Khamis, April 15, 2010

Para pembaca bayangan Khadijah berbicara

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Saya tidak sangka bahawa buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dibincangkan dalam Facebook secara kerap baru-baru ini. Saya percaya tulisan Tuan Imran Yusuf sebagai seorang bapa, seorang suami dan seorang lelaki yang melangkah dalam perjalanan yang lama kehidupan menjadikan buku ini cermin hidup yang bercerita.

Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia melalui cetakan ketiga dan menerima respon dari segi peneguhan isi, perkongsian pembaca dan cadangan demi cadangan.

Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah juga sudah menjadi buku hadiah bapa kepada anak dan menjadi buku bed time story oleh sesetengah pembaca. Klik imej di bawah bagi paparan lebih jelas.

Mudah-mudahan buku ini membawa manfaat kepada penulis dan menjadi teman akrab rakan pembaca yang sudi membaca dan berkongsi kepada rakan-rakan.

Kepada mereka yang baru pertama kali mendengar judul buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia, di sini saya berkongsi sinopsis buku. Buku ini mudah didapati di semua rangkaian kedai buku MPH, Popular dan rangkaian kedai buku seluruh negara.

Bagi memudahkan para pembaca membaca dan menghadiahkan kepada orang lain. Klik dan dapat dibeli di sini pada harga diskaun.

Ulasan daripada pembaca lain di sini

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, April 14, 2010

Pasti lumpuh tanpa doa pembaca yang mulia

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Cerita 1

Hari ini saya memperolehi dua kegembiraan. Ia datang daripada para pembaca yang dimuliakan. Berkat doa para pembaca, buku ini muncul dalam ulasan akhbar Harian Metro di ruangan Hati.

Mudah-mudahan ia menjadi buku yang dapat membantu usaha ramai dalam menguruskan bisnes kecil mereka. Paling penting, memberi ruang dan peluang mengurus bisnes halal untuk diri, pasangan dan keluarga.

Berkenaan buku Urus Bisnes dengan Blogshop klik di sini

----------

Cerita 2

Setiap hari saya padat dengan komitmen mengemaskini blog seni mengurus dan membina blog shop menggunakan blogger.com di satu lagi laman blog. Kerja menjadi bertambah apabila saya perlu memuat turun satu persatu foto tunjuk cara.

Apabila memikirkan betapa mudahnya para pembaca meniru satu persatu langkah dengan adanya foto, saya usahakan juga. Ketika entri ini ditulis lebih 12 tip diberikan dalam blog itu.

Mereka yang berminat membaca bagaimana menjual produk dan perkhidmatan di blog, dapatlah melayari blog ini.

Klik tip menjalankan bisnes dengan blog shop di sini.

Saya percaya, sebagaimana hidupnya kedai-kedai kecil di bandar dan pekan, kedai-kedai kecil di blog shop juga akan mengikut kitaran yang sama.

Peniaga blog shop pernah dikatakan melanggar hukum bisnes yang betul dan lari daripada cara yang sepatutnya. Tetapi itu tidak menjejaskan sesen pun hasil jualan mereka, malah makin berkembang dan diikuti.

Kerana itu blog itu dihasilkan agar satu panduan dapat diikuti dan diubahsuai mengikut kreativiti dan keperluan peniaga blog shop.

Pada masa sama, saya membuka bengkel komuniti bagaimana membuka kedai pertama menggunakan blog shop. Digalakkan mereka yang tidak ada blog selama ini tetapi mahu berniaga di internet menyertainya. Saya akan kongsikan seni membuka dan mengurus produk melalui blog.

Klik tip menjalankan bisnes dengan blog shop di sini.

----------

Cerita 3
Pada hari ini, saya bersyukur apabila mendapat tahu pembaca buku saya berjudul Buat Duit dengan YouTube terbitan PTS Professional kini menggunakan video sebagai ikhtiar mempromosikan perniagaan.

Saya meneliti video beliau dan saya terbaca komen ini pada blognya.

Saya berdoa agar dilimpahi rezeki kepada para pembaca buku saya di mana sahaja mereka berada.

