Langkau ke kandungan utama

Program ulasan buku mini Secret Story, Seronok dan Santai







Komitmen program mini Secret Story, Seronok dan Santai yang diusahakan oleh dua orang wanita, Cik Puan Norakmal Jasni dan Cik Puan Waida menjadikan saya mengendalikan dua program berturut-turut Ahad lalu.

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar perkataan Secret Story, ia adalah program bulanan yang diadakan di Learning Station dan beberapa tempat lain. Program ini bersifat ulasan buku pilihan.

Caranya mudah, setiap bulan satu judul buku akan dipilih. Pembongkar rahsia yang memilih buku tersebut akan memperkenalkan buku itu dan tiga tip yang dapat dipraktikkan kepada khalayak. Tip-tip itu akan disampaikan dalam bentuk praktikal dan rasional.

Melalui kaedah training dan ulasan buku yang digabungkan bersama, peserta akan mendapat kemahiran selepas sejam bersama.



Bermula Mei Secret Story akan dikendalikan dalam dua bentuk format

  • Format mini Secret Story, dikendalikan dalam kumpulan kecil sekitar enam orang sahaja.
  • Format utama Secret Story dikendalikan dalam kumpulan besar sekitar 20 orang.

Pada Ahad lalu saya berkongsi mengenai butang emosi, butang logik dan kajian gelagat pelanggan.

Dengan izin Tuhan, Ia akan diingati dan dipraktikkan sampai bila-bila.

Kepada mereka yang berminat mahu mendapatkan maklumat lanjut Secret Story, Seronok dan Santai dapatlah melayari Facebook rasmi mereka. Klik di sini.

Semoga Allah permudahkan.



-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...