Selasa, Januari 26, 2010

Gelombang Baca@LRT kedua pada 20 Febuari 2010

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Assalam alaikum wbt

Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Saya doakan dan mengharapkan sepenuh hati agar tuan dan puan, keluarga besar dalam Baca@LRT ini agar sentiasa sihat, diberi keceriaan, dipermudah urusan, dikelilingi kebahagian dan dilapangkan urusan serta diberikan kemenangan dalam apa yang diperjuangkan. Insya Allah

Mesej ini adalah bagi mengkhabarkan kepada tuan dan puan yang dimuliakan perkembangan Baca@LRT sepanjang Januari ini sebelum berakhir bulan pertama pada tahun 2010.

Dengan izin Allah, kita sebagai satu ahli keluarga besar Baca@LRT telah sama-sama mengubah lanskap media negara dengan mencipta beberapa kejutan baru.



  • Baca@LRT telah disiarkan sekurang-kurangnya empat kali berita radio BERNAMA 24 kesan daripada tindakan spontan kita membaca beramai-ramai.
  • Baca@LRT mendapat sokongan Berita Harian yang sudi berkongsi kegilaan kita pada 16 Januari lalu dalam dua halaman besar.
  • Baca@LRT mendapat paparan di KOSMO dalam ruangan berwarna, Urban.
  • Baca@LRT buat pertama kalinya muncul dalam Quill Online terbitan MPH, kedai buku berangkai di Malaysia.
  • Seorang kakitangan perpustakaan yang menerima emel mengenai Baca@LRT telah mengedarkan mesej kita kepada semua kakitangan melalui emel.
  • Baca@LRT menjadi perhatian rakan-rakan Baca@LRT di Montreal dan Uzbekistan yang mengikuti perkembangan dari jauh. Mereka mendukung usaha kita pada hari itu dengan bersungguh-sungguh menyiarkan di blog dan Facebook mereka sebelum, semasa dan selepas program melalui artikel panjang.
  • Menurut pemerhati Baca@LRT yang berada dalam grup ini, beliau melaporkan perkara berikut, daripada Puan Azrina Hussin, "Seorang rakan yang baru sahaja mengetahui tentang Baca@LRT memberitahu, hari ini beliau mendapati lebih ramai penumpang membaca di dalam LRT berbanding sebelum ini. Beliau fikir mungkin disebabkan Baca@LRT. Nampaknya, impak sudah mula kelihatan."
  • Majalah Usahawan SUKSES telah sudi memberikan satu penuh halaman berwarna menguar-uarkan gerakan rakyat Baca@LRT. Usahawan Sukses edisi Febuari akan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh negara mulai bulan hadapan.
  • Akhbar Era Pakatan yang mengikuti Baca@LRT 16 Januari lalu adalah yang pertama menyiarkan laporan berita. Meskipun sudah 10 hari berlalu, Baca@LRT menjadi berita paling hit dalam online dengan 798 hit berbanding sembilan berita lain. Laporan berita di sini http://bit.ly/bacalrtjanuari
  • Pengenalan penyelaras komunikasi Baca@LRT bahasa Inggeris bagi hebahan lokal dan antarabangsa mengenai perkembangan kita di sini. Perkembangan ini disampaikan kepada blog, web dan portal penggerak dunia buku dan pembaca.

-------------



Kesan daripada usaha kita bersama-sama, keluarga Baca@LRT semakin membesar. Ini menunjukkan kita semua percaya dan sepenuh hati yakin satu hari nanti budaya membaca akan menjadi budaya yang disenangi ramai. Mereka akan membaca secara terbuka tanpa rasa segan.

-------------

Percayalah tuan dan puan, usaha kita sama-sama ini akan menjadikan logo Baca@LRT akan berada di setiap stesyen.

Perkataan Baca@LRT adalah ayat arahan yang jelas dan ringkas kepada pengguna LRT.

Kita membayangkan logo hitam kuning ini akan dipapar bangga di setiap kedai buku dan kiosk akhbar di 24 stesyen LRT.




Malah Baca@LRT adalah usaha menyambungkan silaturahim sesama pembaca, sesuai dengan Hadis direkodkan oleh Anas bin Malik r.a "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung silaturahim."Sahih Muslim.

Kini tarikh baru telah dipilih bagi gelombang kedua Baca@LRT, iaitu pada hari Sabtu 20 Febuari 2010.

Tema Baca@LRT kali ini adalah Sastera.

-------------




Adakah bermaksud mereka yang tidak punya buku sastera tidak dapat turut serta?

Tidak! Para penyokong masih bebas memilih buku masing-masing meskipun pada hari itu tema sastera dipilih.

Kita digalakkan membawa koleksi buku, majalah atau apa saja tulisan berciri sastera milik personal pada hari itu. Jika tidak ada, pilih sahaja koleksi buku tuan dan puan gemari.

Maklumat lanjut Baca@LRT klik di sini




--------

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

--------

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Januari 23, 2010

Mohd Suhaimi | Suami dan isteri menjalankan perniagaan di internet

Mohd Suhaimy a.k.a Shuth merupakan seorang Usahawan Internet, mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi & Sains Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga pernah bekerja sebagai seorang Eksekutif IT di sebuah syarikat GLC selama 5 tahun di dalam bidang Pembangunan Website dan Multimedia, sebelum menceburkan diri secara serius di dalam bidang perniagaan internet.

Beliau merupakan pengasas kepada laman web WangCyber.com, iaitu sebuah website komuniti maya nombor satu bagi usahawan internet di Malaysia, yang kini telah mencatatkan keahlian seramai lebih dari 40,000 orang.

