Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tip Temuduga Muslimah Moden

Akan datang, Tip Temuduga Muslimah Moden terbitan PTS Millennia Membina karier dan meningkatkan potensi kerja yang sedia ada bukan kerja seorang diri. Proses ini memerlukan kuasa rangkaian. Selalu ia disebut dengan istilah kabel, orang dalam dan kenalan. Kita memerlukan rangkaian untuk memenuhi cita-cita dan impian peribadi. Rangkaian membantu mempercepatkan proses mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kos peribadi dalam usaha mendapatkan jawatan yang diingini. Rangkaian peribadi membantu kita memperolehi pekerjaan melalui pandu arah yang dibentuk dalam rangkaian itu sendiri. Pandu arah yang terbentuk dalam kumpulan rangkaian membawa kita kepada sasaran yang betul untuk membina kerjaya. Ia membantu mengurangkan kesilapan. Memilih rangkaian sahabat dan kenalan yang betul memberi pandu arah untuk kita memfokuskan jenis karier yang kita inginkan. Potensi pekerja muda lebih terbuka dalam memilih jenis kerjanya. Namun begitu, skop yang luas ini perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian kec...

Terkejut dan keliru

Saya berada di Carefour, wangsa Maju ketika saya menerima sms ini; "Zamri, kalau artikel keluar dalam akhbar .... ada apa-apa kesan atau tidak?" Rakan saya yang juga seorang penulis baru menyuarakan kebimbangan beliau apabila petikan artikel yang ditulis dan disiar dalam sebuah laman web NGO telah diambil oleh seorang editor dan disiarkan dalam akhbar politik ini. Petang itu beliau menerima panggilan daripada ibunya bertanyakan sejak bila beliau membuat kenyataan untuk akhbar politik. Rakan saya tidak dapat menjawab apa-apa. Dalam keliru dan marah, beliau tidak tahu apa yang hendak dibuat. Apa yang menyebabkan beliau keliru dan marah. Pertama. Editor akhbar tersebut tidak memaklumkan kepada beliau bahawa petikan artikelnya akan diambil dan dikeluarkan dalam akhbar tersebut. Kedua. Kesan daripada tindakan ini beliau menerima panggilan telefon dari keluarga dan rakan-rakan yang membacanya. Sedangkan beliau tidak tahu apa yang terjadi. Ketiga. Terkejut dengan sikap profesional a...

Prof Madya Dr Faridah lakar nama UIAM di Pittsburgh

Jam 8.30 pagi saya dihubungi oleh saudari Huda dari unit fotografi, Jabatan Perhubungan Awam. Beliau meminta saya membuat tugasan di Jabatan Rektor untuk satu sidang akhbar. Saya kira ini kali kedua saya jadi bidan terjun jurufoto universiti. Tidak ada dalam skop kerja. Tetapi pengalaman tambahan untuk diri sendiri. Saya juga tidak dapat bereksperimentasi dengan kamera itu lama-lama. Ada kerja lain petang itu. Apa yang istimewa tentang sidang akhbar ini, biarlah akhbar Berita Harian 22 Jun 2007 berbicara; Faridah lakar nama UIAM di Pittsburgh UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah apabila penyelidiknya, Prof Madya Dr Faridah Yusuf muncul satu-satunya wanita negara yang berjaya meraih pingat pada pertandingan Invention and New Product Exposition (Inpex) 2007 di Pittsburgh, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Pencapaian membanggakan itu membuktikan kecemerlangan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan universiti berkenaan pada peringkat antarab...

Menjadi Usahawan Bidang Training

Kursus sehari ini mempertemukan para penulis di bawah PTS dalam mempertajamkan kemahiran untuk menjalankan latihan bagi peserta-peserta kursus di bawah modul masing-masing. Menariknya, kursus ini menjadi ruang pertemuan rangkaian penulis untuk berbincang projek bersama yang hendak dibuat bagi penerbitan 2007 dan 2008. Pada masa sama, ia menjadi tanda tanya kepada bekas wartawan TV3 saudara Adli dan bekas pengacara Bersamamu TV3 saudari Fifi tentang rahsia KJ Method yang membawa kepada penghasilan lima buah buku secara serentak pada satu-satu masa. Jawapan kepada saudara Adli dan saudari Fifi, hadirilah kursus Adapatasi 24 Jun 2007 dan kursus KLJ Method pada Ogos nanti Akhir progam buat saya bukan sahaja mendapat ilmu daripada Puan Ainon, tetapi satu lagi kerja baru dalam masa dua minggu ini, iaitu menulis bahagian pertama buku Panduan Temuduga Untuk Muslimah Moden. Ini adalah buku kedua dalam siri Muslimah Moden selepas Tip Urus Masa Untuk Muslimah Moden yang sedang disiapkan sebelu...

Ekmeleddin datang melawat

Semalam (Rabu, 13 Jun 2007) saya berkesempatan menghadiri majlis makan malam dan lawatan oleh Setiausaha Agung OIC, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu di Dewan Banquet, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Jadi bidan terjun ambil gambar untuk peristiwa ini. Pada masa sama pameran hasil kerja pelajar-pelajar jurusan seni bina turut diadakan pada malam itu. Mujur ada beberapa jurugambar lebih profesional datang pada malam itu. Setidak-tidaknya ada gambar lebih baik berbanding yang saya ambil. Itu pun merangkak-rangkak belajar menggunakan kamera digital SLR. Kamera itu akan dilelong oleh tuan punya pada harga RM3,000. Ada sesiapa ingin membeli kamera digital Minolta-Sony miliknya? Kita tunggu keputusan lelong di internet Selasa ini.

Masam lebih susah dari senyum

Saya baru sahaja memasukkan entri terbaru untuk blog Urus Masa untuk Muslimah Moden . Satu fakta menarik yang saya dapat hari ini ialah penggunaan otot di muka ketika masam muka dan senyum. Fakta menyebut kita menggunakan 64 otot apabila memasamkan muka ketika marah dan 18 otot di muka ketika kita senyum. Signifikan penemuan sains ini kepada kita ialah emosi yang mempengaruhi kita sama ada menggunakan lebih banyak tenaga atau sebaliknya dalam keadaan berbeza. Jom kita sama-sama fikir sejenak. Rupa-rupanya marah itu lebih memeras tenaga dan tubuh kita berbanding senyum. Jadi kenapa perlu selalu marah? Benarlah kata orang, orang yang suka marah cepat tua

Syokkahwin.com

Laman weblog Syokkahwin.com adalah laman weblog yang paling aktif mempromosikan ketiga-tiga buku penulis. Laman web beliau mencecah lawatan sebanyak 14, 448 pegunjung sehari dan 200,000 halaman dilawati oleh mereka. Terima kasih atas sokongan Syokkahwin.com dalam mempromosikan ilmu perhubungan dan percintaan. Pertama kali saya mengenalinya melalui Syokkahwin.com Biodata beliau. Faisal Mohd Zabidy a.k.a. FayZ is the owner and developer of Syokkahwin.com, Malaysia & Singapore’s Premier Wedding Guide and Directory. A graduate of London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom, FayZ has been online since early 2006. After a humble start in April 2006, his baby website Syokkahwin.com, has grown tremendously and has since been gaining rapid nationwide popularity in the wedding and online industry. You may reach him at fayz@syokkahwin.com . FayZ is also an active blogger at SecretAffiliateMarketing.com, a blog dedicated to methods and tricks in making money online....