Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Cacat pen kerana komputer, cacat orang kerana alatnya

"Saya tidak ada komputer sendiri, maka saya tidak boleh menulis." Nanti dahulu, gunakan formula mulakan dengan apa di tangan. Bukan alat yang canggih menjadikan kita penulis yang tersiar rencana di akhbar dan majalah. Pada tahun 1997, saya menggunakan mesin taip sebagaimana kita dapat lihat di atas. Pada tahun 2001 saya gunakan komputer di 'lab' universiti setiap petang. Sepanjang tiga tahun saya menumpang komputer rakan kerana harga mahal ketika itu. Kemudian membeli komputer terpakai berharga RM200 yang selalu padam. Sehinggalah memiliki komputer sendiri hasil daripada penulisan. Jika kita tidak bermula kerana tidak alat, kita tidak akan bermula ---- Sejak tiga tahun diperkenalkan atas permintaan ramai, bengkel ini telah melahirkan barisan penulis bebas akhbar dan majalah. Meskipun ada sebahagian daripada mereka tidak pernah menulis untuk media sebelum ini. Bengkel ini diadakan hanya apabila ada kekosongan tarikh sahaja. Informasi mengenai kisah al...

Dia berkata, "Jika tidak mahu jadi penulis, saya bunuh kamu."

Rencana khusus, lima hari sebelum berkumpulnya kumpulan penulis 'bawah tanah' di laman web ini. Mohon klik di sini Dunia penulisan baik berbentuk rencana mahu pun buku, membawa kita kepada dunia yang memungkinkan suara kita didengari. Tanpa perlu mendapat undi dan berstatus wakil rakyat. Siapa sahaja kita hari ini, bekerja di bawah mana-mana sektor awam dan swasta ataupun sedang menuntut di mana-mana kolej dan institut pengajian tinggi. Semua mempunyai peluang untuk menjadi seorang penulis secara bebas yang berjaya dari sudut kredibiliti dan kewangan. Sekarang, kita mungkin berjaya mencapai apa yang diinginkan. Namun kita masih mencari sesuatu yang boleh memberi lebih banyak ruang kepada kebebasan diri dan keluarga. Boleh jadi ini bukan isu wang, tetapi masa yang berbaki dalam kitaran hidup dua puluh empat jam sehari milik kita, yang mana kita hendak manfaatkan dengan sesuatu yang berfaedah serta menguntungkan.  Mencipta legasi sesuai dengan bertambahnya umur menjadi s...

Pesta Buku 2011 | Ditanya ada edisi bahasa Inggeriskah buku ini?

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Daripada Tuan Azree Hanifiah, seorang rakan dari Ashanti, Ghana, bertanya kepada saya sama ada buku ini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris atau tidak. Mudahnya Bisnes dengan Forum Online oleh Azree Hanifiah, Zamri Mohamad Harga: RM 15.50 / RM 17.50 ISBN-13: 978-967-369-083-1  Tarikh Terbit: 21 Mar 2011 Jumlah Muka Surat : 160 Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet.  Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari.  Bagaimana?  Dia mengikuti petua ini, "Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet." Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung?  Hanya di satu tempat bernama Forum Online. Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang.  Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada y...

Pesta Buku 2011 | Lima 'putera' legakan hati ibu-bapa

Di laman web penerbit Ibu bapa yang membeli buku ini dan adik serta abang di Facebooklah yang (membeli untuk adik) telah mendorong kepada kedudukan buku Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas diterima baik oleh pembaca. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, inilah pilihan buku fantasi kanak-kanak pertama kepada ibu-bapa. Insya Allah. Buku Fantasi Tauhid yang memberi kelegaaan kepada ibu bapa.  Terima kasih semua. Di Facebook Menurut Puan Zahidah Abu Bakar dari Popular, penerimaan buku ini di kalangan pembaca memberangsangkan. Ini dipetik daripada Facebook. Di MPH Wangsa Maju Terima kasih kepada tim PTS One, ibu bapa, adik-adik yang menyokong dan membeli Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas di sesi kami di MPH Wangsa Maju. Inilah buku cerita kanak-kanak yang menjadi kelegaan ibu bapa mencari buku yang mesra syariah, bahasa Melayu tinggi dan mempunyai nilai moral tempatan. Insya Allah, mudah diperolehi di MPH dan rangkaian kedai buku di...

