majalah. Anak saya sambil menunjukkan nama saya, "Ini tulisan ayah!"
  • Si isteri tersenyum mendengar pujian suami, "Isteri saya menulis di akhbar dan majalah," dan si anak bangga mengiyakan.
  • Kawan-kawan sangkakan saya seperti orang biasa lain sehinggalah mereka berkata, "Eh, ini nama rakan kita! Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi!"

Malah ada yang melakukannya kerana hobi atau untuk meningkatkan reputasi. Tersiarnya sama ada secara komersial atau melalui cetakan organisasi meningkatkan status penulisnya sendiri.

Penulis rencana menjual kemahiran dan bakatnya. Kemampuan akal adalah sumber aset untuk menggandakan sumber kewangannya. Seorang penulis bebas melakukan perkara-perkara berikut. Mereka menjual kemahiran, pengalamanan, pengetahuan, bakat dan latar belakang mereka yang diterjemah dalam bentuk penulisan.

Mereka tidak menjual barangan untuk syarikat lain dari pintu ke pintu untuk memperolehi sumber kewangan. 

Mereka tidak menghasilkan produk-produk besar yang memerlukan ruang fizikal yang luas dan teknologi serta peralatan berkuasa tinggi yang mahal untuk menghasilkannya.

Mereka juga tidak memerlukan sebuah tempat khusus sebagai pejabat untuk bekerja sebagai penulis bebas. Di mana sahaja mereka berada, di situlah mereka akan bekerja. 

Tidak memerlukan sebarang staf tambahan untuk membantu tugas-tugas seorang penulis bebas kerana cenderung untuk bertindak sendirian. Pengurusan hidup di bawah kawalan satu individu sahaja yakni diri kita.

Mereka berkerja dengan alat-alat komunikasi yang minimum meliputi komputer, telefon, talian internet, pen dan kertas yang tidak memerlukan model yang sangat besar dan boleh dimiliki pada bila-bila masa.

Menjadi penulis dan menikmati kejayaan dari rumah atau organisasi bukanlah tertakluk kepada tuah, tetapi ia adalah pilihan untuk kita menciptanya. Bina pengaruh melalui penulisan hari ini.

Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu," ertinya, "Angan-angan tanpa tindakan adalah jasad berjalan tanpa roh. Dalam dirinya mati walau pun nampak hidup."

Tik tok, tik tok pada angan-angan kita Mohon klik di sini


Jumaat, Mac 25, 2011

Pesta Buku 2011 | Ditanya ada edisi bahasa Inggeriskah buku ini?

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Daripada Tuan Azree Hanifiah, seorang rakan dari Ashanti, Ghana, bertanya kepada saya sama ada buku ini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris atau tidak.






Mudahnya Bisnes dengan Forum Online
oleh Azree Hanifiah, Zamri Mohamad


Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-369-083-1 
Tarikh Terbit: 21 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 160
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet. 


Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari. 


Bagaimana? 


Dia mengikuti petua ini, "Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet." Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung? 


Hanya di satu tempat bernama Forum Online. Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang. 


Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada yang cuba merahsiakan. 


Peniaga kecil, pekerja yang berniaga sambilan, suri rumah dan pelajar memiliki buku ini dan mencipta telaga bisnes mereka sendiri. 






Mudahnya Bisnes dengan Forum Online memberikan petua; 


(1) Menukarkan rakan menjadi pelanggan di Forum Online. 
(2) Menjual produk dan perkhidmatan sendiri ataupun orang lain secara cepat, mudah dan praktikal. 
(3) Mempromosi dan menjual secara berpanjangan. 


Buku ini mendedahkan kaedah Show Don’t Tell yang digunakan berkali-kali oleh peniaga di Internet. 


Jadikan buku ini di sisi kita ketika menggunakan Internet. Buku ini menjadi penasihat kepada bisnes kita.


Jika ingin beli, boleh emel terus ke azreehanifiah@gmail.com dengan tajuk 'Buku Forum Online'.

Pesta Buku 2011 | Lima 'putera' legakan hati ibu-bapa


Di laman web penerbit


Ibu bapa yang membeli buku ini dan adik serta abang di Facebooklah yang (membeli untuk adik) telah mendorong kepada kedudukan buku Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas diterima baik oleh pembaca. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, inilah pilihan buku fantasi kanak-kanak pertama kepada ibu-bapa. Insya Allah.


Buku Fantasi Tauhid yang memberi kelegaaan kepada ibu bapa. 


Terima kasih semua.


Di Facebook


Menurut Puan Zahidah Abu Bakar dari Popular, penerimaan buku ini di kalangan pembaca memberangsangkan. Ini dipetik daripada Facebook.



