Khamis, Disember 31, 2009

Tahun 2010 | Membuka diari lama pada tahun baru

Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
----------


Saya mencari semula entri berkenaan azam saya pada tahun 2009. Saya temui dan saya ulang semula entri ini setengah jam sebelum tahun baru 2010. Saya cuba menyemak satu persatu. Sama ada apa yang saya sebut sebagai azam karier sudah dicapai atau belum.

Komen terbaru pada malam ini ditulis dan diboldkan. Bermula dengan sub tajuk Komen azam 2009
--------


Bicara mengenai soal azam tahun baru, saya teringat kepada perkataan yang menjadi tajuk icara tuan Osman Affan di TV1 iaitu "azam yang tertunda", Ahad ini seorang lagi penulis PTS , Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof akan muncul membicarakan mengenai topik azam tahun baru.

Saya kira azam ini mempunyai cabang-cabangnya. Azam menjadi insan lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan kehidupannya. Untuk catatan blog ini, saya mahu berkongsi satu cabang dalam azam tahun baru iaitu, azam karier.

"Saudara sudah lari daripada personaliti karier saudarakah?"

"Apa maksud saudara?"

"Bukankah saudara seorang penulis, kini sudah buat perkara lain."

Oh, saya faham. Ini berkaitan dengan penglibatan saya dalamseminar terbaru pada Febuari ini. Sebenarnya kariernya sama, cabangnya berbeza.

Tahun 2009 karier penulisan saya menyentuh kepada beberapa cabang baru.

Tahun 2009, buku-buku baru akan saya hasilkan sesuai dengan misi bersama penerbit, memandaikan bangsa dengan karya yang baik. Pada awal tahun 2009, dijangka tiga buah buku baru saya akan dilancarkan.

Komen azam 2009 : Pada tahun 2009 buku yang berjaya dilancarkan bukan tiga tetapi enam

Geng Genius Misteri Luqman
Tip Menjadi Penulis Bestseller
30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh
Buat Duit dengan YouTube
Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Tahun 2009, kerjasama dengan penulis-penulis lama dan baru ditambah lagi. Tahun 2008 saya berjaya mencapai sasaran empat penulis bersama setahun. Tahun hadapan diteruskan lagi dengan kerjasama dua penulis baru.

Komen azam 2009: Sasaran saya dua, pada tahun 2009 saya bekerjasama dengan empat penulis berikut. Manakala tiga lagi di bawah program penghasilan penulis baru yang berjaya menghasilkan buku masing-masing.

Tuan Muhammad Syarafuddin Sulaiman
Tuan Izwan Wahab
Tuan Imran Yusuf
Tuan Haeqal Zulqarnain
Tuan Aliff Mohd Nor
Tuan Aizuddin Zakaria
Tuan Azree Hanifah

Tahun 2009, sasaran menganjurkan bengkel bulanan untuk penulis bebas bermula setiap dua bulan sekali. Bagi yang masih berminat, bolehlah mendaftar untuk kelas 11 Januari 2009. Teknik menulis untuk majalah akan didedahkan. Ada bonus lain yang hanya saya kongsi kepada peserta sahaja pada bengkel tersebut.

Komen azam 2009: Berjaya anjurkan tiga daripada enam. Tiga bengkel penulisan melibatkan Akademi Penulis.

Tahun 2009, sasaran menganjurkan bersama seminar pemasaran internet untuk perniagaan kecil di Malaysia. Kerjasama ini melibatkan beberapa penceramah lain dalam bidang pembangunan internet, pengurusan risiko bisnes kecil dan penjenamaan perniagaan kecil.
Dalam seminar ini, saya berperanan menyampaikan tajuk yang masih berlegar dengan karier penulisan iaitu teknik penulisan untuk menjual di internet. Alhamdulillah kita sudah mempunyai dua penaja. Terima kasih kepada Majalah IM dan Primaya Solution.

Komen azam tahun 2009 : Sejarah kursus ini adalah satu-satunya kursus pemasaran perniagaan internet yang keluar dalam akhbar nasional ketika mana krisis ekonomi dunia berlaku. Merupakan perkenalan dan kerjasama bersama tuan Adly Mukhtar dan tuan Ahmad Zafran dari Flarebiz.

Tahun 2009, saya memfokuskan penulisan artikel kepada empat majalah sebulan. Jika mampu, enam majalah.

Komen azam 2009 : Hanya dua majalah dan tidak mencapai bulanan kerana buku baru.

Tahun 2009, saya sudah mempunyai ruang menulis dalam sebuah buletin bulanan.

Komen azam 2009 : Ada tetapi tidak ada masa menulis.

Tahun 2009, bekerjasama dengan pengendali latihan lainbagi membawa pakej bengkel penulisan melalui pusat latihan mereka.

Komen azam 2009 : Ya melalui kerjasama Akademi Penulis, Ultramind Resources, Waiz Malaysia.

Azam karier tetap yang sama, ditambah lagi dengan kerja-kerja baru.

Apa yang penting dengan azam karier ini?

Doa Tuan dan Puan untuk kemudahan kerjaya, kesihatan dan kejayaan saya di dunia akhirat. Jika ada akhlak saya yang buruk hingga ada marah-marah, jangan dibenci kelemahan itu. Doakan saya. Nanti kita sama-sama jika Allah izinkan masuk syurga. (ditulis dengan keadaan senyum)
Jika ada yang kelihatan baik itu, doakan ia kekal dan jadi penghibur hati semua sementara saya berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan semua.

Selamat tahun baru semua!

--------
Nota: Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.--------Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Disember 30, 2009

Cerita minum pagi di hadapan tuan Google

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------



Satu cerita pada awal pagi.

Saya duduk di satu sudut kafe, menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa.

Ketika itu, meja-meja di kafe dipenuhi oleh pelanggan yang bekerja di pejabat berhampiran.

