Sabtu, Oktober 24, 2009

Di mana kita semua Ahad ini? Saya akan ke sini


Klik imej bagi paparan lebih jelas


Ahad 25 Oktober 2009

Bengkel Adaptasi, Hakcipta dan KJ Method untuk Penulis Buku Bukan Fiksyen.

Jikalau tuan dan puan berminat mahu menulis buku bukan fiksyen secara adaptasi untuk terbitan PTS, bengkel ini adalah wajib.

---------

Tarikh: Ahad 25 Oktober 2009

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Ulu Kelang, Kuala Lumpur Ia berada di depan GIANT, sederet dengan kedai 7-Eleven, di atas Klinik Gigi Nooriah.

Masa: 10.00 pagi sehingga empat petang
Trainer: Mentor saya, Puan Ainon Mohd.

Bengkel adalah percuma

Nota: Saya akan berada di bengkel bagi membuat rakaman audio dan video bengkel. Kita berjumpa di sana.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sana Sini | PSMB 2009 Conference






PSMB Conference 2009 | Strategising Human Capital Development During Global Economic Crisis mempertemukan ketua unit laithan dan pegawai-pegawai di bahagian sumber manusia. dari seluruh negara Program berlangsung selama dua hari. Saya mewakili Streetsmart Solution, Tuan Shamsuddin Kadir dari Ultra Mind Resources dan Tuan Hazali dari Waiz Malaysia ke sana bagi membina rangkaian dan memperkenalkan ketiga-tiga penyedia latihan dalam pelbagai bidang.


-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Berpengaruh atau sudah seperti air yang keruh?




Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi.

Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu."

Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja. Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini.

Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.

Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka.

Buku ini baru sahaja masuk stor PTS hari ini. Bakal masuk ke kedai-kedai buku seluruh negara tidak lama lagi. Insya Allah juga boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010 bermula pada Mac tahun hadapan.

Penulis 30 Strategi Individu Berpengaruh mendedahkan bagaimana dalam sejarah, kuasa pengaruh berjaya mengangkat kedudukan diri daripada orang biasa menjadi seorang yang luar biasa.

Pecahan 30 strategi yang menjadi rahsia dalam diam individu berpengaruh membawa kisah-kisah dalam sejarah Islam dan Barat bersifat kontemporari yang segar dan praktikal.

Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan di mana kita akan pergi selepas ini.

Ia relevan sehingga hari ini dan praktikal untuk tujuan peribadi.

Isi kandungan boleh dilihat dengan klik di sini.

Selamat membaca dan membina pengaruh.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Teruskan beralasan dan berangan-angan

"Saya sibuk tidak ada masa."
"Saya ada keperluan untuk keluarga dan kerja."
"Saya masih muda, banyak perkara perlu dilakukan."
"Saya sudah tua, tidak larat memikirkan."
"Saya tiada duit."
"Saya terlalu kaya."
"Saya, saya, saya dan saya beri alasan untuk tidak menulis."
"Saya ada komitmen lain."

Saya hanya berikan jawapan kepada semua alasan dengan menunjukkan sekeping gambar ini.


Cik Puan ini memberi inspirasi besar kepada semua untuk terus menjadi penulis.

Gadis dalam foto ini bergantung kepada mesin oksigennya 24 jam sehari disebabkan paru-paru beliau rosak. Sewaktu sedang mandi sekalipun mesin itu mesti disambungkan ke hidungnya.

Beliau turut hadir ke bengkel penulisan dikendalikan oleh guru saya, Puan Ainon Mohd.

Beliau terpaksa duduk di pintu masuk bilik bengkel kerana di situ ada suis elektrik. Makan tengah harinya dihantar oleh adiknya naik ke atas kerana bilik kuliah terletak di tingkat 2 bangunan.

Mesin oksigen itu berharga RM25 ribu.

Ramai yang tidak berganjak dan sanggup berdiri di belakang sepanjang bengkel jam 10 pagi sehingga lima petang. Duduk di luar tidak menjadi masalah asalkan dapat mendengar dan mengikuti bengkel.
Alasan, tidak membawa kita ke mana-mana. Lega sementara, angan-angan terawang-awang entah ke mana.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sudah potong atau 'connection'











Tiga hari lalu berlangsung bengkel Copywriting PTS. Pengenalan asas kepada copywriting. Disertai para pegawai pemasaran yang kreatif dan para editor yang proaktif dalam penghasilan buku bermutu. Saya dijemput bagi memberi pembentang bagi mendedahkan apakah amalan peniaga-peniaga bagi menarik pelanggan menggunakan iklan yang dihasilkan.