Laman web MasKahwin.com adalah merupakan website perniagaan beliau yang pertama, di mana, menerusi website tersebut, beliau telah berjaya menjual sebuah e-book yang dihasilkan sendiri , berjudul “Maskahwin Yang Hilang”, sehingga kini, e-book tersebut telah terjual lebih dari 7,000 unit dan masih lagi hangat di pasaran.

Kini, beliau telah mempunyai lebih dari 10 buah laman web perniagaan yang menjual pelbagai jenis produk, sama ada produk fizikal, produk digital mahupun perkhidmatan.

Selain itu, beliau juga kerap diundang untuk memberikan ceramah dan penerangan tentang bidang perniagaan internet di IPT-IPT tempatan seperti UKM, UiTM, UIA, INPENS, KUIS dan banyak lagi.

Beliau akan berkongsi pengalaman di persidangan keusahawanan internet di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada Febuari ini. Informasi lanjut klik persidangan keusahawanan internet.

Khamis, Januari 21, 2010

51,000 orang dan 1,200 peniaga dibimbing Puan Suzana Mustafa

Suzana Mustafa ataupun lebih mesra dikenali sebagai Puan Ann berasal dari Labuan, Sabah. Beliau berusia 40 tahun dan merupakan ibu kepada empat orang anak.

Beliau pernah bekerja sebagai pambantu setiausaha syarikat, dan kini beliau mampu menubuhkan syarikat sendiri hasil perniagaan Produk Sulaman Reben dan Perniagaan internet.

Puan Ann merupakan pengasas laman web forum WanitaMelayu.com dengan jumlah ahli lebih dari 51,000 orang.

Dengan semangat untuk memartabatkan kaum wanita, beliau banyak berkongsi ilmu secara percuma dengan ahli-ahli forum melalui laman web tersebut. Beliau telah berjaya membimbing lebih 1,200 usahawan sukses wanita yang majoritinya adalah golongan suri rumah dengan berniaga melalui internet.

Puan. Ann telah menulis buku "Jahitan Asas Sulaman Reben" dan "Bunga Reben Jilid 1" terbitan Utusan Publication.

Dengan idea yang kreatif, beliau telah menghasilkan beberapa produk sulaman reben dan berjaya memasarkan di pasaran luar melalui internet.

Kini, beliau merupakan wanita Melayu pertama yang dilantik sebagai online tutor untuk satu laman web forum di Turki khususnya dalam bidang Sulaman Reben dan Kraf.

Beliau akan berkongsi pengalaman beliau dalam konvensyen keusahawanan internet yang pertama di Malaysia. Informasi lanjut konvensyen keusahawanan internet di sini.

Rabu, Januari 20, 2010

Kursus Penulisan | Dihadiri peserta professional dan peniaga

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------







Ketika ini saya sedang membuat persediaan bagi bengkel penulis bebas, penulisan rencana akhbar dan majalah yang akan berlangsung pada hari Ahad ini bertarikh 24 Januari 2010. Ia akan berlangsung di Learning Station, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Pada hari Ahad lalu (17 Januari) saya bertemu peserta-peserta yang luar biasa hebat dan mempunyai angan-angan serta keinginan bagi menulis di akhbar dan majalah. Mencipta kejayaan pertama meletakkan nama dalam kedua-dua medium ini adalah penting bagi mendorong kita menulis lebih banyak lagi.

Mereka diperkenalkan dengan pelbagai strategi berdasarkan pengalaman para penulis bebas yang saya temui dan beberapa eksperimen yang terbukti membantu meningkatkan kredibiliti seseorang.

Mereka berlatarbelakang professional. Di hadapan saya adalah seorang pengurus logistik, akauntan di syarikat minyak antarabangsa, pendidik, peniaga dan jurureka hiasan dalaman professional. Masing-masing mempunyai minda yang perlu diisi dengan bimbingan dan strategi booksmart dan streetsmart dalam penulisan.

Berikut merupakan respon yang diberikan.



Klik imej untuk maklumat lebih jelas

Klik imej untuk maklumat lebih jelas

Klik imej untuk maklumat lebih jelas



Seorang peserta bertanya kepada saya mengapa bengkel ini hanya enam orang sahaja bagi satu bengkel. Bukankah mudah kepada saya mengumpulkan lebih ramai orang pada satu masa. Saya ajukan semula soalan kepada peserta mengapa bagusnya enam orang pada satu masa, "Lebih banyak soalan dapat diajukan dan kita berpeluang melakukan aktiviti," jelas beliau melihat betapa untungnya berada dalam kelas yang kecil.

Saya tidak menolak bagi menambah jumlah peserta. Biasanya jemputan pihak penganjur mahukan jumlah lebih ramai dan memadatkan ruang. Sama ada besar atau kecil sebuah bengkel. Kita dapat pecahan ia kepada berikut.

Sekiranya pesertanya seorang sehingga sepuluh orang, saya andaikan ia sebagai coaching. Ia personal dan semua orang dapat berinteraksi satu sama lain. Masing-masing lebih berpuas hati dan gembira kerana dapat berinteraksi. Semua adalah superstar.

Sekiranya mencapai tiga puluh orang, ia adalah training. Semua orang berpeluang menjalani aktiviti dan berinteraksi secara individu mahupun dalam kumpulan. Semua adalah superstar.

