Langkau ke kandungan utama

Teruskan beralasan dan berangan-angan

"Saya sibuk tidak ada masa."
"Saya ada keperluan untuk keluarga dan kerja."
"Saya masih muda, banyak perkara perlu dilakukan."
"Saya sudah tua, tidak larat memikirkan."
"Saya tiada duit."
"Saya terlalu kaya."
"Saya, saya, saya dan saya beri alasan untuk tidak menulis."
"Saya ada komitmen lain."

Saya hanya berikan jawapan kepada semua alasan dengan menunjukkan sekeping gambar ini.


Cik Puan ini memberi inspirasi besar kepada semua untuk terus menjadi penulis.

Gadis dalam foto ini bergantung kepada mesin oksigennya 24 jam sehari disebabkan paru-paru beliau rosak. Sewaktu sedang mandi sekalipun mesin itu mesti disambungkan ke hidungnya.

Beliau turut hadir ke bengkel penulisan dikendalikan oleh guru saya, Puan Ainon Mohd.

Beliau terpaksa duduk di pintu masuk bilik bengkel kerana di situ ada suis elektrik. Makan tengah harinya dihantar oleh adiknya naik ke atas kerana bilik kuliah terletak di tingkat 2 bangunan.

Mesin oksigen itu berharga RM25 ribu.

Ramai yang tidak berganjak dan sanggup berdiri di belakang sepanjang bengkel jam 10 pagi sehingga lima petang. Duduk di luar tidak menjadi masalah asalkan dapat mendengar dan mengikuti bengkel.
Alasan, tidak membawa kita ke mana-mana. Lega sementara, angan-angan terawang-awang entah ke mana.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...