Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Di mana kita semua Ahad ini? Saya akan ke sini

Klik imej bagi paparan lebih jelas Ahad 25 Oktober 2009 Bengkel Adaptasi, Hakcipta dan KJ Method untuk Penulis Buku Bukan Fiksyen. Jikalau tuan dan puan berminat mahu menulis buku bukan fiksyen secara adaptasi untuk terbitan PTS, bengkel ini adalah wajib. --------- Tarikh: Ahad 25 Oktober 2009 Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Ulu Kelang, Kuala Lumpur Ia berada di depan GIANT, sederet dengan kedai 7-Eleven, di atas Klinik Gigi Nooriah. Masa: 10.00 pagi sehingga empat petang Trainer: Mentor saya, Puan Ainon Mohd. Bengkel adalah percuma Nota: Saya akan berada di bengkel bagi membuat rakaman audio dan video bengkel. Kita berjumpa di sana. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Sana Sini | PSMB 2009 Conference

PSMB Conference 2009 | Strategising Human Capital Development During Global Economic Crisis mempertemukan ketua unit laithan dan pegawai-pegawai di bahagian sumber manusia. dari seluruh negara Program berlangsung selama dua hari. Saya mewakili Streetsmart Solution, Tuan Shamsuddin Kadir dari Ultra Mind Resources dan Tuan Hazali dari Waiz Malaysia ke sana bagi membina rangkaian dan memperkenalkan ketiga-tiga penyedia latihan dalam pelbagai bidang. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Berpengaruh atau sudah seperti air yang keruh?

Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu." Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja. Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya. Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka. Buku ini baru sahaja masuk stor PTS hari ini. Bakal masuk ke kedai-kedai buku seluruh negara tidak lama lagi. Insya Allah juga boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010 bermula pada Mac tahun hadapan. Penulis 30 Strategi Individu Berpengaruh mendedahkan bagaimana dalam sejarah, kuasa pengaruh berjaya mengangkat kedud...

Teruskan beralasan dan berangan-angan

"Saya sibuk tidak ada masa." "Saya ada keperluan untuk keluarga dan kerja." "Saya masih muda, banyak perkara perlu dilakukan." "Saya sudah tua, tidak larat memikirkan." "Saya tiada duit." "Saya terlalu kaya." "Saya, saya, saya dan saya beri alasan untuk tidak menulis." "Saya ada komitmen lain." Saya hanya berikan jawapan kepada semua alasan dengan menunjukkan sekeping gambar ini. Cik Puan ini memberi inspirasi besar kepada semua untuk terus menjadi penulis. Gadis dalam foto ini bergantung kepada mesin oksigennya 24 jam sehari disebabkan paru-paru beliau rosak. Sewaktu sedang mandi sekalipun mesin itu mesti disambungkan ke hidungnya. Beliau turut hadir ke bengkel penulisan dikendalikan oleh guru saya, Puan Ainon Mohd. Beliau terpaksa duduk di pintu masuk bilik bengkel kerana di situ ada suis elektrik. Makan tengah harinya dihantar oleh adiknya naik ke atas kerana bilik kuliah terletak di tingkat 2 bangunan. ...

Sudah potong atau 'connection'

Tiga hari lalu berlangsung bengkel Copywriting PTS. Pengenalan asas kepada copywriting. Disertai para pegawai pemasaran yang kreatif dan para editor yang proaktif dalam penghasilan buku bermutu. Saya dijemput bagi memberi pembentang bagi mendedahkan apakah amalan peniaga-peniaga bagi menarik pelanggan menggunakan iklan yang dihasilkan. Bengkel ini memperkenalkan 8 emotional button, 9 logical button dan dua daripada 17 psikologi pembeli. Apa yang dilihat pembeli apabila membaca iklan. Pendedahan amalan pengiklan tempatan dan luar negara. Juga bagaimana ia diserapkan dalam kempen pengiklanan. ------------ Bengkel komuniti separuh hari untuk orang awam akan dibuka semula tidak lama lagi. Kami akan dimaklumkan melalui Facebook. Bengkel komuniti hanya mengenakan caj untuk tempat dan keperluan multimedia sahaja. Iaitu sejumlah RM50.00. Yuran professional penceramah adalah percuma. Ini adalah salah satu daripada khidmat komuniti yang kami sediakan bagi mereka yang mahu mempelajari psikologi ...

Apa kata Harian Metro mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah?

Hari ini saya menerima respon daripada pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, iaitu daripada Cik Puan Hafdzarina Abdul Aziz yang berasal dari Senai, Johor. Imej di atas merupakan petikan yang diambil dari sembang maya Facebook penulis. Klik imej bagi paparan lebih jelas. Pada hari Jumaat, Harian Metro turut menyiarkan ulasan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Berikut merupakan salinan ulasan buku tersebut. Ulasan Buku: Cinta sebagai ibadat penuhi kekosongan jiwa Tajuk: Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah Penulis: Zamri Mohammad dan Imran Yusof Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd Harga: RM19.50/RM 21.50 (Sabah & Sarawak) Muka Surat: 304 halaman "PINTU tidak akan terbuka, tanpa ada orang mengetuknya. Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya. Istimewa ditulis buat dirimu yang sedang menatap buku ini." Selepas menyelak halaman pertama buah tangan dua penulis ini, membuka satu pandangan baru mengenai dunia kasih saya...

Tekan butang emosi dan butang logik

Alhamdulillah, sebentar tadi baru selesai kursus separuh hari, Copywriting: Skrip Jualan untuk akhbar, majalah dan web. Sebuah program komuniti yang dianjurkan di pejabat kami di Wangsa Melawati. Sejak jam 9.00 pagi tadi, peserta didedahkan kepada 8 asas keperluan manusia, mengenalpasti butang emosi dan butang logik serta pendekatan psikologi yang digunakan dalam seni skrip jualan. Program komuniti ini akan diadakan dari masa ke semasa. Tahniah kepada semua peserta yang sebenarnya menjadi star dalam bengkel ini. Mereka sama-sama membuat bedah siasat dalam iklan dan mengenalpasti apakah elemen yang boleh digunakan bagi dimasukkan ke dalam iklan. Satu tip yang didedahkan dalam bengkel mini ialah pemilihan nama Jus Tok Guru dan duta produk Quaker Oats ada berkaitan dengan teknik Credibilty by Osmosis. Peserta dari Sabah, sanggup merentasi Laut Cina Selatan semata-mata mahu mempelajari seni skrip jualan. Moga-moga perjalanan yang jauh itu juga membawa beliau jauh ke hadapan dalam apa jua d...

Program Komuniti | Skrip Jualan untuk pengiklanan bisnes kecil di majalah, akhbar dan web

Teori dan praktikal Skrip Jualan untuk pengiklanan bisnes kecil di majalah, akhbar dan web Senarai peserta bengkel komuniti | Penulisan Skrip Jualan untuk pengiklanan bisnes kecil di majalah, akhbar dan web. Seorang peserta dari Sabah ke semenanjung bagi menghadiri bengkel komuniti ini. Semoga Allah permudahkan. Sesi (1) 9.30 pagi- 1.00 tengah hari 17 Oktober 2009 Puan Hazlinda MH Tuan Khairil Anuar Tuan Iskandar Syah Tuan Azuwan Bin Shaari Tuan Hazali Waiz Malaysia Tuan Sabri Hassan Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah Puan Hajijah Tuan Azman Mohd Sharif Sesi (2) 2.30-6.00 petang .... baru dibuka, ada lapan kekosongan. -------------- Satu sesi hanya melibatkan 8 peserta sahaja bagi memastikan tuan dan puan dapat mengikuti bengkel separuh hari ini dengan selesa. Praktikal dan teori dilakukan bersama. Saya akan dedahkan bagaimana jenama antarabangsa seperti Quacker Oat, Brylcream dan jenama tempatan lain berjaya menggunakan skrip jualan bagi memanjangkan hayat bisnes serta menggandakan bisnes...

29 Penulis bestseller bakal dihasilkan menjelang 2010

Ramai tidak menyedari mereka telah didedahkan teknik menulis sejak di sekolah, universiti dan di tempat kerja. Tetapi mereka tidak diberitahu (dirahsiakan) bahawa apa yang mereka buat selama ini dapat diubah menjadi sebuah buku yang membina reputasi dan kredibiliti mereka dalam kerjaya dan bisnes. Gabungan peserta daripada latar belakang pelbagai menjadikan seminar ini lebih berprestij. Ada daripada kalangan guru, editor, usahawan, pengarang dan mahasiswa. Itulah gambaran ketika seminar penulisan buku popular di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 10 Oktober lalu. Salah seorang pengarang terkenal yang turut hadir adalah Cik Zabrina Abu Bakar, pengarang buku Life Is An Open Secret. Karya beliau pernah beberapa kali menduduki cara buku bestseller MPH. Terima cik Zabrina atas sokongan kepada program kami. Seminar kali ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. Dua orang jurulatih berpengalaman dalam dunia penerbitan dan penulisan buku. Pelbagai i...