Sekiranya melebihi 30 orang, ia adalah ceramah. Peserta mendengar sahaja, kurang aktiviti. Ia bersifat tahu dan skil tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada hari program. Tidak personal dan yang menjadi pembimbing bertukar menjadi penceramah. Superstar bukan lagi peserta.

Mohon maaf kepada mereka yang mahu mengikuti bengkel pada 24 Febuari. Ia telah penuh. Masih ada kekosongan untuk bengkel pada 7 Febuari. Ada empat sahaja kekosongan setakat ini. Dapatlah melayari laman web kursuspenulisan.com

Pada tahun 2010, letakkan sasaran sekurang-kurangnya satu rencana akan muncul sebelum berakhir tahun ini.




--------

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

--------

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Januari 18, 2010

Baca@LRT Kami berangan-angan dan kami percaya

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------

Kredit foto: Sumbangan penyokong Baca@LRT







Semua bermula dari perbincangan ringkas selepas bengkel penulisan skrip jualan yang diadakan pada awal Januari di Learning Station, Wangsa Melawati.

Perkataan LRT timbul dalam perbualan dan isu-isu sekitar berbangkit. Ia berkaitan mencipta satu kelainan positif dalam masyarakat. Satu kelainan yang baik dan memberi kesan positif pada semua. Juga satu kelainan yang mendorong orang lain sama-sama dalam satu kumpulan menyuarakan.

Timbul idea dari sebuah bilik training kecil bagi menggerakan usaha rakyat Baca@LRT, satu usaha yang melibatkan penggemar buku dan pendukung bacaan berkualiti kepada orang ramai.

Satu usaha gila-gila yang memerlukan keberanian luar biasa bersama. Satu kegilaan yang memberi mesej jelas kepada orang ramai terhadap apa yang kita percaya.

Idea itu menjadi jelas apabila masing-masing melontarkan idea gila bagaimana ia dapat direalisasikan. Idea gila bertukar menjadi filem yang jelas dapat ditonton melalui mata fikiran.

Senyum sendiri dan ketawa sendiri melihat babak demi babak bagaimana ia akan berlaku. Kemudian idea itu meronta-ronta mahu jadi benar. Ia mahu melompat keluar dari gulungan filem dan mahukan jasad.

Saudara Izwan Wahab diberi amanah membawa hasrat ini kepada masyarakat. Kumpulan kerja dibentuk atas rasa sukarela dan keinginan meluap-luap mahu melihat ia menjadi kenyataan.

Saudara Irfan Jani amat bersemangat berkongsi pengalaman beliau melihat budaya membaca di Jepun. Beliau adalah orang penting bagi memastikan Baca@LRT sentiasa lurus menjaga objektifnya dan mengingatkan kami agar menjaga kepercayaan orang ramai agar terus mendukung gerakan ini.

Kisah pengalaman beliau ketika di Jepun memberi inspirasi kepada kami yang mendengar. Mungkinkah Malaysia dapat mengikut jejak yang sama? Mengapa kita hanya kekal mengagumi bukankah kita boleh mencipta fanomena yang sama? Ya memang boleh dalam apa cara yang terbaik.

Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan merupakan penasihat kepada gerakan rakyat ini memberi pandangan dari masa ke semasa dan memantau agar Baca@LRT menjadi angan-angan semua.

Kami terus berangan-angan. Kami percaya.






Tangan-tangan ghaib datang membantu. Angan-angan didukung dengan rasa percaya daripada para pembaca yang lain. Dengan bantuan Puan Norhayatie, angan-angan itu menjadi cerita dalam akhbar buat pertama kali.

Puan Norhayatie juga memudahkan gerakan Baca@LRT didengar oleh orang lain. Baca@LRT membuka pintu awal perkenalan dengan tuan RJ Shahfaizal Khairudin, pengurus di bahagian pemasaran jenama Karangkraf. Sokongan lisan diberi dalam usaha Baca@LRT.

Saudara Haeqal Zulqarnain menjadi peninjau operasi mencuba menaiki LRT bagi melihat laluan dan melakukan eksperimen membaca secara individu dan berkumpulan.

Selain itu beliau memainkan peranan penting melihat corak membaca dalam LRT. Mereka yang mengikuti Baca@LRT mendapat informasi ini yang dilaporkan secara terus dan telus.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menyatakan sokongan rasmi melalui kenyataan di Facebook.

Facebook Baca@LRT menerima ahli keluarga baru dari hari ke hari, ia bertambah secara mendadak. Rakan-rakan Facebook saling menekan butang suggest to friend dan butang share menjemput rakan-rakan Facebook lain. Dari seorang menjadi puluhan orang.

Angka bertambah menjadi ratus. Tidak lama kemudian tiga digit menjadi empat digit. Jumlah masih bertambah.

Semua mempunyai angan-angan yang sama.

Tiga hari sebelum angan-angan menjadi benar. Berita Harian melalui catatan tuan Nazmi Yaakub menyiarkan berita rencana Baca@LRT menyeru para pembaca turun padang memenuhi angan-angan menjadi benar.

Sasaran seramai 70 orang meningkat seratus peratus pada hari angan-angan mendapat jasadnya.

Ada yang saling kenal mengenal. Ada yang saling sapa menyapa bertanya siapakah di hadapanya. Buku dan majalah di tangan menjadi identiti diri kepada mereka. Tidak segan dan kekok. Teruja melihat rakan-rakan baru yang selama ini bersifat virtual di Facebook.

