Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Memberi nilai tambah karya melalui teknik penulisan

Kepada alumni kursuspenulisan.com dan pembaca blog Saya mendoakan Tuan dan Puan dipayungi kasih sayang Tuhan, diberikan keberkatan dan rahmat, dibukakan kemudahan dalam urusan seharian. Moga-moga Tuan dan Puan dipermudahkan urusan dan mendapat kekuatan dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Sesungguhnya Tuan dan Puan adalah penting, maka hasil tulisan itu juga penting. Para pembaca menanti dan menunggu ilmu dan semangat baru daripada karya Tuan dan Puan. Kemunculan karya Tuan dan Puan seolah-olah memberi tenaga kepada saya untuk terus menulis. Kerana saya yakin, di kiri dan kanan saya adalah Tuan dan Puan yang sama-sama tidak lelah dan tidak putus cuba dan terus mencuba menulis, memberikan harapan kepada orang lain melalui hasil tulisan Tuan dan Puan. Semalam merupakan pertemuan para alumni kursus penulisan di bawah kursuspenulisan.com. Ia bukan majlis atau pun acara. Tetapi pertemuan majlis ilmu. Kali ini melibatkan kursus sehari adaptasi yang dikendalikan oleh Puan Ainon Moh...

Sebuah buku berkulit keras berwarna hitam

Mengapa Baca@LRT begitu teruja mengajak dan mempelawa menyertai sesi bicara buku ini? Ia berkaitan dengan nilai tambah. Jawatankuasa kerja sukarela yang menggerakkan Baca@LRT percaya kepada nilai tambah dalam apa yang kita usahakan. Agar ia dapat dibawa pulang dan dikongsi kepada semua. Saya berkesempatan mencatat beberapa isi daripada bicara buku Fredrik Härén di Kinokuniya, KLCC. Fredrik Härén memperkenalkan bukunya the Idea Book. Sebuah buku berkulit keras berwarna hitam. Tanpa nama di kulit buku ia menjadi buku kreativiti pengurusan bisnes terlaris antarabangsa. Fredrick mengajukan tiga soalan penting kepada hadirin. Pertama, adakah kreativiti penting dalam kerjaya? Kedua, adakah anda individu kreatif? Ketiga, adakah organisasi anda sudah cukup memberi ruang kreativiti? Dalam tiga persoalan itu, Fredrick memaparkan peratusan jawapan yang diberikan oleh hadirin sepanjang seribu kali pembentangan awam yang dikendalikan. 98 peratus berkata ya kreativiti penting dalam kerjaya 45 peratu...

Idea ; Bajet alat tulis menjadi bajet membeli buku

"Buku saya berjudul the Idea Book adalah gabungan dua benda. Pertama buku dan kedua, buku nota yang dijadikan kertas catatan kita," Kata Fredrick menyambung bicara di Kinokuniya, KLCC. Katanya, "Saya berfikir bagaimana mahu menjual sebuah buku yang juga dikategorikan sebagai buku pengurusan ini sebelah-menyebelah dengan 11,000 buah judul dalam kategori yang sama. Oleh demikian saya mengubah konsep buku itu sendiri." Fredrick mengubah konsep buku yang selama ini difahami sebagai catatan demi catatan dalam setiap helai dari awal sehingga akhir. Beliau mengenalpasti di organisasi-organisasi, mereka mempunyai dua jenis bajet. Pertama, bajet pembelian buku dan kedua, bajet pembelian alatan pejabat seperti kertas, fail, pen dan seumpamanya. Bajet ini jauh lebih tinggi berbanding bajet pembelian buku. "Saya mendapat idea. Buku saya dapat dimasukkan dalam bajet pembelian buku. Tetapi jumlahnya kecil dan bersaing dengan judul lain. Kemudian mereka membeli buku saya den...

Apakah itu idea jika 1+1 = 3

Berbalik kepada soalan asas. Apakah itu idea? Fredrick memberi salah satu definisinya. Idea adalah gabungan dua formula menjadi satu formula baru. Misalnya gabungan antara kapal laut dan payung terjun atau antara teater dan sarkis. Apakah kombinasi ini akan membawa dua idea baru? Penghasilan idea melibatkan penglibatan individu (p), pengetahuan sedia ada (k) dan informasi tambahan yang mencetuskan inspirasi baru (i), maka formulanya Idea = P (K+I) ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Kenapa Baca@LRT terlibat dalam bicara buku?