Saya menjalankan urusan perniagaan melalui internet di kafe kerana mahu merasa keadaan baru menguruskan pesanan yang sama setiap hari.

Datang seorang lelaki yang saya kenali, beliau mempunyai sebuah kedai di situ. Kedai beliau menjual barang runcit. Seperti sebuah pasaraya mini, lelaki ini membuka kedai seawal jam sembilan pagi.

Biasanya isteri dan anaknya membantu dalam urusan jual beli. Seawal pagi ini, pasti sibuk dengan pelanggan yang mahu mendapatkan senaskah akhbar harian dan beberapa barang lain.

Kredit foto: Wallpaper Stok

Beliau datang membawa secawan kopi panas. Kami membalas senyuman. Beliau bukan orang asing kepada saya. Saya juga kerap membeli keperluan tertentu di kedainya. Beliau tahu saya hanya datang ke kafe itu apabila saya mahu menukar mood menguruskan pesanan barang di internet.

Peniaga itu khusyuk melihat saya mengemaskini maklumat perniagaan melalui aplikasi Google. Lama beliau memerhatikan apa yang saya lakukan.

Peniaga ini bertanya kepada saya, “Saya peniaga biasa dan bukan pakar internet. Tetapi saya percaya internet dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaan kecil saya. Orang selalu bercerita mengenai Google sebagai cara baru mengurus bisnes kecil di intenet. Sebagai seorang peniaga yang sibuk, bolehkah ini membantu saya?”

Kemudian seorang lagi yang duduk di meja bersebelahan mendengar perbualan kami.

Wanita pertengahan umur yang tadi hanya duduk menunggu rakan memesan hidangan kemudian menarik kerusinya hampir ke meja saya.

Beliau bertanya kepada saya, "Saya bercadang berniaga dari rumah. Adakah Google dapat menjadikan perniagaan saya dikenali ramai pelanggan? Adakah Google dapat memudahkan orang mencari barang dan perkhidmatan yang diperlukan? Paling penting, adakah mereka akan menemui perniagaan saya di internet?"

Soalan bertubi-tubi saya menjawab ya berkali-kali.

Tetapi ya yang disertakan jawapan kenapa tidak mustahil dilakukan oleh mereka.

Sama ada peniaga yang sudah mempunyai kedai sendiri atau pun berniaga dari rumah. Sama ada berniaga secara sepenuh masa atau pun sambilan.

Boleh jadi saudara adalah salah seorang daripada dua individu tadi.

Soalan-soalan ini membawa kepada penulisan buku ini. Sebuah buku yang benar-benar mendengar apa yang bermain dalam fikiran pembaca.

Sebuah buku yang ditulis dari seorang peniaga kecil kepada peniaga kecil lain.

Buku ini ditulis bagi mendedahkan saudara bagaimana kita dapat membina, mengurus dan memasarkan perniagaan kecil melalui Google. Mengurus bisnes pada kos yang rendah dan hampir percuma sifatnya.

Ia ditulis berdasarkan pengalaman menggunakan Google bermula sebagai pengguna biasa kemudian menggunakan Google bagi tujuan perniagaan kecil yang dijalankan dari rumah.

Dengan hanya menggunakan Google, urusan pesanan produk dapat dilakukan setiap hari.

Apabila peniaga dapat menguasai beberapa aplikasi penting bagi menjalankan bisnes menggunakan Google, peniaga telah memudahkan pelanggan bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Jenama bisnes saudara akan lebih diingati, identiti bisnes saudara akan dikaitkan dengan beberapa ciri-ciri positif dalam sebuah bisnes. Penjenamaan bisnes berlaku. Itulah brandentiti.

Dua buku sebelum ini berjudul Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube memberikan kemahiran bagaimana menggunakan sebahagian daripada kelebihan Google menjadi kelebihan kepada perniagaan sendiri.

Kedua-dua buah buku ini telah benar-benar membantu peniaga kecil di Malaysia dan menjadi satu fenomena baru dalam bisnes kecil di negara ini.

Kemudian buku ini ditulis bagi mendedahkan lebih banyak strategi dan rahsia bagaimana peniaga kecil yang berniaga dari rumah atau dari premis dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara cepat, mudah dan praktikal.

Adanya Google sebagai sebahagian daripada dunia internet merupakan berita baik kepada peniaga kecil.

Aplikasi dan fungsi yang disediakan Google turut mengambil kira bagaimana peniaga kecil seperti kita berfikir dan bekerja.

Buku Urus Bisnes dengan Google ditulis dengan mengambil kira keperluan saudara jika dikategori dalam salah satu senarai berikut.

  1. Peniaga kecil yang mempunyai premis perniagaan dan bercadang mencanangkan kepada orang ramai kewujudan perniagaan sedia ada.
  2. Peniaga kecil yang tidak mempunyai premis perniagaan, tetapi mahu memberitahu bakal pelanggan bahawa perniagaan mereka beroperasi.
  3. Peniaga kecil terdiri daripada kaum wanita sama ada suri rumah atau pun sudah bekerja yang menjalankan perniagaan dari rumah.
  4. Peniaga SOHO iaitu secara Small Office Home Office, yakni bekerja dari rumah yang mahu pernigaan dikenali.
  5. Mereka yang masih bekerja tetapi membuat perniagaan secara sambilan dan mahukan fungsi Google mempercepatkan perkembangan perniagaan.
  6. Mereka yang masih belajar pada peringkat universiti dan menengah yang mahukan Google memudahkan urusan bisnes mereka.
  7. Bakal peniaga yang mahu mempelajari kaedah menggunakan Google secara cepat, mudah dan praktikal agar ia dapat dimanfaatkan ke dalam perniagaan.

Buku ini ditulis bukan untuk rujukan pakar-pakar Google atau mereka yang mendalami Google sehingga ke tahap dapat membaca pengiraan matematik yang digunakan bagi menggerakkan Google.

Buku ini ditulis oleh orang biasa yang menjalankan perniagaan dan menjadikan Google sebahagian daripada hidupnya.

Google menjadi sebahagian daripada modal yang memperkenalkan dan membesarkan perniagaan dari tidak dikenali sehinggalah telefon berdering tanpa berhenti kesan daripada kewujudan perniagaan kita di Google.

Rahsia Google bukan sekadar hanya melayari Google dan menaip perkataan carian, kemudian menekan butang Search di sebelahnya. Ia lebih daripada itu.

Buku ini mendedahkan kuasa Google kepada perniagaan kecil milik saudara.



Google membantu dalam empat aspek utama sebuah bisnes kecil iaitu

  • Memperkenalkan bisnes.
  • Mengurus bisnes.
  • Memasarkan bisnes.
  • Mengembangkan bisnes.

Buku ini adalah buku strategi bagi saudara menjadikan Google sebagai sebahagian daripada medium meluaskan perniagaan.

Ditulis menggunakan bahasa yang mudah, gambarajah yang disusun bagi memudahkan saudara meniru satu persatu kaedah.

Saya perlu berhenti di sini dan membiarkan saudara membaca dan mengamalkan strategi-strategi bisnes kecil menggunakan Google.

Sementara saudara membaca buku ini, saya akan menjawab satu persatu soalan peniaga kecil dan wanita yang duduk di kafe bersama saya ketika ini.

Sementara kopi masih panas, rakan wanita itu masih belum datang, saya mesti segera mendedahkan cerita ini.

Apa lagi yang kita tunggu. Aktivasikan kuasa Google dalam bisnes saudara.

Sekiranya ada yang membaca entri panjang ini, saya ucapkan terima kasih dan ini ada kejutan kepada tuan dan puan.

Selepas membaca entri ini apakah judul yang lebih seksi dapat diberikan berbanding judul Urus Bisnes dengan Google? Jika terpilih akan mendapat buku ini beserta autograf sebagai hadiah terima kasih ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Kongsikan di sini.

Sekali lagi sebagai pencetus idea, Google membantu dalam empat aspek utama sebuah bisnes kecil iaitu

  • Memperkenalkan bisnes.
  • Mengurus bisnes.
  • Memasarkan bisnes.
  • Mengembangkan bisnes.

Mari kita senaraikan sekarang.
--------

Nota: Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
--------


Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Disember 29, 2009

Sedang ditulis | Mahu jadi Google Preacher , Urus Bisnes dengan Google

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------




Assalamualaikum

Ya! Tepat sekali, saya di Melaka ketika ini. Menyiapkan buku ke-15 berjudul Urus Bisnes dengan Google (tajuk final masih belum diputuskan).

Setiap hari dari pagi sehingga jam dua pagi hari seterusnya, saya mencuba setiap satu aplikasi Google yang relevan untuk perniagaan kecil di Malaysia dan negara serantau termasuk sahabat kita di Indonesia dan Singapura.

Saya masih dalam proses menyiapkan buku ini. Menulis mengenai Google untuk perniagaan kecil membuat saya teruja. Saya meninggalkan Kuala Lumpur seketika waktu bagi memberi ruang agar buku ini disiapkan pada waktunya.

Jika di Kuala Lumpur ada sahaja kerja dan perbincangan serta idea-idea baru yang timbul. Lambakan idea yang membuat saya teruja dan melihat seolah-olah jam memerlukan lebih 24 jam bagi memastikan idea-idea ini menjadi benar.

Senarai folder foto untuk buku Urus Bisnes dengan Google. Klik untuk paparan lebih jelas


Sasaran saya menyiapkan buku ini adalah pada 10 Januari 2010. Kurang dua minggu bermula hari ini. Tarikh 10 Januari adalah tarikh yang signifikan pada diri saya. Ada sesuatu yang dekat pada hati apabila mengenangkan hadir tarikh itu. Semoga Allah permudahkan.

Izinkan saya menceritakan mengenai buku yang akan diperkenalkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Buku ini bakal diterbitkan oleh PTS Professional.

Buku Buat Duit dengan YouTube (tingkat tengah) pada bahagian Buku Terlaris di MPH Wangsa Maju



Jika diukur sebagai buku trilogi pemasaran bisnes kecil di internet, saya telah menulis dua buah buku sebelum ini berjudul Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube. Buku Urus Bisnes dengan Google adalah buku yang ketiga.

Saya mensasarkan ada dua buah buku lagi mengenai pemasaran internet akan ditulis. Ini menjadikan lima buah buku keseluruhan. Penulisan buku pemasaran internet untuk bisnes kecil adalah usaha serius yang berbeza daripada slogan.

Buku-buku ini pasti mengecewakan mereka yang mempunyai mentaliti internet menghasilkan duit cepat. Buku-buku ini ditulis dengan matlamat lebih jauh. Menjadikan bisnes yang ada di tangan sebagai legasi berpanjangan.

Berfikir dunia internet sebagai satu industri. Bermula dengan menguasai yang asas dan berusaha memenuhi perpustakaan dengan bahan bacaan berkaitan.

Sejak kerajaan memperkenalkan Pusat Industri Desa (PID) tidak banyak buku diterbitkan. Bermula dengan Truewealth kemudian Amin, selepas itu diijkuti PTS, barulah kelihatan siri pemasaran internet di kedai-kedai buku.

Paling penting, ia berada di perpustakaan desa supaya mereka dapat membaca dunia luas internet. Inilah yang tidak dapat diberi oleh e-book.

Saya diberitahu, pada cuti sekolah, para pelajar di kampung mencari-cari kursus asas komputer. Mudah-mudahan buku-buku ini akan menjadi pencetus kepada perspektif baru mengenai komputer dan internet yang jauh daripada butang Search di carian Google.


Erik Hartmann, Google Strategic Partner Development (kiri) ketika hadir di PWTC sempena program saya dan Izwan Wahab bersama PTS



Sedang berfikir, boleh jadi saya mahu jadi gila-gila tulis surat pada Google di Malaysia dan memberi saya surat lantikan sebagai Google 'preacher'. Sudah tiga buku yang berkaitan dengan Google sudah ditulis.

Agaknya mahukah Google berikan surat itu?

Guy Kawasaki



Angan-angan gila ini adalah rentetan cerita Guy Kawasaki yang keluar dari Apple Macintosh dan membuka bisnesnya sendiri, Garage Technology Ventures.

Sehingga hari ini Guy Kawasaki digelar Mac Evangelist kerana dalam mana-mana presentasi beliau masih menjadikan Apple sebagai kes studi berdasarkan topik yang disampaikan.

Guy Kawasaki telah menulis beberapa buah buku. Antaranya, Reality Check, The Art of the Start, Rules for Revolutionaries, How to Drive Your Competition Crazy, Selling the Dream dan The Macintosh Way.

Tunggu entri seterusnya, saya akan kongsikan lagi mengenai buku terbaru Urus Bisnes dengan Google?

Atau tuan dan puan ada idea memberi judul buku yang lebih faktor Wah!

Lontarkan idea itu di sini.

--------

Nota: Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Disember 28, 2009

17 Januari 2010 permulaan anda menjadi penulis bebas

Advertorial

Tahun 2010 adalah permulaan yang baik bagi mereka yang mahu merancang mencipta kejayaan-kejayaan awal melalui penulisan rencana akhbar dan majalah.

Kursus penulisan rencana yang akan dikendalikan oleh beberapa individu yang berpengalaman dalam penulisan rencana.

Terhad untuk lapan orang peserta sahaja.

Jika anda tahu menulis dalam Bahasa Melayu, berminat menulis dan suka menulis. Mahu hasil penulisan disiarkan dalam akhbar dan majalah. Menjana pendapatan dan penghormatan.

Tetapi tidak tahu caranya. Di sini tempatnya untuk memenuhi impian anda.

"Hari ini saya mahu membuat pendedahan. Selama ini rahsia penulisan didiamkan. Meskipun kawan-kawan saya berkata,"Buat apa beritahu orang lain, simpan sahaja untuk diri sendiri!"

Apakah kesan penulisan rencana tersiar di akhbar dan majalah?

  • Bisnes saya berkembang, "Rencana itu saya letakkan di dinding pejabat dan menjadi bahan promosi perniagaan saya berkali-kali."
  • Meningkatkan kredibiliti, "Pandangan saya di tempat kerja dihargai.
  • Memberi ruang kepada saya berkongsi kemahiran kepada para pembaca,
  • Sumber pendapatan halal untuk saya dan keluarga bertambah!
  • Isteri dan anak saya tersenyum melihat nama saya terpampang pada akhbar dan majalah. Anak saya sambil menunjukkan nama saya, "Ini tulisan ayah!"
  • Si isteri tersenyum mendengar pujian suami, "Isteri saya menulis di akhbar dan majalah," dan si anak bangga mengiyakan.
  • Kawan-kawan sangkakan saya seperti orang biasa lain sehinggalah mereka berkata, "Eh, ini nama rakan kita! Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi!"

Ramai tidak menyedari mereka telah didedahkan teknik menulis sejak di sekolah, universiti dan di tempat kerja. Tetapi mereka tidak diberitahu (dirahsiakan) bahawa apa yang mereka buat selama ini dapat menjana pendapatan yang halal untuk diri dan keluarga. Ia membina reputasi dan kredibiliti mereka dalam kerjaya dan bisnes.

Modul 3P Penulis, Penulisan & Pemasaran merangkumi

  1. Bagaimana saya dapat menjadi penulis bebas untuk seorang pakar.
  2. Bagaimana saya dapat menjadi penulis bebas untuk mempromosi bisnes.
  3. Langkah-langkah awal mengatasi masalah penolakan.
  4. Bagaimana saya mengkaji sesebuah majalah.
  5. Bagaimana saya dapat menulis di pasaran kecil untuk pulangan besar.
  6. Tiga belas kaedah bagaimana hendak mendapatkan idea.
  7. Bagaimana saya dapat mengenali pembaca.
  8. Jenis-jenis artikel pilihan majalah.
  9. Tiga belas jenis pembukaan yang mempengaruhi editor dan pembaca.
  10. Penyediaan manuskrip artikel.
  11. Bagaimana saya dapat menguasai format artikel untuk majalah.
  12. Bagaimana saya dapat menjaga hakcipta karya daripada dicetak rompak.
  13. Senarai semak untuk penulis bebas.


Bengkel hujung minggu pada 17 Januari 2010 adalah permulaan langkah besar tahun ini.

Informasi lanjut di http://www.kursuspenulisan.com


  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Disember 26, 2009

Tim kursus penulisan menukarkan 'kalau' menjadi 'sudah bemula'

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------


Sepupu-sepupu yang diingati,

Hujung tahun ini, ayuh kita berazam sekurang-kurangnya menghasilkan sebuah buku bermula tahun 2010.

Semangat timbul selepas berbincang dengan seorang mentor (juga saya panggil sepupu) yang banyak mendidik saya melihat hidup menggunakan mata hati. Jika diizinkan Allah, sebuah buku akan ditulis bersama pada suku tahun pertama tahun 2010.

Ini adalah entri sebelum saya pulang ke Melaka.

Saya akan pulang ke Melaka selama 15 hari bermula 26 Disember 2009. Bagi menyiapkan buku terbaru untuk PTS Professional yang bakal dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Subjek buku, mengurus bisnes guna Google dan membina jenama personal melalui Google berdasarkan konsep Brandentiti.

Oleh demikian, Facebook dan blog tidak dikemaskini sepanjang 15 hari itu.

Sepanjang 2009 dan tahun sebelumnya saya berpeluang bekerjasama dengan penulis-penulis baru yang benar-benar menukar angan-angan kalau menjadi angan-angan sudah bermula. Mari saya senaraikan.
  • Internet Marketing untuk Bisnes Kecil terbitan PTS Professional ditulis bersama Izwan Wahab. Buku ini adalah kerjasama awal kami melalui melalui seminar-seminar dan antaranya seminar mini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) awal tahun ini.
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart terbitan PTS Millenia ditulis bersama Ahmad Fadzli Yahya Jusoh. Menurut Cik Puan Waida, buku ini menjadi buku hadiah dalam satu program di Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama IPG bahagian Ipoh, Perak.
  • Mempengaruhi Bos Gaya Streetmart ditulis bersama Muhammad Firdaus Hamsin. Buku ini muncul dalam ulasan akhbar nasional Utusan Malaysia.
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ditulis bersama Imran Yusof. Buku ini disifatkan berbeza daripada buku-buku sirah kerana ia menceritakan aspek kontemporari hubungan dari kacamata dua generasi iaitu generasi 20-an dan 50-an.
  • Rahsia Bisnes Mamak ditulis bersama Muhammad Faisal Sharbuddin. Buku yang pernah mencetuskan situasi kelam kabut antara kami dan KIMMA akibat 200 panggilan telefon selepas ulasan akhbar mengenai buku ini disiarkan. Kemudian tuan Ally Iskandar menjemput kami membicarakan mengenai buku ini di TV3. Selepas itu kami dan presiden KIMMA sendiri duduk sepentas di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad.
  • 30 Strategi Membina Pengaruh ditulis bersama Haeqal Zulqarnain. Buku ini bermula dalam keadaan yang baik kepada penulis ini apabila berpeluang mendapat pendedahan media melalui paparan di televisyen dan harian nasional tidak lama ia masuk ke kedai-kedai buku. Peluang ini satu pendedahan dan proses pembelajaran yang baik kepada penulis-penulis baru.
Enam penulis bekerjasama sepanjang kerjaya saya sebagai penulis bebas dan jurulatih penulis bebas. Ini juga adalah proses Brandentiti atau pun pembinaan jenama personal. Dengan harapan selepas ini mereka dapat menghasilkan karya mereka sendiri selepas ini. Pastinya karya yang lebih biasa dalam usaha memandaikan bangsa.

Tahun 2009 juga menjadi keseronokan kepada saya apabila ada mente sama ada dari bengkel kursus penulisan di Kursuspenulisan.com dan lain-lain sudah mula mengejutkan orang ramai melalui penulisan mereka. Antaranya;




Buku Jejak Bisnes Nabi oleh Muhammad Aizuddin Nur. Beliau melalui proses mentor-mente bersama saya selama setahun. Keupayaan beliau dalam membaca trend bisnes moden dan sirah dijadikan bentuk penulisan. Amat rugi sekali jika kelebihan ini tidak dibukukan. Dengan izin Allah, ia menjadi kenyataan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.


Pengintip dari Kota Saba oleh Aliff Mohd Nor yang kini diulang cetak dan kulit buku terbaru yang lebih menarik dipersembahkan kepada khayalak. Seperti Muhammad Aizuddin Nur, beliau juga melalui proses mentoring yang lama. Beliau dalam proses buku terbaru mengenai seni mencari dan mengurus kerja sambilan.



Saya juga gembira selepas proses mencanai idea bersama, akhirnya Muhammad Azree Hanifah juga akan muncul dengan buku terbaru mengenai perniagaan melalui internet menggunakan forum.

Beliau berkongsi cerita gembira ketika proses menulis buku ini apabila berpeluang menemui pengasas forum Lowyat.net yang berbangsa India. Lebih menarik lagi, pengasas ini sudah bertahun menjual laptod dalam thread yang sama.

Kembali kepada azam penulisan kita pada tahun 2010.

Ketika saya menulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller, saya berfikir soalan-soalan yang diulang-ulang setiap kali bertemu pembaca di kedai buku dan di pesta buku.

Di kursus penulisan juga begitu. Soalan-soalan pemula ini adalah sama, datang daripada individu berbeza.

Bagi mempermudahkan proses menjadikan impian jadi benar, buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ditulis. Harapan saya ada buku-buku baru akan muncul dalam usaha kita memandaikan bangsa melalui ilmu yang bermanfaat.

Dalam buku ini saya menceritakan semua yang saya lakukan sepanjang menjadi penulis. Ditambah lagi rencah petua mentor yang mendedahkan kaedah menulis untuk orang yang sibuk. Selain itu, sedikit pengenalan bagaimana penulis ditipu penerbit dan berapakah jenis harta dapat dihasilkan daripada sebuah karya.

Hasil penulisan tuan dan puan adalah tanah yang perlu dijaga.

Lima hari lagi tahun 2010, berhenti daripada angan-angan bermula dengan perkataan "kalaulah," bertukar menjadi "Saya sudah bermula."

Oh, saya mendengar bunyi butang-butang keyboard komputer yang sedang ditekan menggunakan hujung jari anda!

Syabas kerana sudah mula menulis.

Tahun 2010 adalah tahun kemuncak, dua hari dan tiga malam di hotel Vistana. Langkah A ke Z menulis buku bestseller. Klik di sini bagi maklumat kursus penulisan buku.

Tahun 2010 adalah permulaan yang baik bagi mereka yang masih belum mendapat kekuatan menulis buku tetapi mahu merancang mencipta kejayaan-kejayaan kecil melalui penulisan rencana akhbar dan majalah. Klik di sini bagi maklumat kursus penulisan rencana yang akan dikendalikan oleh beberapa individu yang berpengalaman dalam penulisan rencana.

Tiga pilihan kepada tuan dan puan.



  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Disember 22, 2009

Surat: Dahsyatnya Karya Fantasi Melayu Ini


Assalamualaikum Puan Ainon,

Puan Ainon, anggaplah email ini sebagai luahan kegembiraan saya kerana dipertemukan dengan Pendeta Gua Khayalan terbitan syarikat puan. Saya baru sahaja menamatkan pembacaan novel fantasi Pendeta Gua Khayalan karya Masdalifadzlie M Saaid.

Untuk pengetahuan puan, ini adalah kali keempat saya menghabiskan pembacaan novel ini. Ya, saya tidak jemu dan saya pasti, saya akan mengulangi pembacaan novel ini dari semasa ke semasa.

Mengapa? Ada beberapa faktor yang membuatkan saya tidak bosan membacanya, walaupun sudah tahu jalan cerita pada pembacaan kedua dan seterusnya.

Faktor utama adalah susunan plot pada setiap bab. Penulis sangat pandai menarik perhatian pembaca dengan menggantungkan cerita pada setiap bahagian akhir bab. Ini membuatkan pembaca tertanya-tanya dan timbul rasa geram untuk mengetahui kesudahannya, menyebabkan muka surat seterusnya diselak tanpa henti. Strategi menulis seperti ini adalah penting untuk menghindarkan rasa bosan kepada pembaca.

Kedua, keindahan lenggok bahasa yang digunakan begitu mengagumkan. Dalam pemerhatian saya, selain Faisal Tehrani dan Ahmad Patria Abdullah, tidak ramai penulis Melayu generasi baru yang berkebolehan seperti saudara Masdalifadzlie M Saaid.

Kita seringkali mendengar ungkapan ‘bahasa itu indah’, namun kebanyakan novel-novel Melayu di pasaran sekarang gagal menonjolkan keindahan yang ada pada bahasa kita.

Sudah lama saya menanti sebuah novel yang dikarang dengan bunga bahasa yang disusun cantik, dan syukur Alhamdulillah, saya ditemukan dengan Pendeta Gua Khayalan. Permainan bahasa penulis walaupun berbunga dan berlenggok, tidak sukar untuk saya fahami bahkan menyenangkan saya menyelami keindahan bahasa Melayu. Novel ini berupaya mendidik anak-anak kita mencintai dan menghargai bahasa ibunda mereka.

Gaya penceritaan dalam novel ini adalah sesuatu yang unik, seolah-olah buku itu sendiri yang bercerita kepada pembaca. Di barat, gaya penceritaan seperti ini telah pun dilakukan oleh Lemony Snicket dalam karyanya, A Series of Unfortunate Events yang telah pun difilemkan.

Sewaktu membaca Pendeta Gua Khayalan, saya seolah-olah bukan membaca, tetapi sedang mendengar cerita yang diceritakan oleh pencerita di dalam novel ini. Saya dapat rasakan, pencerita itu benar-benar berinteraksi dengan saya. Dan hal itu membuatkan saya terjerumus masuk ke dalam dunia Indera Wangsa seawal bab yang pertama lagi.

Novel ini juga menguji imaginasi saya. Pada awalnya, saya membayangkan kehidupan masyarakat nusantara pada kurun ke 15, namun apabila penulis menerangkan Indera Wangsa mengalami iklim empat musim, saya mula mengubah persepsi imaginasi. Mana mungkin pada musim sejuk mereka hanya mengenakan pakaian kapas yang nipis? Daya imaginasi saya juga tercabar apabila membayangkan magis-magis yang dilontarkan oleh watak-watak pendeta.

Saya mendapati penulis benar-benar menstrukturkan pemilihan nama watak dan tempat. Penulis tidak takut menggunakan perkataan Sanskrit dalam pemilihan nama, malah penggunaan tersebut menambah kegemilangan nama yang dipilih.

Watak perempuan misalnya, dimulakan dengan nama bunga yang melambangkan kecantikan dan kelembutan, diikuti oleh kata sifat. Contohnya, Cempaka Suri dan Anggrik Pagi. Bagi nama-nama tempat pula, perkataan puri digunakan bagi melambangkan tempat tinggi seperti gunung dan banjaran, Merapuri dan Tujupuri sebagai contoh. Perkataan pura pula menunjukkan pulau seperti Kepulauan Nilapura.

Saya juga mengesan wujud pendarjatan dalam dialog antara watak berdarjat rendah dengan watak berdarjat tinggi. Sebagai contoh, semua dialog yang diucapkan oleh Lang Surya (watak berdarjat rendah) membahasakan diri sebagai ‘daku’ dan merujuk ibunya (watak berdarjat tinggi) sebagai ‘dikau’, menunjukkan rasa hormat seorang yang berdarjat rendah kepada yang berdarjat tinggi. Begitu juga dalam dialog antara Rimau Seru (anak murid) dengan Singa Tama (guru).

Sebaliknya, dialog yang diucapkan oleh watak berdarjat tinggi kepada watak berdarjat rendah menggunakan ‘aku’ dan ‘kau’, menunjukkan merekalah yang sewajarnya dihormati. Jelas sekali penulis ingin memperlihatkan kehalusan dan kesopanan tatabicara dalam masyarakat di Indera Wangsa.

Penulis menerusi si pencerita dalam novel ini banyak memberi kata-kata dan dialog-dialog berbentuk nasihat, juga ada yang berbentuk motivasi. Ketika watak utama, Lang Surya ditimpa musibah, kata-kata nasihat dan motivasi banyak ditulis dan penyampaiannya berupaya meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.

Kebanyakan cerita yang bagus mempunyai watak utama yang sering ditimpa dugaan dan tidak patah semangat kerananya, bahkan menjadi lebih bersemangat untuk bangkit kembali.

Drama-drama Jepun telah lama menerapkan nilai ini dalam cerita mereka, dan kesannya amat besar kepada bangsa mereka. Hari ini kita dapat lihat, bangsa Jepun adalah bangsa yang pantang menyerah kalah. Mereka sentiasa menjadikan kata-kata perangsang dan motivasi sebagai azimat untuk melepaskan diri daripada sengsara dan seterusnya berjaya dalam hidup.

Faktor terakhir yang dapat saya kesan adalah penerapan nilai-nilai Islam dalam cerita ini. Sememangnya di pasaran semakin menimbun novel-novel Islami, terutamanya terbitan PTS. Tidak dinafikan Pendeta Gua Khayalan bukanlah naskah yang mengangkat isu-isu Islamik dalam penceritaan, bahkan tiada perkataan ‘Allah’ di dalamnya, tetapi nilai-nilai Islamik itu tetap ada.

Apa yang mengagumkan, sebelum membaca novel ini, saya tidak pernah bertemu dengan novel (waima novel Islami sekali pun) yang dimulakan dengan ucapan salam kepada pembaca diikuti terjemahan potongan ayat daripada surah al-Fatihah (surah pembukaan), dan diakhiri dengan terjemahan surah al-‘Asr (surah penutup) diikuti dengan salam kepada pembaca. Indah bukan?

Saya mengharapkan agar lebih ramai bakat penulisan seperti saudara Masdalifadzlie M Saaid dapat dicungkil dan digilap oleh PTS selepas ini. Saya juga ingin merakamkan pujian buat PTS yang berani menerbitkan novel-novel fiksyen sains dan fantasi.

Sebelum ini, saya sering mengayakan penulis-penulis fiksyen sains dan fantasi dari barat. Sekarang tidak lagi, kerana saya punya pilihan karya anak bangsa yang setaraf dengan penulis-penulis barat. Wassalam.

Amirul Hadi

Isnin, Disember 21, 2009

Resensi Buku | Komen pembaca 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------
Foto pembaca bersama suami di luar negara



Siapa pembaca yang dimuliakan ini? Saya petik daripada blog beliau

Seorang pelajar yang menggunakan sisa-sisa malam dengan membuat rekaan senibina dan duduk di perantauan.

"I'm reading a book entitled 77 Tip melembutkan Hati Lelaki by Zamri Mohamad it's a good book to tell the truth."

"Di zaman yang serba moden ini,macam-macam jenis perempuan dan juga lelaki yang saya jumpa. Jika bergaduh di depan bapa dan emak, Masya Allah, Nauzubillah"

"Kadang-kala karakter lelaki sukar difahami. Bagi mengelakkan konspirasi sesama kita, Elok menambahkan ilmu untuk memotivasikan diri"

Terima kasih atas kesudian membaca buku ini. Mudah-mudahan Allah berikan kefahaman dan dibuka ruang dalam mengurus perhubungan yang positif sesama ahli keluarga.

Adakah buku ini akan muncul semula di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010? Adakah mudah ditemui di kedai-kedai buku. Kita tunggu komentar para pembaca lain.



Nota: Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki adalah buku yang paling ramai orang perempuan membacanya pada tahun 2006 sehingga 2009.

Buku ini adalah buku yang pertama membawa saya ke televisyen melalui rancangan Resensi RTM dan membawa pertemuan bersama tuan Sayed Munawwar.

Buku ini pernah tidak disukai oleh orang lelaki ketika mula-mula diterbitkan kerana disangka mendedahkan kelemahan orang lelaki. Sebaliknya ada lelaki yang membelinya untuk isteri dan pasangan mereka.

Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki yang pernah mendapat ulasan Berita Harian mendapat 4/5 bintang daripada para pembaca yang membelinya di Book Cafe.


  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Dari Gramedia | Buku motivasi dan pengurusan terjual baik di sana

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------



Baru-baru ini kumpulan penulis PTS Ke Gramedia di Mines dan berkenalan serta bertukar pandangan dengan pegawai bertugas di situ iaitu tuan Yazid (supervisor), Cik Puan Nor, Cik Puan Marliana, Cik Puan Norazlin dan tuan Amri. Tuan Yazid memiliki buku 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia pimpinan Tuan Ikram Wazir.

Kunjungan silaturahim adalah inisiatif para penulis PTS.





Ini adalah usaha bagi memperkenalkan buku kepada khayalak, menyokong usaha pekedai yang bersedia mempromosikan buku hasil tulisan kami di sana. Menurut mereka buku motivasi dan pop-pengurusan dalam bahasa Melayu adalah buku yang laju jualan di sana. Corak ini sedikit berbeza berbanding kedai-kedai buku lain yang lebih kepada buku fiksyen.

Ini menjawab persoalan kami ketika mana tiba di sini melihat dua meja utama di hadapan dipenuhi buku-buku motivasi dan pengurusan.

Kepada para pembaca yang dimuliakan, buku-buku saya mudah didapati di sini. Antaranya 30 Strategi Membina Pengaruh, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dan buku-buku lain.


Selain itu, saya menerima emel daripada pembaca 30 Strategi Membina Pengaruh dari Negeri Sembilan. Seorang ibu yang kini menyambung pengajian peringkat sarjana. Terima kasih kepada pembaca dan tim PTS Millenia.

Seorang rakan Facebook, Tuan Zuhairi memaklumkan saya, beliau menjadikan buku 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia sebagai hadiah kepada rakan-rakan dan lebih mengejutkan kepada Ketua Pengarah!

Saya sertakan salinan screenshot emel itu.



  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Kursus Penulisan | Langkah gergasi diri sendiri dan diri orang lain

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------



Dua hari selepas tahun baru Islam, saya bertekad. Memulakan hari-hari ini dengan sesuatu yang berbeza dan memberi kesan baik kepada orang lain.

Saya mengingati pesan mentor saya, "Apabila kita membina impian, beranilah memenuhi impian itu. Kita adalah orang yang zalim apabila tidak berusaha memenuhi impian."