Tepat jam 10 pagi, Baca@LRT bermula. Beramai-ramai memasuki gerakan LRT dan memulakan aktiviti membaca. Kami melepasi satu persatu stesyen, mereka yang tidak tahu apa yang berlaku merasa kurang selesa apabila memasuki LRT tanpa bahan bacaan di tangan. Komunikasi visual berlaku.

Perjalanan 45 minit Baca@LRT memberi pengalaman baru kepada semua.

Meskipun majoriti menunggu di Terminal Putra. Terdapat sekitar 40 orang penyokong Baca@LRT menunggu di stesyen berbeza. Masing-masing menerima maklumat melalui sms, memaklumkan kehadiran tren satu stesyen sebelum stesyen mereka.

Penyokong Baca@LRT membawa rakan-rakan. Yang berkeluarga membawa anak-anak bagi merasai pengalaman membaca dalam LRT. Mereka tidak kekok, malah khusyuk menghabiskan bacaan sepanjang perjalanan.

  • Rakan-rakan penerbit dari PTS, Dewan Bahasa, Telaga Biru dan Karangkraf turun mendukung usaha ini bersama para penulis.
  • Pelajar universiti dari Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaysia, Uitm dan Universiti Kebangsaan Malaysia turun padang dan sama-sama menyertai kegilaan ini.
  • Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dan Ramlee Awang Murshid Fan Club merupakan dua kumpulan penting yang menyertai Baca@LRT bersama kita.
  • Di hadapan saya ada sekumpulan pemuda. Mula-mula mereka berbual rancak kemudian melihat sekeliling. Kemudian salah seorang berkata, "Kenapa semua orang baca buku?"
  • Seorang lelaki tua misteri muncul yang tiba dari tren selepas tren kami. Beliau muncul ketika sesi ambil gambar di Kelana Jaya. Beliau sungguh bersemangat mengambil gambar membaca akhbar yang dibawa bersama.
  • Seorang penumpang LRT yang rancak berbual di telefon baru sedar dirinya dikelilingi penumpang yang membawa buku. Rancangan beliau turun di stesyen LRT KL Sentral bertukar ke stesyen lebih awal.
  • Saya diberitahu ada seorang pelajar sekolah mohon maaf kerana tidak bawa buku. Beliau rasa bersalah apabila semua orang membaca.
  • Dalam salah satu foto, kami dapat melihat jelas wajah tidak selesa apabila mereka tidak membaca.
  • Ada yang menyeluk bag mereka mencari sesuatu untuk dibaca.
  • Ada yang terus menerus memandang sms seolah-olah membaca sesuatu sehinggalah tiba ke destinasi.
  • Seorang peserta Baca@LRT memberitahu beliau turut serta bersama-sama kita kerana gembira akhirnya ada 'kawan-kawan' untuk membaca. Beliau menghabiskan 1 1/2 jam semata-mata untuk tiba ke tempat kerja. Beliau membaca di dua buah tren berbeza setiap hari kerja.
  • Ada penumpang yang gementar dan menghantar sms kepada rakan bertanyakan mengapa ramai membaca dalam lrt.
  • Baca@LRT juga menolak mitos orang Malaysia dan orang Melayu tidak membaca.
  • Baca@LRT baru mengetahui hari ini ada yang turun mewakili persatuan mereka dan turun beramai-ramai.
  • Baca@LRT mempertemukan rakan dari Facebook yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
  • Secara umum, hasil carian di Google menunjukkan 1900 entri dari pelbagai sumber menyebut Baca@LRT. Sejumlah 727 menyebarkan maklumat mengenai Baca@LRT

Baca@LRT menerima sokongan rakan-rakan bagi tarikh seterusnya dengan jumlah lebih ramai lagi. Mereka menunggu mencipta kegilaan kali kedua.

Ada sesiapa sudi menjadi tim jawatankuasa kerja sukarela untuk kali kedua?

Mohon hubungi saya.

Terima kasih akhbar Era Pakatan yang mengikuti perjalanan gila-gila ini dan memberi liputan berita yang menarik perhatian ramai.



--------

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

--------

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Januari 12, 2010

Baca@LRT 16 Januari 2010 menjadi tarikh bersejarah kita di Malaysia

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------



Pada 16 Januari 2010, ia akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia menjadi satu tarikh yang akan kita ceritakan pada anak-anak yang akan membesar bersama kita. Ia akan menjadi satu tarikh yang kita akan ceritakan pada rakan-rakan kedai kopi pada waktu umur tua kita.

16 Januari 2010 akan menjadi tarikh kita ceritakan pada orang muda generasi sepuluh dan dua puluh tahun akan datang. Inilah satu tarikh kita mengambil keputusan bersama teman-teman lain membawa buku, majalah dan akhbar dan membacanya di dalam LRT.

Ini adalah tanda kita menyokong rakan-rakan kita yang membaca di LRT selama ini. Gerakan rakyat Baca@LRT juga sebagai tanda kita berkata kepada mereka, "Apa yang awak lakukan (membaca) di LRT selama ini adalah sesuatu yang cool!" , "Siapa pun anda, kami menyokong usaha membaca di LRT."

Gerakan Baca@LRT mahu membudayakan aktiviti membaca dalam LRT.

Pada 16 Januari jam 9.35 pagi, kita akan berada di ruang menunggu Terminal Putra LRT, beramai-ramai menaiki LRT dan melakukan aktiviti membaca sehingga tiba di Terminal Kelana Jaya. Berjumpa kita di sana.

Di sini saya sertakan manual gerakan rakyat Baca@LRT. Klik pada foto di bawah yang disusun mengikut langkah demi langkah.