Bengkel ini memperkenalkan 8 emotional button, 9 logical button dan dua daripada 17 psikologi pembeli. Apa yang dilihat pembeli apabila membaca iklan. Pendedahan amalan pengiklan tempatan dan luar negara. Juga bagaimana ia diserapkan dalam kempen pengiklanan.

------------



Bengkel komuniti separuh hari untuk orang awam akan dibuka semula tidak lama lagi. Kami akan dimaklumkan melalui Facebook. Bengkel komuniti hanya mengenakan caj untuk tempat dan keperluan multimedia sahaja. Iaitu sejumlah RM50.00. Yuran professional penceramah adalah percuma.

Ini adalah salah satu daripada khidmat komuniti yang kami sediakan bagi mereka yang mahu mempelajari psikologi skrip jualan berkesan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Jumlah peserta hanya lapan orang sahaja bagi kefahaman dan latihan praktikal yang maksima. Rujuk entri ini.


-------------



Ketika ini saya sedang mengkaji gelagat iklan di televisyen.

Antaranya, dalam tip skrip jualan, menggunakan jenaka dalam pengiklanan adalah berisiko. Lebih-lebih lagi jenama yang belum menjadi 'institusi' dalam komuniti pengguna. Pengguna mengingati jenaka sebagai hiburan, bukan produk yang menjadi pilihan.

1Max memperkenalkan kempen iklan 'Potong' manakala TM menjawab kembali dengan kempen iklan 'Connection' yang memaparkan ikon lelaki kertas yang berusaha bertemu ikon perempuan kertas di pejabat seberang jalan. Mana satu yang menyentuh hati anda sebagai penonton? Mana satu yang akan mendorong anda percaya produk yang ditawarkan lebih dekat kepada anda? Iklan P1Max Potong atau TM 'Connection'

Apa pandangan rakan Facebook kita?


Klik untuk paparan imej yang jelas

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Apa kata Harian Metro mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah?




Hari ini saya menerima respon daripada pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, iaitu daripada Cik Puan Hafdzarina Abdul Aziz yang berasal dari Senai, Johor. Imej di atas merupakan petikan yang diambil dari sembang maya Facebook penulis. Klik imej bagi paparan lebih jelas.

Pada hari Jumaat, Harian Metro turut menyiarkan ulasan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Berikut merupakan salinan ulasan buku tersebut.


Ulasan Buku: Cinta sebagai ibadat penuhi kekosongan jiwa

Tajuk: Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohammad dan Imran Yusof
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Harga: RM19.50/RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
Muka Surat: 304 halaman



"PINTU tidak akan terbuka, tanpa ada orang mengetuknya. Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya. Istimewa ditulis buat dirimu yang sedang menatap buku ini."

Selepas menyelak halaman pertama buah tangan dua penulis ini, membuka satu pandangan baru mengenai dunia kasih sayang yang bersifat segar dan kontemporari.

Mereka (penulis) adalah daripada dua generasi berbeza membincangkan bagaimana menjadikan cinta sebagai ibadat dalam memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan, membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat Tuhan dan tiket untuk bertemu semula di ayurga.

Selepas membuat carian di Google, ternyata buku ini mampu mengumpul peminatnya tersendiri dan sebagai terdapat beberapa blog mula membincangkan karya berkenaan terutama golongan kaum hawa.


Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan wajib bagi pasangan muda yang bakal meniti alam rumah tangga. Tidak keterlaluan jika buku ini dilabel sebagai 'kit survival' kepada wanita Muslim moden untuk membina istana bahagia.

Malah, pasangan pengantin baru boleh juga menjadikan buku ini sebagai barang hantaran dalam majlis perkahwinan mereka sebagai simbolik sebelum melayari bahtera hidup yang memerlukan banyak pengorbanan.

Antara kelebihan hebat buku ini adalah ia hasil nukilan serta sentuhan suara hati lelaki kepada wanita dalam memberi formula perhubungan cinta abadi.