Di MPH Wangsa Maju

Terima kasih kepada tim PTS One, ibu bapa, adik-adik yang menyokong dan membeli Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas di sesi kami di MPH Wangsa Maju.









Inilah buku cerita kanak-kanak yang menjadi kelegaan ibu bapa mencari buku yang mesra syariah, bahasa Melayu tinggi dan mempunyai nilai moral tempatan.

Insya Allah, mudah diperolehi di MPH dan rangkaian kedai buku di seluruh negara. Informasi buku mohon klik di sini. 



Pesta Buku 2011 | Blogger Kampung tarik perhatian bapa





Tuan Zulkefli Mohamad leka membaca Si Blogger Kampung terbitan PTS Pro. Kemudian membeli bagi bacaan anaknya. Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bermula 22 April sehingga 1 Mei 2011 ini. Hanya terbitan PTS Publication and Distributor.


Judul buku Blogger Kampung


Oleh Zamri Mohamad, Hafizul Hilmi


Harga: RM 14.00
ISBN-13: 978-967-369-063-3
Tarikh Terbit: 28 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 208
Kategori: Remaja, Usahawan Cilik
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Sinopsis

Puan Jamilah terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah.

Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet.

Ipoh (2) Jemputan Tuhan buat pejalan kaki

Pesanan sosial

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------

Catatan ringkas di Ipoh




Perjalanan dua jam dengan menggunakan perkhidmatan ETS. Semua kakitangan yang bertugas pada hari itu perempuan. Apabila ditanya mengapa, mereka sendiri pun tidak tahu mengapa. Perjalanan dua jam ditemani buku Senyum-senyum Rasulullah. 


Kami tidak mempunyai peta atau sekurang-kurangnya risalah mengenai Ipoh sebagai panduan mahu ke mana. Sepanjang hari berjalan kaki di sekitar bandar Ipoh meliputi kawasan utama.


Bank Buku menjadi tempat pengumpulan akhbar.

Perkhidmatan tilik nasib mudah dilihat di hadapan kedai-kedai pakaian perkahwinan bagi kaum India beragama Hindu. Mereka beroperasi di hadapan pintu premis.



Tempat yang perlu dibuka pada hari itu tutup. Iaitu Pusat Informasi Pelancongan Perak. Kerajaan negeri mesti melihat logik 'berjalan' itu tidak pada hari kerja sahaja.


Berjalan kaki di sekitar bandar Ipoh menemukan kami dengan masjid-masjd yang terletak di belakang bangunan kedai-kedai lama.  Kami berkesempatan mengunjungi Masjid Pakistan, Masjid India dan Masjid Panglima Kinta.


Daripada Tuan Azree Hanifiah, masjid Panglima Kinta  merupakan masjid pertama yang dibina di Ipoh iaitu pada tahun 1898 oleh Dato' Panglima Kinta Mohamed Yusof sebagai memperingati isterinya, Saaidah yang meninggal dunia ketika itu.  Bukti cinta diabadikan bersama ingatan beribadah.


Bertentangan masjid Panglima Kinta, ialah Madrasah Kamaliah. Menurut Ipoh World, "Next to the mosque is a dilapidated building which was once the Madrasah Kamaliah, a religious school. Built in the 1950s, it ceased operation in the 1970s. "

Dalam banyak-banyak perkara. Antara yang menjadi susunan yang menarik dalam hidup adalah pertama kali seorang lelaki tua melihat dengan senyuman dan berkata, "Jemputlah masuk ke dalam untuk bersolat." Saya berkata pada Tuan Azree Hanifiah, seronoknya Allah menyampaikan kata-kata itu kepada kita melaluinya.



Ia berlaku di masjid India. Menurut blogger, Myadha berkata, "Ia dibina pada tahun 1908 dan diasaskan oleh Sheikh Adam yang merupakan keturunan Tamil. Dibangunkan oleh pengikut Mazhab Hanafi dan terletak di Jalan Clayton atau kini lebih dikenali sebagai Jalan S.P. Seenivasagam."

Tidak berkesempatan menikmati nasi ganja.


Menanti perjalanan pulang ETS jam 7.00, datang seorang lelaki ke meja kami. Duduk semeja dengan Datuk Jamal Nasir ketika meja-meja lain dipenuhi pelanggan lain. Tanpa kami ketahui beliau adalah Datuk sehinggalah orang sekeliling menyapanya dengan panggilan begitu. Merupakan Ahli Undangan Negeri Perak dari tahun 1990 sehingga tahun 2008.


Koleksi album Backpackers ke Ipoh. Mohon klik di sini dan di sini.

