Langkau ke kandungan utama

Sedang ditulis | Mahu jadi Google Preacher , Urus Bisnes dengan Google

Info sisipan

Teruskan membaca entri di bawah

----------




Assalamualaikum

Ya! Tepat sekali, saya di Melaka ketika ini. Menyiapkan buku ke-15 berjudul Urus Bisnes dengan Google (tajuk final masih belum diputuskan).

Setiap hari dari pagi sehingga jam dua pagi hari seterusnya, saya mencuba setiap satu aplikasi Google yang relevan untuk perniagaan kecil di Malaysia dan negara serantau termasuk sahabat kita di Indonesia dan Singapura.

Saya masih dalam proses menyiapkan buku ini. Menulis mengenai Google untuk perniagaan kecil membuat saya teruja. Saya meninggalkan Kuala Lumpur seketika waktu bagi memberi ruang agar buku ini disiapkan pada waktunya.

Jika di Kuala Lumpur ada sahaja kerja dan perbincangan serta idea-idea baru yang timbul. Lambakan idea yang membuat saya teruja dan melihat seolah-olah jam memerlukan lebih 24 jam bagi memastikan idea-idea ini menjadi benar.

Senarai folder foto untuk buku Urus Bisnes dengan Google. Klik untuk paparan lebih jelas


Sasaran saya menyiapkan buku ini adalah pada 10 Januari 2010. Kurang dua minggu bermula hari ini. Tarikh 10 Januari adalah tarikh yang signifikan pada diri saya. Ada sesuatu yang dekat pada hati apabila mengenangkan hadir tarikh itu. Semoga Allah permudahkan.

Izinkan saya menceritakan mengenai buku yang akan diperkenalkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Buku ini bakal diterbitkan oleh PTS Professional.

Buku Buat Duit dengan YouTube (tingkat tengah) pada bahagian Buku Terlaris di MPH Wangsa Maju



Jika diukur sebagai buku trilogi pemasaran bisnes kecil di internet, saya telah menulis dua buah buku sebelum ini berjudul Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube. Buku Urus Bisnes dengan Google adalah buku yang ketiga.

Saya mensasarkan ada dua buah buku lagi mengenai pemasaran internet akan ditulis. Ini menjadikan lima buah buku keseluruhan. Penulisan buku pemasaran internet untuk bisnes kecil adalah usaha serius yang berbeza daripada slogan.

Buku-buku ini pasti mengecewakan mereka yang mempunyai mentaliti internet menghasilkan duit cepat. Buku-buku ini ditulis dengan matlamat lebih jauh. Menjadikan bisnes yang ada di tangan sebagai legasi berpanjangan.

Berfikir dunia internet sebagai satu industri. Bermula dengan menguasai yang asas dan berusaha memenuhi perpustakaan dengan bahan bacaan berkaitan.

Sejak kerajaan memperkenalkan Pusat Industri Desa (PID) tidak banyak buku diterbitkan. Bermula dengan Truewealth kemudian Amin, selepas itu diijkuti PTS, barulah kelihatan siri pemasaran internet di kedai-kedai buku.

Paling penting, ia berada di perpustakaan desa supaya mereka dapat membaca dunia luas internet. Inilah yang tidak dapat diberi oleh e-book.

Saya diberitahu, pada cuti sekolah, para pelajar di kampung mencari-cari kursus asas komputer. Mudah-mudahan buku-buku ini akan menjadi pencetus kepada perspektif baru mengenai komputer dan internet yang jauh daripada butang Search di carian Google.


Erik Hartmann, Google Strategic Partner Development (kiri) ketika hadir di PWTC sempena program saya dan Izwan Wahab bersama PTS



Sedang berfikir, boleh jadi saya mahu jadi gila-gila tulis surat pada Google di Malaysia dan memberi saya surat lantikan sebagai Google 'preacher'. Sudah tiga buku yang berkaitan dengan Google sudah ditulis.

Agaknya mahukah Google berikan surat itu?

Guy Kawasaki



Angan-angan gila ini adalah rentetan cerita Guy Kawasaki yang keluar dari Apple Macintosh dan membuka bisnesnya sendiri, Garage Technology Ventures.

Sehingga hari ini Guy Kawasaki digelar Mac Evangelist kerana dalam mana-mana presentasi beliau masih menjadikan Apple sebagai kes studi berdasarkan topik yang disampaikan.

Guy Kawasaki telah menulis beberapa buah buku. Antaranya, Reality Check, The Art of the Start, Rules for Revolutionaries, How to Drive Your Competition Crazy, Selling the Dream dan The Macintosh Way.

Tunggu entri seterusnya, saya akan kongsikan lagi mengenai buku terbaru Urus Bisnes dengan Google?

Atau tuan dan puan ada idea memberi judul buku yang lebih faktor Wah!

Lontarkan idea itu di sini.

--------

Nota: Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


  • Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
--------


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Welma La'anda berkata…
Salam

Saya tiada idea untuk tajuk buku. Tetapi entri ini membuatkan saya teruja untuk memiliki buku tentang google itu nanti. Ada sesuatu di dalam entri ini yang membuatkan saya membaca satu persatu. Mungkin penggunaan ayat Tuan pada entri kali ini cukup terserlah semangatnya sehinggakan saya Wah, sangat teruja.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...