Langkau ke kandungan utama

Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu."

  • Rencana khusus, lima hari sebelum berkumpulnya kumpulan penulis 'bawah tanah' di laman web ini. Mohon klik di sini
  • Dunia penulisan baik berbentuk rencana mahu pun buku, membawa kita kepada dunia yang memungkinkan suara kita didengari. Tanpa perlu mendapat undi dan berstatus wakil rakyat.




Siapa sahaja kita hari ini, bekerja di bawah mana-mana sektor awam dan swasta ataupun sedang menuntut di mana-mana kolej dan institut pengajian tinggi. Semua mempunyai peluang untuk menjadi seorang penulis secara bebas yang berjaya dari sudut kredibiliti dan kewangan.

Sekarang, kita mungkin berjaya mencapai apa yang diinginkan. Namun kita masih mencari sesuatu yang boleh memberi lebih banyak ruang kepada kebebasan diri dan keluarga.

Boleh jadi ini bukan isu wang, tetapi masa yang berbaki dalam kitaran hidup dua puluh empat jam sehari milik kita, yang mana kita hendak manfaatkan dengan sesuatu yang berfaedah serta menguntungkan. 

Mencipta legasi sesuai dengan bertambahnya umur menjadi seseorang mahu melakukan sesuatu yang dianggap berpanjangan. Ini menjadikan penulisan sebagai satu usahanya.

Sebab utama kebanyakan orang memilih penulis bebas sebagai karier sampingan kerana ia adalah modal membina reputasi diri supaya dihormati di samping sumber kewangan sampingan sebagai alasan kedua.

Banyak sebab mengapa seseorang itu memilih untuk menjadi penulis bebas. Meletakkan angan-angan berstrategi mendorong orang ramai bertindak dan memenuhi keinginan menjadi penulis bebas. Ia dapat dipecahkan kepada beberapa keadaan. 


Dengan meletakkan visual dan dialog angan-angan bersama. Boleh jadi ia akan menjadi keadaan berikut;


  • Bisnes berkembang, "Rencana itu saya letakkan di dinding pejabat dan menjadi bahan promosi perniagaan saya berkali-kali."
  • Meningkatkan kredibiliti, "Pandangan saya di tempat kerja dihargai.
  • Memberi ruang berkongsi kemahiran kepada para pembaca,
  • Isteri dan anak tersenyum melihat nama suami terpampang pada akhbar dan majalah. Anak saya sambil menunjukkan nama saya, "Ini tulisan ayah!"
  • Si isteri tersenyum mendengar pujian suami, "Isteri saya menulis di akhbar dan majalah," dan si anak bangga mengiyakan.
  • Kawan-kawan sangkakan saya seperti orang biasa lain sehinggalah mereka berkata, "Eh, ini nama rakan kita! Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi!"

Malah ada yang melakukannya kerana hobi atau untuk meningkatkan reputasi. Tersiarnya sama ada secara komersial atau melalui cetakan organisasi meningkatkan status penulisnya sendiri.

Penulis rencana menjual kemahiran dan bakatnya. Kemampuan akal adalah sumber aset untuk menggandakan sumber kewangannya. Seorang penulis bebas melakukan perkara-perkara berikut. Mereka menjual kemahiran, pengalamanan, pengetahuan, bakat dan latar belakang mereka yang diterjemah dalam bentuk penulisan.

Mereka tidak menjual barangan untuk syarikat lain dari pintu ke pintu untuk memperolehi sumber kewangan. 

Mereka tidak menghasilkan produk-produk besar yang memerlukan ruang fizikal yang luas dan teknologi serta peralatan berkuasa tinggi yang mahal untuk menghasilkannya.

Mereka juga tidak memerlukan sebuah tempat khusus sebagai pejabat untuk bekerja sebagai penulis bebas. Di mana sahaja mereka berada, di situlah mereka akan bekerja. 

Tidak memerlukan sebarang staf tambahan untuk membantu tugas-tugas seorang penulis bebas kerana cenderung untuk bertindak sendirian. Pengurusan hidup di bawah kawalan satu individu sahaja yakni diri kita.

Mereka berkerja dengan alat-alat komunikasi yang minimum meliputi komputer, telefon, talian internet, pen dan kertas yang tidak memerlukan model yang sangat besar dan boleh dimiliki pada bila-bila masa.

Menjadi penulis dan menikmati kejayaan dari rumah atau organisasi bukanlah tertakluk kepada tuah, tetapi ia adalah pilihan untuk kita menciptanya. Bina pengaruh melalui penulisan hari ini.

Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu," ertinya, "Angan-angan tanpa tindakan adalah jasad berjalan tanpa roh. Dalam dirinya mati walau pun nampak hidup."

Tik tok, tik tok pada angan-angan kita Mohon klik di sini


Ulasan

FarhahNur berkata…
Hasrat untuk istiqamah dalam penulisan masih 'pending'..haih.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...