-----


Siapakah Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah diri sendiri dan masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

Beliau dijemput institusi kerajaan dan swasta bagi mengendalikan bengkel-bengkel berikut
  • Penulisan kempen dan iklan jualan
  • Penulisan berita dan rencana bagi menaikkan imej organisasi
  • Pemasaran internet cara blog shop bagi bisnes kecil
  • Kreativiti bagi keperluan organisasi
Bagi tujuan jemputan, mohon emelkan kepada zamrimohamad@gmail.com

Ipoh (1) Persepsi pada mesej Islami pada desain t-shirt

Pesanan sosial

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------

Salah satu desain t-shirt Tazkeerah. Mohon klik di sini


Kepada yang baru pertama kali mendengar produk keluaran tim Tazkeerah ini adalah usaha mereka menjadikan hadis-hadis nabi dalam bentuk desain kontemporari yang sesuai dipakai oleh pelanggan.

Kepada mereka yang baru mengikuti perkembangan produk ini dapatlah melayari entri sebelum ini. Mohon klik di sini.

Kajian persepsi ini saya sediakan bagi keperluan tim dalam usaha menghasilkan desain-desain yang mesra pemakai. 

Secara umum, apa yang tertera pada t-shirt baik memberi kesan secara langsung kepada pemakai. Tidak kira apa bentuk teks dan desain, ia mempunyai kesan pro dan kontra. Sama ada ia memberi persepsi negatif atau pun negatif.

Pemerhatian dari aspek persepsi orang sekeliling dapat kita lihat empat keadaan.


Kakitangan ETS. Jarak sosial ini dianggap jarak selamat dan jarak selesa interaksi. Foto: Azree Hanifiah


(1) Sikap terbuka individu yang berinteraksi dengan kita kerana mesej positif pada t-shirt Jom Solat itu. Ini dapat dilihat dari segi respons melibatkan jarak sosial dan tempoh interaksi

(2) Sangka baik yang nyata dapat dilihat daripada responden. Dengan kecenderungan responden memberi maklumat-maklumat tambahan dalam proses interaksi. Daripada maklumat bersifat klise kepada maklumat separa personal dalam tempoh perbualan yang amat singkat.

(3) Rasa gelisah kepada sesetengah individu. Ini dapat dilihat daripada hubungan mata yang cuba dilarikan daripada mesej yang tertera pada t-shirt tersebut. Perkara yang sama sebagaimana di Ipoh berlaku dalam tinjauan persepsi yang dibuat di sekitar The Garden, Kuala Lumpur.

(4) Wanita adalah kumpulan yang sangat cepat dan peka terhadap mesej yang tertera pada t-shirt.

(5) Famili adalah kumpulan yang juga memberi perhatian kepada mesej yang tertera pada t-shirt. Tingkah laku melihat dan membaca kemudian mengulangi tingkah laku yang sama dapat dilihat. Ini berkemungkinan metod sebegini berbeza dengan metod tradisional yang mereka lihat sebelum ini apabila dikaitkan dengan mesej islami.

Kepada para pembaca yang berminat mendapatkan koleksi t-shirt mesej Islami, boleh membuat pesana secara online. Mohon klik di sini

-----


Siapakah Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah diri sendiri dan masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

Beliau dijemput institusi kerajaan dan swasta bagi mengendalikan bengkel-bengkel berikut

  • Penulisan kempen dan iklan jualan
  • Penulisan berita dan rencana bagi menaikkan imej organisasi
  • Pemasaran internet cara blog shop bagi bisnes kecil
  • Kreativiti bagi keperluan organisasi
Bagi tujuan jemputan, mohon emelkan kepada zamrimohamad@gmail.com

Jumaat, Mac 11, 2011

Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah oleh JAKIM

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Klik di sini





Diskusi Keluarga bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW dianjurkan JAKIM sempena sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Norliah Sajuri.

---

Petikan Berita Harian

Utama hubungan dengan Allah jika ingin bahagia
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2011/03/10

Suami mesti pandai bimbing keluarga, hiasi rumah tangga dengan solat, ayat suci dan ilmu

TARIKAN ‘Jawa’ dan ‘Timur Tengah’ berjaya menggamatkan ruang Auditorium Blok D Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipenuhi kakitangan kementerian serta agensi awam sekitar pusat pentadbiran Putrajaya.
Ternyata populariti dimiliki pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah terkenal, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan, menjadikan diskusi pagi Khamis menyentuh isu kekeluargaan berlangsung dalam suasana penuh bersemangat.

Banyak maklumat serta rahsia kebahagiaan rumah tangga dikongsi dua ahli panel untuk dijadikan panduan peserta yang hadir dalam mendepani cabaran hidup hari ini termasuk peningkatan gejala sosial yang merisaukan.

