Langkau ke kandungan utama

Hebahan: Bengkel Penulisan Ebook


Per: Kepada saudara yang mahu menulis non fiksyen

Assalamualaikum wbt

"Mahukah saudara tukarkan pengalaman dan kemahiran saudara menjadi ebook dibaca ramai?"
Ya
"Mahukah karya saudara dapat dibeli dan dibaca dari mana-mana ceruk dunia secara mudah"
Ya

"Mahukah karya saudara dibawa oleh pembaca melalui hanfon, laptop dan tablet ke mana sahaja?"
Jika ya, teruskan membaca maklumat yang akan mengubah diari tahun ini.

Bengkel Penulisan Ebook

Belajar langkah demi langkah bagi membina ebook dalam format epub supaya kandungan kita sesuai dibaca untuk tablet dan telefon pintar. Seterusnya meningkatkan capaian kita kepada lebih ramai pelanggan.

Terdapat banyak platform ebook di pasaran dan sesetengahnya menunggu ebook anda berada dalam platform mereka. Apabila Amazon, Apple Store, KOBOEsentral, Ebuuk dan Download Ilmu muncul, ia memberi kita petanda penting.

Ebook semakin hari semakin ditulis dan diterbitkan. Mereka menunggu ebook saudara ditulis dan diterbitkan.

Bengkel ini hanya berlangsung sekali sahaja pada bulan Februari. 

First come first serve. Fast action, fast result

Pengajar

Tuan Azree Hanifiah merupakan eksekutif ebook sebuah penerbitan yang menerbitkan buku dan ebook dalam Bahasa Melayu. Terlibat dalam pembentangan mengenai ebook seperti di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC.

Bertanggungjawab membangunkan pasaran ebook penerbit tempatan dan berhubung secara langsung dengan rakan-rakan platform seperti Apple Store, KOBO dan Amazon 

Saudara Zamri Mohamad merupakan penulis yang menghasilkan 24 buah buku sejak tahun 2006. Dengan izin Allah telah membantu para penulis menulis dan menerbitkan karya mereka. Beliau juga menerbitkan ebook sendiri dan pada masa sama beliau mempunyai 12 buah ebook yang diterbitkan dan dijual secara massa.

Peserta

Peserta peringkat asas

Modul pelengkap strategi

Modul merangkumi praktikal penulis, penulisan dan pemasaran. 

  • Menulis ebook secara cepat dan padat
  • Menukarkan fail Word kepada format Epub
  • Menerbit dan menjual ebook, sendiri atau pun melalui orang lain

Nota: Bawa laptop masing-masing

Tarikh dan waktu dikhususkan untuk peserta

Sabtu
9 Februari 2013
9.30 pagi sehingga 4.00 petang

Lokasi pencetus sejarah diri

Hall 1
FINE Training Academy Sdn Bhd
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur  Peta di sini
Mahukan hotel untuk menginap? Klik di sini

Mereka yang berminat dan mahu mendapatkan maklumat lanjut, klik dan pra daftar di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...