Langkau ke kandungan utama

Penulis antarabangsa, gelombang Baca@LRT Mei 2010

Baca@... adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, diusahakan Baca@Hutan oleh para pembaca dan penulis di Perak. Ia adalah inisiatif dan usaha gila-gila para pembaca yang percaya, esok adalah permulaan hari baru budaya membaca di tempat awam.




------

Assalamualaikum wbt

Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan dalam apa jua yang diusahakan.




Semalam berlangsungnya pertemuan tim Baca@LRT berkenaan bilakah pertemuan seterusnya sebagai usaha merancakkan dunia baca secara natural dan mengukuhkan usaha kita ke arah menjadikan budaya membaca di mana-mana sebagai cara hidup.

Berlangsungnya Baca@LRT Beri pada bulan lalu adalah momentum besar yang tidak dijangka.


Kehadiran Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said bersama isteri ke program ini secara jelas memberitahu kita satu mesej jelas, "Apa yang Tuan dan Puan usahakan ini adalah usaha yang bersungguh-sungguh dan sememangnya penting kepada semua."


-----------


Baca@LRT kemudian disambut Baca@Hutan oleh seorang penyokong kita yang datang jauh ke Kuala Lumpur.

Himpunan Karyawan Utara pimpinan Ketua Sudut Taiping, Persatuan Karyawan Perak (Karyawan PK), Sallehuddin Ibrahim, membawa semangat membaca ke Perak.

Informasi di sini http://bit.ly/bacahutan

Ini adalah gelombang besar selepas Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter oleh kumpulan pembaca Negeri Sembilan.

Siapa kata kita tidak dapat membuat perubahan?

Mereka sudah lakukan!

----------

Baca@LRT mengalami evolusi, yakni ia bukan sahaja aktiviti membaca secara natural dalam LRT sahaja.

Semangat Baca@ juga diterjemah melalui pembinaan skil dan pengalaman baru kepada semua penyokong.

Bulan lalu kita mencipta kejutan di Kinokuniya dengan bertemu dan bertukar-tukar buku.


Pada masa sama kita menyumbangkan senaskah buku setiap seorang bagi program buku untuk mereka yang tidak mampu diusahakan oleh Kinokuniya dan UNICEF. Hampir penuh kotak buku itu!

Sekali lagi kami percaya Baca@ tidak sekadar program di atas tren sahaja malah ia adalah peningkatan ilmu dan skil serta pengalaman baru.

Bulan lalu ada yang sudah membuat kenyataan di Facebook, "Terima kasih kerana Baca@LRT memperkenalkan saya kepada lima rakan baru!"

Ya, rakan yang berkualiti dan mempunyai minat dan semangat yang sama seperti kita.


----------



Kali ini gelombang Mei ada keistimewaan tersendiri,

Baca@LRT bertemakan Tulis.

Siapa pula yang akan menulis? Adakah kita semua akan menulis?

Tidak!

Mengapa tema ini dipilih?

Tema ini dipilih merujuk kepada budaya menulis yang kemudian diterjemahkan dalam bentuk buku oleh para penulisnya. Kali ini kita mempunyai seorang penulis yang dapat kita perkenalkan kepada Tuan dan Puan bagi memahami idea dan cara kerjanya.

Mudah-mudahan kita mendapat sentuhan daripada penulis ini yang akan menjadikan diari kita pada tahun ini benar-benar berbeza.


----------

Pertemuan penulis antarabangsa, gelombang Baca@LRT Mei 2010



Kita akan beramai-ramai bertemu dan mendengar idea dalam sesi penulis antarabangsa, Fredrick Haren di Kinokuniya pada Jumaat 14 Mei 2010, di tingkat dua, Cafe Kinokuniya, KLCC.

Sesi yang diberikan oleh Kinokuniya pada jam 7.00 malam - 8.00 malam.

Kami telah mengemel kepada pihak Kinokuniya agar dianjakkan masa bagi memberi keselesaan kepada pengunjung menunaikan solat Maghrib. Tuan dan Puan juga dapat membantu kami dengan mengemel kepada pihak Kinokuniya di mys@kinokuniya.com memohon dipertimbangkan masa tersebut ke jam 8 malam.

Jika ramai mengemel, mungkin dapat memberi kesan kepada jadual mereka.

Namun demikian, jika tidak ada perubahan oleh pihak Kinokuniya, kami akan berada di sana bermula program sehingga jam 7.35 malam mendapatkan informasi daripada penulis antarabangsa ini.


-------------

Siapakah beliau?

Fredrick Haren adalah penulis The Idea Book, yang terjual di 40 buah negara, diterjemah dalam 9 bahasa dan terjual 20,000 naskhah. beliau adalah pakar dalam penghasilan idea.

Bukankah setiap hari kita berfikir cara mencari idea untuk tujuan personal dan organisasi?

Kehadiran beliau pada 14 Mei ini adalah peluang kepada kita mendapatkan maklumat. Beliau telah mengendalikan 1000 ucapan, presentasi dan latihan di 25 buah negara.

Program pada 14 Mei ini adalah percuma.

Maklumat berkenaan beliau di sini http://www.theideabook.org

Peluang bertemu beliau sekali dalam seumur hidup. Mari kita beramai-ramai dari Baca@LRT bertemu di kafe Kinokuniya.

Bila lagi kita berpeluang lakukan aktiviti berkumpul beramai-ramaii di situ jika tidak pada 14 Mei 2010?

Baca@LRT, kita membaca di mana-mana!

----------

Mohon bantuan rakan-rakan Baca@LRT agar dapat menyebarkan maklumat ini di blog dan Facebook, mudah-mudahan ramai akan turut serta pada hari itu.



-----------

Baca@ adalah usaha membudayakan amalan membaca di tempat terbuka. Bermula dengan Baca@LRT di Kuala Lumpur, kini ia menjangkau ke negeri lain seperti Johor melalui Baca@Perhentian Bas dan Baca@Komuter di Negeri Sembilan. Terkini, diusahakan Baca@Hutan oleh para pembaca dan penulis di Perak. Ia adalah inisiatif dan usaha gila-gila para pembaca yang percaya, esok adalah permulaan hari baru budaya membaca di tempat awam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...