Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cerita Nuffnang dari e-mel peribadi saya

Cerita Nuffnang dari e-mel peribadi saya: Dear Nuffnanger, On this very date two years ago, Ming and I were awake at 2.30AM preparing to launch the beta version of Nuffnang. It was an odd time to launch it but Ming had insisted on the timing because a fortune teller had told him it was the most prosperous time to launch Nuffnang. Two years later Nuffnang has outstripped our wildest imaginations, growing from an office in Penang to having regional offices in Kuala Lumpur, Singapore, Manila and Melbourne. The number of Nuffnangers in the region had also grown from 75 on the first day of launch to over 85,000 as of February 2009. On top of that, the amount of ad money that Nuffnang pumps into the blogosphere can no longer be described in the thousands or hundreds of thousands but instead has shot far into the millions. The phenomenal growth story of Nuffnang is the result of lots of luck and good people. From the amazing capable people we have in the constantly growing Nuffnang Team (The ...

Perpustakaan Negara Malaysia & MPH | Jualan Buku Murah

Datanglah beramai-ramai ke Program Jualan Buku Murah anjuran PNM dan MPH Bookstores pada : Tarikh : 27 Februari 2009 sehingga 1 Mac 2009 (Jumaat - Ahad) Masa : 9.30pagi sehingga 6.00 petang Tempat : Perkarangan PNM Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Lagi komen pembaca Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Info sisipan Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publicatio n and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 ( KLIBF 2010 ) Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia , PTS Professional , PTS One . Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika , PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH , MPH Online , Popular Bookstores , Bookcafe dan E-kedai.net Teruskan membaca entri di bawah ---------- Dipetik, diolah dan disusun semula dari blog pembaca Inside My Head | Kopie Sebahagian petikan entri 14 Januari 2009 "....Tapi, keseluruhannya, aku puas hati, sebab buku ini, ada gambar, ada madah-madah dan idea-idea cinta, ada footnote dan ada jugak mini kuiz di penghujung bab. Pada aku tidak ada yang rugi apabila membel...

Geng Genius di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Ya, selama ini saya menumpukan kepada penghasilan karya-karya non fiksyen. Semalam satu pertemuan ringkas dengan PTS Millenia juga berkaitan dengan dua buah buku yang perlu diserahkan pada Oktober 2009. Ya, Oktober! Menulis buku memerlukan satu jangka masa. Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 , buku fiksyen pertama hasil gabungan tiga penulis akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada 17 April ini. Geng Genius adalah novel berkaitan kegilaan dunia sains dalam kehidupan kanak-kanak sekolah rendah. Idea ini timbul pada peringkat awal apabila kami berbincang mengenai menterjemah kekaguman kami kepada Discovery Channel yang memaparkan pelbagai rancangan sains 'gila' seperti Myth Buster dan Mad Lab ke dalam sebuah buku. Itu cerita awal tahun 2008. Berkali-kali perkara ini melalui proses brainstorming , bermula dengan pemilihan tim, kemudian konsep dan seterusnya. Ya, ia mengambil masa setahun bagi mencari formulanya. Akhirnya Geng Genius yang awalnya angan-ang...

Kini semua orang boleh menulis buku best-seller!

Akan berada di gerai buku PTS Publication di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2009) pada 17 April 2009. Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah susulan kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih diulang cetak sehingga hari ini. Buku terdahulu mendedahkan tip menulis di majalah manakala buku Tip Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan tip menulis buku bukan fiksyen (nonfiction). Tip Menjadi Penulis Bestseller mempercepat cita-cita Tip Menjadi Penulis Bestseller menjawab soalan dalam fikiran saudara Tip Menjadi Penulis Bestseller untuk penulis sepenuh masa dan sambilan Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah buku panduan asas penulis baru Tip Menjadi Penulis Bestseller mendedahkan teknik menulis terkini Kebebasan kewangan sebagai penulis buku bermula di sini Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah pencetus ilham Terima kasih kepada semua pembaca yang menjadikan buku ini sahabat akrab dan teman di mana sahaja berada. Segala m...

Kursusperniagaan.com, Majalah IM dalam Utusan Malaysia

Kursus perniagaan di Utusan Malaysia 25 Febuari 2009 Baca di sini Dengan kerjasama Kursusperniagaan.com, majalah siber Majalah IM dan Alumni Mahallah Ali Abi Talib, satu seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil diadakan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, baru-baru ini. Seminar sehari itu pertama kali diadakan di UIAM dan melibatkan pelajar dan peniaga kecil. Ia bagi mengetengahkan potensi perniagaan melalui Internet dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini yang boleh diceburi oleh bakal graduan dan ahli perniagaan lain. Lima panel mengetengahkan pelbagai topik yang menyentuh isu perniagaan internet, perlindungan bisnes kecil, penjenamaan dan pembinaan web mini serta skrip jualan berpengaruh. Seorang usahawan, Adly Mukhtar telah berkongsi pengalaman menariknya menjana pendapatan RM10,000 pada usia 17 tahun, "Amat penting mendapatkan RM1 pertama dalam perniagaan Internet sebelum menjana pendapatan lebih tinggi," jela...

Blog penulis bakal mencecah kunjungan unik 100,000 pembaca

Saya mempunyai tiga buah blog yang bercerita mengenai perkara yang sama pada susunan yang berbeza. Bukan kerana saya ingin menghasilkan blog spam, tetapi setiap satunya mempunyai ceritanya tersendiri. Saya bemula menulis blog menggunakan Blogspot pada Julai 2005 secara konsisten. Selepas beberapa lama saya tidak berpuas hati kerana ia tidak mempunyai bahagian kategori untuk saya asingkan entri yang mempunyai pelbagai cerita. Saya mula kenal dengan Wordpress. Adanya bahagian kategori pada blog menjadikan saya memilih untuk menulis pada Wordpress. Tetapi saya tidak meninggalkan Blogspot. Sayang sekali mahu ditinggalkan begitu sahaja. Maka saya kekalkan kedua-duanya. Selepas itu, saya bersahabat dengan saudara Sabri penulis buku Rahsia Buat Duit dengan Internet terbitan PTS Profesional. Pada awalnya saya bercadang menghasilkan laman web sahaja. Saudara Sabri mencadangkan saya mempunyai blog pada hosting sendiri. "Bagaimana jika blog di hosting percuma hilang tiba-tiba?" soal bel...