Berkenaan buku Buat Duit dengan YouTube. Klik di sini

----------

Cerita 4

Insya Allah pada 25 April ini Baca@LRT bertemakan beri akan mengambil tempat. Kali ini para penyokong Baca@LRT akan membawa satu naskhah buku untuk dimasukkan dalam kotak buku yang disediakan oleh pihak UNICEF di Kinokuniya.

Buku yang diberi akan disebarkan kepada mereka yang tidak mampu membeli buku. Mudah-mudahan ia menjadi amal yang mudah dan berpanjangan keberkatan. Kali ini Baca@LRT amat berbeza kerana kita tidak ada perkumpulan akhir. Informasi akan disampaikan dalam Facebook Baca@LRT.

Jika ada penulis dan penerbit buku yang sedang membaca entri ini, saya ingin menyampaikan hasrat ini kepada mereka. Logo Baca@LRT telah dicetak pada dua buah buku berjudul Urus Bisnes dengan Google dan Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah.

Saya mesti memulakan dahulu dengan harapan ia akan menjadi usaha yang diikuti oleh penulis dan penerbit lain.

Logo ini berada di kulit belakang buku sebagai satu usaha menggalakkan budaya membaca di tempat awam menjadi gaya hidup.

Dengan izin Allah, mudah-mudahan perkataan Baca@LRT menjadi kata kerja kepada para pengunjung kedai buku. Perkataan itu bakal mendorong mereka mengingati agar membawa bahan bacaan sebagai teman di luar rumah.

Jika ada mana-mana penulis dan penerbit yang sudi menyokong usaha ini. Dapatlah menghubungi saya di zamrimohamad@gmail.com agar dapat saya emelkan saiz imej logo ini.

Penggunaan logo ini tidak memerlukan kita membayar dengan wang ringgit melainkan kehendak dan kepercayaan kepada usaha ini.

----------

Cerita 5

Bengkel penulisan rencana edisi lalu menemukan saya dan Tuan Muhammad Firdaus Arif dengan beberapa peserta yang berpotensi besar menjadi pengubah pemikiran orang ramai. Ada yang datang daripada KAGAT, Risda, Universiti Putra Malaysia dan ABIM.

Salah seorang peserta sudah menulis sejak tahun 1983 lagi. Kini beliau meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau membuat kajian pengamalan agama di kalangan anggota tentera.

Semoga Allah permudahkan.

Insya Allah, edisi seterusnya adalah pada 17 April ini. Setakat ini hanya ada tiga kekosongan yang dapat diisi oleh peserta. Mereka yang berminat, klik di sini.

Ini adalah hasil kedua Tuan Farid Malique yang merupakan peserta minggu lalu. Saya percaya dari surat pembaca yang menjadi gelanggang silat akan berubah menjadi rencana yang padat dan memberi inspirasi kepada ramai.

Alumni kursuspenulisan.com adalah suara rakyat tersendiri. Ada yang sudah membantu sahabat lain dengan menulis di akhbar mengetengahkan dilema orang kecil dalam sistem yang menekan mereka. Terkini pihak kementerian buka mata dan membantu. Tahniah alumni kursuspenulisan.com iaitu Tuan Farid Malique Ini adalah permulaan kepada rencana lebih besar.

Hasil tulisan Tuan Farid Malik yang kedua

Maklum balas kementerian terhadap penulisan Tuan Farid yang pertama

----------

Cerita 6

Selain daripada buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah, saya dimaklumkan oleh Tuan Shakir dari PTS Millenia, buku 30 Strategi Membina Pengaruh telah diulang cetak bagi memenuhi keperluan pembaca yang mencari di kedai-kedai buku. Mudah-mudahan dengan buku ini tuhan permudahkan usaha mereka menjadikan pengaruh sebagai ibadat. Juga menjadi pembuka pintu memudahkan tugas mereka serta menjadi lorong membantu rakan-rakan dan ahli keluarga.

Buku 30 Strategi Membina Pengaruh juga muncul dalam majalah Jutawan terbitan DAS Publishing. Surat terpilih dalam majalah ini berpeluang mendapat senaskah buku ini sebagai hadiah.