Satu demi satu jiwa disentuh bagi membuka resipi kejayaan dalam membina cinta supaya kekal dalam perhubungan.

Kedua-dua penulis meyakini bahawa wanita dalam cabaran dunia moden setiap daripada kita masih mempunyai kelebihan bagi membina cinta sehebat Khadijah.

Ini termasuk memberi ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan keseronokan dalam berkasih sayang.

Formula kasih inilah yang menjadi pencetus kasih serta melakarkan contoh ikutan terbaik dari pemimpin ulung (Nabi Muhammad) kepada umatnya.

Pendek kata, setiap insan layak bercinta kerana ia fitrah namun perlu disulami dengan nilai yang jelas dan tidak hanya dijadikan permainan.

Menjadi bayangan Khadijah yang menjadi ingatan dan sebutan di bibir dek kerana kesopanan serta limpahan kebaikan yang lahir dalam dirinya.

Justeru, ia amat sesuai dijadikan bacaan oleh penganjur dalam kursus perkahwinan yang diadakan sebagai nilai tambah untuk memanjangkan usia cinta di dunia hingga membawa ke syurga.


-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tekan butang emosi dan butang logik
















Alhamdulillah, sebentar tadi baru selesai kursus separuh hari, Copywriting: Skrip Jualan untuk akhbar, majalah dan web. Sebuah program komuniti yang dianjurkan di pejabat kami di Wangsa Melawati. Sejak jam 9.00 pagi tadi, peserta didedahkan kepada 8 asas keperluan manusia, mengenalpasti butang emosi dan butang logik serta pendekatan psikologi yang digunakan dalam seni skrip jualan.

Program komuniti ini akan diadakan dari masa ke semasa.

Tahniah kepada semua peserta yang sebenarnya menjadi star dalam bengkel ini. Mereka sama-sama membuat bedah siasat dalam iklan dan mengenalpasti apakah elemen yang boleh digunakan bagi dimasukkan ke dalam iklan.

Satu tip yang didedahkan dalam bengkel mini ialah pemilihan nama Jus Tok Guru dan duta produk Quaker Oats ada berkaitan dengan teknik Credibilty by Osmosis.

Peserta dari Sabah, sanggup merentasi Laut Cina Selatan semata-mata mahu mempelajari seni skrip jualan. Moga-moga perjalanan yang jauh itu juga membawa beliau jauh ke hadapan dalam apa jua diusahakan. Terima kasih!

Tidak dilupakan para peserta yang datang awal dalam keadaan bersemangat (sehingga saya pun merasainya) dan memilih slot pagi ke kursus penulisan skrip jualan. Semoga usaha mereka diraih melalui rezeki halal yang berkat dan berlipat ganda daripada Allah.

Informasi kursus penulisan skrip jualan bagi mempromosi bisnes di akhbar, majalah dan online kini disiarkan melalui Facebook. Klik di sini.

Dr Bubble atau Tuan Iskandar Syah juga hadir dalam bengkel ini. Saya amat berbesar hati dengan kehadiran beliau ke program ini.

Beliau antara orang yang aktif dalam aktiviti sukarela khususnya projek perpustakaan anak yatim.

Beliau menggunakan pendekatan badut sebagai hiburan jiwa kepada kanak-kanak penghidap kanser yang ditempatkan di hospital. Kaedah terapi badut menjadikan hospital lebih ceria dan interaktif.

Banyak perkara yang dikongsikan selepas bengkel. Antaranya

"Dalam sejarah, badut adalah alat sosial dalam istana bagi menegur raja."

"Nama yang diberi kepada badut mempunyai karakter tersendiri. Ia perlu dihayati dan difahami."

"Nasihat pensyarahnya di luar negara agar beliau keluar mencari apa yang menjadi minatnya dan tidak menjadi sepertinya (pensyarah). Kekal terhenti di situ."

"Dunia badut bercerita mengenai bagaimana kita menghadapi kegagalan hidup. Bukankah badut sentiasa membuat silap dan membetulkan kesilapan dalam persembahan?"

Cerita perjalanan mencari apa yang dapat didedikasi dalam hidupnya cukup memberi inspirasi kepada saya.

Inilah cerita yang wajib ditulis bagi memberi inspirasi kepada orang lain.


