Langkau ke kandungan utama

Bersama Fauzul Naim Sdn Bhd di bengkel penghasilan buku rujukan BPTV












Gambar dan teks dipetik dari AkademiPenulis.com

Alhamdulillah, 3 hari AkademiPenulis.Com berkampung di MITC Ancasa Melaka bersama-sama dengan para pegawai Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan para guru kanan sekolah menengah teknik seluruh Malaysia.

Bengkel Intensif Penulisan Buku Rujukan BPTV ini adalah bagi menyiapkan penulisan dokumentasi sejarah mengenai pendidikan teknik dan vokasional.

Buku yang diberikan tajuk Citra Kecemerlangan ini dibuat dalam dua bahasa dengan dua versi. Ia ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan rancangan penghasilan dua versi buku, buku versi kulit biasa dan versi meja kopi (coffe table book) yang mewah.

Buku ini adalah hasil ilham Yang Berbahagia Dato’ Yusoff Haron, Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional KPM. Perbincangan mengenai program penghasilan buku ini bermula pada bulan Januari 2009 dengan sasaran menghasilkan buku sebelum 1 April 2009.

Satu plan bersepadu dicadangkan oleh syarikat induk AkademiPenulis.Com, Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dan dibentangkan kepada pihak pengurusan BPTV bagi merealisasikan impian ini. Ia meliputi 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Latihan dan pengumpulan bahan
Fasa 2 : Penulisan dan pengeluaran draf
Fasa 3 : Suntingan dan percetakan

Kesemua ini dirancang dalam program pembangunan 3 bulan. Sekarang dua fasa sudah dijalankan dan bengkel penulisan ini adalah salah satu program di bawah fasa kedua. Alhamdulillah selepas 4 hari 3 malam, pihak pasukan penulisan berjaya menghasilkan draf 1.

Satu gerak kerja yang dirancang dengan cukup teliti dengan sokongan penuh BPTV.
Pasukan penulisan terdiri daripada para pegawai BPTV, pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik seluruh Malaysia.

Gabungan 32 orang tenaga dengan dibantu oleh dua orang fasilitator berpengalaman yang juga perunding kanan AkademiPenulis.Com menjadikan projek berjaya mencapai tahap ini.

En. Zamri Mohamad dan En. Muhammad Ikram Wazir dibawa khas oleh AkademiPenulis.Com dan diketuai oleh perunding utama, En. Fauzul Na’im Ishak.

Draf 1 setebal 300 halaman berjaya dihasilkan dan sudah memasuki fasa pemurnian yang dilakukan oleh para perunding kanan terlibat. Pihak FNSB amat optimis ia akan berjaya mencapai sasarannya. Tahniah kepada para penulis dan doakan kejayaan kita bersama. Terima kasih atas kerjasama semua.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak Pengasas/Mentor Utama AkademiPenulis.Com : Transformasi Dunia Dengan Perkataan md@fauzulnaim.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...