Dr Fatma berkata, umat Islam hari ini kebanyakannya mengabaikan kepentingan hubungan dengan manusia menyebabkan mereka gagal mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan masalah itu berpunca tiadanya perasaan takwa.

Katanya, panduan diberikan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah juga tidak diberi perhatian serius menyebabkan kebahagiaan hakiki yang dicari gagal ditemui walaupun hakikatnya semua itu berada depan mata.

“Bagaimana hendak bahagia, Allah dan Rasulullah sudah bagi panduan dalam surah An-Nisa untuk kita semua ikut tetapi tidak mahu ikut. Apabila kata nak kahwin, ibu bapa akan tanya putih ke tidak, hidung mancung ke tidak.
“Ibu bapa jarang sekali yang bertanya, baik ke tidak, menutup aurat ke tidak. Sedangkan bahagia dalam Islam itu ialah hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas),” katanya.

Beliau yang ditanya mengenai makna kebahagiaan hidup berumah tangga mengajak pendengar menghayati suruhan Allah supaya mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hakam serta sentiasa mencari keredaan Allah.

Diskusi Keluarga bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW dianjurkan JAKIM sempena sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Norliah Sajuri.

Diskusi itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Hadir sama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dr Fatma berkata, kasih sayang dalam rumah tangga perlu dicari dan itu mengikat suami isteri kepada tanggungjawab kerana mereka boleh masuk syurga atau neraka disebabkan pasangan masing-masing.

Beliau turut menjadikan perkahwinannya yang mencecah usia hampir 40 tahun dengan suami yang berasal dari Kelantan sebagai contoh bagaimana suami isteri perlu menerima kelebihan serta kekurangan pasangan mereka.

“Jika melihat kepada perbezaan budaya, suami saya suka makan budu, petai dan durian, rasanya hubungan kami tidak dapat bertahan tetapi kerana suami baik, bertanggungjawab dan pandai menjaga hati, usia perkahwinan menjangkau hampir 40 tahun,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab isteri sebagai tiang keluarga untuk memastikan rumah tangga sentiasa disinari kasih sayang dengan mentaati, menjaga rahsia suami, harta benda dan tidak meminta sesuatu yang tidak termampu oleh suami.

Suami pula sebagai ketua keluarga perlu sentiasa membimbing ahli keluarga, memastikan mereka memenuhi tuntutan agama selain menghiasi rumah tangga dengan solat, membaca al-Quran serta pencarian ilmu.

“Banyak suami tidak tanya isteri sudah solat ke belum. Yang mereka tanya, masak apa hari ini dan jika tidak masak, mereka marah tetapi jika isteri tidak solat, mereka tak marah pula,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzilah memberi panduan kepada suami untuk mencapai tahap cinta Khadijah dan Rasulullah SAW antaranya mengenali pasangan, memahami kerenah mereka selain berlapang dada apabila menerima teguran.

Beliau turut mendedahkan hasil kajian serta pengalaman berdepan pasangan menghadapi masalah rumah tangga, 99 peratus masalah disebabkan suami, isteri atau kedua-duanya tidak menjaga solat mereka.

“Bagaimana hendak taat dan setia pada pasangan jika tidak taat perintah Allah. Jika hendak kata cemburu, biarlah bertempat. Isteri tidak cemburu maknanya tidak berilmu dan suami yang tidak cemburu pula adalah dayus,” katanya.

Katanya, selain faktor pasangan, aspek mendidik anak boleh memberi cabaran besar untuk membina sebuah keluarga bahagia tambahan sekarang ini kebanyakan ibu bapa tidak fahaman pendekatan terbaik untuk mendidik anak.

Mohd Fadzilah berkata, anak tidak belajar daripada apa yang diperkatakan ibu bapa, sebaliknya mereka membina karakter berdasarkan contoh dilihat setiap hari dalam rumah tangga.

Justeru, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang jika anak sukar mengikut apa yang diperintahkan tetapi hendaklah berasa risau apabila melihat tanda-tanda anak meniru sikap mereka terutama sikap yang negatif.

“Ini ramai yang ibu bapa tidak faham. Oleh itu, beri gambaran kepada anak gambaran yang baik dan gunakan perkataan yang baik. Saya suka ingatkan ibu bapa, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah doa, jadi doakanlah yang terbaik untuk anak kita,” katanya.

INFO
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit:

Sebelum tidur;
Sedang tidur (bisikkan di telinga);
Selepas bangun tidur;
Selepas mandi;
Selepas solat;
Selepas baca al-Quran;
Selepas berdoa;
Selepas riadah;
Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).


Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
Surah al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah);
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung