Langkau ke kandungan utama

Catatan

Siapa yang tolak saya jatuh sungai ada buaya?

Ya, dalam seminggu ini sengaja saya menulis mengenai ayah saya. (foto kiri) Saya sedang melihat apakah yang dapat saya pelajari sepanjang mengenalinya sebagai individu yang banyak memberi jasa pada saya. Jika saya ditanya pada umur sepuluh, lima belas dan dua puluh tahun, pasti jawapan tidak matang akan saya berikan. Mungkin ayah kelihatan tidak sempurna dan tidak ideal berbanding ayah rakan-rakan dan saudara mara saya. Itu pandangan saya yang jahil dan tidak matang dalam memahami misteri ajar dan didik ayah pada saya. Saya menulis entri-entri mengenai ayah sebelum ini bagi menjadi cermin diri saya sendiri. Ingatan kepada diri agar saya dapat mencari ruang dan peluang yang terbaik dalam hidup. Tambahan lagi, seminggu lagi, akhbar, televisyen, internet dan iklan kompleks membeli belah akan sibuk mengkomersialkan sambutan Hari Bapa seluruh dunia. Lima hari terakhir sebelum sambutan ini sentiasa saya ingat setiap tahun. ---- Saya membaca sepintas lalu sebuah buku, judulnya Be Happy Withou...

Bicara syurga di telinga, bicara azab simpan di hati

Tahun 2001, saya menerima nota yang diselitkan pada tingkap bilik di kolej kediaman. Jam 7.00 malam baru pulang dari padang bola, bermain dengan hanya berkaki ayam. Nota ringkas berbunyi, "Abah di hospital, hubungi abang," ringkas tetapi membuat saya tidak senang duduk. Ayah dimasukkan ke hospital kerana strok peringkat awal. Pada usia 63 tahun, beliau berbaring pada katil, "Saya tidak apa-apa," katanya dengan suara yang tidak jelas. Mungkin ayah kurang selesa dengan keadaan ini. Dikerumuni oleh anak-anak, adik beradik, menantu dan isterinya. --- Ayah tidak suka susahkan orang lain. Seboleh-bolehnya beliau akan lakukan semua sendiri. Kami sekeluarga pernah terkejut dengan tindakan ayah pulang dari Institut Jantung Negara selepas beberapa hari selesai menjalani pembedahan bypass pada jantung. Beliau pulang sendiri tanpa memaklumkan kepada kami. Cukup seminggu di hospital, beliau keluar selepas mendapat rawatan dan ubat yang diperlukan. Dari hospital beliau menaiki te...

Political Will, buku tempatan dan Hussam Musa

Lebih banyak buku pada harga lebih rendah Padat dengan stok buku baru Pilih dahulu, saring kemudian. Sedang merasionalkan tindakan saya berada di sini. Sudah jadi ahli selama tiga tahun sejak 2007 Raga besi disediakan untuk pembeli Buku-buku yang dibeli sebelum masuk ke kedai ini Dalam bengkel penulis bebas lalu , salah satu tip yang saya berikan kepada peserta ialah mengenalpasti kedai-kedai buku alternatif bagi menambah koleksi buku bagi tujuan berkarya. Saya berikan satu contoh, rakan penulis saya, Tuan Wan Muhammad Haeqal membeli sebuah buku berjudul Become Who You Were Born to Be pada harga RM20, sedangkan ia dijual pada harga RM90 di kedai-kedai buku berangkai. Tetapi ada sebuah kedai buku di Amcorp Mall menjual buku yang sama pada harga jauh lebih murah. Saya bertanya dari mana mereka mendapatkan buku-buku ini, salah satunya ialah daripada kedai-kedai buku yang tidak dapat memulangkan stok buku pada penerbit. Maka kedai buku di Amcorp ini membelinya dan menjual pada harga murah....