--------

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

--------

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Januari 11, 2010

Satu buku, dua buku, tiga buku, satu penulis, dua penulis tiga....

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------

Program Bicara Buku di MPH adalah tempat saya bermula pada tahun 2006 dan pencetus kepada Secret Story di Learning Station pimpinan utama Cik Waida dan Cik Becky Norakmal serta inspirasi Tuan Shamsuddin Abdul Kadir.

Sebelum saya terlupa! Secret Story, Seronok dan Santai akan diadakan pada 23 Januari 2010 di Learning Station jam 10 sehingga 11 pagi. Satu jam yang akan mengubah hidup kita secara total!

Informasi Secret Story di sini

Baiklah mari kita sambung cerita,

Apabila saya ada kelapangan saya akan hadiri bicara buku oleh rakan penulis lain. Tidak ada daya lain melainkan ini tanda sokongan saya kepada beliau.

Sebelum ini antara program Bicara Buku di MPH pernah saya ikuti dan membina rangkaian rakan-rakan baru.

Tuan Steve Shapiro berbicara di ruang tengah MPH Mid Valley. Booktalk ini merupakan ruang pertama saya belajar mengajukan soalan berdasarkan buku beliau Free-Living Goal.

Booktalk MPH pertama tuan Shamsuddin Kadir dan tuan Sunthara Segar tahun 2006. Inilah bicara buku penulis PTS yang pertama saya hadiri.

Tuan Jason Ng, booktalk ini mendedahkan saya kaedah nota ringkas dan aktiviti interaktif pada tahun 2008.


Tuan Imran Yusof dalam presentasi pertama di MPH Alamanda tahun 2009. Di sini saya mempelajari bagaimana kehadiran keluarga memberi kesan motivasi besar pada penyampaian.

Booktalk tuan Imran juga mendedahkan saya strategi menulis bicara buku menjadi berita dan rencana sehingga disiarkan. Informasi ini saya akan dedahkan di kursuspenulis.com




Perkara ini saya tulis dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Jika ada yang belum membacanya, dapatlah melihat kembali bab khusus mengenai cara ini. Membina rangkaian dan pada masa sama ia adalah bahan penulisan yang baik untuk buku atau rencana pada masa akan datang.

Klik di sini bagi mendapat informasi lanjut strategi gerila penulis.

Pada hari itu, saya berjanji pada diri untuk menghadirinya bersama tuan Haeqal Zulqarnain.

Tuan Zamri Aminuddin menulis buku Jurujual yang Menari terbitan Truewealth. Ini adalah buku kedua beliau selepas buku pertama Mengapa Gagal Menjual terbitan PTS Professional.

Dua orang Zamri. Tuan Zamri Aminuddin (kanan) adalah mentor saya ketika saya berumur 21 tahun. Foto terbaru tahun 2010.



Beliau menyampaikan ceramah buku bisnes selama sejam di MPH Mid Valley. Beliau berkongsi tip bagaimana mendapat nilai bisnes bernilai RM1.2 juta daripada sebuah syarikat telekomunasi, perancangan dua tahun untuk sebuah kementerian serta operasi kedai bakeri di Melaka. Satu perkongsian yang bermanfaat.

Tuan Zamri Aminuddin adalah orang yang saya temui ketika mengambil keputusan masuk ke Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2001. Beliaulah orang pertama menegur saya menukar cara berfikir jangan belajar di universiti kerana mahu mencari kerja. Ingatan itu saya pegang sebagai ajaran yang baik sehingga kini.

Selepas sembilan tahun, Allah izinkan kami berjumpa.

Apabila kita ke program bicara buku ada beberapa perkara baru saya belajar.

Saya melihat perkembangan penulis baru dalam presentasi pertama kali dan kemudian dalam program seterusnya, cara mereka bersedia dari masa ke semasa. Ada penulis yang membawa keluarga pada pertama kali. Itu bagus sebagai pendorong dan bertindak menjadi audien. Ada juga penulis membawa para pelajarnya ke MPH sebagai peserta. Itu juga bagus. Ia menjadi kuliah luar kelas.

Saya belajar mengenai kecenderungan audien. Apakah topik yang digemari audien sehingga memenuhi ruang bicara buku. Kelebihan penulis yang mempunyai bakat berceramah yang persuasif seperti Prof Dr Muhamad Kamil yang menyampaikan ceramah Travelog Haji menjadi sungguh magnetik dan memukau pendengar.


Tuan Steve Shapiro di Kuala Lumpur sebelum telefon bimbitnya hilang pada petang itu. Tahun 2008.


Saya memerhati bagaimana tim penerbit lain atau tim penganjur membantu penulis sehingga mencipta kumpulan pendengar. Ini saya pelajari daripada program booktalk Steve Shapiro, tim penganjur membantu kedai buku dengan memaklumkan kepada orang sekitar sejam sebelum program bermula.

Dengan jumlah mereka yang turun sekitar empat sehingga lima orang, masing-masing akan memaklumkan kepada pengunjung. Caranya pelbagai, sentiasa edarkan risalah ringkas maklumat program di pintu masuk, pada rak-rak buku kategori berkenaan subjek dan sekitar ruang premis. Mereka merancang kejayaan program.

Saya memerhati kelebihan dan kekurangan booktalk tanpa presentasi slaid daripada Powerpoint. Powerpoint yang lebih kepada visual dan tajuk yang catchy menarik perhatian orang lalu lalang dan berhenti mendengar. Kita mesti bersedia, lokasi ceramah adalah tersorok dan sistem pembesar suaranya tidak menyeluruh. Berkemungkinan kita perlu bawa pembesar suara sendiri jika mahu.