Penerangan yang ringkas tapi padat. Ini kali pertama saya menghadiri pelancaran buku antarabangsa. Sangat teruja dan sgt berpuas hati menyertai majlis tersebut Noorita Shahriman, penyokong Baca@LRT. Dipetik dari Facebook Baca@... Mengapa Baca@LRT begitu teruja mengajak dan mempelawa menyertai sesi bicara buku ini? Ia berkaitan dengan nilai tambah. Jawatankuasa kerja sukarela yang menggerakkan Baca@LRT percaya kepada nilai tambah dalam apa yang kita usahakan. Agar ia dapat dibawa pulang dan dikongsi kepada semua. Saya berkesempatan mencatat beberapa isi daripada bicara buku Fredrik Härén di Kinokuniya, KLCC. Fredrik Härén memperkenalkan bukunya the Idea Book. Sebuah buku berkulit keras berwarna hitam. Tanpa nama pada kulit buku ia menjadi buku kreativiti pengurusan bisnes terlaris antarabangsa. Fredrick mengajukan tiga soalan penting kepada hadirin. Pertama, adakah kreativiti penting dalam kerjaya? Kedua, adakah anda individu kreatif? Ketiga, adakah organisasi anda sudah cukup memberi r...

Baca@LRT sertai Fredrick Haren di Kinokuniya, KLCC

Rakan pembaca blog dan Facebook yang diingati, Minggu lalu adalah minggu yang penting kepada mereka yang menyokong dan mengikuti Baca@LRT, satu usaha yang digerakkan oleh semua orang. Melibatkan saudara pembaca dan mereka di sekeliling. Usaha besar yang digerakkan secara kecil dan konsisten bagi mencipta budaya membaca di tempat awam. Baca@LRT bukan sekadar aktiviti membaca dalam tren sahaja. Jika demikian, ia akan kurang momentum kerana tidak ada nilai tambah di situ. Melalui penglibatan saudara pembaca, sebenarnya kita beramai-ramai dapat mengubah sesuatu melalui penyertaan secara langsung dalam usaha membudayakan semangat membaca. Baca@LRT adalah cabang kepada Baca@ yang kini menjadi trend gerakan rakyat membaca dan para penerbit serta majalah tempatan. Baca@ adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, dius...

Peniaga kecil memanfaatkan Urus Bisnes dengan Google

Klik imej di atas bagi paparan lebih jelas Julian Presaud berkata, 500,000 daripada 600,000 SME tempatan tidak ada apa disebut sebagai 'kewujudan di internet'. Kerana itu Google akan menggempur habis-habisan SME Malaysia dengan kerjasama Matrade. Bagaimana pula perusahaan kecil sederhana selepas ini? Buku Urus Bisnes dengan Google , sebuah buku yang berfikir seperti peniaga kecil di Malaysia. Di negara-negara maju, senario menunjukkan, penjimatan besar-besaran diraih dengan gembira oleh usahawan bisnes kecil, kerana mereka berpeluang sama-sama bersaing promosi dengan syarikat gergasi lain melalui carian Google. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang drastik di Malaysia menarik minat Google bagi menempatkan pejabat operasi Asia Tenggara mereka di Kuala Lumpur. Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar...

Kumpulan Kecil Potensi Besar

Saya nyatakan kepada Tuan Abdul Razak Bin Bahtrem, rakan trainer dari Kuching yang berkampung di Kuala Lumpur selama sepuluh hari di Learning Station. Beliau bermentor di bawah Tuan Shamsuddin Kadir, "Saya memilih melatih kumpulan yang kecil lebih kerap agar saya dapat memantau 'hasil' mereka berbanding bercakap dalam dewan besar beribu orang dan sukar melihat potensi mereka." Pilihan pertama kumpulan kecil yang tidak melebihi 30 orang dan kumpulan besar hanya jika perlu sahaja bagi keperluan kesedaran bukan menyalurkan skil. Hari ini saya lanjutkan dengan melancarkan grup tertutup kepada alumni peserta bengkel Blog Shop, Mulakan dengan Apa di Tangan . ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanju...

Penulis antarabangsa, gelombang Baca@LRT Mei 2010

Baca@ ... adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, diusahakan Baca@Hutan oleh para pembaca dan penulis di Perak. Ia adalah inisiatif dan usaha gila-gila para pembaca yang percaya, esok adalah permulaan hari baru budaya membaca di tempat awam. ------ Assalamualaikum wbt Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah, Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan dalam apa jua yang diusahakan. Semalam berlangsungnya pertemuan tim Baca@LRT berkenaan bilakah pertemuan seterusnya sebagai usaha merancakkan dunia baca secara natural dan mengukuhkan usaha kita ke arah menjadikan budaya membaca di mana-mana sebagai cara hidup. Berlangsungnya Baca@LRT Beri pada bulan lalu adalah momentum besar yang tidak dijangka. Kehadiran Sasterawan Negara, Dato' A Samad Sa...

