Langkau ke kandungan utama

Pak Samad bercerita mengenai urus wang penulis bebas


Seperti saya janjikan, saya ingin berkongsi bersama para pengunjung mengenai petua menjadi penulis bebas daripada Pak Samad Said. Dua tahun lalu, beliau berkongsi petua kepada penulis bebas bagaimana memilih buku yang bagus dan bersegera apabila berkarya sebelum diambil orang.

Tip ini saya kongsikan dalam buku akan datang, Tip Menjadi Penulis Bestseller yang kini dalam proses editorial PTS Profesional.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 mempertemukan saya dengan Pak Samad. Saya bersalam dengan kata-kata saya kepada beliau, "Pak Samad sudah jadi pejuang revolusi (merujuk kepada artikel beliau di The Sun)."

Dalam petuanya menjadikan buku sebagai pelaburan, beliau berkongsi rahsianya dalam perbualan selama sejam.

"Apabila membeli buku, ketahuilah bahawa buku akan bertambah nilainya pada masa akan datang. Ada buku yang dibeli dan dapat dijual semula pada harga tinggi pada masa akan datang. Ia boleh dijual pada perpustakaan dan individu," kata Pak Samad

Tambahnya lagi, "Belilah buku-buku kulit keras atau hardcover, boleh jadi 20 tahun akan datang nilainya lebih tinggi berbanding sekarang."

Pak Samad berkata ada buku yang dibelinya dapat dijual pada harga RM400 sebuah sedangan ia hanya puluhan ringgit ketika dibeli mula-mula dahulu.

Bercerita mengenai pengurusan bajet penulis. Pak Samad menyarankan penulis muda menyediakan diri sekurang-kurangnya bajet enam bulan ke hadapan bagi menampung perbelanjaan diri. Ini bermakna, penulis sudah mempunyai bajet enam bulan ke hadapan awal-awal lagi.

"Berikan masa selama tiga tahun kepada diri saudara dari segi ekonomi bagi menjadi penulis bebas sepenuh masa," nasihat Pak Samad lagi.

Pak Samad berkata tidak mustahil menjadi penulis bebas sepenuh masa asalkan penulis tahu membuat pilihan dalam hidup. Maksudnya, pilihan mengurus bajet peribadi yang lebih mengutamakan keperluan berbanding kehendak adalah pilihan yang perlu diurus secara bijaksana oleh penulis.

"Seperti kopi Starbuck dan kopi di kedai biasa. Bijak-bijaklah memilih mana satu keperluan dan kehendak. Sekali sekala memilih Starbuck tidak salah," katanya sambil ketawa.

Kita berjumpa ya pada 12 April 2008 jam 2 petang di gerai buku PTS terletak di seberang sungai PWTC. Bagi mereka yang inginkan autograf untuk buku tulisan saya yang sudah dibeli sebelum ini, insya Allah saya akan berada di sana selama sejam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...

Boycott goods, don’t resort to violence’

Boycott goods, don’t resort to violence’ KUALA LUMPUR, Fri. Muslims around the world should boycott the goods and services of the countries which published the caricatures of the Prophet Muhammad in their newspapers, instead of resorting to violent demonstrations. International Islamic University’s Communication Department lecturer Professor Dr Fazal Rahim Khan said the boycotting of products would put a huge dent in the economy of those countries. This would make their Governments realise the seriousness of the matter, he added. "We should pinch hardest where it hurts the most... the economy. There are 1.3 billion Muslims in the world today, let us do something. "One thing we can do is boycott their goods and services, and this includes their media products," he said at a forum entitled "Cartooning the Holy Prophet S.A.W.: Press Freedom or Press Crusade?" at the university today. The two-hour forum saw two lecturers from IIU presenting their views on the highl...