Jika kita penulis baru, tidak pernah bercakap di khayalak dan tidak pernah membuat presentasi, ruangan booktalk adalah tempat yang baik untuk bermula. Ambil sahaja peluang ini bercakap dari masa ke semasa.

Akan berlaku satu pattern besar selepas ini, beberapa penulis yang saya temui mempunyai rancangan mendapatkan booktalk sendiri tanpa menunggu inisiatif penerbit pada masa akan datang. Ia sudah dimulakan oleh beberapa individu pada tahun lalu. Tahun 2010 saya jangkakan ia akan bertambah.


--------

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

--------

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Januari 09, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 | Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, PTS Millenia bakal memperkenalkan siri buku terbitan mereka, antaranya berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah.

Ini adalah vote atau undian para pembaca mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah


Pertama daripada cik puan Nuha Nusaibah. Beliau meminati penulis-penulis seperti Kahlil Gibrán, Amy S. Foster, Francesca Lia Block. Berasal dari Butterworth, Pulau Pinang.

Pandangan beliau mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Sumber Goodreads


Kedua daripada cik puan Zafirah dari Kelantan. Beliau juga membaca karya fiksyen seperti The Complete Sherlock Holmes: All 4 Novels & 56 Short Stories (paper). Pandangan beliau mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Sumber Goodreads


Ketiga daripada cik puan Crystal Grey. Beliau dari Shah Alam. Cenderung membaca buku thriller, ilmiah, agama, sejarah dan biografi. Beliau membaca karya Ramlee Awang Murshid, Imaen dan Abdul Latip Talib. andangan beliau mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Sumber Goodreads


Kepada para pembaca Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah yang telah memiliki melalui kedai buku MPH, Popular, Bookcafe dan kedai-kedai buku berhampiran, ucapan terima kasih daripada penulis. Komen dan pandangan amat ditunggu-tunggu daripada pembaca di blog, emel dan Facebook.

Lontarkan komen pada ruangan yang disediakan.


--------



Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Learning Station, Secret Story dan gila-gila bulan baru

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------




Pasti minggu pertama adalah minggu sibuk buat saya. Beberapa perkara awal tahun baru mesti direncana dan diusahakan sebaik mungkin. Sama ada secara individu mahupun berjemaah, kedua-duanya mempunyai momentum tersendiri.

Apa yang berlaku pada tujuh hari pertama.

Kursuspenulisan.com di Learning Station

Streetsmart Solution beroperasi di Learning Station bagi meneruskan bengkel penulisan yang diadakan di bawah kursuspenulisan.com.

Dibuka dua kelas pada 17 Januari dan 24 Januari ini. Sasaran pada tahun 2010, lebih ramai penulis baru yang tersiar rencana di akhbar dan majalah dalam usaha memandaikan bangsa melalui ilmu yang bermanfaat.

Pada petang ini, ada kemungkinan besar kelas 24 Januari juga bakal ditutup pada bila-bila masa. Secara kasar, hanya ada satu tempat sahaja yang tinggal. Ini memungkinkan sebuah kelas baru akan dibuka pada Febuari.

Mereka yang bersama-sama pada tahun 2010 dalam setiap bengkel penulisan akan diberi satu persatu strategi. Kita sasarkan satu karya akan terbit pada tahun ini. Lebih awal lebih bagus, kita dapat sasarkan yang kedua, ketiga, keempat
dan seterusnya.

Peserta dan mentee bermula sebagai penulis di akhbar, kini menulis dua buah buku



Secret Story di Learning Station

Secret Story adalah inisiatif besar dilakukan oleh dua orang wanita, cik puan Waida dan cik puan Becky Norakmal Jasni. Mereka mencipta sejarah baru memperkenalkan Secret Story satu program menambah skil diri.

Mari kita bercerita mengenai Secret Story di Learning Station.

Secret Story (SS) ialah program pembelajaran gaya baru untuk orang dewasa berkonsep Seronok dan Santai. Pada setiap sesi SS, akan ada tiga rahsia yang akan dikongsikan si Pembongkar Rahsia.

Pembongkar rahsia pertama adalah Cik Puan Azzah.

Beliau adalah pengasas Digital Apprentice Management Services. Mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejurulatihan antaranya, Program PLKN, Program Rintis Pra-PLKN, KTAK-Maxis Cyberkids Camp dan lain-lain lagi. Pastinya jurulatih bertauliah dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad!

Pada hari itu beliau akan mendedahkan tiga rahsia mengenai character building yang akan memberi kesan kepada budaya kerja, interaksi dan peribadi.

Mereka yang berminat sertai program skil bagi menambah keyakinan diri dapatlah hadir ke Secret Story, Seronok dan Santai di Learning Station, Wangsa Melawati pada 23 Januari 2010 jam 10 sehingga 11 pagi.

Ini bagus bagi mereka membina keyakinan diri pada tahun ini.

Ini adalah program komuniti pada tahun 2010. Sepertimana saya sebut sejak dahulu, jika kita mahu memenuhi impian ada dua perkara perlu dibuat. Pertama hadapi situasi dan kedua cari aktiviti yang mendekatkan diri kepada impian itu. Lakukan pada tahun ini, Secret Story di Learning Station menanti para pembaca.

Informasi lanjut, klik di sini





Puan Lilian di Learning Station

Kami diziarahi tuan punya bangunan, puan Lilian. Dalam situasi mesra kami mempelajari banyak perkara mengenai bisnes selama sejam.

