Langkau ke kandungan utama

Buku 30 Strategi Membina Pengaruh di Australia



Foto kiriman rakan yang berada di Adelaide, Australia diterima awal pagi tadi. Siapakah beliau atau adakah beliau faham? Tidak dapat saya ketahui. Mungkin rakan pembaca beliau dari Malaysia itu menterjemah kepadanya apa yang relevan. Terima kasih kerana membawa 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia terbang jauh ke sana.

Beberapa hari lalu Tuan Haeqal Zulqarnain menulis beberapa tip berkenaan membina pengaruh secara positif. Saya petik;

Pertama

Dalam satu kajian yang dijalankan di sebuah pusat perubatan, didapati ada 5 perkara yang apabila dilakukan oleh kakitangan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.

Senyum
Merenung mata
Memperkenalkan diri
Memaklumkan apa yang mereka lakukan dan mengapa
Mengakhiri setiap interaksi dengan bertanya

Kedua

Daripada Tuan Ahmad Fadzli Yusof, "Kenalpasti yang baik, teruskan. Kenalpasti yang yang sederhana, gandakan. Kenalpasti yang buruk, buangkan. Kenalpasti yang belum ada, adakan."

Ketiga

Libatkan orang yang ingin kita pengaruhi dalam proses perbincangan dan memberikan idea. Mereka lebih terdorong melakukan sesuatu apabila perkara itu adalah idea mereka sendiri.

Keempat

"Idea dapat mengubah dunia tetapi hanya apabila digandingkan bersama pengaruh iaitu kemampuan mengubah hati, fikiran dan tingkah laku." - Muhammad Yunus, penerima Nobel Peace Prize 2006.

Kelima

"3S yang apabila diberikan akan beroleh ketenangan iaitu Senyuman, Sedekah dan Sayang. Belajarlah senyum walau dalam kesusahan, belajarlah memberi walaupun hanya ada sedikit dan belajarlah menyayangi walaupun kepada orang yang dibenci." - Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Keenam

Individu berpengaruh adalah seorang pendengar yang baik. Sukar bagi kita mengambil hati orang lain jika kita lebih banyak bercakap daripada mendengar. Sekiranya kita mahu mempengaruhi orang lain maka kita perlu menjadi seorang pendengar yang baik.

Ketujuh

"Keperluan asas manusia dalam berkomunikasi - keperluan untuk memahami dan difahami." Zamri Aminuddin

Kelapan

"Jaga dengan baik sifat peribadi saudara dan reputasi saudara akan muncul dengan sendirinya." Napoleon Hill

Kesembilan

"Reputasi saudara ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri saudara, sifat peribadi saudara ialah tingkah laku saudara." Napoleon Hill

Kesepuluh

Bergantung kepada saudara yang sedang membaca.


Pembaca 30 Strategi Membina Pengaruh memberi komen di Facebook kami

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...