Gambar dan teks dipetik dari AkademiPenulis.com Alhamdulillah, 3 hari AkademiPenulis.Com berkampung di MITC Ancasa Melaka bersama-sama dengan para pegawai Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan para guru kanan sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Bengkel Intensif Penulisan Buku Rujukan BPTV ini adalah bagi menyiapkan penulisan dokumentasi sejarah mengenai pendidikan teknik dan vokasional. Buku yang diberikan tajuk Citra Kecemerlangan ini dibuat dalam dua bahasa dengan dua versi. Ia ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan rancangan penghasilan dua versi buku, buku versi kulit biasa dan versi meja kopi (coffe table book) yang mewah. Buku ini adalah hasil ilham Yang Berbahagia Dato’ Yusoff Haron, Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional KPM. Perbincangan mengenai program penghasilan buku ini bermula pada bulan Januari 2009 dengan sasaran menghasilkan buku sebelum 1 April 2009. Satu plan bersepadu dicadangkan oleh syarikat induk AkademiPenulis.Co...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.