Mendengar penerangan beliau mengenai sikap berbisnes sebagai rakan melibatkan setia janji, memberi lebih daripada yang dijanji dan menjaga intergriti bisnes ketika bisnes masih kecil dan apabila besar.

Ini adalah crash course perniagaan yang saya dapati daripada beliau selama sejam di pejabat.

Saya suka dengan penerangan beliau mengenai bisnes adalah berkawan dan jaga adab sebagai kawan ketika jauh dan ketika dekat. Itu menjadi pegangan yang mulia. Puan Lilian mengingatkan saya kepada buku MR Covey berjudul Speed of Trust. Beliau benar-benar melakukan apa yang dikata.

Menulis di Forum Tentang Cinta

Saya kembali ke Forum Tentang Cinta. Ini adalah forum kedua saya ikuti selepas forum Dr Cinta yang pernah berada di online dahulu. Dari masa ke semasa saya akan menghantar artikel mengenai isu yang relevan. Saya mensasarkan seminggu sekali sebagai usaha konsisten.

Forum ini adalah forum terbesar yang menghimpun mereka yang gemar berkongsi tip, cerita dan pandangan di bawah subjek cinta.


Idea gila-gila alternatif kepada perkembangan tidak sihat dalam industri latihan

Saya dan tuan Shamsuddin Kadir berbincang panjang hal ini. Berkaitan mencipta alternatif kepada latihan peningkatan skil yang lebih jelas bermanfaat dan mempunyai hasil yang nyata kepada peserta.

Kami meletakkan sempadan tidak menjadikan subjek bersifat mistik, magis, ketakjuban misteri sebagai modal progam kami. Kami percaya kepada hard skill yang dapat diajar dan diperturunkan dari satu individu ke satu individu lain.

Insya Allah, terdapat beberapa latihan bersifat skil akan diperkenalkan sebagai alternatif kepada para peserta.

16 Januari 2010 Baca@LRT gagasan sejarah baru dunia buku

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar mengenai Baca@LRT, ia adalah aktiviti membaca di dalam LRT. Pertama kali gerakan lebih serius dilakukan bermula pada hari Sabtu 16 Januari ini.

Mereka yang berminat sertai Facebook Baca@LRT hanya klik di sini.

Ini adalah langkah pertama kepada sejarah membaca dalam LRT. Jika pada zaman Martin Luther King ada seorang nenek tua berjalan beberapa kilometer dan enggan menaiki bas disediakan.

Apabila ditanya, nenek tua itu berkata beliau berjalan bukan untuk dirinya, tetapi pelaburan untuk generasi selepasnya agar dilayan lebih baik dan tidak ada diskriminasi seperti yang berlaku pada masa itu antara kulit hitam dan kulit putih di Amerika.

Seperti mana nenek tua itu, kita berikan sejam kita pada 16 Januari ini di LRT sebagai pelaburan kepada generasi akan datang yang akan menerima budaya membaca dalam LRT sebagai kemestian pada ketika itu.

Mereka yang berminat sertai Facebook Baca@LRT hanya klik di sini.

Program indie ini menarik perhatian Sinar Harian dan kumpulan Karangkraf. Itu saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai pertemuan ini dalam entri akan datang.

Baca@LRT mendapat paparan penuh Sinar Harian



--------



Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Januari 08, 2010

Tip Kursus Perniagaan | Kekayaan dan Kualiti Kekayaan

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


"Sudah bayar?"

"Sudah."

"Sudah bayar"

"Sudah."

Soalan antara satu sama lain seorang rakan dengan seorang rakan lain yang galak melihat beberapa kedai buku dari sebuah kompleks ke sebuah kompleks membeli-belah lain. Ada dua buah buku menjadi rakan pulang saya selain daripada rakan seorang ini. Satu mengenai penjenamaan, sebuah buku terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan sebuah lagi buku lama mengenai menulis surat jualan tulisan Daniel S Kennedy. Ia adalah buku terbitan 1990 yang amat relevan dalam penulisan skrip jualan.

Saya dan rakan berjalan melepasi beberapa kenderaan di ruang yang disediakan. Sekeping kertas kuning diselitkan pada cermin bahagian pemandu. Tertera perkataan yang bertulis, "Kenapa anda masih tidak kaya?"

Kata saya pada rakan, "Iklan ini akan diselit pada kereta kecil seperti Kancil, MyVi dan seangkatan. Sangka orang itu ini orang-orang tidak ada wang. Tidak kaya."

Kami menuruni tangga ke bahagian bawah, kereta terletak berdekatan pintu masuk kompleks. Dari jauh sudah jelas kelihatan kertas kuning yang sama. Kali ini pada cermin hadapan.

"Bayangkan jika beliau letakkan pada kereta mewah," kata rakan saya.

"Ya, itu pun betul. Kereta mewah yang perlu bayar hutang setiap bulan. Mungkin pengedar iklan itu percaya, hutang itu menjadikan mereka tidak kaya," sekadar respon.

Saya memegang risalah bersaiz suku daripada kertas bersaiz A4.

"Nanti dahulu!" kata saya. Mata masih membaca teks pada risalah iklan itu.

Saya berfikir jika beliau mahu menunjukkan kekayaan, di mana kualiti kekayaan pada risalah berwarna kuning itu.

Pertama, mengapa menggunakan kertas berkualiti kertas kajang biasa untuk pengiklanan.

Kedua, mengapa perlu orang kaya ini berjimat memadatkan teks dalam risalah bersaiz suku daripada kertas A4.

