Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Penulis sombong dan menderhaka seperti Tanggang?

"Mengapa Tuan tidak menjawab soalan saya di dalam Facebook berkenaan teknik menulis?" Buku ini adalah pelaburan paling murah kepada Tuan dan Cik Puan yang bercadang memasuki dunia penulisan buku secara profesional. Ia adalah nota-nota perguruan saya di bawah bimbingan Puan Ainon Mohd selain daripada rujukan-rujukan penting yang dapat memberi impak kepada penulisan saudara. Kebanyakan soalan di dalam mesej Facebook dan emel berkenaan teknik penulisan tidak dapat saya jawab sepenuhnya kerana ia banyak dimuatkan dalam buku ini. Saya gembira mendapatkan soalan susulan selepas buku ini dibaca, ia akan membawa kepada soalan yang lebih besar perspektifnya. Ini adalah disiplin yang saya sarankan kepada teman-teman. Mohon klik di sini  bagi mendapatkan senaskah buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS.

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan

Jodoh ibu dan ayah di atas kertas?

"Ayah, bagaimana ayah bertemu ibu buat kali pertama?" How I Met You Mother adalah siri sitkom yang lama bersiaran dan mendapat rating tontonan yang tinggi. Bermula pada tahun 2005 dan episod akhirnya pada tahun 2013. Setiap episod berlingkar mengenai kehidupan Umpan kepada penonton adalah situasi di mana penonton tidak diberitahu siapakah isteri kepada Ted ketika beliau menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana dia menemui isterinya. Kaedah penceritaan imbas semula digunakan dalam sitkom ini. Setiap episod yang menghampiri jawapan siapakah isteri Ted berakhir dengan tanda tanya yang tidak terjawab. Selama lapan tahun mereka membawa penonton sehingga episod akhir. Nilai dan variasi, persoalan, misteri, keterujaan dan kejutan adalah elemen yang digunakan dalam How I Met Your Mother. Penulisan rencana juga menggunakan rencah ini. (1) Nilai dan variasi dalam setiap rencana yang diketengahkan. (2) Misteri kerana pembaca tidak mengetahuinya secara langsung.