Langkau ke kandungan utama

Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah oleh JAKIM

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Klik di sini





Diskusi Keluarga bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW dianjurkan JAKIM sempena sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Norliah Sajuri.

---

Petikan Berita Harian

Utama hubungan dengan Allah jika ingin bahagia
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2011/03/10

Suami mesti pandai bimbing keluarga, hiasi rumah tangga dengan solat, ayat suci dan ilmu

TARIKAN ‘Jawa’ dan ‘Timur Tengah’ berjaya menggamatkan ruang Auditorium Blok D Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipenuhi kakitangan kementerian serta agensi awam sekitar pusat pentadbiran Putrajaya.
Ternyata populariti dimiliki pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah terkenal, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan, menjadikan diskusi pagi Khamis menyentuh isu kekeluargaan berlangsung dalam suasana penuh bersemangat.

Banyak maklumat serta rahsia kebahagiaan rumah tangga dikongsi dua ahli panel untuk dijadikan panduan peserta yang hadir dalam mendepani cabaran hidup hari ini termasuk peningkatan gejala sosial yang merisaukan.

Dr Fatma berkata, umat Islam hari ini kebanyakannya mengabaikan kepentingan hubungan dengan manusia menyebabkan mereka gagal mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan masalah itu berpunca tiadanya perasaan takwa.

Katanya, panduan diberikan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah juga tidak diberi perhatian serius menyebabkan kebahagiaan hakiki yang dicari gagal ditemui walaupun hakikatnya semua itu berada depan mata.

“Bagaimana hendak bahagia, Allah dan Rasulullah sudah bagi panduan dalam surah An-Nisa untuk kita semua ikut tetapi tidak mahu ikut. Apabila kata nak kahwin, ibu bapa akan tanya putih ke tidak, hidung mancung ke tidak.
“Ibu bapa jarang sekali yang bertanya, baik ke tidak, menutup aurat ke tidak. Sedangkan bahagia dalam Islam itu ialah hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas),” katanya.

Beliau yang ditanya mengenai makna kebahagiaan hidup berumah tangga mengajak pendengar menghayati suruhan Allah supaya mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hakam serta sentiasa mencari keredaan Allah.

Diskusi Keluarga bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW dianjurkan JAKIM sempena sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Norliah Sajuri.

Diskusi itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Hadir sama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dr Fatma berkata, kasih sayang dalam rumah tangga perlu dicari dan itu mengikat suami isteri kepada tanggungjawab kerana mereka boleh masuk syurga atau neraka disebabkan pasangan masing-masing.

Beliau turut menjadikan perkahwinannya yang mencecah usia hampir 40 tahun dengan suami yang berasal dari Kelantan sebagai contoh bagaimana suami isteri perlu menerima kelebihan serta kekurangan pasangan mereka.

“Jika melihat kepada perbezaan budaya, suami saya suka makan budu, petai dan durian, rasanya hubungan kami tidak dapat bertahan tetapi kerana suami baik, bertanggungjawab dan pandai menjaga hati, usia perkahwinan menjangkau hampir 40 tahun,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab isteri sebagai tiang keluarga untuk memastikan rumah tangga sentiasa disinari kasih sayang dengan mentaati, menjaga rahsia suami, harta benda dan tidak meminta sesuatu yang tidak termampu oleh suami.

Suami pula sebagai ketua keluarga perlu sentiasa membimbing ahli keluarga, memastikan mereka memenuhi tuntutan agama selain menghiasi rumah tangga dengan solat, membaca al-Quran serta pencarian ilmu.

“Banyak suami tidak tanya isteri sudah solat ke belum. Yang mereka tanya, masak apa hari ini dan jika tidak masak, mereka marah tetapi jika isteri tidak solat, mereka tak marah pula,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzilah memberi panduan kepada suami untuk mencapai tahap cinta Khadijah dan Rasulullah SAW antaranya mengenali pasangan, memahami kerenah mereka selain berlapang dada apabila menerima teguran.

Beliau turut mendedahkan hasil kajian serta pengalaman berdepan pasangan menghadapi masalah rumah tangga, 99 peratus masalah disebabkan suami, isteri atau kedua-duanya tidak menjaga solat mereka.

“Bagaimana hendak taat dan setia pada pasangan jika tidak taat perintah Allah. Jika hendak kata cemburu, biarlah bertempat. Isteri tidak cemburu maknanya tidak berilmu dan suami yang tidak cemburu pula adalah dayus,” katanya.

Katanya, selain faktor pasangan, aspek mendidik anak boleh memberi cabaran besar untuk membina sebuah keluarga bahagia tambahan sekarang ini kebanyakan ibu bapa tidak fahaman pendekatan terbaik untuk mendidik anak.

Mohd Fadzilah berkata, anak tidak belajar daripada apa yang diperkatakan ibu bapa, sebaliknya mereka membina karakter berdasarkan contoh dilihat setiap hari dalam rumah tangga.

Justeru, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang jika anak sukar mengikut apa yang diperintahkan tetapi hendaklah berasa risau apabila melihat tanda-tanda anak meniru sikap mereka terutama sikap yang negatif.

“Ini ramai yang ibu bapa tidak faham. Oleh itu, beri gambaran kepada anak gambaran yang baik dan gunakan perkataan yang baik. Saya suka ingatkan ibu bapa, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah doa, jadi doakanlah yang terbaik untuk anak kita,” katanya.

INFO
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit:

Sebelum tidur;
Sedang tidur (bisikkan di telinga);
Selepas bangun tidur;
Selepas mandi;
Selepas solat;
Selepas baca al-Quran;
Selepas berdoa;
Selepas riadah;
Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).


Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
Surah al-Baqarah (satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah);
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung

Ulasan

ahmadr berkata…
Mashallah. Amat tepat sekali apa yang diperkatakan.

Ibubapa amat bangga anak anak dapat menguasai matapelajaran Bahsa inggeris, mathematik dan lainnya dengan baik, tetapi tidak risau apabila anak-anak langsung tidak tahu alif ba ta...

Kemahiran di dalam ilmu lain begitu dibanggakan, anak yang tahfiz 30 juzuk Al Quran seperti tiada pencapaian apa-apa bagi sesetengah ibu bapa.

Anak-anak yang ingin belajar menari umpamanya dicarikan tempat belajar, tetapi anak yang ingin mempelajari ilmu agama tidak tahu pula di mana untuk mencari tempatnya.

Wahai ibubapa! bangunlah dari mimpi dunia yang terlalu singkat dan indah ini, anda akan disoal kelak.

Inikah yang hendak kita lihat di dalam pembangunan umat ISLAM kita? Inikah yang ingin kit alihat di dalam sesebuah keluarga?

Zaman penjajahan telah berlalu, maka buangkanlah juga penjajahan mindamu. Berikan pendidikan agama di tempat yang teratas dari segala jenis pendidikan lainnya.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...