Buku 30 Strategi Membina Pengaruh di Australia

Foto kiriman rakan yang berada di Adelaide, Australia diterima awal pagi tadi. Siapakah beliau atau adakah beliau faham? Tidak dapat saya ketahui. Mungkin rakan pembaca beliau dari Malaysia itu menterjemah kepadanya apa yang relevan. Terima kasih kerana membawa 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia terbang jauh ke sana. Beberapa hari lalu Tuan Haeqal Zulqarnain menulis beberapa tip berkenaan membina pengaruh secara positif. Saya petik; Pertama Dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah pusat perubatan, didapati ada 5 perkara yang apabila dilakukan oleh kakitangan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Senyum Merenung mata Memperkenalkan diri Memaklumkan apa yang mereka lakukan dan mengapa Mengakhiri setiap interaksi dengan bertanya Kedua Daripada Tuan Ahmad Fadzli Yusof, "Kenalpasti yang baik, teruskan. Kenalpasti yang yang sederhana, gandakan. Kenalpasti yang buruk, buangkan. Kenalpasti yang belum ada, adakan." Ketiga Libatkan orang yang ingin kita peng...

Terima kasih kepada pembaca Urus Bisnes dengan Google

Entri hari ini bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pembaca. Terima kasih kepada semua pembaca Urus Bisnes dengan Google. Kepada mereka yang memberi ulasan buku Urus Bisnes dengan Google di blog dan Facebook. Mudah-mudahan buku ini dapat mempercepatkan usaha mengurus bisnes di internet. Kerana Tuan dan Cik Puan, buku ini berada di top-50 bulan April di kedudukan 13. Saya mohon agar buku ini terus memasuki rumah-rumah yang mempunyai akses internet dan digunakan bagi mengembangkan potensi perniagaan bermula dari komputer peribadi mereka. Klik di sini bagi melihat buku Urus Bisnes dengan Google Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google. Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search. Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti ...

Program ulasan buku mini Secret Story, Seronok dan Santai

Komitmen program mini Secret Story, Seronok dan Santai yang diusahakan oleh dua orang wanita, Cik Puan Norakmal Jasni dan Cik Puan Waida menjadikan saya mengendalikan dua program berturut-turut Ahad lalu. Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar perkataan Secret Story, ia adalah program bulanan yang diadakan di Learning Station dan beberapa tempat lain. Program ini bersifat ulasan buku pilihan. Caranya mudah, setiap bulan satu judul buku akan dipilih. Pembongkar rahsia yang memilih buku tersebut akan memperkenalkan buku itu dan tiga tip yang dapat dipraktikkan kepada khalayak. Tip-tip itu akan disampaikan dalam bentuk praktikal dan rasional. Melalui kaedah training dan ulasan buku yang digabungkan bersama, peserta akan mendapat kemahiran selepas sejam bersama. Bermula Mei Secret Story akan dikendalikan dalam dua bentuk format Format mini Secret Story, dikendalikan dalam kumpulan kecil sekitar enam orang sahaja. Format utama Secret Story dikendalikan dalam kumpulan besar sekitar 2...

Formula mulakan dengan apa di tangan diterima peniaga

Coaching santai, Blog Shop, Mulakan dengan Apa di Tangan mendapat sambutan positif daripada peniaga kecil dan bakal peniaga yang merancang mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui internet. Kami menerima permintaan 83 peniaga kecil yang mahu menyertai bengkel ini. Majoriti peserta merupakan peniaga kecil melibatkan perniagaan seperti spa, produk kesihatan, membaiki telefon, dobi dan peruncitan. Namun demikian bagi memastikan peserta mendapat kemahiran yang dapat dibuat sendiri selepas coaching, saya terhadkan kepada enam orang peserta satu sesi. Maka penyertaan amat bergantung kepada first come first serve. Mereka didedahkan cara membina borang pesanan, pembinaan data pelanggan dan blog secara cepat, mudah dan praktikal. Puan Rohaya Bte Yakin adalah pengusaha Spa di Taman Melati. Mengikuti Bengkel Blogshop, Mulakan apa di tangan. Seterusnya 15 Mei ini Informasi klik di sini . Insya Allah dalam tempoh sebulan ini saya akan usahakan bertemu mereka dan melihat perkembangan blog shop ...