Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bersama dua penulis Rahsia Bisnes Mamak 12 April ini!

Program: Bersama Penulis - Zamri Mohamad Tarikh: 12 April 2008 (Sabtu) Masa: 2-3 petang Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC Penganjur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd Diskripsi: Penulis akan membincangkan buku baru tulisan bersama Muhammad Faisal Sharbudin, Rahsia Bisnes Mamak bersama pengunjung yang hadir. Hubungi Mohd Yahya Fadzli Jusoh, 016-661 1849 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.

Khabar buruk kepada para penulis.

Dalam seminar Hakcipta anjuran DBP, didedahkan bahawa kini terdapat sebuah organisasi yang bergerak secara berkumpulan dan profesional yang melihat-lihat mana-mana pelanggaran hakcipta oleh penulis. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mahir dalam undang-undang hakcipta dalam dan luar negara akan mensasarkan para penerbit yang semestinya berduit dan besar sebagai habuan mereka. Apabila penulis melanggar hakcipta melibatkan apa sahaja yang terkandung dalam undang-undang, maka kumpulan ini akan mengumpul seberapa banyak bukti dan kesalahan kemudian mengemukakan saman kepada penerbit atas tindakan penulis itu. Maka dinasihati kepada para penulis (termasuk diri sendiri) agar tidak menggunakan sebarang lagu nyanyian sama ada nasyid, pop atau sebagainya yang dikomersialkan dan dinyanyikan sebagai bahan promo dalam video. Kumpulan ini bergerak dan mula mengeluarkan surat mahkamah dan saman menjelang pesta buku. Mereka mengambil masa bagi mengumpul sedikit demi sedikit bukti bagi meningka...

Membedah siasat karya bestseller novel Laskar Pelangi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Sedikit catatan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Catatan daripada sesi bersama novelis bestseller Indonesia, Andrea Hirata. Saya berkesempatan menghadiri program ini yang diadakan selama sejam kemudian diikuti dengan sesi autograf di gerai buku PTS. Laskar Pelangi,novel pertamanya terjual 500 000 naskhah di Indonesia. Novel ini pada asalnya adalah catatan peribadi, seperti diari yang dikisahkan dalam bentuk novel yang ditulis khusus untuk gurunya, Ibu Muslimah. Pada awalnya rakan beliau yang meminjam komputernya menggesa ia diterbitkan. Andrea menolak. Dalam senyap-senyap rakannya menghantar kepada sebuah penerbit. Ditirunya tandatangan Andrea dan diisinya segala macam borang. Penerbit tertarik dengan manuskrip itu lalu menghubungi Andrea jam 1 pagi.Dalam masa tiga minggu diterbitkan, 30 000 naskah terjual. Bagi Andrea tidak ada penjelasan logik mengenai fanomena bestseller Laskar Pelangi. Laskar Pelangi memaparkan perjalanan hidup masyarakat Melayu di Belitung. Andre...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (7)

Bersama penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak Penulis novel, Tuan Mohamad Kholid (kanan) dan Tuan Ruslan, pegawai perancang bahasa. Kartunis Kecempreng, Poyo (kanan), Umbut (tengah) Andrea Hirata, penulis novel Laskar Pelangi Bicara novel Anrea Hirata. 500,000 naskhah terjual di Indonesia Sesi autograf Gayour

Nasi Lemak dan Kopi O di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Siaran TV9 sedang mempromosikan rancangan terbaru Nasi Lemak dan Kopi O yang keudara pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam lapan pagi. Sedang mereka sedang mempromosikan program itu, kuiz dan soalan diberikan. Saya juga ditarik juga. Terima kasih kepada Roslan PTS. Oh beliau juga ditemuramah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Dalam keadaan saya sedikit gemuruh, maka saya disoal apakah rancangan yang sering ditonton di TV9. Saya kira satu dua sahaja. Berita TV9 dan Cari Menantu mungkin. Kemudian disuruh pula menjadi wartawan dan melaporkan mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Dalam kepala saya bercampur-campur. Tetapi selesai sahaja, diberinya cenderamata dalam kotak yang comel. Hmm, akhir sekali disuruhnya memandang kamera dan berkata, "Tontonilah Nasi Lemak dan Kopi O hanya di TV9 dekat di hati." Terima kasih atas cenderamata itu. Oh, sepatutnya saya promosikan buku Rahsia Bisnes Mamak juga. Dalam gemuruh cepat terlupa. Kita berju...

Pak Samad lancarkan petisyen tuntut karya-karya daripada DBP

Buku petisyen di gerai buku Wira Bukit Coretan Pak Samad menuntut hak Saya menandatangani buku petisyen Bersama Ted Mahsun , seorang blogger dan penulis. Cerita Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 kali ini menarik. Kumpulan Wira Bukit, syarikat penerbitan yang menerbitkan buku-buku Sasterawan Negara, A Samad Said telah melancarkan petisyen bagi menuntut Dewan Bahasa dan Pustaka memulangkan hakcipta karya Salina dan buku-buku lain di bawah penerbitan itu kembali kepada penulis asalnya. Petisyen ditandatangani oleh para pengunjung di pesta buku ini melibatkan penulis-penulis tempatan, pembaca karya dan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Ditulis pada buku petisyen itu oleh Pak Samad sendiri, "Saya, A Samad Said sedang menuntut hakcipta buku-buku saya daripada DBP. Jika ingin menyokong, turunkan nama dan tandatangan." Bagi mereka yang menyayangi karya-karya Pak Samad dan mahukan ia terus berada dalam masyarakat iaitu terus diterbitkan, datanglah ke ...

Pak Samad bercerita mengenai urus wang penulis bebas

Seperti saya janjikan, saya ingin berkongsi bersama para pengunjung mengenai petua menjadi penulis bebas daripada Pak Samad Said. Dua tahun lalu, beliau berkongsi petua kepada penulis bebas bagaimana memilih buku yang bagus dan bersegera apabila berkarya sebelum diambil orang. Tip ini saya kongsikan dalam buku akan datang, Tip Menjadi Penulis Bestseller yang kini dalam proses editorial PTS Profesional. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 mempertemukan saya dengan Pak Samad. Saya bersalam dengan kata-kata saya kepada beliau, "Pak Samad sudah jadi pejuang revolusi (merujuk kepada artikel beliau di The Sun)." Dalam petuanya menjadikan buku sebagai pelaburan, beliau berkongsi rahsianya dalam perbualan selama sejam. "Apabila membeli buku, ketahuilah bahawa buku akan bertambah nilainya pada masa akan datang. Ada buku yang dibeli dan dapat dijual semula pada harga tinggi pada masa akan datang. Ia boleh dijual pada perpustakaan dan individu," kata Pak Samad Tambahnya ...