Langkau ke kandungan utama

Tekan butang emosi dan butang logik
















Alhamdulillah, sebentar tadi baru selesai kursus separuh hari, Copywriting: Skrip Jualan untuk akhbar, majalah dan web. Sebuah program komuniti yang dianjurkan di pejabat kami di Wangsa Melawati. Sejak jam 9.00 pagi tadi, peserta didedahkan kepada 8 asas keperluan manusia, mengenalpasti butang emosi dan butang logik serta pendekatan psikologi yang digunakan dalam seni skrip jualan.

Program komuniti ini akan diadakan dari masa ke semasa.

Tahniah kepada semua peserta yang sebenarnya menjadi star dalam bengkel ini. Mereka sama-sama membuat bedah siasat dalam iklan dan mengenalpasti apakah elemen yang boleh digunakan bagi dimasukkan ke dalam iklan.

Satu tip yang didedahkan dalam bengkel mini ialah pemilihan nama Jus Tok Guru dan duta produk Quaker Oats ada berkaitan dengan teknik Credibilty by Osmosis.

Peserta dari Sabah, sanggup merentasi Laut Cina Selatan semata-mata mahu mempelajari seni skrip jualan. Moga-moga perjalanan yang jauh itu juga membawa beliau jauh ke hadapan dalam apa jua diusahakan. Terima kasih!

Tidak dilupakan para peserta yang datang awal dalam keadaan bersemangat (sehingga saya pun merasainya) dan memilih slot pagi ke kursus penulisan skrip jualan. Semoga usaha mereka diraih melalui rezeki halal yang berkat dan berlipat ganda daripada Allah.

Informasi kursus penulisan skrip jualan bagi mempromosi bisnes di akhbar, majalah dan online kini disiarkan melalui Facebook. Klik di sini.

Dr Bubble atau Tuan Iskandar Syah juga hadir dalam bengkel ini. Saya amat berbesar hati dengan kehadiran beliau ke program ini.

Beliau antara orang yang aktif dalam aktiviti sukarela khususnya projek perpustakaan anak yatim.

Beliau menggunakan pendekatan badut sebagai hiburan jiwa kepada kanak-kanak penghidap kanser yang ditempatkan di hospital. Kaedah terapi badut menjadikan hospital lebih ceria dan interaktif.

Banyak perkara yang dikongsikan selepas bengkel. Antaranya

"Dalam sejarah, badut adalah alat sosial dalam istana bagi menegur raja."

"Nama yang diberi kepada badut mempunyai karakter tersendiri. Ia perlu dihayati dan difahami."

"Nasihat pensyarahnya di luar negara agar beliau keluar mencari apa yang menjadi minatnya dan tidak menjadi sepertinya (pensyarah). Kekal terhenti di situ."

"Dunia badut bercerita mengenai bagaimana kita menghadapi kegagalan hidup. Bukankah badut sentiasa membuat silap dan membetulkan kesilapan dalam persembahan?"

Cerita perjalanan mencari apa yang dapat didedikasi dalam hidupnya cukup memberi inspirasi kepada saya.

Inilah cerita yang wajib ditulis bagi memberi inspirasi kepada orang lain.


-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Ulasan

K.A.A. berkata…
tajuk entri tuan ini sangat 'catchy'...tertarik saya dengannya..hehe

bengkel yang tuan jalankan juga menarik..teruskan memberi inspirasi, ya! (^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...