Kepada mereka yang berminat membina pengaruh yang mendekati diri kepada orang ramai di waktu senang dan di waktu susah, dapatlah melayari informasi ini. Klik sini.

-------

Nota: Mari kita doakan mudah-mudahan Allah menyembuhkan dan memberi kesihatan kepada Puan Ainon Mohd daripada sakitnya yang sudah berlarutan beberapa hari ini.

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, April 10, 2010

Perkongsian Tuan Firdaus Ariff mengenai novel

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Fungsi novel untuk menukarkan pengetahuan bidang berat menjadi ringan melalui penceritaan. Sebagaimana Hamka menukarkan perbincangan adat pepatih dari aspek penulisan ilmiah kepada bentuk novel.

Ditambah lagi, 80 peratus jualan buku adalah novel. Setiap 10 buku terjual lapan adalah novel.

Novel dapat dijadikan skrip, komik. Sebagai contoh, Lagenda Budak Setan hasil tulisan Ahadiat Akashah difilemkan.

Selain itu,, yang menjadikan orang tertarik pada permainan video adalah ceritanya. Dari permainan video ia menjadi novel.

Dr Malik Badri berkata, "Fksyen nilai islam adalah jihad. Novel bukan ceramah, ia mesej halus."

Bercerita mengenai novel, isunya pelbagai berbanding cerpen. Dalam cerpen watak adalah seramai tiga orang. Novel pula lebih. Ada menjangkau 300 orang. Latar cerpen satu atau dua tempat sahaja berbanding novel bersifat infiniti.

Di majalah panjang sebuah cerpen adalah sekitar seribu sehingga 2000 patah perkataan. Sesuatu karya fiksyen dipanggil cerpen selagi tidak melebihi 40,000 patah perkataan.

Apa yang menjadikan sebuah novel hidup adalah perincian kecil dalam satu episod besar.

Elemen asas novel ialah Topik, latar (tempat, masa, masyarakat), aksi, dialog. Elemen asas novel digunakan untuk setiap babak. Jalan cerita adalah susunan babak.

Plot bukan jalan cerita, ia adalah titik temu sebab dan akibat. Sebagaimana di sebut Tuan Haasan Jaidin, "Ini contoh yang popular. 'Raja mangkat dan kemudian Permaisuri mangkat' adalah cerita tanpa plot. 'Raja mangkat dan kemudian Permaisuri mangkat akibat jatuh gering kerana sedih yang teramat sangat terhadap kemangkatan Raja' adalah cerita yang ada plot."

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, April 07, 2010

Ubah sejarah dan cipta kejayaan kecil melalui penulisan

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Hari ini saya mendapat khabar gembira. Berkat keyakinan dan kesabaran, peserta bengkel penulisan rencana yang menyertai bengkel dua hari lalu menghubungi saya melalui emel. Beliau memaklumkan hasil penulisan pertama muncul dalam Berita Harian ruangan Surat Pembaca. Selepas dua hari berbengkel.

Ruang Surat Pembaca mempunyai kepentingan tersendiri. Di sebuah penerbitan majalah pernah memaklumkan kepada saya salah satu kriteria mereka mengambil kakitangan baru jika calon menjawab ya jika disoal, "Pernah menghantar kepada surat pembaca?"

Surat pembaca adalah ruangan keprihatinan. Bagi mereka yang tidak mengikuti kaedah penulisan yang berstruktur menggunakan model penulisan, penulisan dan pemasaran, surat pembaca akan bertukar menjadi surat marah-marah dan melepaskan geram.

Surat pembaca adakalanya tidak ditulis oleh individu itu sendiri, sebaliknya orang lain yang merasakan wajar maka ditulis dan dihantar ke ruangan ini. Dalam kes alumni kursuspenulisan.com, mereka menjadi wakil rakyat kepada rakan-rakan yang berhadapan situasi.

Mereka menulis dan membuat hujah yang baik agar mesej sampai. Atas dasar membantu itulah menjadi satu sebab mengapa ada yang datang ke kursus penulisan. Mereka adalah penting kepada orang lain.