-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Khamis, Oktober 15, 2009

Program Komuniti | Skrip Jualan untuk pengiklanan bisnes kecil di majalah, akhbar dan web


Teori dan praktikal Skrip Jualan untuk pengiklanan bisnes kecil di majalah, akhbar dan web


Senarai peserta bengkel komuniti | Penulisan Skrip Jualan untuk pengiklanan bisnes kecil di majalah, akhbar dan web. Seorang peserta dari Sabah ke semenanjung bagi menghadiri bengkel komuniti ini. Semoga Allah permudahkan.

Sesi (1) 9.30 pagi- 1.00 tengah hari 17 Oktober 2009

  1. Puan Hazlinda MH
  2. Tuan Khairil Anuar
  3. Tuan Iskandar Syah
  4. Tuan Azuwan Bin Shaari
  5. Tuan Hazali Waiz Malaysia
  6. Tuan Sabri Hassan
  7. Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah
  8. Puan Hajijah
  9. Tuan Azman Mohd Sharif

Sesi (2) 2.30-6.00 petang

.... baru dibuka, ada lapan kekosongan.

--------------


Satu sesi hanya melibatkan 8 peserta sahaja bagi memastikan tuan dan puan dapat mengikuti bengkel separuh hari ini dengan selesa. Praktikal dan teori dilakukan bersama.

Saya akan dedahkan bagaimana jenama antarabangsa seperti Quacker Oat, Brylcream dan jenama tempatan lain berjaya menggunakan skrip jualan bagi memanjangkan hayat bisnes serta menggandakan bisnes mereka. Ia dapat digunakan bagi tujuan bisnes kecil.

--------

Lokasi program

Streetsmart Solution
11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300
Kuala Lumpur, Malaysia.

--------


  • Susunan jadual peserta berdasarkan siapa dahulu dia dapat.
  • Sesi seterusnya akan dibuka selepas sesi sebelumnya penuh, begitulah seterusnya sehingga semua slot dipenuhi.
  • Peserta akan dimaklumkan salah satu sesi yang akan disertai melalui Facebook dan emel.

---------

Kaedah pembayaran

Jumlah Yuran: RM50.00
Bank Pembayaran: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Akaun Penerima: Zamri Bin Mohamad
Nombor Akaun: 1416 20 200 18190

Nota: Caj ini hanya untuk kos tempat bengkel dan peralatan multimedia yang akan digunakan sepanjang bengkel. Bimbingan trainer adalah percuma.

---------

Sahkan pembayaran melalui emel ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek Bengkel Copywriting. Nyatakan;

  • Nama penuh pembayar
  • Tarikh dan masa pembayaran
  • Bank pembayar

Nota: Caj ini hanya untuk kos tempat bengkel dan peralatan multimedia yang akan digunakan sepanjang bengkel. Bimbingan trainer adalah percuma.




-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, Oktober 11, 2009

29 Penulis bestseller bakal dihasilkan menjelang 2010

Ramai tidak menyedari mereka telah didedahkan teknik menulis sejak di sekolah, universiti dan di tempat kerja. Tetapi mereka tidak diberitahu (dirahsiakan) bahawa apa yang mereka buat selama ini dapat diubah menjadi sebuah buku yang membina reputasi dan kredibiliti mereka dalam kerjaya dan bisnes.

Gabungan peserta daripada latar belakang pelbagai menjadikan seminar ini lebih berprestij. Ada daripada kalangan guru, editor, usahawan, pengarang dan mahasiswa. Itulah gambaran ketika seminar penulisan buku popular di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 10 Oktober lalu.

Salah seorang pengarang terkenal yang turut hadir adalah Cik Zabrina Abu Bakar, pengarang buku Life Is An Open Secret. Karya beliau pernah beberapa kali menduduki cara buku bestseller MPH.

Terima cik Zabrina atas sokongan kepada program kami.

Seminar kali ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. Dua orang jurulatih berpengalaman dalam dunia penerbitan dan penulisan buku.

Pelbagai input dikongsikan. InsyaAllah dalam masa terdekat kita kongsikan pandangan para peserta mengenai seminar kali ini.

Tahniah kepada semua penggerak program, tahniah kepada semua peserta atas partisipasi yang cukup baik. Kita doakan semua peserta berjaya merealisasikan semua karya paling lewat hujung tahun 2010










-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.