Dalam diam dia berbicara dan mendidik

Meskipun kami jarang dan hampir tidak bercakap, tetapi beliau memenuhi tanggungjawab sebagai ayah dengan cara tersendiri. Ayah menjadikan apa yang dilihat dan disentuh untuk memahami tingkah laku dan personaliti anaknya. Antara saya dan ayah kami ada persamaan iaitu suka mengambil gambar. Bezanya ayah menggunakan kamera hitam-putih yang perlu dilihat dari atas. Posisi imej dalam kamera itu terbalik dan perlu digunakan secara manual. Kemudian ayah membeli kamera berjenama Kodak, masih lagi jenis manual dan menggunakan filem. Pada kami berdua, penceritaan pada gambar itu lebih penting. Seninya mungkin tidak ada kerana kami berdua amatur dan tidak meluangkan masa untuk mendalaminya. Saya tidak mempunyai sekeping foto koleksi ketika sekolah rendah. Ini menjadikan saya rugi kerana memori mengenai sekolah rendah langsung tidak ada. Mungkin itu sebabnya saya suka mengambil foto. --- Dalam diam ayah menyelami dunia remaja saya. Setiap kali saya ke sekolah. Ayah akan masuk ke bilik dan membelek...

Forum Halaqah | Khadijah dan model cinta kontemporari

Sebahagian buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dibincangkan dalam forum online Halaqah . Berikut merupakan sedutan perbincangan yng dipetik daripada buku dan tambahan pandangan para pelayar forum ini. Falsafah cinta Khadijah diteladani, pendekatan moden juga sama-sama dipelajari. --- Kita mampu membina cinta sehebat Khadijah. Ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan betul mencipta keenakan dalam hidangan kasih yang tersaji. Formula kasih inilah yang menjadi hubungan bersama pasangan pencetus kasih daripada Tuhan dan pembina cinta Nabi kepada diri kita. Dalam diri setiap wanita, ada sesuatu yang menjadi magnet menarik lelaki yang setia menjadi pasangan hidup. Magnet dalam diri ini mencipta episod-episod cinta yang indah dan bermakna sebagai memori manis sepanjang hayat. Petikan 1 Jadilah bagaikan pencinta setia umpama Khadijah dalam dunia kontemporari ini. Anda bagaikan Khadijah yang menjadi ingatan dan sebutan di bibir. Anda juga bagaikan Khadijah y...

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dibaca oleh pengantin baru

Moga tidak terlewat mengucapkan selamat pengantin baru kepada pembaca, Puan Sharena dari Cyberjaya dan suami. Puan Sharena adalah pembaca Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah . Mereka dalam perancangan berbulan madu di Cameron Highland pada pertengahan Jun ini. Kami mendoakan semoga Allah memberikan rezeki melimpah ruah dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada suami isteri ini. Sinopsis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih k...

Ciuman kasih ciuman sayang

Saya tertarik pada apa yang disampaikan oleh Tuan Parlindungan Marpaung dalam bukunya Setengah Berisi Setengah Kosong. Dalam bab kedua, bertajuk Ciuman seorang ibu , beliau memberi sudut pandang yang menarik. Dalam kajian dilakukan oleh Bernie Siegel didapati, Suami yang menerima ciuman isterinya lebih yakin dan bersemangat dan kurang berhadapan dengan kecelakaan. Suami yang menerima ciuman isteri sebelum meninggalkan rumah mempunyai peratusan keinginan pada wanita lain lebih rendah. Dalam hubungan ibu dan anak pula mempunyai kesan yang sama. Anak yang menerima ciuman sayang ibu mempunyai kesan positif pada pelajaran di sekolah Anak yang menerima ciuman sayang ibu lebih tinggi peratusan sabar dan kurang berkelahi. Ciuman sayang baik daripada suami kepada isteri, ibu kepada anak atau sebaliknya mempunyai kesan positif baik dari segi kesihatan fizikal mahupun emosi. Apabila bercerita mengenai ciuman sayang anak kepada ibu dan ibu kepada anak, ia mengingatkan saya ketika mana pada awal ay...