Surat pembaca adalah ruang mencambah idea rakyat kepada pembaikan sistem. Ia dibaca tidak kurang 100,000 orang setiap hari berdasarkan rekod jualan akhbar tempatan. Meskipun ia ruangan percuma, bukan mudah melepasinya melainkan surat pembaca mempunyai nilai berita.

Bagi penulis baru muncul dalam surat pembaca adalah permulaan kepada penulisan yang lebih mendalam dan serius serta pelbagai. Kerana itu ruangan surat pembaca adalah ruangan melatih, bereksperimen, mencuba kaedah penulisan dan strategi menggunakan fakta serta perbandingan.

Keyakinan sedikit demi sedikit muncul kesan daripada surat pembaca.

Jika tuan dan puan bertanya kepada saya di mana saya bermula, jawapan saya, "Di surat pembaca itu tempat saya membina tembok keyakinan sedikit demi sedikit sebelum menulis rencana dan 15 buah buku hari ini."

Terima kasih kepada ruangan surat pembaca.

Ahad ini 11 April 2010, enam orang peserta bengkel penulisan rencana akan berkampung. Kemudian diikuti pada hari Sabtu 17 April.

Bengkel penulisan rencana pada Sabtu 17 April masih ada kekosongan. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

-----------

Nota: Ketika ini saya sedang menulis blog seni menjalankan dan mengurus bisnes di blog cara blog shop. Tuan dan Cik Puan dialu-alukan membaca dan memberi komen. Klik di sini.

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, April 04, 2010

Skrip komitmen, menjadikan peserta mahu mencuba.

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Nota usrah trainer (5)

Skrip komitmen, menjadikan peserta mahu mencuba.

Puan Guru mula bertanya, "Apakah itu skrip komitmen?"

Soalan dijawab kepada dua bahagian.

Skrip bermaksud apakah yang mahu dikatakan oleh trainer agar peserta komited.

Komitmen bermaksud apakah rancangan dan tindakan yang akan dilakukan oleh peserta.

Srip komitmen digunakan dalam sesi latihan mengalihkan kemahiran kepada peserta. Ia juga digunakan bagi tujuan mengubah tingkah laku. Kaedah ini juga digunakan dalam kursus merekrut jurujual.

Skrip komitmen menjadi orang mahu mencuba.

-------

Kemudian Puan Guru menunjukkan sekeping syiling kepada kami. Seorang demi seorang.

"Berapa?" tanya Puan Guru

"Lima puluh sen", jawab kami demi seorang.

Puan Guru menggenggam syiling, "Sekarang tuan-tuan, lukis imej lima puluh sen."

Kami terpinga-pinga, tidak dapat mengingat dengan tepat reka corak lima puluh sen melibatkan bunga raya, nombor, tahun keluaran dan kedudukan perkataan Bank Negara Malaysia.

Puan Guru melihat kami melukis. Selesai kami melukis, beliau berkata, "Sama seperti skil. Orang kenal apakah kemahiran, tetapi tidak ingat bagaimana melakukan. Tanggungjawab trainer memastikan peserta kenal dan ingat bagaimana melakukan kemahiran yang diajar dalam sesi training. Jika tidak, ia akan menjadi seperti kes lima puluh sen tadi."

---------

Bagi memastikan sesi training persuasif dan peserta mendapat skil yang dapat dipraktikkan kita perlu menguasai pengetahuan asas ini.

Pertama, hasil kajian mendapati orang mencari kejayaan baru. Peserta bengkel adalah mereka yang datang mencari kejayaan baru.

Kedua, menjadi tanggungjawab trainer menyampaikan skrip kejayaan kepada peserta memenuhi keinginan mereka yang mencari kejayaan baru.

---------

Soalan timbul. Apakah ciri-ciri skrip kejayaan yang merupakan punca kepada skrip komitmen peserta dalam sesi latihan?

  • Skrip komitmen membantu sama ada merekrut, mengubah tingkah laku dan mengalihkan skil.
  • Peserta adalah pejaya. Mereka mahukan trainer memberi action plan. atau pelan tindakan apa yang perlu dilakukan secara jelas dan spesifik.
  • Pentingnya kita menaikkan maruah pejaya dalam latihan. Tidak 'bashing'.

