Langkau ke kandungan utama

Gelombang Baca@LRT kedua pada 20 Febuari 2010

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Assalam alaikum wbt

Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Saya doakan dan mengharapkan sepenuh hati agar tuan dan puan, keluarga besar dalam Baca@LRT ini agar sentiasa sihat, diberi keceriaan, dipermudah urusan, dikelilingi kebahagian dan dilapangkan urusan serta diberikan kemenangan dalam apa yang diperjuangkan. Insya Allah

Mesej ini adalah bagi mengkhabarkan kepada tuan dan puan yang dimuliakan perkembangan Baca@LRT sepanjang Januari ini sebelum berakhir bulan pertama pada tahun 2010.

Dengan izin Allah, kita sebagai satu ahli keluarga besar Baca@LRT telah sama-sama mengubah lanskap media negara dengan mencipta beberapa kejutan baru.



  • Baca@LRT telah disiarkan sekurang-kurangnya empat kali berita radio BERNAMA 24 kesan daripada tindakan spontan kita membaca beramai-ramai.
  • Baca@LRT mendapat sokongan Berita Harian yang sudi berkongsi kegilaan kita pada 16 Januari lalu dalam dua halaman besar.
  • Baca@LRT mendapat paparan di KOSMO dalam ruangan berwarna, Urban.
  • Baca@LRT buat pertama kalinya muncul dalam Quill Online terbitan MPH, kedai buku berangkai di Malaysia.
  • Seorang kakitangan perpustakaan yang menerima emel mengenai Baca@LRT telah mengedarkan mesej kita kepada semua kakitangan melalui emel.
  • Baca@LRT menjadi perhatian rakan-rakan Baca@LRT di Montreal dan Uzbekistan yang mengikuti perkembangan dari jauh. Mereka mendukung usaha kita pada hari itu dengan bersungguh-sungguh menyiarkan di blog dan Facebook mereka sebelum, semasa dan selepas program melalui artikel panjang.
  • Menurut pemerhati Baca@LRT yang berada dalam grup ini, beliau melaporkan perkara berikut, daripada Puan Azrina Hussin, "Seorang rakan yang baru sahaja mengetahui tentang Baca@LRT memberitahu, hari ini beliau mendapati lebih ramai penumpang membaca di dalam LRT berbanding sebelum ini. Beliau fikir mungkin disebabkan Baca@LRT. Nampaknya, impak sudah mula kelihatan."
  • Majalah Usahawan SUKSES telah sudi memberikan satu penuh halaman berwarna menguar-uarkan gerakan rakyat Baca@LRT. Usahawan Sukses edisi Febuari akan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh negara mulai bulan hadapan.
  • Akhbar Era Pakatan yang mengikuti Baca@LRT 16 Januari lalu adalah yang pertama menyiarkan laporan berita. Meskipun sudah 10 hari berlalu, Baca@LRT menjadi berita paling hit dalam online dengan 798 hit berbanding sembilan berita lain. Laporan berita di sini http://bit.ly/bacalrtjanuari
  • Pengenalan penyelaras komunikasi Baca@LRT bahasa Inggeris bagi hebahan lokal dan antarabangsa mengenai perkembangan kita di sini. Perkembangan ini disampaikan kepada blog, web dan portal penggerak dunia buku dan pembaca.

-------------



Kesan daripada usaha kita bersama-sama, keluarga Baca@LRT semakin membesar. Ini menunjukkan kita semua percaya dan sepenuh hati yakin satu hari nanti budaya membaca akan menjadi budaya yang disenangi ramai. Mereka akan membaca secara terbuka tanpa rasa segan.

-------------

Percayalah tuan dan puan, usaha kita sama-sama ini akan menjadikan logo Baca@LRT akan berada di setiap stesyen.

Perkataan Baca@LRT adalah ayat arahan yang jelas dan ringkas kepada pengguna LRT.

Kita membayangkan logo hitam kuning ini akan dipapar bangga di setiap kedai buku dan kiosk akhbar di 24 stesyen LRT.




Malah Baca@LRT adalah usaha menyambungkan silaturahim sesama pembaca, sesuai dengan Hadis direkodkan oleh Anas bin Malik r.a "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung silaturahim."Sahih Muslim.

Kini tarikh baru telah dipilih bagi gelombang kedua Baca@LRT, iaitu pada hari Sabtu 20 Febuari 2010.

Tema Baca@LRT kali ini adalah Sastera.

-------------




Adakah bermaksud mereka yang tidak punya buku sastera tidak dapat turut serta?

Tidak! Para penyokong masih bebas memilih buku masing-masing meskipun pada hari itu tema sastera dipilih.

Kita digalakkan membawa koleksi buku, majalah atau apa saja tulisan berciri sastera milik personal pada hari itu. Jika tidak ada, pilih sahaja koleksi buku tuan dan puan gemari.

Maklumat lanjut Baca@LRT klik di sini




--------

Adakah entri ini bermanfaat sebagai bahan ilmu kepada orang lain? Jika ya forwardkan kepada rakan-rakan yang kita sayang dan ingati dalam senarai emel. Jika di Facebook, klik pada butang share di ruangan notes.

--------

Kursus penulisan rencana hanya ada satu tempat sahaja. Maklumat lanjut klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...