Ketiga, lebih menarik lagi. Mengapa kekayaan itu tidak digunakan mencetak risalah yang berwarna atas kertas lebih baik. Barulah menonjol berbanding membuat salinan fotokopi seperti apa kami lihat ketika ini.

Dari segi kualiti kekayaan tidak nampak pada sehelai risalah bajet orang kaya ini.

Kekayaan yang disebut hilang dengan kualiti kekayaan yang sepatutnya terpamer.

Teringat kata mentor saya, "Ada satu golongan akan percaya. Mereka yang banyak hutang akan mengikuti formula kekayaan orang mencipta sistem melepaskan dirinya sendiri daripada hutang."


Cadangan saya, bacalah buku Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional kita belajar kualiti kekayaan dalam budaya bisnesnya. Mohon buat pesanan buku melalui pautan ini

--------


Nota: Jadikan nama tuan dan puan terpampang di akhbar dan majalah pada tahun ini. Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.

--------



Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Januari 06, 2010

Jejak Bisnes Rasul ubah lanskap buku bisnes lokal

Info sisipan





Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Masih ingat cerita Tuan Aizuddinur, penulis buku bisnes kontemporari PTS?

  • Jika belum klik di sini http://bit.ly/5g75RQ

Saya teruja melihat buku ini bakal diterbitkan dan diperkenalkan di pesta buku bulan Mac ini.

Sedikit sinopsis buku Jejak Bisnes Rasul.

Nota: Sinopsis ini disertakan bersama pandangan peribadi saya mengenai buku Jejak Bisnes Rasul.

Nabi Daud amat mahir dalam bidang ukiran besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh mahir dalam bidang pembuatan kapal. Manakala Nabi Isa pula Pakar dalam hal Perubatan.

Siapa sangka nabi terakhir yang diutuskan merupakan seorang yang pakar dalam pengurusan bisnes. Berketurunan kaum quraisy yang membawa maksud “Hartawan”. Mengetahui Rahsia Bisnes Sukses Cara Nabi yang digali daripada al-Quran dan as-Sunnah dan Seerah.

Dalam buku ini penulis telah menerangkan secara terperinci berkenaan strategi-strategi yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan generasi para sahabat dengan merujuk kepada Al-Quran dan sunnah sebagai sumber utama, Sejarah kehidupan Nabi (Fikah Sejarah) dan sunnah para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Abdul Rahman Auf.

Seterusnya, penulis berjaya mengupas strategi tersebut kepada bentuk yang lebih kontemporari dan praktikal dengan mengadaptasi Islamisasi ilmu terhadap teori-teori bisnes terkini seperti Art of War tulisan Sun Tzu dan sebagainya.

Tambahan lagi, buku tersebut telah diselitkan dengan konsep Perbankan dan perniagaan cara Islam seperti Mudharabah, Musyarakah dan Kontrak Jual-Beli.

Buku ini mengandungi 9 bahagian yang mengupas beberapa fraksi dalam bisnes yang juga terbahagi kepada 40 strategi yang bermanfaat dan berguna sebagai rujukan pelajar, ahli perniagaan dan seluruh umat.

Menggunakan bahasa yang lebih santai dan menarik agar pembaca mudah memahami dan melaksanakan konsep yang disampaikan dalam kehidupan seharian.

Antara perkara menarik bagaimana pemikir bisnes melihat peristiwa Jibral menenangkan nabi Muhammad dalam pertemuan pertama di Gua Hira.

Sejauh mana the power of Dreams yang sentiasa dilaungkan Honda mempunyai pengulangan sejarah dalam kehidupan nabi Muhammad.

Apakah relevan peristiwa dan strategi eumah al Arqam dengan falsafah pejabat bagi mengurus bisnes.

Saya mengikuti perkembangan buku ini selama setahun, bermula daripada idea, lakaran kasar di atas kertas kosong, rujukan demi rujuakn luar dan dalam negara termasuk buku-buku yang dipesan khusus dari negara jiran kita Indonesia sehinggalah perbincangan demi perbincangan buku ini. Satu rumusan besar dapat diberikan kepada buku paling bersejarah dalam dunia bisnes di negara kita.

Penghasilan buku ini tidak secara mentah, yakni mengambil dan menulis semula. Ia bukan satu lagi buku biasa-biasa untuk keperluan bisnes. Amat praktikal dan penting dibaca sebelum berakhir tahun ini.

Saudara Aizuddinur Zakaria melakukan sesuatu yang lebih kepada pembacanya, iaitu mengkaji, mentafsir, membanding dan membawa dapatan baru dunia bisnes. Bukan setakat teori tetapi kefahaman yang dapat digunapakai.

Semua ini tidak menjadikan Jejak Bisnes Rasul sebagai sebuah buku, tetapi himpunan strategi kepada peniaga yang membaca dan mengaplikasi pendekatan ini dalam bisnes mereka.

Sepanjang pengalaman saya melatih kakitangan kerajaan, swasta dan individu dalam pemasaran perniagaan 2.0, buku ini adalah pelengkap kejayaan bisnes pembaca.

Jika ada yang membacanya melihat buku ini buku bisnes membina keuntungan, saya akui ada dua keuntungan kepada pembaca.

Pertama keuntungan dunia dari aspek longevity atau hayat bisnes serta pembinaan legasi.

Kedua, keuntungan akhirat, menjadikan bisnes kita berorientasi ibadah.

Sebuah buku yang benar-benar mengubah lanskap bisnes di negara ini.



--------



Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.