----------

Puan Guru bertanya, "Pada waktu bila para peserta berasa ragu terhadap trainer yang mengendalikan sesi?"

Para peserta diam. Melihat dan menunggu jawapan.

Sambung Puan Guru, "Apabila trainer tidak memberi informasi produk, teknik menggunakan, risiko yang akan timbul dan pelan tindakan mengatasinya."

-----------

Nota tambahan : Training yang berkesan apabila peserta sudah merancang pelan tindakan mereka sendiri untuk mencuba selepas training tamat. Ini dapat dilihat melalui soalan-soalan yang dikemukakan peserta mahukan lebih informasi, pelan tindakan, teknik dan risiko. Selain itu dari respon dan cakap-cakap sesama mereka sudah timbul cadangan daripada peserta untuk berbuat sesuatu.

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tip Puan Guru | 11 Tip untuk trainer mendorong kejayaan peserta

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Nota usrah trainer (4)

Pagi Ahad, seawal selepas Subuh, para trainer duduk di meja makan bersedia mengikuti sesi training oleh Puan Guru. Ia berlangsung sehingga jam 2.00 petang tanpa henti. Sambil sarapan pun pen dan cekodok bertukar tangan. Kopi dan teh dihirup bersilih ganti. Papan putih menanti.

Tangan mengemaskini Facebook dengan ilmu baru untuk disebarkan kepada khayalak. Mudah-mudahan ramai dapat mengambil manfaat.

Tip Puan Guru | Apabila kita cenderung mahu melepaskan diri dari beban rasa bersalah, kita cenderung menyalahkan orang lain sebagai puncanya. Ini terbawa-bawa dalam training. Misalnya menyalahkan orang apabila tidak mahu berubah.

Tip Puan Guru | Falsafah training, kita mengayak lumpur yang banyak untuk mendapat beberapa butir emas kecil sahaja.

Tip Puan Guru | Race bashing atau mengutuk bangsa dengan menyebut bangsa itu bermasalah, bangsa itu mundur tidak dilakukan oleh nabi meskipun nabi berhadapan dengan bangsa Arab yang penuh mencabar sikapnya ketika itu. Jadi mengapa mengutuk bangsa sendiri dengan alasan mahu memajukan? Apa teori dan sunnah dipakainya memperleceh bangsa sendiri? Berlaku di kalangan tranier dan motivator amatur menggunakan skrip ini atas alasan mahu menyedarkan. Tanpa sokongan teori dan kajian saintifik.

Tip Puan Guru | Apabila nabi mahu mengubah tingkah laku orang, nabi hanya menyebut caranya, "Mahukah kamu jika aku beritahu....", "Hendaklah kamu...." tanpa menyalahkan orang untuk membetulkan tingkah laku itu.

Tip Puan Guru | Tulis di papan putih dahulu. Selesai baru bercakap. Jangan bercakap di depan papan putih. Hormati peserta. Tutup pen dan bercakap menghadap mereka.

Tip Puan Guru | Apabila trainer menulis nota di powerpoint, ia menghilangkan kredibilitinya sebagai pakar bidang. Ini melibatkan powerpoint nota yang berjela-jela seperti karangan.

Tip Puan Guru | Powerpoint hanya untuk menerangkan benda yang bersifat visual dan formula. Ia menerangkan sesuatu yang tidak dapat disampaikan melalui kata-kata.

Tip Puan Guru | Powerpoint secara langsung memberi kesan kredibiliti kepada trainer kerana slaid tidak dapat diubah atas kehendak peserta pada waktu itu juga. Misalnya soalan diajukan peserta, ketika itu trainer menekan butang escape dan mencari slaid kemudian baru menunjukkan slaid yang mempunyai jawapan berjela itu.

Tip Puan Guru | Kejayaan kita (dalam mengendalikan training dahulu) menjadi hijab atau tembok pada diri kita hari ini. Menyebabkan kita berhenti berfikir. Hanya membandingkan kejayaan dulu dan sekarang.