Saya cuba mencari maksud perkataan berani itu. Setelah beberapa ketika mengenali beberapa orang individu, cawan kefahaman mula terisi. Hidup satu proses belajar yang berterusan.

Petang itu saya diajukan soalan oleh mentor, "Saudara tidak boleh berada di sini lagi," katanya bersama-sama ekspresi wajah.

Maknanya mendalam. Ia adalah kejutan kepada hati dan fikiran untuk bekerja lebih jauh.

Berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti hidup orang lain.

Dua perkara yang berjalan bersama.

Saya kira tahun ini saya mahu menjadi saudara yang baik kepada saudara Muslim yang lain.

Mudah-mudahan itu menjadi kenangan dan dipanjangkan sebagai doa di bibir rakan-rakan yang dimuliakan.

Kembali kepada cerita memenuhi impian.

Dua hari pertama selepas satu Muharam, saya menjalankan dua bengkel komuniti di pusat latihan saya, Learning Station.

Learning Station adalah angan-angan yang menjadi realiti apabila adanya sebuah tempat pendidikan kepada dewasa bagi mempelajari skil-skil baru dalam hidup. Ia diinspirasi daripada kewujudan Learning Annex di Amerika.

Learning Annex memegang falsafah yang jelas iaitu memberi peluang kepada orang ramai mempelajari skil pada harga mampu milik.

Falsafah bisnes ini mendorong saya cuba mengimplementasi di sini.

Bengkel komuniti pada Sabtu lalu adalah bengkel kelima yang dianjurkan iaitu penulisan skrip jualan di akhbar, majalah dan web bagi keperluan peniaga kecil.




Perkara baru yang didedahkan ialah bagaimana skrip jualan Giant diterjemah dalam bentuk warna dan lanskap kedai.

Giant membawa karakteristik sebuah pasaraya yang mesra Muslim dan mesra Melayu berdasarkan cir-ciri berikut.

Pertama, tidak ada lokasi jualan minuman keras dan makanan yang diharamkan.

Tidak ada inisiatif Giant memperkenalkan lokasi khusus kedua-dua produk itu sebagaimana dilakukan oleh pasaraya lain.

Kedua, konsep warna hijau pada premis memberi persepsi positif kepada pelanggan utama iaitu pelanggan Muslim.

Kerana similariti warna yang dikaitkan dalam budaya hidup Muslim menjadikan copywriting visual yang digunakan hidup dalam diri pelanggan.

Saya gembira melihat hasil daripada bengkel penulisan skrip jualan. Peserta mula aktif menghasilkan skrip jualan yang bertambah kualitinya dan mudah-mudahan bertambah rezekinya.

Inilah yang dilakukan oleh peserta yang dimuliakan, tuan Ameen EC. Beliau sedang berusaha menyediakan skrip jualan bagi keperluan perniagaan. Kita doakan agar beliau berjaya.



Klik imej untuk paparan lebih besar



Esoknya, saya kembali semula ke Learning Station. Kali ini adalah sesi berkongsi atau Sharing Session kepada peserta.

Bengkel seni dan strategi menjadi penulis buku bermula jam 10.00 pagi. Satu lagi program komuniti bagi menggalakkan penulis-penulis professional baru.



Para peserta juga membaca dan mengaplikasi buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, Tip Menjadi Penulis Bestseller dan Buat Duit dengan YouTube.




Dalam bengkel ini saya berkenalan dengan peserta-peserta luar biasa kerana pengalaman hidup mereka yang dapat kita bermentor di bawahnya.

Antaranya tuan Harlym Yeoh. Beliau adalah pakar dalam kempen pemasaran produk melalui seni perhubungan awam merupakan selebriti televisyen yang bersifat multi-talent.

Telah membawa jenama-jenama produk yang pelbagai ke dalam media massa.

Beliau kini dalam proses buku terbaru mendedahkan rahsia bagaimana perniagaan kecil dapat mengikut jejak perniagaan besar dalam mencipta publisiti massa melalui media cetak nasional.

Beliau mencatat peristiwa Sharing Session di dalam blognya.

Apa kata beliau?



Selain itu, Tuan Mohd Shukri Abd Rahman merupakan 'Head Special Functions Unit', HCM Engineering.

Pernah menjadi tenaga kerja penting di News Straits Times sebagai wartawan di sana. Ini berdasarkan kemahiran tinggi beliau dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Ditambah lagi dengan seni kewartawanan yang dimiliki menjadikan beliau berbakat dalam dunia penulisan.

Beliau menguasai satu kemahiran organisasi dipanggil Knowledge Management yang digunakan pakai dalam industri dan korporat.

Knowledge Management membantu dalam pengurusan kos dan peningkatan kecekapan pekerja serta kawalan majikan atas organisasi. Ia adalah disiplin yang diperkenalkan secara saintifik pada awal tahun 1990an. Informasi lanjut di sini.

Apa kata beliau?



Terima kasih Allah kerana membenarkan saya menganjurkan dua bengkel komuniti bersejarah ini. Mereka adalah ciri-ciri manusia yang berani membuat keputusan bagi memenuhi impian.

Kata mentor saya, "Ciri-ciri orang yang serius dengan impian hidup adalah melakukan aktiviti yang mendekatkan dirinya ke arah impian itu. Jika mahu bermain gitar, carilah gitar, carilah guru dan carilah rentak kemudian alunkan melodi yang ada dalam dirinya."

Terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada saya bertemu peserta-peserta yang berkongsi pengetahuan kepada saya.

Insya Allah, kursus penulisan dan kursus seumpamanya akan diadakan dan dimaklum.

Bagi jemputan bengkel penulisan di bawah organisasi kerajaan dan swasta dapatlah melalui pegawai yang mewakili dan mengurus saya.

Informasi adalah seperti berikut

Tuan Abdul Qahhar
Akademi Penulis Sdn Bhd
0136288614
latihan@akademipenulis.com


  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.