Pesta Buku 2011 | Blogger Kampung tarik perhatian bapa

Tuan Zulkefli Mohamad leka membaca Si Blogger Kampung terbitan PTS Pro. Kemudian membeli bagi bacaan anaknya. Dapatkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bermula 22 April sehingga 1 Mei 2011 ini. Hanya terbitan PTS Publication and Distributor. Judul buku Blogger Kampung Oleh Zamri Mohamad, Hafizul Hilmi Harga: RM 14.00 ISBN-13: 978-967-369-063-3 Tarikh Terbit: 28 Feb 2011 Jumlah Muka Surat : 208 Kategori: Remaja, Usahawan Cilik Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd Sinopsis Puan Jamilah terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah. Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet.

Ipoh (2) Jemputan Tuhan buat pejalan kaki

Pesanan sosial Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya. Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan. ------ Catatan ringkas di Ipoh Perjalanan dua jam dengan menggunakan perkhidmatan ETS. Semua kakitangan yang bertugas pada hari itu perempuan. Apabila ditanya mengapa, mereka sendiri pun tidak tahu mengapa. Perjalanan dua jam ditemani buku Senyum-senyum Rasulullah.  Kami tidak mempunyai peta atau sekurang-kurangnya risalah mengenai Ipoh sebagai panduan mahu ke mana. Sepanjang hari berjalan kaki di sekitar bandar Ipoh meliputi kawasan utama. Bank Buku menjadi tempat pengumpulan akhbar. Perkhidmatan tilik nasib mudah dilihat di hadapan kedai-kedai pakaian perkahwinan bagi kaum India beragama Hindu. Mereka beroperasi di hadap...

Ipoh (1) Persepsi pada mesej Islami pada desain t-shirt

Pesanan sosial Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya. Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan. ------ Salah satu desain t-shirt Tazkeerah. Mohon klik di sini Kepada yang baru pertama kali mendengar produk keluaran tim Tazkeerah ini adalah usaha mereka menjadikan hadis-hadis nabi dalam bentuk desain kontemporari yang sesuai dipakai oleh pelanggan. Kepada mereka yang baru mengikuti perkembangan produk ini dapatlah melayari entri sebelum ini. Mohon  klik di sini . Kajian persepsi ini saya sediakan bagi keperluan tim dalam usaha menghasilkan desain-desain yang mesra pemakai.  Secara umum, apa yang tertera pada t-shirt baik memberi kesan secara langsung kepada pemakai. Tidak kira apa bentuk teks dan desain, ia mempun...

Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah oleh JAKIM

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Klik di sini Diskusi Keluarga bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah SAW dianjurkan JAKIM sempena sambutan Maulidur Rasul dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang JAKIM, Norliah Sajuri. --- Petikan Berita Harian Utama hubungan dengan Allah jika ingin bahagia Oleh Hasliza Hassan hasliza@bharian.com.my 2011/03/10 Suami mesti pandai bimbing keluarga, hiasi rumah tangga dengan solat, ayat suci dan ilmu TARIKAN ‘Jawa’ dan ‘Timur Tengah’ berjaya menggamatkan ruang Auditorium Blok D Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipenuhi kakitangan kementerian serta agensi awam sekitar pusat pentadbiran Putrajaya. Ternyata populariti dimiliki pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah terkenal, Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan, menjadikan diskusi pagi Khamis menyentuh isu kekeluargaan berlangsung dalam suasana penuh bersemangat. Banyak mak...