Tip Puan Guru | | SWOT analysis hanya berfungsi menyaring idea bukan mencipta. Tujuan membuang atau senarai pendek.

Tip Puan Guru | Trainer memulakan dengan ayat, "Apa pendapat saudara," ini akan membantu trainer kenalpasti keperluan peserta & tidak menset arah fikir.

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Nota Usrah (3) Ciri-ciri yang mendorong kualiti latihan dalam sesi training

Nota usrah trainer (3)

Bertanya Puan Guru, "Apakah ciri-ciri yang mendorong peserta melakukan latihan dalam sesi training?"

Pertama.

Kuasai teori persepsi kerja. Dalam teori ini, ia menerangkan bagaimana seseorang melihat kerja mereka dan sebab mereka melakukan kerja itu.

Kajian menunjukkan apabila kita menganggap kerja yang kita lakukan itu penting untuk orang lain, maka dorongan kita melakukan kerja itu lebih tinggi.

Tanggungjawab kita bagi memberi persepsi yang betul terhadap aktiviti-aktiviti yang diberi.

Ini penting agar peserta tidak berasa ia satu kerja sia-sia.

Setiap latihan dilakukan oleh trainer jangan dibuat kerana mahu mengisi masa semata-mata. Ini menjadikan sesi training menjadi sesi yang sia-sia kepada peserta. Setiap sesi ada rasional apakah perkara yang dikuasai mereka dan kepentingan menguasainya untuk diri dan orang lain.

------

Kedua

Sesi latihan yang diberikan dalam sesi training perlu memenuhi persepsi kedua. Iaitu apa yang dilakukan memenuhi keperluan jiwa mereka.

Maruah dan estim diri mereka terjaga. Sesi latihan itu menunjukkan apa juga skil yang diberi dalam sesi itu secara jelas menunjukkan apa yang dilakukan peserta adalah satu kerja mulia. Ia bukan kerja sia-sia.

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jam tiga pagi tiba bagi memandaikan bangsa melalui penulisan

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Semalam saya baru sahaja selesai mengendalikan bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah untuk lima orang peserta yang mendaftar di kursuspenulisan.com. Saya mengagumi mereka. Melihat mereka sebagai barisan nama penting yang akan muncul dalam akhbar dan majalah di Malaysia.

Saya mengagumi usaha sebahagian peserta yang datang jauh dari Pulau Pinang. Tiba jam tiga pagi, melelapkan mata seketika dan kemudian berkampung di Learning Station di Kuala Lumpur sehingga petang bagi mengikuti bengkel ini.

Sebagaimana peserta semalam dan para peserta terdahulu. Semuanya mempunyai semangat dan kegilaan.

Semangat ini adalah semangat yang tidak akan bertolenrasi terhadap perkataan tidak dan penolakan. Semangat mereka ini akan menjadi penyebab kuat agar mereka akan terus berjuang melalui karya mereka baik berbentuk surat pembaca, pendapat dan rencana.

Semangat ini menjadikan mereka berbeza daripada orang lain.

Mengapa semangat ini timbul?

Saya hanya ada satu jawapan. Mereka mahukan pengalaman dan pengetahuan mereka dicurahkan dalam bentuk penulisan sebagai usaha memandaikan bangsa.

Mereka adalah kumpulan penting yang akan berkongsi kepada khayalak sesuatu yang akan meningkatkan kualiti hidup orang lain. Setiap rencana yang dihantar membawa kesan kepada para pembaca lain. Mereka adalah penting kepada semua. Kerana mereka mengubah melalui idea yang jelas sampai ke dalam pemikiran pembaca yang mencari penyelesaian.

Hasil penulisan mereka akan diingati dan disebut ramai.

Saya menutup mata, membayangkan nama Tuan dan Puan akan muncul dalam akhbar dan majalah, tempatan mahu pun antarabangsa membawa idea serta harapan yang hanya akan bersuara melalui hasil penulisan para alumni kursuspenulisan.com

Mudah-mudahan Allah membuka jalan yang luas, mengurniakan ilham serta mencurahkan idea serta membuka hati editor mendengar suara hati mereka.

Sesungguhnya saya meyakini, Tuan dan Puan sedang menulis sesuatu sebagai usaha mengubah diari hidup pada tahun ini, baik untuk keperluan peribadi, bisnes mahupun menjadikan hasil tulisan yang tersiar itu sebagai kenangan buat keluarga, semua itu akhirnya menjadi pelaburan yang akan memandaikan bangsa kembali.

Kepada Tuhan saya bermohon agar nama Tuan dan Puan akan kerap muncul dalam media tempatan.

Jika Tuan dan Puan masih berkarya, ketahuilah saya sentiasa berlari bersama mencapai impian mulia itu. Semangat Tuan dan Puan adalah roh saya berkarya dalam apa jua keadaan kerana kita sama-sama dalam usaha memandaikan bangsa ini.

Selagi terdaya, sentiasa bersedia membantu para alumni kursuspenulisan.com

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Nota usrah trainer (2) | Mendorong motivasi peserta agar kekal bertenaga

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Nota usrah trainer (2)

Hari ini Puan Guru mencatat di papan putih, Teori Motivasi Kerja.

"Tuan-tuan, hari ini saya akan menerangkan teori. Apa yang membezakan trainer yang dipanggil pakar adalah kemampuan menguasai teori. Itu yang menjadikan peserta dapat dibimbing secara efektif kerana kemampuan kita menguasai teori."

Senyap sebentar. Puan Guru menyambung bicara, "Apakah itu teori dan apa itu teknik?"

Teori menerangkan mengapa ia berlaku dan teknik menerangkan caranya. Itu perbezaan antara teori dan teknik.

Mengapa pentingnya menguasai teori motivasi kerja?

Teori ini membantu kita mengenalpasti mengapa orang melakukan sesuatu sedangkan ada orang lain boleh lakukan perkara yang sama?

Ada dua faktor yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perkara.

Faktor di luar kerja itu sendiri. Iaitu faktor duit yang menjadikan dia melakukan. Tanpa duit ia tidak dilakukan.

Faktor di dalam kerja itu sendiri. Iaitu faktor kepuasan melakukan tanpa melibatkan kewangan.

Dalam teori Maslow, apabila seseorang sudah mendapat wang dalam apa yang diusahakan, beliau akan mencari faktor lain selepas faktor pertama telah dipenuhi.

Wang menurut Abraham Maslow memenuhi keperluan bagi memenuhi kehedak fizikal iaitu pakaian, makanan dan tempat tinggal. Barulah faktor kedua dipenuhi oleh individu iaitu faktor kepuasan.

------

Nota tambahan "Dengan dua faktor ini yang menjadi faktor kepada motivasi pekerja. Mesej mengatakan Melayu secara tabiat adalah malas sering disampaikan dan menjadi kepercayaan orang ramai. Ia menjadi skrip ucapan ahli politik, individu dan kumpulan yang tidak memahami teori. Satu mitos yang tidak dapat dibuktikan oleh mereka melalui kajian saintifik.

------

Kembali kepada dua faktor yang mendorong motivasi bekerja.

Dari perspektif training, dua faktor ini melibatkan perkara berikut.

Faktor di luar kerja itu sendiri juga dipanggil faktor kebersihan (hygine factor). Pekerja yang mendapat gaji tidak pada waktunya menganggap organisasi telah kotor kerana tidak mengikut sistem. Akibatnya, motivasi pekerja turun, kadar kesilapan bertambah.

Faktor hygine dari aspek training melibatkan keselesaan tempat dan jumlah peserta tidak melebihi 30 orang (lebih akan menjadi ceramah).

Faktor di dalam kerja itu sendiri melibatkan isu kepuasan apabila pekerja dapat berkembang. Ini dapat dilihat melalui sikap pekerja (atau peserta) yang akan memberi lebih daripada sepatutnya. Kepuasan timbul apabila peserta mendapat skil yang dapat digunakan selepas keluar daripada sesi bengkel.

Trainer perlu memberi kedua-duanya dalam sesi latihan kepada peserta.